Orang yang cemerlang ialah orang yang
hebat dalam pergaulan dan ramai kawan.
Tiada kejayaan sebenar tercetus secara
bersendirian. Kita amat memerlukan
bantuan, teguran dan penglibatan orang lain
untuk mengorak langkah menuju kejayaan.
Pakar motivasi tanah air, Dato Dr. Haji Mohd
Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan
faktor-faktor yang boleh meransang
kehebatan dalam pergaulan.
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah
berinteraksi dengan orang lain dan orang
lain mudah tertarik dengan kita ialah:
1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus
dan umum yang lain.
2. Sentiasa bersangka baik dengan semua
orang (walaupun kita perlu berwaspada
setiap masa).
3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
kepada orang di sekeliling kita.
4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam
bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga,
masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan
moral dan doa yang berterusan.
5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi
pernah berpesan supaya mencari 144
sebab sebelum kita memarahi seseorang.
6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan
orang lain. Pastikan setiap orang seronok
berinteraksi dengan kita.
7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa
sayang-menyayangi antara satu sama lain.
8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang
positif setiap masa. Peribadi yang kurang
sopan akan membuatkan orang lain mual
terhadap kita.
9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap
masa dan insya-Allah orang lain akan
tertarik kepada kita.
10. Jika wujud sebarang perasaan
sombong atau benci terhadap orang lain,
terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita
mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila
diri mengingati mati.
11. Sentiasa syukur dan redha di atas
pemberian Tuhan.
12. Sentiasa memberi salam atau ucap
selamat kepada orang lain. Pemberian
salam akan mengukuhkan hubungan
sesama manusia.
13. Pamerkan simpati kepada individu-
individu yang memerlukan simpati dan
perhatian.
14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15. Sampaikan berita baik tentang orang lain
dan sembunyikan keburukan dan
kelemahan orang lain.
16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum
berpisah dengan seseorang dan iringi
perpisahan dengan doa.
Bagi menarik perhatian orang lain untuk
mendekati kita, maka kita sendiri perlu
memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang
yang mengasihi dirinya tidak akan
melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj
serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak
tanduknya akan dilakukan secara berhikmah
dan memikirkan perasaan orang lain.
Ingatlah pesanan seorang sarjana:
Orang tidak kisah setakat mana anda tahu
(berilmu), sehinggalah mereka tahu yang
anda kisah terhadap mereka.
“ Nikmat kehidupan adalah perjuangan.
Nikmat perjuangan adalah kemenangan ” >> hamka -----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..