Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-01-2022  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 8
Ahli: 0
Jumlah: 8




  Dari Galeri
gambar konvo..ni mak saudara ana ..salam ukhwah

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 23 jam, 22 minit yang lalu


Lihatlah Diriku
Topik: saya cemburu


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Lihatlah Diriku
    »» saya cemburu

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh saya cemburu

adiknurul
WARGA RASMI
Menyertai: 07.03.2005
Ahli No: 5017
Posting: 12
Dari: jauh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-06-05 10:58




saya nak kongsi citer ngan anda sumer.saya anak sulung.masalah saya ialah dah 10 tahun saya hidup dgn perasaan cemburukan adik2 saya sebab mereka cantik, sedangkan saya tidak.tentu anda akan kata tak patut kan...tapi kdang2 tuh, saya boleh control rasa tuh, tapi kadng2 tuh ALLAH jer yg tau....saya paling bayak mewarisi apa jua kekurangan samada dari mak atau ayah.saya tau saya kena redha dgn pmbrian ALLAH.bersyukur.tp yg sy geramnya, dgn kejadian saya ini, saya slalu jd bahan ketawa dan usikan nakal ahli keluaraga yg kdg2 agak keterlaluan bg saya.sy jd malu sgt dgn diri saya.........tolonglah saya utk buang perasaan ini.saya selalu berdoa pd ALLAH spy persaan ini boleh saya buang jauh2 agar tidak menggangu hubungan saya dgn mereka.........


Bookmark and Share




  Member Information For adiknurulProfil   Hantar PM kepada adiknurul   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-06-05 11:13




bukan mudah untuk menanggung, sedangkan orang lain hanya boleh berkata sabar dan sabar.. tanamkan tekad adik yang adik sebenarnya ada kelebihan adik sendiri.. mungkin adik kata adik tak berapa cantik, tapi itu bukan ukuran untuk berjaya dalam hidup.. cuba adik fikirkan keistimewaan apa yang ada pada adik, lalu perkembangkan kebolehan adik.. lambat laun adik beradik adik akan respect pada adik jua, meskipun mengambil masa yang lama..


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

Fasihah_Husniyah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 4599
Posting: 92

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-06-05 13:27




ermm...begi2 skali prasaan saudari yer....aper2 pun..saudari kekurangan tuh adalah kelebihan yg perlu saudari tunjukkan...walaupun pada mata saudari..y saudari tak cantik mcm adik2...mayb pada mata org lain...saudari cantik...setiap benda ader hikmah yg tersendri....anggap sumer2 nih sbg satu ujian daripd Allah S.W.T..... utk mjadikan saudari lebih tabah mhadapi liku2 hidup ini...


Bookmark and Share




  Member Information For Fasihah_HusniyahProfil   Hantar PM kepada Fasihah_Husniyah   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-06-05 01:56


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah umi cadangkan anakanda carilah sebuah buku bertajuk 'Laa Tahzan' (Jangan Bersedih) karya Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni dari KSA (Kingdom of Saudi Arabia) yang diterjemahkan oleh Noraine Abu dan terbitan Al-Hidayah.

Dalam buku ini terdapat 281 tajuk yang mengajak kita jangan bersedih berdasarkan nas Al-Quran dan Hadis. InsyaAllah tidak rugi sekiranya anakanda dapatkan buku ini dan baca ya.

Semoga anakanda cemerlang di dunia dan akhirat. Ameen.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - you have to push your past behind or it blocks your way



-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

farrmz
WARGA RASMI
Menyertai: 08.12.2004
Ahli No: 4677
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-06-05 05:03




saya boleh dikatakan senasib dgn saudari. dulu, saya juga cemburu dgn adik beradik saya yg lain. tetapi, ada seorang hamba Allah yg telah membuang perasaan itu jauh dr hidup saya. beliau memberitahu saya, bahawa mereka yg kurang cantik pd pandangan manusia seharusnya bersyukur krn kecantikan mampu membawa sejuta masalah dlm kehidupan. contohnya, terjebak dlm maksiat (boyfreind, girlfriend) , terdorong utk mendedahkan aurat (maklum la, kita kan cantik) dll. mungkin saudari fikir, saudari tidak akan melakukan perkara sebegitu. cakap mmg senang.

jadi, bersyukurlah. Tuhan sudah tetapkan yg terbaik utk kita. yg paling penting, pandangan Allah bukanlah pd paras rupa.


-----------------
~ Yang baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan saya sendiri ~


Bookmark and Share




  Member Information For farrmzProfil   Hantar PM kepada farrmz   Quote dan BalasQuote

adiknurul
WARGA RASMI
Menyertai: 07.03.2005
Ahli No: 5017
Posting: 12
Dari: jauh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-06-05 00:32



trima kasih farrmz......kdg2 sy pun turfikir mcmtuh.cuma apbla sy terlalu sedih dgn apa yg menimpa diri, sy menjadi gagal utk kawal diri dgn sempurna.kdg2 sy menjadi memberontak dgn harapan mereka sudi menanyakan masalah saya tp malangnya apa yg saya boleh harapkan dari mereka sedangkan ibu sy sakit dan adik2 yg masih sekolah dan yg masih kecil perlukan perhatian yg lebih.sy tak faham kenapa sejak sy di bangku sek rendah lagi saya menjadi sukar sgt nak citer masalah saya pd mak sy walhal sy tau dia ibu yg baik sgt.sy takleh citer pd kwn2 sbb sumer kwn baik sy kenal mak saya,sebab tu sy nak luahkan perasaan kat sini.terima kasih ummi.saya akan berusaha utk cari buku tuh.yerlah ilmu agm di dada tak byk mana.sy berharap sgt sy boleh bebaskan diri dari dibelenggu perasaan nih.terima aksih pd sumer yg sudi memberi pndapat.


Bookmark and Share




  Member Information For adiknurulProfil   Hantar PM kepada adiknurul   Quote dan BalasQuote

shaz77
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 151
Posting: 36
Dari: Kuala Lumpur

Selangor  


posticon Posting pada: 24-06-05 15:16


Salam..

adiknurul boleh merujuk buku motivasi yang dianjurkan oleh ummiq..

ana sedang membacanya.. (InsyaAllah cuba hadiskan sms cuti ni)

walupun bukunya agak tebal (edisi terbaru terbitan Jasmin Enterprise) tapi penyampaiannya berkesan dan lain dr yang lain..

wslm


Bookmark and Share




  Member Information For shaz77Profil   Hantar PM kepada shaz77   Pergi ke shaz77's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-06-05 16:20


ana dah bace buke LA TAHZAN..besttt.. tapi xkhatam semua lagi..

ila adiknurul.. terimalaa dengan seadannya....
sesungguhnye..ALLAh telah menciptakn manusia..dengan..sebaik-baiknye..
each ada kelebihan..kekurangan.. so..yang weak boleh diimprovekn lagi..
be m0re better..

hari ini lebih baik dr semalam..
hari esok lebih baik dr hari ini..

never ask for things to be easier..
alwayzz urself TO BE BETTER>>>

wallahualam'.. i'm not so good at all...
sekadar berkongsi ilmu yang tipis....
wsslm... =)


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

adiknurul
WARGA RASMI
Menyertai: 07.03.2005
Ahli No: 5017
Posting: 12
Dari: jauh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-07-05 17:11


saya nak minta tolong pada shaz77 dan simple_shida bagaimana nak dptkan buku lah tahzan.sebab dekat tempat tinggal saya sukar nak cari kedai buku yang jual buku2 agama ini.kat kedai buku memang tak dak.saya blajar kat serdang.diharapkan kawan2 dapat bagitahu di mana kawan2 beli buku itu dan harganya.sebab shaz kata buku itu tebal.bukannya apa supaya saya dapat menyediakan wang yang secukupnya.terima kasih atas segala nasihat dan pandangan yang diberikan..........InsyaALLAH sekarang saya sambung blajar dan akan terus berusaha untuk mencari kelebihan diri untuk bina keyakinan diri yang kental.


Bookmark and Share




  Member Information For adiknurulProfil   Hantar PM kepada adiknurul   Quote dan BalasQuote

ctmuslimah
WARGA RASMI
Menyertai: 29.05.2004
Ahli No: 3818
Posting: 8
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-07-05 20:31


belajar lah bersyukur dengan apa yang telah ditentukan... no body perfect....ada hikmah nya itu......


Bookmark and Share




  Member Information For ctmuslimahProfil   Hantar PM kepada ctmuslimah   Pergi ke ctmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

khalida_khalid
WARGA RASMI
Menyertai: 26.07.2005
Ahli No: 5516
Posting: 1
Dari: perlis

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 22:38


cuba berterus-terang dengan keluarga yang awak sangat tersinggung dengan gurauan mereka... mungkin mereka menganggap ianya hanya perkara kecil bagi awak kerana selama ini awak tidak menyatakan perasaan anda... saya rasa mereka mungkin akan faham nanti...


Bookmark and Share




  Member Information For khalida_khalidProfil   Hantar PM kepada khalida_khalid   Quote dan BalasQuote

syahadah_muslimah
WARGA RASMI
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 5318
Posting: 16
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-07-05 19:47


ana faham perasaan enti...enti kena kuat dengan dugaan ALLAH...bersyukur lah dengan segala apa yang ALLAH kurniakan pada kita...ada hikmah disebaliknye dik...mungkin ALLAH tak nak enti tergolong dalam manusia yang riak dengan kecantikan paras rupa...bersyukurla ye...biarla macam mana sekali pun rupa paras kita semua tu? bukan ukuran tahap kecintaan ALLAH kepada hambaNYA.


Bookmark and Share




  Member Information For syahadah_muslimahProfil   Hantar PM kepada syahadah_muslimah   Quote dan BalasQuote

adiknurul
WARGA RASMI
Menyertai: 07.03.2005
Ahli No: 5017
Posting: 12
Dari: jauh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-11-05 12:27


assalamulaikum...hem,terima kasih atas maklumbalas yang memberi saya semanagt.ALHAMDULILLAH.......saya dah beli buku la tahzan.dah habis pun.....lega rasanya semasa baca buku itu..dapat ringankan beban di jiwa........dan yang lebih penting mengingatkan saya bahawa saya milik ALLAH dan DIA berhak keatas saya.terima kasih ummi kerna mengesyorkan saya,jika tidak mungkin saya tidak tergerak hati untuk mencari buku2 sedemikian........


Bookmark and Share




  Member Information For adiknurulProfil   Hantar PM kepada adiknurul   Quote dan BalasQuote

natural
WARGA RASMI
Menyertai: 12.03.2004
Ahli No: 3410
Posting: 6
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 27-11-05 15:20


assalamualaikum...

bagi ana...cantik tu subjektif...
pernah orang kata..."comelnye dia"...apa yang terlintas dalam hati dia...rasa bangga..riak...perasaan tu lagi susah nak jaga....tak silap ana...riak tu syirik kecil yang ditakuti oleh Rasulullah akan terjadi pada umatNya di akhir zaman..betulkan ana kalau ana silap ye sahabat-sahabat...

cantik..tak semestinye dari dinilai dari paras rupa..ana rasa sahabat pun tau pasal tu kan...cuma tetap tak dapat nak lawan perasaan tu...semua perempuan nak cantik...itu memang sifat semulajadi manusia..ingin yang terbaik...sentiasa tak puas hati dengan apa yang ada...sebab tu kita hendaklah bersyukur...

kadang-kadang...pernah ana terfikir...Kenapa jadi pada kita sesuatu yang kita tak boleh terima?semua tu qada' dan qadar...Kenapa kita tak boleh terima...adakah kita anggap Allah tu tak adil?astagfirullah...Allah sentiasa bagi yang terbaik pada hambaNya...

pernah tak sahabat terfikir apa yang dialami oleh orang yang cantik?apa yang mereka rasa?...rasa takut...pujian orang buat dia rasa takut...takut bangga diri..padahal semuanye anugerah Allah...itu juga ujian yang perlu kita jaga..malah lagi susah untuk dijaga...sedetik rasa riak dihati..sudah buat kita rasa berdosa...kadang-kadang,ada masa diri sendiri tak sedar apa yang belaku...

ana teringat kata-kata seorang sahabat...kalau kita cantik,orang akan pandang kita untuk kali ke2,BERDOSA TU.....kalau kita biasa saja..orang pandang kita sekali saja...tapi..
ADAKAH kita TERLALU HODOH SEHINGGA orang pandang kita untuk KALI KE 2?
SO...TERIMA LA DIRI SEADANYA...TAK CANTIK tak mengapa, TAPI JIKA PERIBADI kita CANTIK orang TETAP 'PANDANG' kita...


Bookmark and Share




  Member Information For naturalProfil   Hantar PM kepada natural   Quote dan BalasQuote

Haizmarkin
WARGA RASMI
Menyertai: 21.01.2005
Ahli No: 4853
Posting: 12
Dari: Kl

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-11-05 12:09


assalaamualaikum..
ana setuju pendapat natural..cantik itu subjektif...
kita semua makhluk yang kerdil..orang yang cantik tentu ada kekerungannye..dan enti ana percaya tentu ada kelebihan tersendiri..pdg lah pada kelebihan yang Allah anugerah kat enti..ana lebih suka meningkatkan keyakinan diri ana supaya disedari orang sekeliling melalui apa yang kita usaha,pendidikan kita ,akhlak kita dan bukan yang kita tak boleh ubah seperti kecantikan luaran..maksud ana disedari disini bukan untuk dipandang tinggi dan timbulkan riak tetapi dihargai oleh ibu bapa dan keluarga,(be someone!)dan sama2lah kita syukur atas apa yang kita ada...paling penting adalah Imannn..bagi ana erti kecantikan sebenar adalah memiliki hati yang bersih..(moga kita sama-sama memilikinya insyaAllah)..dan memang benar kebanyakan orang cantik diselebungi rasa takut..takut seandai wujud perasaan riak...nauzubillah...nasihatkan ana jua kalau ana tersasar jauh..
wallahulam~


Bookmark and Share




  Member Information For HaizmarkinProfil   Hantar PM kepada Haizmarkin   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-12-05 22:36


ana syorkan lagi.. belilaa buku berbentuk motivasi..
dari dari fadzillah kamsah.. dari H.M.tuah.. dari syukri ahmad..
dll...

insyaALLAh.. dapat tingkatkn keyakinan + motivasi..
usaha..ikhtiar..doa..tawakal..
pray hard + work smart =)


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 3162
Posting: 49
Dari: KUCHING,SARAWAK

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 18:33


Assalamualaikum..

La TAHZAN... abang ana baru beli beberapa minggu lepas... Tapi ana belum baca.. baru baca tajuk2 kecil.... hehehe... pengamatan awal... Baik untuk semua lapisan masyarakat.. Semoga adiknurul kuatkan Iman kerana Allah tidak pernah membeza-bezakan hambaNYA...
[ Telah diedit oleh: uqu pada 08-12-05 20:32 ]


Bookmark and Share




  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Pergi ke uqu's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-05 17:13


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah anakanda bacalah ya sebab Laa Tahdzan tu ada lagi satu untuk wanita. Yang untuk wanita ni lagi best :). Carilah ya semua. khusus untuk anak-anak muslimah saja. kan best tu kan kan kan :).

Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ar_raudhah
WARGA RASMI
Menyertai: 25.10.2004
Ahli No: 4501
Posting: 19
Dari: malaysia

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 16-12-05 22:56


Di sini saya mahu kongsikan satu cerita.

Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satulagi tidak. Tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya.

Tentu saja tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu berasa malu sekali sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang seharusnya dapat diberikannya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air, "Saya sungguh malu pada diri sendiri dan saya ingin mohon maaf."
"Kenapa?" tanya si pengangkut air. "Kenapa kamu berasa malu?"

"Selama dua tahun ini saya hanya mampu membawa setengah ai dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana kecacatan itu, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan retak itu.
Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak dan dalam belas kasihannya, dia berkata, " Jika kita kembali ke rumah majikan besok. saya ingin kamu memerhatikan bunga - bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga - bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatnya sedikit terhibur.

Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si pengangkut air atas kegagalannya. Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga -bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tak retak itu. Itu kerana saya selalu menyedari akan kecacatanmu. Dan saya memanfaatkannya. saya telah menanam benih - benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air bahagian kamu yang retak mengairi benih - benih itu. Selama dua tahun ini saya telah memetik bunga - bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya indah sekarang."

Setiap daripada kita memiliki kecacatan dan kekurangan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghiasNya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita. :-)


Bookmark and Share




  Member Information For ar_raudhahProfil   Hantar PM kepada ar_raudhah   Quote dan BalasQuote

adiknurul
WARGA RASMI
Menyertai: 07.03.2005
Ahli No: 5017
Posting: 12
Dari: jauh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-12-05 16:20


wah kisah yang sungguh mengkagumkn.saya benar-benar tersentuh.terima kasih.saya nak cari buku yag ummi katakan ituh.terima kasih semua sudi bagi pendapat.


Bookmark and Share




  Member Information For adiknurulProfil   Hantar PM kepada adiknurul   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Lihatlah Diriku
    »» saya cemburu

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.064379 saat. Lajunya....