Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya...

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Dari Galeri
ini gambar kat opis mama...hehehe pinjam kusi mama kejap...tumpang2 =)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Muslimah Surirumah
Topik: Muslimah Educated Jadi Surirumah Sepenuh Masa


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» Muslimah Educated Jadi Surirumah Sepenuh Masa

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Muslimah Educated Jadi Surirumah Sepenuh Masa

tokmasoon
WARGA RASMI
Menyertai: 26.04.2005
Ahli No: 5223
Posting: 14
Dari: eastcoast

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-05-05 12:07


Code:
  

para muslimah yg dirahmati Allah sekelian.

Ini adalah satu soalah cepumas pertama dari seorang anakmuda muslim tentang para muslimah, soalannya ialah:

ORANG PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG NI.... MENGAJI TINGGI2..... NAK KE LAGI MEREKA INI DUDUK DI RUMAH.... JAGA ANAK2..... BERKHIDMAT SEPENUH MASA UNTUK SUAMINYA ....PENDEK KATA BERKORBAN SEPENUHNYA UNTUK SUAMI YANG BERJUANG KE TENGAH MEDAN JIHAD...???

Ha..... kita buka forum ini untuk muslimah semua ...... jawaban tu negative ke.... positive ke.... kenalah pakai reason yg munasabahlah ya....... ok...... jawab muslimah.... jangan tak jawab....... SELAMAT MENJAWAB....!!! wslm...


Bookmark and Share




  Member Information For tokmasoonProfil   Hantar PM kepada tokmasoon   Quote dan BalasQuote

intan_z
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 27.12.2004
Ahli No: 4752
Posting: 30
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 02-05-05 22:57




errmm.. topik yg menarik ni..

pd ana, tak salah jika jadi surirumah sepenuh masa walaupun mempunyai latarbelakang pendidikan yg tinggi..

bahkan jika keadaan kewangan yg mengizinkan, ana harap boleh jadi surirumah sepenuh masa juga.. dpt tumpukan perhatian penuh pd suami & anak2.. nak tarbiyyah anak2 pun senang..

malahan lbh mudah utk menyertai program2 dakwah & mendekati masyarakat sbb lbh byk masa dpt diluangkan utk usaha dakwah.. tp yg ini, kena dgn izin suami lah.. jika dpt zauj juga seorang da'ie, rasanya tak menjadi masalah..


Bookmark and Share




  Member Information For intan_zProfil   Hantar PM kepada intan_z   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 4996
Posting: 27

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-05-05 17:43


....
saya setuju dengan intan_z. rasanya tak salah kalau kita belajar tinggi2 tapi duduk rumah.. dengan ilmu itu akan menjadikan kita seorang yang berfikir dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan..selain itu kita juga boleh mengajar anak2 dirumah...tak perlu hantar tuisyen(jimat duit)..

-----------------
ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenankan.....


Bookmark and Share




  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Pergi ke puteriayahanda's Website   Quote dan BalasQuote

asrar_86
WARGA RASMI
Menyertai: 25.03.2005
Ahli No: 5096
Posting: 10
Dari: kajang

Selangor  


posticon Posting pada: 03-05-05 21:03




asrar rasa, kalau seseorang tu betul2 muslimah sejati, insyaAllah, dalam diri dia ,mmg ada keinginan yg tinggi utk menjadi suri rumah tangga... mendidik sendiri anak2...menjaga keperluan keluarga...pendek kata... mmg itulah sebenarnya kewajipan seorang isteri...ibu. Dgn ilmu yg dia belajar tinggi2 tu lah, dia dapat memberi tarbiyah yg sempurna untuk anak2.. menjaga amanah suaminya..(inilah yg sentiasa difikirkan oleh muslimah sejati....-asrar rasa laaa )tapi, kalau suami perlukan bantuan isteri, tak salah gak nak tolong suami, asalkan mendapat izin dia.. and kalau famili mempunyai tahap kewangan yg stabil, rasanyee.. suami tentu nak isterinya menjadi ibu yg baik kepada anak2nya kan?!!


Bookmark and Share




  Member Information For asrar_86Profil   Hantar PM kepada asrar_86   Quote dan BalasQuote

tokmasoon
WARGA RASMI
Menyertai: 26.04.2005
Ahli No: 5223
Posting: 14
Dari: eastcoast

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-05-05 16:58




Terima kasih kerana ada yg menjawab. Soalan provokasi dari tokma :

Katakan anda lulusan ijazah. Biasanya anda boleh dpt RM 1,000 LEBIH sebulan bila starting shj. Kemudian anda dgn 'relahati' duduk di rumah - urus rumah, doing the cooking, cleaning, washing dishes, gardening ect. Kemudian jaga anak atau anak2 yg kdg2 menangis, nak segala mcm; jaga suami lagi yg nak juga segala macam. Kemudian pendapatan sendiri tak ada, kawan2 hilang, kedudukan hilang, glamour sbg wanita kerjaya yg sentiasa cantik, neat and tidy dah tak ada lagi -ya lah duk rumah - tak kan make up dan pakai sut hari2. Anda pun hilang dari diari kawan2 anda... Keluar pun tak sebebas dulu - kalau tidak dgn suami mungkin susah ......

So ..... masih baguskah, masih maukah dan redhakah anda utk menerima keadaan sebegitu? Kalau masih mau, apakah sebab sebenarnya(the real/true reasons) anda sanggup berbuat demikian.....? Apakah rancangan dan matlamat anda anda seterusnya..........???

Ok.... Selamat memberi pendapat wahai para muslimah yg dikasihi Allah sekelian........
Maassalam dari tokma di desa.....


Bookmark and Share




  Member Information For tokmasoonProfil   Hantar PM kepada tokmasoon   Quote dan BalasQuote

sakinah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1624
Posting: 42
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-05-05 18:38


hmmm....berkhidmat dengan suami dan anak˛ dapat banyak hadiah dari 'sultan segala sultan'. isteri tak salah bekerja untuk menambah kewangan suami(itupun dgn izinnya). kalau nak kerja setakat nak kawan, pangkat, harta, dan sebagainya, adakah kita sebagai muslimah dapat hadiah yang baik? ingat; tak semua wanita dapat seimbangkan tanggungjawab ant ibu, isteri dan kerjaya


Bookmark and Share




  Member Information For sakinahProfil   Hantar PM kepada sakinah   Quote dan BalasQuote

intan_z
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 27.12.2004
Ahli No: 4752
Posting: 30
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 05-05-05 18:46


even kalau berkerjaya pun.. you still have to cook, clean, wash dishes & do all the chores, rite??

matlamat utama kita adalah utk dptkan redha Allah.. jd tak sepatutnya menjadi satu masalah.. jalankan saja tanggungjawab dgn ikhlas, insya Allah semua akan dipermudahkan..

matlamat ana, dah cakap awal2 tu.. kalau tak berkerja, lbh mudah nak buat kerja2 dakwah dgn badan2 bebas.. nak tarbiyyah anak2.. & seterusnya melibatkan diri dlm masyarakat.. tarbiyyah masyarakat pula, terutamanya mendekati golongan remaja kita.. insya Allah.. tp perlu minta keizinan drp suami dahululah..


Bookmark and Share




  Member Information For intan_zProfil   Hantar PM kepada intan_z   Quote dan BalasQuote

adikbalqis
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 12.05.2003
Ahli No: 1187
Posting: 134
Dari: skudai, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-05-05 13:25


Assalamu'alaikum warm wbt....

Hmm... dah lama ana tak mencoretkan pendapat dan pandangan dalam ruangan ni....

Alhamdulillah, setelah diizinkan Allah untuk bergelar isteri (1 mei 2005), ana terasa besarnya anugerah Allah pada muslimah2 yang di anugerahkan Allah seorang adam yang bergelar suami.

pada hemat ana, tak salah pun seorang muslimah yang mempunyai kelulusan yang tinggi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. ia juga merupakan satu kerjaya yang sangat mencabar sebenarnya. bukan calang-calang orang yang mampu mengendalikan 'perniagaannya' dengan baik. dialah bos, dialah juga kuli. segalanya terletak pada kebijaksanaannya untuk memutuskan keputusan dengan dibantu oleh 'penasihat eksekutif' merangkap CEO. Kerjaya sebagai suri rumah pada masa kini sangat mencabar kewibawaan seorang muslimah bergelar ibu dan isteri. di gelanggang inilah kita nak buktikan bahawa disamping mendidik anak2 dengan ilmu ukhrawi, ilmu duniawi juga tidak ketinggalan. jika diizinkan Allah ana nak anak2 ana menjadi seorang yang bergelar doktor perubatan yang hafiz (hafaz quran), engineer yang hafiz, accountant yang hafiz, guru yang hafiz dan apa juga kerjaya dengan mempunyai gelaran al-hafiz/hafizah. insyaallah...

tak guna kita pentingkan kerjaya jika rumahtangga kita tunggang langgang. zauj kita merasa air tangan maid aje. anak-anak didik oleh maid. rumah diselanggara oleh maid. akhirnya.... jangan salahkan zauj kita kalau dia jatuh hati pada maid. dah maid yang uruskan keperluan dia....

frankly speeking, jika dimurahkan rezki dan zauj ana mampu untuk menanggung keluarga, ana memang taknak kerja dengan orang. nak menjadi bos di rumah. menjadi pengurus rumahtangga. walaupun ana mempunyai kelulusan yang tinggi, ana tak kisah untuk berkhidmat di rumah. boleh menjadi pengurus peribadi zauj ana. menguruskan aktiviti hariannya dsb...

terpulang pada pandangan masing-masing. tapi, bagi yang bekerja dan mampu menguruskan rumahtangga dan anak-anak dengan cemerlang, ana respect antum. antum memang seorang pengurus yang hebat. ana mungkin tidak mampu melakukan sebegitu kerana ana tahu kemampuan dan kelemahan ana. akhirul kalam, selamat maju jaya...

semoga istiqamah...

-----------------
“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”


Bookmark and Share




  Member Information For adikbalqisProfil   Hantar PM kepada adikbalqis   Pergi ke adikbalqis's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-05-05 14:44


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah sebenarnya kita hendaklah kembali kepada asas pendidikan Islam iaitu ikut Al Quran dan Sunnah. Maka sekiranya sudah bergelar isteri maka adalah kewajipan isteri untuk menurut perintah suami untuk terus kerja ataupun jadi surirumah sepenuh masa waima kelulusan yang tinggi mana sekalipun.

Namun ini tertakluk kepada keadaan pula di mana seorang suami yang bertanggungjawab akan pastikan bahawa dengan berhentinya isteri yang berkedudukan tinggi (setelah berkelulusan tinggi) tidak akan menimbulkan rasa kurang senang dipihak keluarga mertua. Suami hendaklah peka dengan membantu keluarga isteri dengan wang ringgit sepertimana sebelum isteri berhenti dari kerja dulu demi menjaga silaturrahim kekeluargaan.

Bagi pihak isteri pula hendaklah faham sebelum berhenti agar berbincang secara baik sekiranya suami pula berpendapatan rendah dan perlukan beliau bekerja bagi membantu keluarga di kampung dan juga keluarga sendiri.

Semua itu bergantung kepada saling berlapang dada dan juga ada matlamat yang akan 'memenangkan' - win win situation - semua pihak.

InsyaAllah kuasa memang letak di atas pundak suami namun semua kembali kepada asas kita dan juga matlamat hidup kita yang ingin mencari redha Allah semata-mata.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - hanya yang taat pada Allah dan Rasul mampu untuk taat pada suaminya.

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

shafiahwafi
WARGA RASMI
Menyertai: 20.06.2005
Ahli No: 5407
Posting: 14
Dari: singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 21-06-05 15:35



bagi ana tak kisah kalo muslimah yang da berkawin nak bekerja asalkan diizinkan suaminya dan tujuannya untuk menolong suami atau keluarga.seperti saya sendiri,walaupun da berkawin dan mempunyai seorang anak tetapi saya tetap bekerja kerana suami galakkan dan perlu bekerja untuk membantu menampung keperluan keluarga kami. malah sekarang ini suami saya sedang melanjutkan pengajiannya dan saya yang bekerja untuk menampung keperluan keluarga.saya buat dgn redha dan kerana kasih dan sayang saya terhadap suami..memang kalo bleh saya nak jadi surirumah sahaja menjaga dan mendidik anak serta melayan keperluan suami tapi buat masa ini keadaan tidak mengizinkan. tetapi saya syukur dengan keadaan saya sekarang kerana banyak pengalamn dan perkara yg saya dapat belajar dan menjadikan saya lebih berdikari....


Bookmark and Share




  Member Information For shafiahwafiProfil   Hantar PM kepada shafiahwafi   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-06-05 08:26


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah tahniah adikbalqis kerana sudah bergelar permaisuri. Walau apapun there is always a story behind another story. Beginilah ... sebenarnya perkawinan itu adalah anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya agar dapat merasai nikmat kehidupan sementara di dunia ini dan sekiranya sabar dan tabah maka hasil usaha dan berkat ketabahan menghadapi rumahtangga itu akan dinikmati pula di akhirat kelak.

Tapi umi ada sebuah cerita di mana anak-anak fikirkanlah apa yang patut dilakukan dalam kes ini.

Ada seorang insan wanita yang cerdik dan pintar bekerja dan berkawin mempunyai anak-anak yang hebat juga. Beliau bekerja sebagai pegawai gred A gitu. Tapi suaminya suruh berhenti atas alasan anak-anak seperti tidak terurus pada hal ada bibi yang jaga. Dalam keadaan yang tidak selesa beliau berhenti.

Si suami pula bila isteri dah berhenti dan menjadi surirumah sepenuh masa telah berkawin bukan sekali lagi tetapi sampai dua kali lagi. Jadi isteri yang pertama itu menderita kerana berhenti (pendapatan masa berhenti mencecah lima angka) dan kini suami bertindak begitu. Nafkah zahir dan batin terabai.

Walau apapun isteri pertama itu kini ada business sendiri untuk menampung persekolahan anak-anak dan keperluan hidup yang mendesak. Suami terus dengan sikapnya yang bila ditanya kenapa kawin lagi dan jawapannya 'isteri pertama dah tua'.

Persoalannya suami tu tak tua ke?

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - sentiasa mendoakan para isteri agar terus solehah dan tabah sekiranya diuji kerana menurut hadis soheh mafhumnya 'sekiranya Allah hendakkan seseorang jadi baik maka akan diuji dahulu'.

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

aizurah
WARGA RASMI
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 5970
Posting: 1
Dari: UK

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 04:11


Assalamualaikum.....

Tentang muslimah educated hanya menjadi surirumah sepenuh masa, menarik juga topik ini, ia berkaitan dengan hidup ana, bagi ana menjadi surirumah fulltime amat menarik kerana setiap urusan dirumah dan keperluan anak2,boleh ana uruskan.Ana lepas habis ijazah dari UKM terus menjadi surirumah sepenuh masa dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil, mereka masih lagi perlu perhatian dari ana jadi rasa sedih pula nak bagi orang lain jaga. Al maklum mereka dari kecil tak pernah duduk dengan orang lain.Sekarang ini pun ana ikut suami study kat oversea, jadi lebih lama lah jadi housewife.Nak bekerja rasanya teringin jugak sb belajar sampai kat U.Bagi ana, hal ini berkaitan dengan pendirian masing2,jadi surirumah pun sebenarnya amat mulia kerana tugas ibu mendidik anak,bagi wanita bekerja pula ia bekerja untuk mendapat menambah pendapatan keluarga dan menyebarkan ilmunya kepada masyarakat,sebenarnya semua yang kita buat berdsrkan niat.Insya Allah semuanya akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T

Wassalam..


Bookmark and Share




  Member Information For aizurahProfil   Hantar PM kepada aizurah   Quote dan BalasQuote

azie_redline
WARGA RASMI
Menyertai: 17.11.2004
Ahli No: 4595
Posting: 17
Dari: Malaysia

brazil   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 14:56


(:


Bookmark and Share




  Member Information For azie_redlineProfil   Hantar PM kepada azie_redline   Quote dan BalasQuote

itayrah
WARGA RASMI
Menyertai: 20.01.2006
Ahli No: 6228
Posting: 18
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 21-01-06 17:04


Tak kisah kalau jadi surirumah walaupun grad oversea.. BUkan duit yang dikejar, belajar tinggi2.. Cari ilmu tu yang penting..... Betul, ilmu penting. surirumah kena ada ilmu apa.. barulah direspek, betul tak? tapi walaupun seseorang muslimah tu memang bercita2 tinggi nak jadi surirumah sejak kecil, saya rasa adalah wajar dia belajar setinggi yang boleh.


Bookmark and Share




  Member Information For itayrahProfil   Hantar PM kepada itayrah   Quote dan BalasQuote

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 14:22


assalamualaikum wbt...

bagi alin, tak salah jika seorang wanita yang berpendidikan tinggi menjadi surirumah sepenuh masa. alin juga teringin menjadi surirumah sepenuh masa jika suami dan keadaan mengizinkan.. alin prefer anak2 alin nanti dididik dan diasuh oleh alin sendiri... biarlah mereka membesar depan mata alin...

lagipun cikgu alin pernah berkata "jika keadaan mengizinkan, after belajar tinggi2, jadilah surirumah sepenuh masa... didiklah anak2 dengan tanagn sendiri... kerana Kenapa kita yang berpendidikan tinggi tidak mendidik anak2 dengan tangan sendiri? Kenapa kita tinggalkan anak2 bersama orang gaji yang kurang berpendidikan?"

itu kata cikgu alin lah... dan alin pun sependapat... tapi jika ada aral melintang... alin redha... kita hanya mampu merancang...Allah swt yang menentukan...


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 10:46


Assalamu'alaikum ..

Saya rasa topik ini sangat menarik...


Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-01-09 14:54


salam...

jika suami punya kemampuan untuk menanggung nafkah hidup di bandaraya besar ni... insya allah saya akan berhenti kerja....saya ingin suami dan anak-anak makan dan minum dari air tangan saya sepenuhnya.dengan syarat, SAYA PUNYA SIMPANAN KEWANGAN YANG KUKUH DI SAAT TAK TERDUGA KEMUDIAN.

saya dapat lihat keakraban kami adik beradik dengan mama banding kawan kawan yang agak tak terurus bila ibu bekerja. mama berhenti bila adik yang keempat lahir. kami membesar dengan air tangan mama sepenuhnya. dan air tangan mama turut dikongsi oleh hampir semua kawan kawan saya dahulu yang ibu mereka bekerja. syukur lah baba tak pernah berkira meski kawan-kawan saya kebanyakkannya anak orang berada.kira impaknya, mama dan baba ramai anak angkat yang lebih rapat dengan mereka banding dengan ibu bapa mereka sendiri.

errr... saya pun tiada anak lagi. tapi doa selalu moga tercapai harapan.


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

diniey
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-08-09 15:30


Dulu bagi diniey diniey tak kan sesekali jadi surirumah....tapi bila dah ada anak...setiap hari kat tempat kerja terbayang wajah anak...lebih lebih lagi bila outstation....kalaulah ada yang dapat ambik alih busnes diniey....diniey rasa macam nak berhenti kerja..duduk rumah didik anak...bestnya kalau impian tu jadi kenyataan...sebab diwaktu baby ni lah anak-anak amat perlukan perhatian ibunya...


Bookmark and Share




  Member Information For dinieyProfil   Hantar PM kepada diniey   Quote dan BalasQuote

guidance
WARGA RASMI
Menyertai: 27.07.2009
Ahli No: 11027
Posting: 20

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-08-09 10:04


kalau boleh saya tak nak jadi suri rumah sebab saya nak income sendiri..nak simpan duit untuk future..nak tolong family..kita tak tau akan datang nati macam mana..duit zaman sekarang ni penting..


Bookmark and Share




  Member Information For guidanceProfil   Hantar PM kepada guidance   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 17-08-09 10:59


pada saya tiada salah nya jika muslimah educated duduk rumah untuk jadi suri rumah sepenuh masa, jika gaji suami cukup untuk pembelanjaan dalam rumah..

mungkin, dengan ada nya ilmu di dada, kaum ibu sendiri boleh ajar anak anak mereka tusyen dari membayar orang untuk ajar anak mereka tusyen


-----------------
setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita


Bookmark and Share




  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» Muslimah Educated Jadi Surirumah Sepenuh Masa

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.067074 saat. Lajunya....