"Fatin baru sahaja menyiapkan tugasan
bersama-sama dengan rakan kumpulan nya yang
lain.Setelah siap semua kawannya balik dan
meninggalkan dia tercengangang sorang-
sorang.Maklumlah dia kan pompuan tambahan lagi
banyak kes perogol bersiri yang didengarinya dari
media massa sejak akhir-akhir ni kat KB. jeng
jeng jeng..
Hampir 1-2 jam dia menunggu bas terakhir tapi
bas-bas yang ditunggu tetap tak datang.Sedang
asyik menyumpah seranah pemandu dan syarikat
bas itu dalam hatinya akhirnya bas itu datang juga
walaupun hari dah makin gelap.
Tapi anehnya bas tu bergerak perlahan sangat dah
lah tu buruk pulak sampai pintunya pun dah
tercabut.Apalagi Fatin terus melompat masuk
ke dalam bas tersebut.Ruang dalam bas tu gelap
sangat sampai dia terpaksa terkebil-kebil mencari
tempat duduk.
Namun setelah duduk dia perhatikan hanya dia jer
penumpang dalam bas tu.Pelik jugak? Hatinya
bagai tersentap bila dia dapat tahu pemandunya
pun takde.Habis tu camana bas tu boleh
bergerak? Oleh kerana terlampau panik dia
menjerit ketakutan sekuat
hati.Tolongggg....hantuuuuuuuu!
Tiba-tiba dia mendengar seseorang
memarahinya.Woi!!! bakpo tu? doh lah selambo
jah dio naik...nempik tak pasa-pasa pulok doh!
Kemudian Fatin baru perasan pemandu dan
pembantunya serta beberapa penumpang bas lain
sedang sibuk kat belakang bas menolak bas tu
yang rosak.
Buat suspen dan malu jer..........................