Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Ramai yang berasa sendirian kerana mereka membina tembok, bukan jembatan

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




  Dari Galeri
Ini gambar bersama teman baik ana... mcm mane?

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Petua Berharga
Topik: BAGAIMANA MEMAAFKAN ORANG LAIN


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Petua Berharga
    »» BAGAIMANA MEMAAFKAN ORANG LAIN

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh BAGAIMANA MEMAAFKAN ORANG LAIN

ummuafeera
WARGA RASMI
Menyertai: 14.01.2005
Ahli No: 4828
Posting: 12
Dari: jb

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-03-05 21:31


Memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku akan melapangkan dan meringankan bebanan anda. Menyimpan dendam boleh mengakibatkan tekanan dan beban yang berat untuk ditanggung.



Langkah-langkah:


Ingat kembali apa yang telah berlaku.


Mengakui semua perasaan yang anda alami. Selalunya di sebalik rasa terluka atau sedih terdapat perasaan marah.


Luahkan perasaan anda dengan menulisnya, mengadu kepada kawan atau membiarkan diri anda melalui apa yang anda rasa.


Bertanggungjawab terhadap emosi-emosi anda sendiri. Walaupun anda berasa bersalah, anda mempunyai alasan-alasan sendiri terhadap emosi-emosi yang dialami. Terserah kepada anda untuk memutuskan bila masanya anda bersedia untuk berhenti daripada berasa marah atau tersinggung.


Beritahu kepada orang berkenaan mengenai kelakuannya yang telah menyinggung perasaan anda. Anehnya ialah anda tidak akan berasa benar-benar bersedia untuk memaafkannya sehinggalah anda tahu yang orang berkenaan telah mendengar dan memahami apa yang anda luahkan.


Cuba memahami pandangan orang lain, walaupun anda tidak benar-benar bersetuju dengannya.


Bina semula kepercayaan dalam perhubungan. Kenalpasi mengenai sikap atau perlakuan yang boleh diterima pada masa akan datang, apabila tiba masanya.


Buat keputusan untuk memaafkan, dan ucapkan kemaafan anda kepada orang berkenaan. Apabila anda telah melakukannya, berusahalah untuk meneruskan perhubungan dan melupakan sama sekali perkara tersebut.


Petua-petua:


Anda boleh memaafkan seseorang tanpa membiarkan dia terus berkelakuan begitu; memaafkan bukan bermakna bersetuju.


Elakkan sikap mempertahankan diri. Lepaskan perasaan anda dahulu semasa orang yang bersalah itu tiada di hadapan anda - ini akan membantu interaksi menjadi lebih produktif.


Tunggu sehingga anda benar-benar bersedia untuk memaafkan. Hormati perasaan anda dan ambil masa selama mana yang anda perlukan.


Bookmark and Share




  Member Information For ummuafeeraProfil   Hantar PM kepada ummuafeera   Pergi ke ummuafeera's Website   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-04-05 16:28




syukran ukht ummuafeera



-----------------
Success Through Endeavour ;


Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

rosacanina
WARGA RASMI
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 5131
Posting: 8
Dari: kk

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-04-05 18:47




memaafkan orang lain bukanlah satu perkara yg mudah...makin dalam luka yg ditinggalkan...makin sukar kita nak maafkan dia.

Satu perkara yg kita kena ingat...
lupakanlah kesalahan org lain pd kita DAN kebaikan kita pd org lain

TETAPI

ingatilah kebaikan org lain pd kita DAN kesalahan kita pd org lain..


Bookmark and Share




  Member Information For rosacaninaProfil   Hantar PM kepada rosacanina   Pergi ke rosacanina's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-04-05 00:20


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah setiap malam sebelum tidur kita maafkan semua orang insyaAllah kerana itu adalah amalan seorang sahabat Rasulullah saw yang diberitakan akan masuk syurga.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-04-05 00:25


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah setiap malam sebelum tidur kita maafkan semua orang insyaAllah kerana itu adalah amalan seorang sahabat Rasulullah saw yang diberitakan akan masuk syurga.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 4996
Posting: 27

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-04-05 14:45


......
kemaafan sukar untuk dilafazkan...tetapi kemaafan merupakan lafaz yang terindah . ...
wassalam...


Bookmark and Share




  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Pergi ke puteriayahanda's Website   Quote dan BalasQuote

hidayah_saibi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 7909
Posting: 75
Dari: UUM/PERAK BUMI BERTUAH

Perak  


posticon Posting pada: 28-10-07 13:25


Pada 08-04-05 00:25 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wa'alaikumussalam wr wb

salam..
betul tu ummimq,
saya pernah dengar tentangnya daripada Dr Fadzilah Kamsah :-)


-----------------
"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaian..."


Bookmark and Share




  Member Information For hidayah_saibiProfil   Hantar PM kepada hidayah_saibi   Quote dan BalasQuote

hidayah_saibi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 7909
Posting: 75
Dari: UUM/PERAK BUMI BERTUAH

Perak  


posticon Posting pada: 28-10-07 13:28


hmm.. memang sukar untuk memaafkan org lain tapi sebenarnya perkataan itulah yang boleh melembutkan hati dan menjernihkan situasi..


Bookmark and Share




  Member Information For hidayah_saibiProfil   Hantar PM kepada hidayah_saibi   Quote dan BalasQuote

ina_majdina
WARGA RASMI
Menyertai: 14.11.2007
Ahli No: 8037
Posting: 6

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-11-07 08:58


betul juga kata-kata rosacanina tu..
tambahan bila melibatkan hati dan perasaan ni. pertemuan yang tidak dipinta apatah lagi perpisahan dengan orang yang disayangi...

bila hati dan perasaan dimain2kan akan timbul rasa marah dan benci. sukar nak maafkan kesalahan orang 2, sampaikan kesihatan pun terganggu tu yang susah tu.. :-)
hanya dengan meluahkan rasa dalam diri 2 pada teman atau melupakan org 2 akan buatkan diri rasa lebih tenang.. mulakan hidup baru.. dugaan itu datang pada insan yang dipilih olehNya dan sesungguhnya Allah menguji dan sayngkan kita.. InsyaAllah.. :-)


Bookmark and Share




  Member Information For ina_majdinaProfil   Hantar PM kepada ina_majdina   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-01-09 21:38


:berfikir: nak memaafkan tu mudah..
tapi nak melupakan tu susah sikit..huhuhu bagaimana itu?


Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

anshu
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 29.01.2009
Ahli No: 9759
Posting: 21
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 31-01-09 21:49


Hati yang terluka umpama besi yang bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya...:-l

ye maaf mudah...betul tu sutera kasih....


Bookmark and Share




  Member Information For anshuProfil   Hantar PM kepada anshu   Quote dan BalasQuote

yuhada
WARGA RASMI
Menyertai: 27.01.2006
Ahli No: 6248
Posting: 19
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 11:22


MUJAHADAH PERASAAN

Manusia adalah jenis makhluk yang ada perasaan. Apabila kita menyebut perasaan, ia adalah rasa-rasa yang bertapak di hati nurani dan sarangnya adalah hati daging.

Perasaan-perasaan itu seperti rasa kasih, rasa benci, rasa jijik,rasa simpati, rasa marah, rasa dendam, rasa rindu, rasa malu, rasa megah, rasa sombong, rasa takut, rasa serba salah, rasa berbelah bagi.

Perasaan-perasaan yang merupakan fitrah atau tabiat semula jadi manusia, bukan senang hendak diasuh, dididik, didisiplinkan, dikendalikan dan diurus kerana ia ada yang positif, ada yang negatif. Yang positif hendak dilepaskan, yang negatif hendak ditahan.

Melepaskan yang positif adalah satu pengorbanan. Menahan yang negatif adalah juga satu pengorbanan. Mengorbankan perasaan dianggap satu jihad, yakni jihad batin. Bahkan ia lebih besar lagi daripada jihad-jihad benda-benda yang lahir seperti mengorbankan tenaga, harta dan nyawa.

Jihad yang lahir tidak akan boleh berlaku kalau tidak bermula daripada jihad yang batin. Dari yang batinlah mencetuskan yang lahir. Kalau yang batin tidak mampu hendak dikorbankan sudah tentu yang lahir ikut serta, sudah tentu tidak sanggup dikorbankan. Yang sebenarnya pengorbanan yang lahir itu, ia adalah merupakan implimentasi dari pengorbanan yang batin. Dengan kata-kata yang lain, pengorbanan yang lahir itu adalah buah daripada pengorbanan yang batin iaitu pengorbanan perasaan.

Perlu diingat, untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala perlukan pengorbanan. Tidak ada pengorbanan, tidak ada keredhaan. Tidak ada pengorbanan adalah nonsense. Tidak ada pengorbanan adalah angan-angan. Tidak ada pengorbanan, tidak akan ada kejayaan untuk dunia dan Akhirat.

Mengorbankan perasaan, amat susah hendak dilakukan. Sungguh perit dan sakit. Sungguh tercabar dan menyusahkan. Saya bawa beberapa contoh:

Kita kasih dan sayang pada suami kita. Kita suka dia duduk di rumah sahaja untuk membelai kita. Apakah mudah kasih sayang kita itu hendak kita korbankan untuk membenarkan dia berjuang di luar rumah. Untuk dia menunaikan kewajipan kepada Tuhan di luar rumah hingga terpisah daripada kita beberapa ketika.

Kita sayang sangat dengan suami kita. Apakah mudah kita hendak korbankan kasih sayang kita untuk dibahagi sedikit kepada orang lain dengan membenarkan suami kita berkahwin lagi. Agar suami kita itu dapat dikongsi kasih sayangnya dengan orang lain.

Kita marah kepada seseorang. Bolehkah kita korbankan perasaan marah itu hingga kita boleh memberi maaf atau meminta maaf kepada orang itu. Sanggup memberi maaf atau meminta maaf ertinya kita sanggup mengorbankan perasaan ego atau sombong kita.

Kita sayang sangat dengan harta kita. Perasaan sayang dengan harta itu kita korbankan dengan cara harta kita itu kita infakkan kepada jalan Allah. Perasaan itu sudah tentu menyeksakan kita.

Perasaan ingin berehat. Ingin bersenang-senang dan menyenangkan badan. Tiba-tiba ada tetamu datang atau ada jiran yang memerlukan pertolongan kita. Sanggupkah kita mengorbankan perasaan dengan cara kita hormati tetamu atau kita pergi menolong jiran kita yang memerlukan pertolongan kita.

Kita diuji dengan berbagai-bagai ujian, miskin, kemalangan, bencana alam. Sudah tentulah hati kita susah. Begitulah perasaan kita di waktu itu. Kalau kita tidak boleh menahan atau mengorbankan perasaan kita, sudah tentu kita keluh-kesah, risau. Fikiran berserabut atau tidak menentu hingga memberi kesan di sudut kehidupan kita yang lain. Bahkan boleh menyusahkan orang lain. Sedangkan masalah tidak selesai juga. Bahkan boleh menambahkan masalah lagi. Tapi kalau kita sanggup mengorbankan perasaan kita itu, timbul ketenangan. Fikiran kita stabil. Membuat kerja-kerja lain tidak terganggu. Orang lain pun tidak dapat kesusahan. Bahkan dengan pengorbanan perasaan kita itu datang simpati orang atau orang pun kasihan.

Kita orang kaya atau berilmu atau berpangkat besar dan berkuasa. Sudah tentu perasaan kita berbunga. Perasaan sombong pun datang. Perasaan megah pun ikut tiba. Kalau kita tidak korbankan perasaan yang telah disebutkan tadi, berapa ramai orang yang tersinggung. Berapa banyak orang yang terzalim. Entah berapa ramai yang mendapat susah. Sudah tentu lahir side effectnya. Iaitu orang benci, masyarakat marah. Mungkin ada orang yang berdendam dan bertindak menyusahkan orang itu. Akhirnya kedua-dua pihak tidak selamat. Kedua-dua pihak mendapat kesusahan.

Tapi kalau si kaya atau yang berilmu tadi atau yang berpangkat besar dan mempunyai kuasa sanggup mengorbankan perasaan yang negatif tadi, ia mempunyai side effect yang baik. Datang orang ramai sayang, masyarakat hormat, orang memberi hati dan jiwa. Ertinya sama-sama menerima faedah. Sama-sama mendapat kasih sayang, sama-sama harmoni. Itulah dia kelebihan mengorbankan perasaan.

Oleh kerana itu, mengorbankan perasaan adalah rahsia segala kebaikan. Dari mengorbankan perasaan itu lahir kasih sayang, lahir kesabaran, lahir simpati, lahir pembelaan, lahir bertolong bantu, lahir ukhwah, lahir keredhaan. Maka kerana itu, mengorbankan perasaan itu adalah satu jihad. Kerana di sini nafsu terpaksa dilawan. Melawan nafsu lebih besar daripada jihad di medan perang.

Oleh itu mengorbankan perasaan amat perlu dilakukan. Kalau perasaan tidak sanggup dikorbankan, sifat sabar tidak akan dapat dimiliki. Apatah lagi sifat redha. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, kita akan jadi pemarah. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, tolak ansur tidak akan wujud. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, bertolong bantu, simpati, ukhwah, harmoni semuanya tidak akan wujud.

Ertinya mengorbankan perasaan itu sangat besar ertinya di dalam kehidupan masyarakat atau di dalam kehidupan sesama manusia. Oleh itu minta selalu kepada Tuhan hidayah dan taufik-Nya agar kita mampu mengorbankan perasaan agar segala perkara yang lahir yang kita miliki dapat kita korbankan demi keredhaan Tuhan.


Bookmark and Share




  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-02-09 16:09


Berbahagialah bagi mereka yang mempunyai hati yang murah dan kaya hati budi..sentiasa memafkan walaupun kadang-kadang sukar untuk melakukannya. siapalah kita yang terlalu hina ini untuk terlalu berkira sesama hamba, sedangkan ALLAH yang menciptakan dan memberikan nikmat rezeki yang melimpah ruah bersifat maha pengampun lagi maha penyayang meskipun hambanya seringkali melupakannya...


-----------------
Hidup mesti terus...

[ Telah diedit oleh: sadiqah pada 03-02-09 16:37 ]


Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-02-09 16:09


Assalamualaikum

wah.. bagusnya jadi seorang pemaaf..
tapi bagi saya.. memang susahnya nak memaafkan..
lagi-lagi kalau orang buat sesuatu tanpa usul periksa..
hmm memang susah..
tapi saya akan cuba untuk memaafkan orang..
sebab apa ye..
sebab kita ni bukan hidup lama..
sebab kita bukan manusia perfect..
hari ni kita sakitkan hati orang..
esok lusa orang sakitkan hati kita..
sebagaimana kita pernah sakitkan hati orang..
tentunya orang tu pun susah nak memberi maaf kepada kita..
macam tu juga dengan kita..
sukar kan?
so maaf-maaf sajalah..
untuk mengelakkan daripada berlaku penyakit hati yang lain..
percaya lah bila kita mudah memaafkan orang
orang juga akan mudah memaafkan kita..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

drwauwa
WARGA RASMI
Menyertai: 10.02.2009
Ahli No: 9832
Posting: 14
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-09 12:25


Assalamualaikum , just to add a little bit....berkenaan tentang sifat pemaaf ni....

*Forgiving Nature of THE Prophet* *(PBUH)***

*One of the great qualities of Prophet Muhammad (peace be upon him) was that he never took revenge on anyone for personal reasons and always forgave even his firm enemies. His wife `A ishah reported that Allah s Messenger was not
unseemly or obscene in his speech, nor was he loud-voiced in the streets, nor did he return evil for evil, but he would forgive and pardon. The people of the Quraysh rebuked him, taunted and mocked at him, beat him and abused him. They tried to kill him and when he left for Madinah, they waged many wars against him. Yet when he entered Makkah victorious with an army of 10,000, he did not take revenge on anyone. He forgave all. Even his deadliest enemy, Abu Sufyan, who had fought so many battles against him, was forgiven, as was anyone who stayed in his house. *
Prophet Muhammad (peace be upon him) also pardoned the leaders of Ta if, who had engaged ruffians to pelt him with stones when he visited that town to invite them to Islam.
Abdullah Ibn Ubayy, the leader of the hypocrites of Madinah, worked all his life against Prophet Muhammad (peace be upon him) and Islam and left no stone unturned in trying to defeat his mission. He withdrew his 300 supporters in the Battle of Uhud, which almost broke the backbone of the Muslims. He engaged in intrigues and acts of hostility against the Prophet of Islam and the Muslims. An Abyssinian slave who had killed Prophet Muhammad s (peace be upon him) beloved uncle Hamzah in the Battle of Uhud was also forgiven when he embraced Islam after the Conquest of Makkah. The wife of Abu Sufyan, who had cut open Hamzah s chest and torn his liver and heart into pieces in the Battle of Uhud, quietly came to the Prophet (peace be upon him) and accepted Islam. He recognized her but did not say anything. She was so impressed by his magnanimity and stature that she said, O Allah s Messenger, no tent was
more deserted in my eyes than yours; but today no tent is dearer in my eyes than yours. Habar Ibn Al-Aswad was another vicious enemy of Prophet Muhammad (peace be upon him) and of Islam. He had inflicted a grievous injury on Zaynab, daughter of the Prophet (peace be upon him). She was pregnant when she emigrated from Makkah to Madinah. The polytheists of Makkah obstructed her and Habar Ibn Al-Aswad intentionally threw her down from the camel. She was badly hurt and miscarried as a result. Habar committed many other crimes as
well. He wanted to run away to Persia but then he came to Prophet Muhammad (peace be upon him), who forgave him.
Prophet Muhammad (peace be upon him) was all for forgiveness and no amount of crime or aggression against him was too great to be forgiven by him. He was the complete example of forgiveness and kindness. He always repelled evil with good, for, in his view, an antidote was better than poison. He believed and practiced the precept that love could foil hatred and aggression could be won over by forgiveness. He overcame the
ignorance of the people with the knowledge of Islam, and the folly and evil of the people with his kind and forgiving treatment.
With his forgiveness, he freed people from the bondage of sin and crime, and also made them great friends of Islam. He was an exact image of the following verse of the Qur an: The good deed and the evil deed cannot be equal. Repel (the evil) with what is better (i.e. Allah orders the faithful believers to be patient at the time of anger, and to excuse those who treat
them badly) then verily he, between whom and you there was enmity, (will become) as though he was a close friend (Fussilat 41:34).


O Allah! *Guide* us, make our intentions *sincere*, *accept* our deeds, * answer* our prayers, and make us of those who are *patient*.

_______


Dari Wanita Untuk Wanita


Bookmark and Share




  Member Information For drwauwaProfil   Hantar PM kepada drwauwa   Pergi ke drwauwa's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-09 16:40


Semua orang melakukan kesilapan, dan bukan semua orang perfect.. jadi maafkanlah dia. Kalau boleh doakan dia agar diberikan hidayah dariNya..


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-03-09 17:10


salam..

saya akui saya jenis yang terlalu kuat memendam(perangai anak-anak no 2 agaknya.. ehehehe). sebab diri ni bukan jenis yang mudah mudah nak membalas balik apa yang orang buat walaupun dalam diri tu memberontak.

tapi selalunya ALLAH takdirkan orang2 sebegitu akan datang balik pada saya untuk meminta apa-apa terutama pertolongan. jadi secara tak langsung dia nak merendah diri bertemu saya & saya secara senang hati akan membantu yang terbaik. jadi alhamdulillah terus terpadam kisah-kisah lama yang menyakitkan hati.

tapi... kalau yang jenih keterlaluan(lebih-lebih jika perkara itu menyebabkan gugurnya air mata seorang mama).... saya akui(dan turut diakui oleh mama saya) saya memang dah tak mampu untuk memandang MUKA DIA sampai bila-bila.jadi.. biar mama saya gembira semula barulah saya akan berubah seperti sedia kala.

**saya cuma hambaNYA.. dan orang2 itu juga sepatutnya sedar dia juga tiada sebarang kelebihan dan kesempurnaan seperti saya seperti yang dia bangga banggakan


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

Hudna
WARGA RASMI
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10011
Posting: 8
Dari: Di Malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-03-09 01:19


Assalamualaikum


Ada beberapa nasihat dari ulama-ulama besar untuk panduan kita bersama:-


1.-Seseorang bertanya kepada Qatadah: "Siapa yang paling mulia diantara manusia?" beliau menjawab: "Orang yang banyak memaafkan kesalahan orang lain."

2.-Imam Ahmad Hambal pernah berkata tentang peristiwa beliau dipenjara dan dipukul : "Aku tidak mahu Allah s.w.t. mengazab seseorang disebabkan aku tidak memaafkannya."        

3.-Abu Said al-Muqbari berkata: "Bentuk kesempurnaan maaf adalah dengan memberi kasih sayang kepadanya dan banyak memohon kepada Allah s.w.t agar Allah s.w.t memaafkannya.


Inilah beberapa akhlak yang terpuji dikalangan para ulama. Mudah-mudahan kita juga akan diberi kekuatan seperti mereka untuk mencontohi akhlak mereka....


Bookmark and Share




  Member Information For HudnaProfil   Hantar PM kepada Hudna   Quote dan BalasQuote

e-zah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 14.10.2008
Ahli No: 9176
Posting: 137
Dari: alor setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-03-09 08:11


e-zah susah nak lupa apa yang org buat kat e-zah terutama pada orang yang tak kenal e-zah...maksud e-zah bukan dr kawan-kawan dan sahabat-sahabat rapat e-zah...e-zah paling anti dan sikit at bila llaki yang cari pasal dengan e-zah...e-zah takkan maafkan sampi e-zah bls balik apa yang dia buat kat e-zah sama dan stmpal...e-zah tak tahu bagaimana nak buang cfat dendam dalam dr ni...e-zah kalau boleh tak mahu cfat dndam itu makan dr e-zah...please...


Bookmark and Share




  Member Information For e-zahProfil   Hantar PM kepada e-zah   Quote dan BalasQuote

e-zah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 14.10.2008
Ahli No: 9176
Posting: 137
Dari: alor setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-03-09 08:12


kalau ada doa or amlan yang baik untuk e-zah aml time e-zah marah dan sikit hati pun boleh juga...


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For e-zahProfil   Hantar PM kepada e-zah   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Petua Berharga
    »» BAGAIMANA MEMAAFKAN ORANG LAIN

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.304407 saat. Lajunya....