Oleh |
Jewel in The Palace |
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 03-12-04 22:35
Siapa tengok cerita ni? Sebuah drama bersiri Korea yang mengisahkan tentang kehidupan seorang pelayan Istana. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ni. Rasa tak rugi ditonton bersama. Setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam di channel 8... -----------------
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 04-12-04 10:17
W'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah anakanda tengok juga ya. umi pun gemar cerita itu yang banyak memberi pendidikan dari aspek masak memasak dengan menggunakan bahan asli. Walaupun mereka tu bukan beragama Islam tetapi asasnya (basic morality) ada ciri-ciri ke arah berhati mulia dan sebagainya. InsyaAllah sekiranya tiada kerja lain yang menuntut ke atas diri kita maka silakan menonton siri ini.... janji solat isya' dulu ya  .
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq -----------------
|
xara_fatima
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 4478
Posting: 54
Dari: bangi
|
Posting pada: 06-12-04 14:57
xara pun baru terlekat nih..cuma xara khuatir sket..sbb bila xara start tengok cerita bersiri, kebiasaannya, part ending tu mesti xara x dpt tgk..huuuu..
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 06-12-04 16:57
Tak sangka ummi pun tonton sama, ana memang suka cerita tu, banyak tauladan boleh diambil. Kesabaran, kegigihan, kejujuran dan macam2la..
Xara, ana pun selalu macam tu, time ending ada aje halnya... -----------------
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 09-12-04 23:34
Tak ramai ke yang tonton cerita nih. Geram tengok sikap tamak dan gila kuasa dalam cerita ni. Manusia2..
(Nak citer sorang2 pun tak syok..) -----------------
|
daquayza
WARGA RASMI Menyertai: 07.01.2004 Ahli No: 3045
Posting: 16
Dari: sp
|
Posting pada: 10-12-04 02:07
em, tgk gak crita tu... tp kdg2 termis jugak.... nak tgk brita tv3...
|
MuSaFiR_SaYYaFF
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 31.05.2003 Ahli No: 1547
Posting: 125
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 10-12-04 18:08
 ...
Erm.. ana tengok jugak.. Satu family berkumpul tengok except my fahter lah. Yang bestnya Changjin tu cute.. Pasal tu suka tengok..
Er, Kak Hanan? Tu cerita Korea ka? Tapi tu kan somewhere in China. Tempat orang China yang jenis hidung tinggi (bukan sombong tu). My father lah cakap. Kemudian bahasa dia ditukarkan ke Mandarin? Kan? Tapi, Mandarin kampong. ----------------- FRieNDSHiP iS aLL aBouT
CaRiNG, TRuSTiNG aND LoViNG
No DiaMoNDS oR PeaRLS
CouLD eVeR RePLaCe
WHaT FRieNDSHiP MeaNS To uS
|
Fasihah_Husniyah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 19.11.2004 Ahli No: 4599
Posting: 92
|
Posting pada: 11-12-04 10:21
Jewel In The Palace?.. Fasihah memang minat giler kat citer tu.. Byk beri pengajaran dan iktibar yang boleh diambil.. Ia mceritakan pergolakan hidup manusia.. yerlah, y gila kuasa, tamak dan sanggup mengorbankan kawan baik sdiri demi utk kepentingan sdiri.. GERAMNYA!!!
|
xara_fatima
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 4478
Posting: 54
Dari: bangi
|
Posting pada: 16-12-04 10:39
lucu bila xara mengingatkan kawan2 yg masih studi lagi..sanggup segala discussion ditunda ke pukul 9.30 malam.begitu juga dengan meting persatuan..semuanya liat nak pergi...
|
aysha
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 24.04.2003 Ahli No: 456
Posting: 62
Dari: seremban,ng 9
|
Posting pada: 16-12-04 15:54
hm...citer ni memang kisah yg diadaptasi dr kisah sebenar yg berlaku dlm istana korea.kalau dlm cd asal,memang boleh dengar bhs korea tap disebabkan utk siaran di Malaysia,terpaksa la kene disiarkan dlm bhs mandarin.tapi...saye memang syorkan citer ni utk ditonton.ade banyak pengajaran yg menarik utk dihayati.tapi,sebab dok kat hostel susah skit nak tgk.tmbhan plak sekarang ni musim bola.tv pun pasang bola jela. apepun...tgk la cite ni sampai keakhirnye utk kesudahan yg amat menarik ....
----------------- ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 28-12-04 22:42
Akhirnya Puan Han berjaya juga. Banyak betul dugaan terutama dalam menghadapi karenah manusia yang gila kuasa dan tamak. Bagus betul cerita ni, siapa belum tengok tak rugi tengok tapi dah episod ke 29 dah. -----------------
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 01-01-05 00:03
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah umi tengok cerita ni sebab ada unsur pendidikan yang hebat. Bagaimana politik walau sekedar di dapur istana korea melibatkan rasuah di semua peringkat dan di sini kelicikan mereka memainkan peranan masing-masing. Walau apapun kebenaran tetap menyerlah namun taqdir mengatasi segalanya.
Umi tengok juga hanan  . ni hanan dah selesai ke belajar? jangan sampai point jatuh tengok ni dah. nanti umi piat telinga dia  gurau ya anakanda  .
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - sayang semua anak-anak di sini dan di ukhwah walau kekadang kena smash namun umi terima smash tu seperti menerima buah tangan dan hargainya juga  . -----------------
|
pena_sufi
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 19.04.2003 Ahli No: 222
Posting: 119
Dari: bumi waqafan,kluang,johor
|
Posting pada: 01-01-05 13:44
pelayan tue sangat sopan... ----------------- mahabbah mawaddah lil ukhwah fillah...
|
maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 03.03.2004 Ahli No: 3361
Posting: 118
Dari: Pahang~Sel~Dubai
|
Posting pada: 01-01-05 18:58
erkkk...... tak sampai hati nak tengok.... assignment banyak.... kalau dah start tengok... alamatlah melekat depan Tv... tu yang tak larat tu!!!
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 01-01-05 20:11
Quote:
| Alhamdulillah umi tengok cerita ni sebab ada unsur pendidikan yang hebat. Bagaimana politik walau sekedar di dapur istana korea melibatkan rasuah di semua peringkat dan di sini kelicikan mereka memainkan peranan masing-masing. Walau apapun kebenaran tetap menyerlah namun taqdir mengatasi segalanya. |
| Betul ummi, di mana2 ada situasi tersebut. Sampaikan di dapur istana pun tersembunyi banyak konflik dan tipudaya.
Quote:
| Umi tengok juga hanan . ni hanan dah selesai ke belajar? jangan sampai point jatuh tengok ni dah. nanti umi piat telinga dia gurau ya anakanda . Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - sayang semua anak-anak di sini dan di ukhwah walau kekadang kena smash namun umi terima smash tu seperti menerima buah tangan dan hargainya juga .
|
| Hanan baru habis belajar bulan 10 yg lalu. Terima kasih ummi sudi bersama kami. Kalau ada salah kata harap dimaafkan.. -----------------
|
pena_sufi
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 19.04.2003 Ahli No: 222
Posting: 119
Dari: bumi waqafan,kluang,johor
|
Posting pada: 07-01-05 00:15
apa dah jadi ni? semakin confius jadinya...
dah lama tak tengok. apa kata kak hanan citer skit apa dah jadi ----------------- mahabbah mawaddah lil ukhwah fillah...
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 08-01-05 07:50
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah tahniah dah selesai belajar ya  . maafkan umi yang tak perasan. semoga anakanda telah najah cemerlang. InsyaAllah nanti kalau umi turun kl akan cuba call. umi ni bukan apa cuma segan (malu) takut menyusahkan anak-anak saja. Anakanda ceritalah apa yang dibuat sekarang ni kerana rasanya ramai anak buah hanan.com.my nak tahu perkembangan bossnya ni  . kirim salam iman dan ukhwah kepada keluarga ya. oh ya baba kata jomlah jalan-jalan ke johor ni. umi baru saja beritau kat baba hanan dah selesai belajar. tapi umi kata hanan anak sulung rasanya banyak tanggungjawabkan. take care.
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Al-Hasan berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dua langkah manusia yang disukai Allah s.w.t. Pertama: Langkah menuju sembahyang fardhu. Kedua: Dan langkah menunju silaturrahim kepada kerabat yang mahram." -----------------
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 08-01-05 12:42
Quote:
| apa dah jadi ni? semakin confius jadinya... dah lama tak tengok. apa kata kak hanan citer skit apa dah jadi |
| Chang Jin dan Puan Han telah dihukum menjadi hamba di Pulau Qi angkara muslihat keluarga Choy yang mendakwa mereka bersubahat dengan pemberontak dan menyebabkan maharaja demam panas selepas makan sup itik. Namun, Puan Han telah mati dalam perjalanan kerana telah teruk disiksa sebelum itu. Pegawai Min pula meninggalkan kerja di istana dan bertugas di Pulau Qi. Quote:
| kirim salam iman dan ukhwah kepada keluarga ya. oh ya baba kata jomlah jalan-jalan ke johor ni. umi baru saja beritau kat baba hanan dah selesai belajar. tapi umi kata hanan anak sulung rasanya banyak tanggungjawabkan. take care. |
| Terima kasih Ummi sudi menjemput Hanan ke sana. Buat masa ini belum boleh nak berjalan2 lg, kena jaga adik2 kat rumah. Ada rezeki kita jumpa lg. Kalau ummi datang KL, bitaula, kalau tak ada hal, boleh kita jumpa lagi.. -----------------
|
Fasihah_Husniyah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 19.11.2004 Ahli No: 4599
Posting: 92
|
Posting pada: 09-01-05 17:44
Then, Changjin cuba melarikan diri untuk pulang ke istana namu sentiasa gagal.. Namun Changjin berjaya melarikan diri dengan Pegawai Min..
|
nuarii
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 05.04.2004 Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh
|
Posting pada: 10-01-05 01:13
Rasanya Changjin ni ada kaitan ngan istana kan..
Tak mustahil maharaja pun suke kat dia...
|