Oleh |
ape hukumnyer memainkan perasaan org? |
al_kuliyyah
WARGA RASMI Menyertai: 06.05.2003 Ahli No: 1010
Posting: 16
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 30-11-04 11:48
assalammualaikum... bebaru nie sy mndpt berita ttg pertunangan orng yg telah memberi harapn pada sya , mak dan juga abah saya.. hub sy dengan si dia mmg terjaga..kami jrg2 berjupe kec dgn mak dan abh...dia byk membantu dan bg nasihat..tanggal 23/11/04 sy telah bertekad utk menelefon rumahnyer stlh 2 minggu dia offkan h/p...ape yg menyedihkan sy dia memberitahu adiknyer sup sy tdk menganggunyer kerna di tlh bertunang..sy terkilan sb dia tak berani bgtau sy sndiri tp suruh mak dan adknyer...dulu dia pernah berjanji dan bg hrpn...dia ambil coz tahfiz...imam muda lg..tp knp dia blh mempermainkan perassaan sy..sehingga kini sy betul2 terkilan dgn sikapnya..sy dpt terima andai dia bkn jodoh sy..tp tlg bagitahu sy...sy menuggu tp akhirnyer..ini yg sy dpt..tiada pun maaf drnya...
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 30-11-04 13:23
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah sebenarnya setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya tetapi rasanya anakanda terkilan sebab perangainya yang tidak bertanggung jawab itukan. InsyaAllah anakanda kena tenang dan redha apa yang berlaku dan menganggap sudah taqdir anakanda begitu dan sememangnya tak patut seorang yang hufaz dan dari background agama berperangai begitu - tidak bertanggungjawab setelah memberi harapan kepada anakanda dan keluarga anakanda. Sabran ya anakanda kerana Allah izin anakanda kelak akan jumpa orang yang lebih hebat darinya dan bagi dirinya yang telah berbuat salah akan menerima balasan kelak. Redhakan saja dan teruskan kehidupan ini dengan lebih berhati-hati dan pelajarilah dari kesilapan yang lalu ya. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - Tiga perkara yang orang tidak puas-puas memburunya, Ahli ilmu dengan ilmu, orang yang tamak dengan dunia dan lelaki dengan wanitanya. -----------------
|
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 30-11-04 16:33
seperti kata ummi, mungkin ada hikmah disebalik peristiwa yang berlaku. Insya Allah, sekiranya adik bersabar, adik akan mendapat pengganti yang jauh lebih baik darinya, amiin.. -----------------
|
xara_fatima
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 4478
Posting: 54
Dari: bangi
|
Posting pada: 01-12-04 12:21
xara mempunyai seorang sahabat yg mengalami permasalahan yg hampir sama..berkawan sampai mak ayah dah tahu..dalam tempoh berkawan, pergaulan cukup terjaga..sampai dah merancang masa hadapan (berkahwin dan sebagainya) dalam tempoh mereka berkawan tu, si lelaki berkenan dgn orang lain. sahabat kepada sahabat saya (pastinya lebih cantik dari sahabat saya ni).lelaki ini memutuskan hubungan dgn sahabat saya. saya melihat sahabat saya cukup sedih dan kecewa. alhamdulillah..berkat kesabaran, Allah menemukannya dengan seorang yg lebih baik dari lelaki tadi. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
|
al_kuliyyah
WARGA RASMI Menyertai: 06.05.2003 Ahli No: 1010
Posting: 16
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 03-12-04 11:28
terima kasih semua... alhamdullillah skrng dah kuat sket...kasih Allah mengatasi segala2nyer...w/p shg skrng susah sy nak percaya benda itu berlaku tp sy perlu akur pd takdir ALLAH...sy tdk mahu jd hambaNYA yg tak beriman... ikutkan nak je balik jb peluk mak sy..tp kuliah dah mule...sabah ke jb pun bknnyer dekat sy dah jd keliru dgn jodoh..takut pun ade..sb taknak rase sakit tue lagi...sakit sgt... terima kasih...
|
nurwardah
WARGA RASMI Menyertai: 03.10.2004 Ahli No: 4397
Posting: 4
Dari: ipoh
|
Posting pada: 03-12-04 12:34
.. ana(saya ) dah baca ttg luahan enti (awak) pasal pertunangan org yg tlh bagi harapan pada enti.. bsabarlah, apa yang penting hidup perlu diteruskan.. & setiap yang berlaku ada 1001 hikmah disebaliknya. Allah hanya memberi ujian pada hambaNya yang mampu menghadapinya.. " Sesungguhnya beruntung orang mukmin, semakin banyak masalah yang menimpa, semakin mustajab doanya...." Kembalilah kepada yang Esa...Semoga pasti enti bakal menemui insan yang lebih baik daripadanya... Insyaallah
|
sali
WARGA RASMI Menyertai: 04.12.2004 Ahli No: 4662
Posting: 9
Dari: malaysia
|
Posting pada: 05-12-04 10:12
umi saya nak tanya pendapat umi. saya baru ajer bertunang.lepas ramai orang kata masa bertunang ni dugaan palaing banyak. adakalanyer saya pon rasa takut umi. boleh umi bagi petua sikit macam mana nak menghadapi dugaan dalam bertuang ni.
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 06-12-04 01:36
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah pertunangan dalam Islam adalah masa taaruf secara syarak antara kedua bakal pengantin. Di dalam waktu itu keduanya hendaklah jujur dan setia antara satu sama lain dan yang perempuan haram dirisik oleh orang lain ketika bertunang. Sebab itu semasa tempoh bertunang usahlah lama sekedar dua tiga bulan cukuplah dan terus bernikah. Cuma ujian ni kekadang dari bisikan syaitan yang tidak gemar terdirinya baitul muslim atau masjid dalam Islam ini. Sebab itu berwaspadalah akan jerangkap samar syaitan dan juga usah sekali-kali biarkan waktu bertunang sebagai tiket untuk berdua-duaan dengan tunang kerana hukumnya harang dan sama dengan bukan mahram lain. InsyaAllah umi harap anakanda sali bertenang dan terus munajat dan istikhorah kepada Allah agar bila tiba hari pernikahan maka ia satu yang tepat dan sebenarnya yang dikehendaki oleh hati dan syarak. InsyaAllah selagi mana meletak Al Quran dan Sunnah di hadapan kita maka selagi itu kita akan terselamat dari fitnah pertunangan. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq -----------------
|
sali
WARGA RASMI Menyertai: 04.12.2004 Ahli No: 4662
Posting: 9
Dari: malaysia
|
Posting pada: 06-12-04 14:35
terima kasih ummi atas nasihat ummi itu. insya Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk diri saya.
|
haha
WARGA RASMI Menyertai: 04.05.2003 Ahli No: 961
Posting: 6
Dari: kuantan
|
Posting pada: 09-12-04 19:07
... ana terpanggil tuk berkongsi dgn sahabat2..semua..ini berlaku pd ana dan sahabat ana sendiri...sebenarnya..klu ada jodoh x kemana..pergilah puncak dunia mana sekalipun klu ada jodoh..tetap bersama..separti sahabat katakan dia tu tahfiz...kata pun manusia x ada yg perfect...sure ada silap...even tahfiz...tetap ada silap...mungkinlah cara dia x kene kerana bertindak sedemikian...siapa2 pun susah tuk terima..perpisahan...tapi klu hayati betul2..pasti kita akan dapat sesuatu...dri semua yg berlaku..cth..sahabat ana...bersahabat dgn student Al-azhar...cairo..selama 3 thn...dan bru2 ni mereka putus...dsebabkan family x terima org luar dri daerah kltn..kadang2 tu x ada yang salah...kita x boleh salah kan mana2 pihak...cuma itu dijadikan sebab kita berpisah dgn dia...mmg pedih...mmg sakit...klu org yg kita sayang bertunang dng org lain...cuma nak mengajar kita...semuanya x kekal lama...seme dlm gengaman kita x akan tetap dlm gengaman kita...yakin kan dri...ada yg terbaik menanti kita,...InsyaAllah....letak kan pergantungan yg kuat kepada Allah...sebalik kepayahan dan kesusahan disertakan kemudahan..kadang2 mungkin dgn cara ni kita lebih dekat dgn Allah...dan sebab tu lah kita diuji dgn cara nie.... )....
|
AZURA_ANAKMAMI
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 01.05.2003 Ahli No: 842
Posting: 186
Dari: kuala kurau,Perak
|
Posting pada: 09-12-04 19:57
assalamualaikum wbt bersabar lah atas dugaan Illahi yer al_kuliyyah, semoga al_kuliyyah dpt kekuatan untuk mengharungi dugaan nie..
|
wardati80
WARGA RASMI Menyertai: 02.03.2004 Ahli No: 3351
Posting: 8
Dari: Kerteh
|
Posting pada: 09-12-04 23:29
mmg tak patut 'dia' buat cam tu. bersabarlah..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. benda ini juga telah sama berlaku pada saya....saya tahu bukan senang nak menerima hakikat. tp kita tidak tahu apa alasan sbnr dia jadi camtu. saya sndiri pun mengalami perkara yang sama... dia bertunang tanpa memberitahu saya. mmg susah nak terima hakikat..tp, terpaksa buat cool sbb tak mahu org tua susah hati tgk kita susah hati...menangis..meratap...kecewa semuanya ada. masa dia kawin, saya balas balik...tp tak ler menyakitkan hati 'dia', tapi just bagi hadiah perkahwinan yang biasa2 je... may be dia terkedu sbb dia anggap dia kawin tak ada effect pada saya... saya kecewa sgt2 tp tak tunjuk je.kecewa yang teramat dlm hidup ler.. last2 dia yang tanya member bahawa saya tak sedih ke? member ckp yang saya tak sedih, barulah dia cakap yang dia je yang sedih. Itupun, dua hari sblm dia akad nikah. lps bbrp bulan dia kawin, dia stll juga merisik khabar pasal saya mll kawan2. Biarlah...may be dia rasa kesal dengan perbuatan dia. saya doakan dia bahagia, tp saya doakan saya lbh bahagia. Last week dia terserempak dengan ayah saya..tetiba je agaknya dia tak dapat mengawal perasaan bertanya yang betulkah bahawa saya telah bertunang. may be sekarang Allah nak tunjuk apa sbnrnya yang tersirat dlam hatinya selma ini. Bagi saya cukuplah apa yang saya ada sekarang. alhamdulillah, sekarang saya sudah ada pengganti. Walaupun bukan seorang naqib usrah sepertinya, tapi...saya doakan dia bukan seorang yang mengecewakan org lain. Alangkah kecewanya isteri dia jika isterinya dapat tahu yang dia masih nak ambil tahu pasal saya sedangkan tak beberapa lama lagi dia akan jadi bapa. sekarang, saya baru terfikir..betapa sedihnya saya ditinggalkan dulu, sedih lagi isterinya kerana suaminya masih lagi tidak dapat melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati..wallahua'lam.........
|
Fasihah_Husniyah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 19.11.2004 Ahli No: 4599
Posting: 92
|
Posting pada: 11-12-04 10:02
|
SuTeRaSyuHaDa
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 4717
Posting: 32
Dari: BuMi TuHaN
|
Posting pada: 19-12-04 20:25
Berpisah Kerana Allah Lukanya Kurang Terasa
|
PutriKraton
WARGA RASMI Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 4359
Posting: 19
Dari: Putrajaya/Parit Buntar
|
Posting pada: 22-12-04 12:40
:-? Assalamualaikum Banyak2 la sabaq no... yang buat lagu tu orng. yang byk. ilmu bukan dia tak tau hukum yg penting setiap apa yang kita buat semuanya Allah tau..sabaqq la nooooooooooo...
|
pena_sufi
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 19.04.2003 Ahli No: 222
Posting: 119
Dari: bumi waqafan,kluang,johor
|
Posting pada: 24-12-04 15:45
bertemu berpisah kerana Allah...itu lebih bahagia ----------------- mahabbah mawaddah lil ukhwah fillah...
|
datapowerimah
WARGA RASMI Menyertai: 30.12.2004 Ahli No: 4775
Posting: 7
|
Posting pada: 27-01-05 10:09
ana pon ada pengalaman.. ana sempat berTUNANG HANYA 6 MINGGU JEE da putusss dah leee masa too ana kat SAUDI yg lelaki kat JB. dia merajuk bila keluarga ana x layan dia krn bukan org kelantan.. sedih sangat bila family yg buat camm tooo.. lelaki too masih kawan baik saya dan dengar cita dia dah nak kawin dgn org yg lebih cantik dan lebih mulia...aaa..min... maff kan saya dan keluarga...
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 27-01-05 10:46
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah umi pernah ada pengalaman menghadap seorang anak angkat umi perempuan yang bercinta dengan ustaz dari kelantan. Tetapi ibu ustaz tu tidak restu dan sering sebut tak mau 'orang luar'. umi nasihat anak angkat umi agar lupakan saja ustaz itu dan akhirnya setelah tiga tahun jodoh anak angkat umi dengan orang terengganu. kini dah dikurniakan seorang anak perempuan dan bahagia insyaAllah. wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - lebih baik jadi anak yang solehah / solehah insyaAllah berkat hidup ni. -----------------
|