Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Dari Galeri
nila gambar jejak kasih kidot,amie dan qing er  di seremban...sory gambar tak terangla..tapi yg tgh tu kidot..yg ungu tu qing er or julia ashila dan yang comei tu amie yg cun...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: antara hak dan batil


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» antara hak dan batil

Please Mendaftar To Post


Oleh antara hak dan batil

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-11-04 15:17


From : Mohamad Abdullah
Sent : Tuesday, November 09, 2004 6:07:52 AM
To : [email protected], [email protected], [email protected]
Subject : Re: [islah-net] Pertanyaan tentang hadis ini.




alhamdulillah, selama ana membuka kitab hadis - kutub tis'ah - dari al-Bukhari, Muslim, Tarmizi, Ibnu Majah, al-Nasaie, Abu Daud, Musnad Imam Ahmad, Muwattho' Imam Malik dan Sunan al-Darimi.

Cerita sebegini memang tidak wujud sama sekali. Cerita sebegini hanyalah direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak ada amanah dalam menyampaikan kisah Nabi SAW.

Nabi SAW sendiri mengingatkan dalam sebuah hadis mutawatir bahawa: Barangsiapa yang menipu ke atas diriku dengan sengaja maka siaplah tempat duduknya di neraka.

Hadis mutawatir ini diriwayatkan oleh hampir 70 orang sahabat ridhwanullah 'alaihim. Sila cek di Nazhm al-Mutanatsirah karya Syeikh Jaafar al-Kettani al-Maliki.

Kisah yang benar diceritakan berdasarkan analogi tersebut ialah kisah Hussain b. Ali yang besedekah gandum pada setiap malam kepada fuqara di Madinah. Setelah beliau meninggal dunia barulah diketahui bahawa beliaulah yang sering meletakkan gandum di pintu-pintu rumah fuqara di Madinah. Wallahu a'lam.

Wassalam

Ballazi <> wrote:
Saya nak buat pertanyaan sedikit kepada para netter yang terer pasal hadis.



Saya telah mendapat satu kiriman cerita dizaman rasulullah dan saya tidak tahu adakah ianya hadis atau tidak. Dan kalau ianya hadis, bolehkan diterang kedudukan statusnya dan isnadnya sekali dan juga nama kitabnya.



Cerita itu adalah seperti berikut, iaitu mengenai wanita buta yahudi…



Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta yang hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya, dia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".



Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga baginda wafat.



Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku Rasulullah yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.



Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila dia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan itu", pengemis itu melanjutkan perkataannya.



Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. dia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia tetap mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya melafazkan syahadah di hadapan Abu Bakar r.a.


-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.051244 saat. Lajunya....