Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah maafkan umi kerana lewat respons sebab tak perasan. Maklumlah bulan puasa

. Online waktu mengantuk so faham sajalahkan. Afwan.
Tahniah kerana anakanda berjaya ke sana. InsyaAllah pengalaman akan mendidik anakanda jadi insan yang lebih berilmu dan matang melayari bahtera kehidupan yang sentiasa dibuai dan dilambung ombak dan taufan. Itulah realiti kehidupan.
InsyaAllah sebenarnya apa yang anakanda lalui ialah kerana (maaf ya atas teguran ini) anakanda kurang mencari maklumat sebelum pergi ke sana. Maksud umi maklumat terperinci perlu kita cari agar kehidupan kita tidak sukar bila tiba ke sana. Walauapapun yang jelas anakanda sudah di sana dan memerlukan bantuan dari aspek makanan dan juga pakaian serta cara hidup yang amat berbeza dengan Malaysia.
Yang pertama anakanda perlulah munajat memohon bantuan Allah SWT agar anakanda tenang menghadapai apa jua ujian di sana. Allah yang jadikan Ukraine sepertimana dijadikan Malaysia ini. Bila habluminallah (perhubungan dengan Allah) beres insyaAllah habluminannas (hubungan sesama manusia) akan beres juga. Maksud umi bukan tidak ada masalah tetapi kita akan tenang dalam menghadapi masalah yang timbul disebabkan sesama manusia ini bila hubunga dengan Allah SWT jelas.
Anakanda perlu peka akan apa yang masuk ke dalam badan kita (makanan dan minuman) kerana ia akan menjadi darah daging kita. Rasanya anakanda faham akan risiko kalau makanan yang Allah tak redha masuk. Jadi anakanda kenalah tanya bebetul dengan pekedai atau sesiapa yang di sana - umi cadangkan anakanda cari pusat Islam di sana. Mereka akan beri panduan yang jelas insyaAllah.
Selepas itu bab pakaian pula asalkan menutup aurat - bukannya fashion pakaian itu tapi bila keluar rumah maka pakaian yang kita pakai boleh terus buat solat. Itulah pakaian yang dikatakan menutup aurat insyaAllah.
Anakanda usah jalan seorang diri - elak dari berjalan sendirian terutama sebelah malam dan juga ke tempat asing. Walau di mana saja kita berada kita kena ingat akan tafsiran Surah An Nuur dalam Al Quran di mana wanita ini sememangnya wajib berteman di dalam musafir atau bila keluar rumah kecuali memang jelas perjalanan yang dilalui ramai manusia dan dijamin keselamatan (rujuk usul fiqh).
Semoga anakanda dapat memahami sedikit panduan yang tak seberapa ini. Selamat Hari Raya diucapkan kepada anakanda dan juga semua anak-anak yang di luar negara dengan kullu am wa antum bikhair. Maaf zahir batin.
Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - The feeling of being near Allah can only be known to the heart
not accessible by other people
-----------------