Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Dari Galeri
... Jika Tuhan tidak ditakuti... Macam-macam boleh terjadi... 
- Mawaddah -

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: apa hukum makan dan minum dibulan ramadhan bagi wanita yg UZUR?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» apa hukum makan dan minum dibulan ramadhan bagi wanita yg UZUR?

Please Mendaftar To Post


Oleh apa hukum makan dan minum dibulan ramadhan bagi wanita yg UZUR?

nafisah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 688
Posting: 66
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-10-04 22:45


akum..

saya ada kemusykilan, saya ingin meminta pendapat dr sahabat2 tentang masalah ini.

baru2 ni saya dapat emel dr kawan saya. itu pun emel yg di forwardkan. emel tersebut berbunyi:

Untuk pengetahuan semua, walaupun kaum
>hawa akan kedatangan haid
> > > pada setiap bulan (bg yg normal) dan tidak boleh
>berpuasa di bulan
> > Ramadhan
> > > apabila tiba masa tersebut tetapi mereka adalah
>diwajibkan imsak
>sepanjang
> > > hari sehingga tibanya waktu berbuka puasa.
> > >
> > > Wajib imsak bermaksud, wanita tersebut
>tidak dibenarkan sama
>sekali
> > > untuk menjamah makanan dan hendaklah menjaga
>diri seperti orang yang
> > > berpuasa. Ramai yang tidak tahu mengenai masalah
>ini kerana berpendapat
> > > apabila mereka tidak boleh berpuasa kerana
>didatangi haid mereka boleh
> > > makan dan minum seperti biasa. Sebenarnya
>pendapat ini adalah salah
>kerana
> > > walaupun didatangi haid, wanita adalah tidak
>dibenarkan sama sekali
>untuk
> > > makan dan minum seperti biasa.
> > >
> > > Perkara ini pernah dibangkitkan dua tahun
>yang lalu kerana umat
> > > Islam tidak peka dengan masalah ini. Antara yang
>pernah membangkitkan
> > > masalah ini ialah Dr Mashitah dalam tulisan
>beliau di sebuah akhbar.
> > Beliau
> > > menyatakan bahawa wanita yang tidak boleh
>berpuasa adalah wajib imsak
> > > seperti yang diterangkan diatas.

kepada sahabat2 yg ader sedikit ilmu, tlglah terangkan pada saya, adakah emel ini berul???
kalau ader hadis lebih baik,

terima kasih


Bookmark and Share




  Member Information For nafisahProfil   Hantar PM kepada nafisah   Quote dan BalasQuote

Pengurusan
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.04.2003
Ahli No: 4
Posting: 56

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-10-04 10:48


Pendapat Dr Mashitah boleh dipertikai, sebab dia mungkin bukan bidang ini. Bidang dia bahasa Arab sahaja.

Kita tunggu hadis atau ayat Quran.



Bookmark and Share




  Member Information For PengurusanProfil   Hantar PM kepada Pengurusan   Quote dan BalasQuote

ana_lia
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 4093
Posting: 46
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-10-04 11:07



kenapa plak tak leh makan dan minum?klu camtu sama je la dgn org puasa...
setahu ana makan dan minum leh tapi jgn makan dan minum dpn org puasa.tak elok buat org puasa terliur.boleh jatuh makhruhnya...
tu je la yg ana tahu...
wallah'ualam...


Bookmark and Share




  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-10-04 11:07




Sebenarnya, yang dimaksudkan ialah harus imsak bagi mereka yang baru suci dari haid atau nifas, maka diharuskan imsak pada hari tersebut. Begitu juga mereka yang baik dari sakit dan selesai musafir. Tapi hanya harus, bukan wajib.

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-11-04 14:35


assalamualaikum wbt...

thanks kak hanan coz menjelaskan kekusutan kiter setelah membaca posting2 dari para muslimah...


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

nafisah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 688
Posting: 66
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-11-04 21:33


alhamdulillah, ada sahabat yg sudi menjawab persoalan saya,..

dibawah ni jawapan bg persoalan saya tu

Jawapan: assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Saya akan cuba memberi respon sedikit kepada persoalan di atas, Insyaallah.

Sebenarnya, persoalan ini disalah ertikan. Isu yang sepatutnya ialah:

"Jika seseorang wanita yang di dalam haidh telah kering darahnya pada tengahari atau pukul 11:00 pagi di dalam bulan Ramadhan, apakah dibolehkan ia makan/minum di siang hari puasa?"

Ini bermakna, seseorang yang masih bermusafir, masih sakit, masih di dalam haidh, tidak timbul persoalan samada ia boleh makan/minum atau tidak.... yang jadi persoalan ialah, jika ia tiba-tiba menjadi layak berpuasa, status uzur menjadi tidak uzur: kerana haidh kering selepas subuh, atau zohor dsb, kembali dari musafir di waktu zohor seumpamanya... Ini yang dibincangkan oleh ulama'.

Ulama' khilaf di dalam isu ini. Ada di kalangan ulama' yang mengatakan, elok (mustahab) baginya menahan diri sehingga waktu berbuka puasa. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan:

"Jika seseorang yang haidh suci di tengah hari, dengan erti darah tidak keluar lagi, maka dia dia digalakkan (mustahab) menahan diri pada baki (selebih) harinya, dan bukan diHARUSkan, dan ada di kalangan mazhab yang MEWAJIBKAN menahan diri ke atasnya. Pandangan yang pertama tadi (yg mengatakan digalakkan sahaja) adalah benar." [Fiqh al-Siyam, ms 460]

Kenyataan ini juga dikaitkan kepada semua keadaan di mana status uzur menjadi tidak uzur pada siang hari di dalam bulan Ramadhan, seperti balik dari Musafir pada tengah hari, dimana status musafirnya telah luput. al-Qaradhawi mengatakan, ia cuma mustahab aje.... bukan harus dan bukan wajib. Dengan erti kata lain, dapat pahala jika Imsak.

Imam al-Nawawi rh mengatakan bahawa:

"Jumhur ulama' berpendapat tidak harus mereka Imsak (menahan diri) kerana sesungguhnya mereka berbuka dengan keuzuran. Akan tetapi mereka tidaklah makan dibenarkan makan secara terbuka di hadapan mereka yang tidak tahu bahawa mereka ini uzur, agar ia tidak menyebabkan mereka bersangka buruk terhadap dia." [Sila lihat al-Majmu' - 6/167, 6/168, 6/173]

Ibn Qudaamah d idalam al-Mughni mengatakan:

"Mengenai mereka yang dibenarkan berbuka zahir dan batin pada permulaan hari, seperti wanita yang haidh, nifas, musafir, kanak-kanak kecil, orang gila, orang kafir dan mereka yang sakit, jika uzur berpuasa luput pada siang hari, di mana wanita yang datang haidh atau nifas menjadi suci, permusafiran telah tamat, kanak-kanak kecil menjadi baligh, orang gila jadi siuman, orang kafir memeluk agama Islam, orang sakit menjadi baik/pulih, maka terdapat 2 pandangan berkenaan dengan situasi ini; salah satunya mengharuskan imsak/menahan diri dari baki harinya. Ini adalah pandangan Abu Hanifah......

Pandangan yang kedua ialah, tidak harus Imsak. Ini adalah pandangan Malik dan al-Syafie. Dari riwayat Ibn Mas'ud sesungguhnya beliau berkata: 'Barangsiapa yang pada permulaan harinya makan/minum, maka dibenarkan makan di hujungnya juga."

Ibn Utsaimin rh. didalam bukunya ditanya oleh seseorang bahawa beliau (sh. Utsaimin ) pernah mengatakan mereka yang luput alasan uzurnya masih boleh berbuka, beliau menjawab:

"Ya, apa yang anda dengar, bahawa saya berkata bahawa jika wanita yang didalam keadaan haidh menjadi bersih/suci pada hari siang tidak wajib baginya Imsak (menahan diri dari makan), dan begitulah hukumnya keatas musafir jika ia kembali dari permusafiran, maka ia sahih dariku. Bahawa terdapat 2 riwayat dari Imam Ahmad rh, dan ia juga pandangan Imam Malik rh dan Imam Al-Syafie rh." [Fataawa al-Siyaam, ms. 102, e-booknya boleh didapati di websitenya]

Malah al-Hafiz Imam al-Nawawi mengatakan:

"Jika seorang musafir yang pulang ke rumah di waktu siang Ramadhan dan dia tidak berpuasa, dan mendapati isterinya bersih dari haidh dan nifas masa hari itu, atau sudah pulih dari sakit dan tidak berpuasa, maka dibenarkan dia mensetubuhi isterinya dan tidaklah ada kifarah baginya menurut pandangan kami." [al-Majmu', 6/174]

Hukum berjima' di bulan Ramadhan ini tidak sama dengan senario (yang dimaksudkan oleh Imam al-Nawawi) bagi mereka (suami dan isteri) yang luput uzur pada siang harinya dengan alasan uzur, bukannya orang yang berpuasa sengaja berbuka puasa kerana ingin melakukan jima' pada siang hari Ramadhan.

Begitulah serba sedikit mengenai hukum yang dikhilafkan ulama mengenai situasi luput uzur di siang hari Ramadhan. Jumhur berpendapat hanya mustahab/digalakkan imsak, dan bukannya harus atau wajib. WA.

wassalam

Gruss,
Lin



Bookmark and Share




  Member Information For nafisahProfil   Hantar PM kepada nafisah   Quote dan BalasQuote

SuTeRaSyuHaDa
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 4717
Posting: 32
Dari: BuMi TuHaN

egypt   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 01:35


Alhamdulillah..jelas sekali penerangan


Bookmark and Share




  Member Information For SuTeRaSyuHaDaProfil   Hantar PM kepada SuTeRaSyuHaDa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.053573 saat. Lajunya....