Luahan Hati Seorang Marhain-
Apabila ditanya oleh wartawan asing mengenai kesan kenaikan harga minyak ke
atas ekonomi negara, jawab pemimpin Malaysia seperti ini - "Kita tidak akan
mengalami masalah kerana Malaysia ialah sebuah negara net producer untuk
petroleum (hasil eksport melebihi kos import untuk minyak)". Apabila ditanya
rakyat, kenapa harga petroleum dinaikkan, ini pula jawapannya, "Adalah tidak
adil untuk kerajaan menanggung subsidi untuk harga minyak yang diimport
untuk kegunaan rakyat. Lebih baik kita channel wang tersebut kepada
pembangunan negara seperti membuat jalanraya, hospital dll.". Di manakah
kelebihan rakyat yang dilahirkan di negara yang dianugerahkan Tuhan dengan
minyak ini? Situasi ini boleh difahami jika dihadapi oleh rakyat Jepun atau
Singapura yang tidak mempunyai hasil galian minyak asli. Bagaimana pula
dengan penggunaan wang hasil dari export Petroleum untuk menyuntik dana ke
dalam bank yang rugi akibat mismanagement? Bagaimana dengan penggunaan wang
petroleum untuk membina bandar pentadbiran Putrajaya? Adakah ia adil?
Nampaknya semua perkara adalah adil dan "fair" selagi rakyat marhain yang
tidak mendapat manfaat tersebut. Adakah keuntungan dari ekspot Petroleum
tadi menjadi kurang apabila diambil sedikit hasilnya untuk manfaat rakyat
marhain seperti memberi sedikit subsidi untuk harga petrol?
Tidak cukup dengan kenaikan harga minyak, rakyat Malaysia menanggung beban
pula bagi menampung "national pride" seperti Proton. Separuh dari gaji
bulanan rakyat digunakan untuk membayar installment bulanan kereta. Akibat
dari tekanan kewangan, scrap metal (kereta potong) `half cut' dibawa masuk
ke Malaysia. Besi buruk yang dibuang oleh pengguna di Jepun, Singapura dan
Eropah dibawa masuk ke Malaysia untuk diguna pakai oleh rakyat.
Komponen-komponen enjin yang terbuang ini digunapakai kembali, mungkin
terdapat juga kereta yang telah terbabit kemalangan dan sebagainya. Apa nak
buat, kalau nak source yang baru, harganya sama dengan satu tahun gaji
terkumpul. Keselamatan rakyat sendiri terabai kerana menanggung kos
"kebanggaan negara". Besar sungguh pengorbanan rakyat negara ini untuk
memuaskan nafsu dan menampung kesilapan pemimpin negara.
Di negara Britain pula, harga kereta Waja sekitar 8 ribu pound sterling.
Gaji purata seorang eksekutif yang berumur 30-an tahun di Britain ialah
sekitar 5 ribu pounds. Waja untuk edisi ekspot mempunyai 4 airbags, ABS dan
pelbagai ciri keselamatan. Full warranty (body, engine, gearbox and
everything) untuk kereta Proton di Britain ialah tiga tahun. Dalam masa tiga
tahun ini, setiap komponen kereta yang rosak (kecil atau besar) akan
ditanggung oleh Proton. Warranty untuk enjin dan gearbox pula ialah enam
tahun (sepanjang hayat kereta). Jika saudara-mara Tony Blair, Michael
Howard, Jack Straw atau sesiapa jua mat saleh di UK memiliki Waja berusia 5
tahun, kemudian enjin atau gearbox tidak berfungsi, Proton akan menggantikan
komponen terbabit tanpa kos. Menurut majalah "car review" di UK, tiada
pembuat kereta lain di dunia ini yang memberi warranty sebegitu komrehensif
dan menarik kepada pembeli. Siapakah sebenarnya "hamba abdi" yang menanggung
kos terbabit? Rakyat negara manakah sebenarnya yang menanggung beban
kewangan (dan bebanan mental) untuk mambayar harga bagi memberi keselamatan
dan keselesaan kepada pembeli kereta Proton di UK?
Adakah patut kita berbangga kerana negara kita "mampu" membuat kereta?
Adakah negara seperti Austria, Norway, Finland, Kanada, Denmark,
Switzerland, Taiwan dan bayak lagi negara maju lain tidak "mampu" membuat
kereta yang menyebabkan mereka tidak mempunyai projek kereta "nasional"?
Adakah rakyat dan kerajaan Britain "tidak mampu" menanggung beban kewangan
syarikat Jaguar, Bentley, MG, Rover, RollsRoyce, Lotus dll. sehingga mereka
"menggadaikan maruah" negara dengan membenarkan syarikat asing memiliki
stake dalam syarikat-syarikat tersebut? Ini bukan soal mampu atau tidak, ini
soal bodoh atau cerdik. Juga persoalannya ialah adakah negara meletakkan
kepentingan rakyat marhain mengatasi kepentingan yang lain?
Thailand yang mengamalkan dasar polisi pintu terbuka untuk industri
automotif telah berjaya menarik syarikat asing seperti Honda, GM, Ford, BMW
dan sebagainya ke negara tersebut untuk membuka kilang dan pusat R&D
masing-masing. Jika projection (jangkaan) Proton diambil kira, menjelang
tahun 2010, Proton akan berjaya mengekspot 45,000 buah kereta. Thailand pula
akan berjaya mengekspot 250,000 buah kereta. Walaupun kereta yang diekspot
dari Thailand adalah berjenama Honda, Chevrolet, Toyota, Ford dll.,
kandungan bahan tempatan (Thai contents) di dalam kereta tersebut mencapai
sehingga 85%. Kereta yang diekspot oleh Proton pula, walaupun berjenama dan
logo tempatan(kepala harimau disembelih), kandungan tempatan (local
contents) belum tentu boleh mencapai figure setinggi tersebut. Di Malaysia,
syarikat asing hanya membuka assembly plant (tempat pemasangan) untuk
kenderaan mereka dengan mempunyai satu tujuan sahaja - iaitu menjadikan
keluaran mereka status CKD (complete knockdown) supaya cukai boleh
dikurangkan. Kesemua mould dan expertise telah siap di-developed di Thailand
atau Jepun. Kereta Honda City ialah contoh product Thailand. Ia dibina dari
scratch di Rayong, Thailand. Komponen-komponen kemudian dibawa ke Malaysia,
Filipina, Indonesia untuk pemasangan. Kereta yang siap dipasang di Thailand
diekspot ke seluruh dunia termasuk Jepun! Tiada satu Honda City yang
dipasang di Jepun. Honda City di Jepun ialah sebuah kereta CBU dari
Thailand. Bilangan pekerjaan (job creation) untuk rakyat yang terhasil dari
dasar automotif Thailand berlipat-lipat kali ganda jika dibandingkan dengan
Malaysia. Thailand is known as "Detroit of Asia" and soon will join the
league of Japan and South Korea as world-class car producers.
Hanya rakyat Malaysia (terutamanya Melayu) sahaja yang menjadi seperti
"vulture" atau gagak yang merobek-robek longgokan sampah besi buruk yang
dilusuh (scrap) oleh penduduk negara lain. Di dalam longgokan sampah sarap
besi buruk inilah rakyat Malaysia menjumpai alternator, pulley, pump dan
sebagainya. Itu pun harganya bukanlah semurah yang disangka. Jika alternator
yang baru kosnya RM1000, Ah Leong atau Chong di kedai potong(half cut) tadi
akan menjual kepada kita barangan buangan tadi pada harga sekitar RM550.
Jika selepas seminggu menggunakan barang buruk dan terbuang tadi, ia menjadi
rosak, kita sendiri yang menanggung kerugian. Ini kemudiannya akan
menyumbang pula kepada statistik pesakit mental.
Secara ikhlas saya nyatakan, saya tidak pernah terjumpa rakyat di mana-mana
negara di dalam dunia ini yang dilayan sebegitu hina dan reckless sekali,
seolah-olah mereka semua ini adalah kambing atau lembu (atau b_b_) di
ladang. In other countries, their people have dignity and are treated with
honour. Negara Komunis yang selalu di-demonised oleh rakyat negara ini
(akibat propaganda) melancarkan projek kereta nasional untuk membantu
rakyat, bukan untuk memuaskan nafsu ego sesiapa. Kereta LADA (bekas Soviet
Union) dan Yugo (bekas republik Yugoslavia) dilancarkan oleh kerajaan untuk
membantu rakyat marhain memiliki kenderaan. Kereta tesebut simple dan murah,
tetapi tujuannya ialah supaya petani, nelayan juga boleh memiliki kereta.
Akhir sekali, saya menyeru kepada golongan pemerintah dan elitis supaya
mengembalikan tenaga yang telah anda terima dari bumi ini kepada
penghuninya. ENERGY RECEIVED ENERGY RETURNED!
Sekian.
Hamba Tuhan yang kerdil,