Oleh |
Erti Persahabatan |
ida01
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 11
Posting: 330
Dari:
|
Posting pada: 26-04-03 10:39
ERTI PERSAHABATAN.. Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah....
|
student_gurl
WARGA RASMI Menyertai: 26.04.2003 Ahli No: 514
Posting: 1
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 26-04-03 11:23
kawan ibarat sebuah pelangi yg cerah...namun ia tak sumer yang boleh jadi kawan..kiter in the name of ALLAH..
|
sumaiyyah_mujahidah
WARGA RASMI Menyertai: 19.04.2003 Ahli No: 223
Posting: 19
Dari: PeNang
|
Posting pada: 26-04-03 11:55
kawan nie ada yang kita boleh bagi sepenuh kepercayaan kepadanya... kadang-kadang tu ada juga yang sanggup 'KAWAN MAKAN KAWAN'... kita seharusnya pandai memilih kawan yang sanggup bersama kita walaupun kita di dalam kesusahan dan boleh membantu kita di dalam segala hal...
|
awanputih
WARGA RASMI Menyertai: 21.04.2003 Ahli No: 312
Posting: 9
Dari: perak
|
Posting pada: 26-04-03 14:54
“Kaulah sahabat ku yang setia…. Ingin aku singkap kembali kenangan lama agar bersemi ingin ku ulangi kisah manis agar terus bersemadi ingatlah aku sbg rakan mu kenanglah aku dalam doamu begitu indahnya kisah dahulu engkau sebagai temanku apabila engkau terjaga,satukanlah harapan ku dgn mu… kerana ianya bakal berpadu, mimpi si penunggu yang setia layarkanlah impian doamu sesungguhnya aku masih mengingati mu sebagai kawan rakan dan teman semoga kita diberkati Allah Ku doakan Ya Allah..kepadaMu..Ya Allah agar berbahagia didunia dan diakhirat” sedutan dari lirik lagu sahabat …. ditujukan khas buat sahabat karib awan eda dan nisa…amber bangga mempunyai sahabat seperti kalian….semoga ukhwan yang dibina berpanjangan.. ************************************************************************ apabila kamu berada dalam kegelapan dan jiwamu kosong sahabat akan memberikan semangat dan membuatkan dirimu lebih bermakna sahabat yang sejati sentiasa berada disisimu pabila dalam keadaan susah, sedih & keliru àmemegang erat tanganm & menyatakan segalanya akan belalu dengan baik…….. apabila kamu berada disisinya kamu akan gembira dan selamat,tanpa perlu rasa bimbang itulah sahabat sejati yang sentiasa disampingmu diwaktu menangis mahupun kenawa… rengung2kan…… SETIAP PERTEMUAN DAN PERPISAHAN LEBIH INDAH JIKA HANYA KERANA ALLAH……..
|
jijah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 18.04.2003 Ahli No: 93
Posting: 136
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 26-04-03 15:01
Bila kita memikirkan dan menpersoalkan sahabat yang baik...kita tidak akan jumpa jawapannya..! tetapi tanyalah dirimu sejauh mana kau menjadi sahabat yang baik...? disitu letaknya jawapan bagi segala persoalan1 Adalah tidak penting apa orang lain buat pada kita.. tapi yang penting apa yang telah kita buat UNTUK orang lain? Kita semuanya bersaudara... Fikir dan renungkanlah
|
nurul82
WARGA RASMI Menyertai: 26.04.2003 Ahli No: 525
Posting: 10
Dari: alor setar
|
Posting pada: 26-04-03 18:05
nilai sebuah persahabatan adalah persahabatan yg berlandaskan syiar Islam,berkawan untuk mengeratkan silaturahim,niat berkawan kerana Allah SWT,so marilah kita sama2 menjaga nilai persahabatn...moga2 ukhwah yg kita bina ini sentiasa mdpt Rahmat&keredhaan Illahi...AMIN... biar kawan susah dan senang jangan bila susah ditinggalkan...sama2 kita hayati erti sebuah persahabatan....
|
tetamu_senja
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 26.04.2003 Ahli No: 532
Posting: 29
|
Posting pada: 26-04-03 22:43
ermm.... assalamua'laikum teman sejati sukar dicari iman dihati milik Ilahi jangan sekali benci di hati janji Tuhan hadirnya pasti
|
hub_addin
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1
|
Posting pada: 27-04-03 01:30
kata2 Imam Syafie dalam bersahabat; Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. persahabatan yang baik di dunia akan membawa ke akhirat.... ana uhibbukunna.. -----------------
|
mawarputih
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 21.04.2003 Ahli No: 308
Posting: 152
Dari: Bangsar,KL
|
Posting pada: 27-04-03 12:00
Sabda Nabi Muhammad saw "Sebaik-baik sahabat itu, orang yang tidak pernah berubah walaupun zaman terus berubah. sahabat yang baik itu lebih baik dari dirimu, kerana nafsumu itu sangat mengajak kepada kejahatan, sedang sahabat yang baik itu tidak ia menyuruh melainkan kepada kebaikan." WaLlahu Subhanahu WaTa'ala A'lam....-----------------
|
qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee
|
Posting pada: 27-04-03 15:14
ada apa dgn persahabatan ??? kalau x dipecah ruyung, manakan dapat sagunya. inilah yg qaulah ingin perkatakan. kalau x dipecahkan, kalam 'persahabatan' manakan dapat ertinya. namun, erti persahabatan tidak lagi penting bagi seseorang kini. Mungkin sesetengah shj yg mementingkan persahabatan. Yg lain-lain, ada yb sanggup khianat-m'khianati. Dikala memerlukan, mereka dekati, dikala kita kesedihan, mrk tinggalkan.. Inilah realiti.. Sungguh... bukan main-main.. !! Sukarnya utk memperoleh teman sejati.. spt musafir di jalanan.. perlu menempuh liku-liku utk sampai ke destinasinya.. sahaabt, spt juga emas yg akan berubah jadi kaca.. emas , cantik , elok dipandang.. tp, apbl berubah menjadi kaca, tertikam diri sendiri.. pedih rasanya.. harapnya, qaulah sentiasa dikurniakan teman sejati.. yg dpt memahami yg tersirat.. mahupun yg tersurat... wassalam ----------------- memimpin, dipimpin, terpimpin
|
ida01
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 11
Posting: 330
Dari:
|
Posting pada: 28-04-03 13:54
semoga sahabat yg sentiasa berada disisi kita adalah sahabat untuk yg kekal selamanya.insyaallah.
|
aisyatul_auni
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 19.04.2003 Ahli No: 177
Posting: 124
Dari: amman
|
Posting pada: 28-04-03 15:33
teringat sebuah kisah mengenai persahabatan: pada zaman rasullullah...ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing..pada suatu hari..sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua.. "apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat?? maka shabatnya yang kedua menjawab "bukan kah kita telah bersama semenjak masih kecil...dan membesar bersama2? aku tidak pernah mengkhianati dirimu...apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar2 sahabat mu?? sahabat yang pertama tadi membentak "sesungguhnya kamu lah manusia paling pendusta" sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu. sahabat pertama tadi menjawab." pulanglah kau kerumah, cari lah jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku." sehari harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya.sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.keesokan harinya..pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu. wahai sahabat..puas sudah aku mencari jawapan untuk soalan mu...tapi tidak juga kutemui.." katanya sambil menangis."katakanlah wahai sahabat.. apa kesalahanku?? sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua. "pernahkah kau mengingatkan aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, atau berselawat keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong??" sahabatnya menggeleng "pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan?? sahabatnya menggelengkan kepala. pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari pada bulan ramadhan?? sahabatnya menggeleng lagi. "pernah juga kah kau mengingatkan aku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat?? sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis. namun sahabat pertama tadi mneruskan soalannya."dan soalan ku yang terakhir...pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki? sahabat kedua mendiamkann diri sambil menangis teresak esak. "tidak pernah bukan??maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku.engkau tidak pernah membantu aku melarikan diri dari neraka jahanam. pergilah kau...mulai hari ini kita bukan lagi sahabat. moral: pernahkah kita melihat kedalam diri kita?? layakkah kita untuk bergelar seorang sahabat?? dan pandanglah teman yang sering kehulu kehilir bersama kita...layakkah dia menjadi sahabat kita?? renungkan sendiri dengan mata hati..bukan dengan membuta tuli. perbaikilah diri.. mungkin suatu hari kita layak untuk bergelas sahabat sejati dan hakiki. insyaAllah.. -----------------
|
nur_syatif
WARGA RASMI Menyertai: 28.04.2003 Ahli No: 593
Posting: 2
Dari: Pulau Pinang/Perak
|
Posting pada: 28-04-03 17:07
assalamualaikum... hmm...dah baca dah ni,terfikirku sejenak.. wassalam ----------------- ^NuR_sYaTiF^
^ShIfA_gIrL^
^Id_NuR^
|
nur_tinta
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 29-04-03 11:20
Assalamualaikum wb.... ada seorang sahabat berpesan..dan sebaik-baiknya pesanan ini kita kongsi bersama Sahabat sejati ilah penggerak tika henti,penghibur dikala sunyi,penglipur lara dikala kecewa dan bersenandung di kala gembira Beauty of Friendship is based on respect, Joy of friendship is based on trust and the strenght of friendship is based on loved. wassalam..... salam sayang ..salam harnonis.. ----------------- --Sekadar bicara, sekadar pandangan-- nur_tinta
|