Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
BE STRONG ENOUGH TO CONTROL YOUR ANGER INSTEAD OF LETTING IT CONTROL YOU...
-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Dari Galeri
Salam ukhwah dari ana untuk semua...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: menangkis komen Astora J tentang aurat wanita


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» menangkis komen Astora J tentang aurat wanita

Please Mendaftar To Post


Oleh menangkis komen Astora J tentang aurat wanita

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-04 09:51


Isu: Astora J komen empat madzhab Mega ASWJ mendefinasikan aurat perempuan ialah seluruh tubuhnya (head to toe).

Jawab:

1. Fiqh Hanafi
Aurat perempuan menurut Hanafiah ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tangan. Dalil: " Katakan kepada lelaki yg beriman," hendaklah mereka menahan pandangannya.." AQ 24:30
Kemudian pada ayat berikutnya: ..."kecuali yang biasa nampak
darinya.." AQ 24:31. Imam Abu Hanifah dikatakan dalam satu
pendapatnya, perempuan dibolehkan membuka kakinya dari riwayat Imam Muhamad alHasan (murid Imam Abu Hanifah)(Imam alKasani, Bada'iy alSana'iy fii Tartib alSyarai': Kitab alIhtihsan) * Imam alKasani digelar Sultan alUlama' (King of Scholars)

2. Fiqh Malikiah
Imam alMujtahid Ibn Rusyd dalam Hasyiah alMudawannah (kompilasi Fatawa Imam Malik): Aurat perempuan beriman ialah menutup seluruh badannya kecuali apa yg biasa nampak darinya (iaitu tangan dan muka). Imam Ibn Rusyd juga menggunakan dalil:
AQ 24:31 (..kecuali apa yg biasa nampak darinya.."
AQ 33:59 (hendaklah mereka (wanita beriman) menghulurkan jilbab ke seluruh tubuh mereka) Hasyiah alMudawwanah, Jld 1/109, Hasyiah Syarh alKabir oleh alDasuki: 1/215)

3. Fiqh Syafi'iyah
Tonggak madzhab ini ialah Imam anNawawi

Dalam Syarh alMuhadzaab (3/173), alNawawi menyimpulkan definasi awrat sdi sisi Syafi'iyah:
Aurat wanita merdeka ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua
tangan. Dalilnya: AQ 24:31 (kecuali yg biasa nampak darinya) Inilah tafsiran Ibn Abbas terhadap maksud ayat ini.

Tambahan alMuzani: "dua kaki juga bukan aurat"

Ini pula rumusan Imam Nawawi mengenai madzhab yg lain:
Madzhab Syafi'iy: seluruh tubuhnya kecuali muka dan tangan hingga
pergelangan. Inilah pendapat Malikiah. Juga salah satu pendapat Abu Hanifah, Ibn Hanbal, Sufyan atTsauri dan alMuzani (Abu Hanifah dan alMuzani juga mengecualikan dua kaki). Ibn Hanbal dalam salah satu riwayat hanya mengecualikan muka sahaja.
Ini rumusan Imam Nawawi mewakili madzhab Syafi'iynya dan juga
merumuskan madzhab2 lain.

4. Fiqh Hanbaliah

Tonggak fiqh Hanbali ialah Imam alhafeedz Ibn Qudamah alMaqdisi dalam masterpiecenya alMughni. Imam Ibn Qudamah mengjelaskan aurat di sisi madzhabnya dalam dua tempat: Jilid satu dalam kitab Solat dalam Jilid 6: Kitab Nikah

Pada kitab asSolat, aurat wanita Aurat wanita dalam solat ialah seluruh tubuhnya kecuali muka. Adapun tangan perempuan ada dua riwayat dalam madzhab Hanbali: satu riwayat menetapkan tangan boleh dibuka dan satu lagi riwayat, tangan juga adalah aurat (wajib ditutup). Imam Ibn Qudamah juga meriwayatkan pendapat Imam Abu Hanifah bahawa kaki bukan aurat.

Menjelaskan salah satu pendapat Hanbaliah: seluruh perempuan adalah aurat dari kepala hingga jari kakinya (head to toe): pendapat ini menggunakan dalil hadis Termidzi, "Wanita adalah (seluruhnya) awrat"

Dalam kitab Nikah pula, Imam Ibn Qudamah menyatakan kesepakatan
fuqaha' Hanbaliah diharuskan lelaki yg ingin melamar wanita melihat mukanya.

Pada ms 561, Imam Ibn Qudamah menggunakan hadis Asma' yg menjelaskan bila perempuan sudah baligh (haidh), maka dia hendaklah menutupi seluruh tubuhnya kecuali muka dan tangan.

Jadi, madzhab Hanbali ada sedikit kekeliruan kerana ada tiga pendapat: seluruh tubuhnya, seluruh tubuh kecuali muka, seluruh tubuh kecuali muka dan dua tangan.

//s2s (thtl)
al-ahkam.net


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.059616 saat. Lajunya....