Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Dari Galeri
pic ni ana bersama ngan anak sepupu ana..jgn slh paham!!

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Dari Bilik Admin
Topik: Portal Muslimah diceroboh oleh bekas MT yg gila kuasa dan menggelupur


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dari Bilik Admin
    »» Portal Muslimah diceroboh oleh bekas MT yg gila kuasa dan menggelupur

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Portal Muslimah diceroboh oleh bekas MT yg gila kuasa dan menggelupur

Pengurusan
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.04.2003
Ahli No: 4
Posting: 56

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-08-04 22:25


Fikir dulu sebelum posting wahai UmmiLuqman. Siapa perlu minta maaf? Yang kena curi ke atau yang mencuri? Ada ke logik kita yang kena ceroboh, kita pergi kepada penceroboh mengatakan, "Saya nak berdamai dengan kamu sebab kamu telah menceroboh. Kamu tak bersalah, kami yang bersalah."

Bukankah seeloknya posting UmmiLuqman ditujukan kepada penceroboh supaya meminta maaf kepada pihak atasan Portal Muslimah? Supaya segera membuang perangai hasad dan sentiasa cemburu kepada Presiden Hanan sejak mula penubuhan Portal Muslimah?

Maknanya proses telah terbalik -- yang menceroboh tak bersalah, yang diceroboh pulak bersalah.

Atau UmmiLuqman ni kononnya nak jadi pendamai? Macam kenal aje sapa UmmuLuqman ni. Gaya posting macam biasa dilihat di Ukhwah.com

------
Butir-butir dan rakaman di dalam server akan dihantar kepada Puan Fauziah di MyCert. MyCert adalah badan yang memantau isu sekuriti web dan jenayah cyber. Oleh kerana Portal Muslimah menggunakan extension .my, maka ia diberi pandangan agak istimewa.


[ Posting ini telah di edit oleh: Pengurusan pada 2004-08-16 22:42 ]


Bookmark and Share




  Member Information For PengurusanProfil   Hantar PM kepada Pengurusan   Quote dan BalasQuote

puteri_BULAN
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.03.2004
Ahli No: 3471
Posting: 135
Dari: bumi_ALLAH

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-08-04 07:40




terkedunya aku membaca lakaranmu...
terdetik di hatiku ingin bertanya...
adakah ini pemikiran insan...
yg bertunjang pada 'ilmu didada...'?

aduhai temanku yg kaya rasa...
pada pautan pengorbanan...
setiap keringat yg dikau himpunkan...
adalah berpusar pada hakikat...
suatu perjuangan yg mendambakan...
antara keikhlasan atau keangkuhan...?


ku menyusun jari kemaafan...
andai ini suatu perlian...
aku sekadar meluah perasaan...
yg terbuku dalam kekeliruan...
hanya pada ALLAH aku bermohon...
Moga dikau diberi penghayatan...
bukankah ISLAM berakar tautan...
ukhuwah pengikat kasih~Sayang...?







Bookmark and Share




  Member Information For puteri_BULANProfil   Hantar PM kepada puteri_BULAN   Pergi ke puteri_BULAN's Website   Quote dan BalasQuote

Pengurusan
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.04.2003
Ahli No: 4
Posting: 56

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-08-04 08:13


Sajak tu untuk siapa?
Tak hairanlah... sebab pandangan manusia berbeza. Nampaknya ada juga yang menyalahkan "yang diceroboh" bukan yang "menceroboh".

Boleh agaknya buat satu sajak untuk yang menceroboh, menasihatinya agar menghentikan sikap buruknya? Dia masih lagi berlegar-legar dalam Portal ini, bolehlah baca sajak tu.

Lagi satu -- dia akan atau telah menelefon orang tertentu untuk menegakkan benang basahnya, meminta simpati memusing cerita sambil memburuk-burukkan orang lain. Modus operandinya sama: Dia takkan ngaku salah dia sebaliknya salah itu diletakkan pada orang lain. Tak kisahlah... sebab selama ini usaha dia menelefon meraih simpati berakhir dengan memerangkap dirinya sendiri. Sebab orang-orang yang dia call semuanya bijak-bijak belaka, boleh berfikir, boleh membezakan.

Supaya ramai tidak terpedaya di Portal Muslimah dan Portal Ukhwah, nama penceroboh akan didedahkan setelah mendapat e-mel pengesahan dari MyCert.

---
Buat pengetahuan Puteri Bulan dan yang lain (yang mempertikaikan soal bahasa Pengurusan kononnya kasar, yang merestui kerja penceroboh berdasarkan hasad dengki itu) Pengurusan dengan Presiden adalah lain. Pengurusan adalah sekumpulan Team yang membina dan mengawal Portal Muslimah, Portal Ukhwah, Portal Bicarasiswa, Portal GENPRO dan menyusul nanti Portal NasyidOnStage. Manakala Presiden adalah perancang dan penentu perjalanan Portal.

Semuanya dilakukan untuk kebaikan tanpa sebarang bayaran satu sen pun. Sengsara yang dipikul tidak pernah diberitahu. Tapi, biasalah... kebaikan yang kita lakukan pasti akan ada saja yang mempertikai dan merosakkan.


Bookmark and Share




  Member Information For PengurusanProfil   Hantar PM kepada Pengurusan   Quote dan BalasQuote

fiafarha83
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 28.05.2004
Ahli No: 3814
Posting: 40
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-08-04 08:51


tak der kerja, carik kerja.....
aper kejadah manusia ni buat kerja tak berfaedah mcm tue...
hish..hish...


Bookmark and Share




  Member Information For fiafarha83Profil   Hantar PM kepada fiafarha83   Quote dan BalasQuote

imah3
WARGA RASMI
Menyertai: 29.07.2004
Ahli No: 4076
Posting: 15
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-08-04 12:23


saudara ku semua..

ini bukan salah kita dan juga salah penceroboh..

ini adalah kerana iman telah berubah dan ikhlas tidak dijaga
cuba fikir dlm diri kaka2 sekelian.. apa tujuan lama web ini... dan kenapa allah meizinkan pd perkara yg ditegahh..

kaka2 semua.. salah kita semua kerana usaha dakwah kita bercampur2 kekadang persekitaran kita juga bersama2 org bukan mukhrim kita...

cuba renung kembali... sepanjang usaha web ini dan web lain dah kah kak2 semua bercampur2 pergaulan dgn bukan mukhrim.. dan mereka yg berjuang kerana agama sahaja akan menjaga perkara ini..

kaka2 semua.. apa kata mulia hari ini kita jaga pergaulan kita terutama org bukan muhrim.. dan jaga program bercampur lelaki dan perempaun.. pada hal adalah pejuang tentang islami..

kita jaga keikhlasan kita didlm n luar web ..juga..

akak2 semua, maff jika sy buat org terasa..

apa kata kita berbaik dgn penceroboh.. dakwah dia...(ikram) dia..

apa pandangan akak2 semua?



Bookmark and Share




  Member Information For imah3Profil   Hantar PM kepada imah3   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-08-04 13:01



Topik ini dibuka bukan bertujuan supaya semua ahli saling tuding menuding atau salah menyalah. Sekadar nak menceritakan apa yang berlaku supaya masing2 dapat mengambil pengajaran dan tauladan daripada yang telah berlaku.

Yang dikesalkan adalah kerana yang terjadi adalah suatu pengkhianatan. Orang yang bertanggungjawab melakukannya bukan orang yang asing dalam Portal Muslimah. Namun, namanya belum disebut kerana masih menjaga air mukanya dan hanya akan diberitahu jika masih berdegil dan tidak henti2 membuat gangguan.. Moga2 ada keinsafan dalam lubuk hatinya. Apa dikejar pada pangkat dan kuasa. Bukankah itu suatu amanah yang akan disoal kelak.

Saya sendiri mendapati posting2 UmmiLuqman selama ini tidak menggunakan bahasa yang baik. Cuba perhatikan posting2 pengurusan sebelum ini, kata2 manakah yang menghina atau mencerca si penceroboh. Harap tidak mencipta isu yang tidak ada.

Seorang muslimah itu perlu tegas, bukannya lembut dan gemalai. Jangan dipermainkan peribadi seorang muslimah kerana kepentingan sendiri.

wassalam

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-08-04 13:56




dah lama tak buka topik ni.. setelah sekian lama topik ini menjadi perhatian ramai.. dan semakin hari ada pula unsur - unsur pergaduhan siber berlaku di sini..

topik ini diwujudkan kerana ada perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku, berlaku dalam portal hanan ini. masing2 diberi id dan password agar tidak berlaku perkara ahli lain guna id ahli lain. (harap - harap tidak lagi berlaku perkara yang sama)

terima kasih pada yang lain kerana memberikan pandangan masing - masing.. bak kata ummiluqman.. kata2 marah, yg bersifat cercaan..tidak akan menjadikan keadaan lebih baik....tambahan pula, ini bukan sifat muslimah yg lemah lembut, penyabar dan penyayang....

pada imah3, terima kasih juga pada pandangan anda.. maknanya portal hanan ni ramai yang sayang, semuanya prihatin.. tapi kita bukan nk menjatuhkan hukuman berat pada penceroboh.. kita tanya pada dia terlebih dahulu.. mungkin ada sebab musabab dia lakukan perkara ini. mungkin dia tersilap atau tidak tahu yang perkara ini sebenarnya amat sensitif, kerana melibatkan maruah ahli - ahli yang lain.

bayangkan kalau ahli lain yang tidak bersalah mendapati ada ahli yang posting atas namanya tanpa kebenaran.. tentu tak suka, bukan.. kita disini ada ibu.. ikutlah kata ibu.. walaupun dia bukan ibu kita yang sebenar, tapi nasihatnya sebagai seorang ibu wajar kita jadikan panduan.. kita muslimah, semua perkara kita diperhati.. tak malu ke kalau muslimin tahu yang portal hanan ni ada berlaku unsur - unsur pergaduhan..

pada ummizhahif.. tak baik mengeluarkan kata - kata begitu dalam portal siber sebegini.. kata - kata tu adalah lambang peribadi kita.. kalau marah sekali pun, tunggu sampai api marah tu hilang, barulah posting.. apa pula kata ahli lain.. gunakan ayat yang mudah dan sopan, ya..

pada semua yang lain... ikut kata ummi, buang yang keruh, ambil yang jernih.. pada yang ada melakukan kesilapan, pastikan tidak akan berlaku lagi perkara sedemikian pada masa akan datang..

hanan pun tahu sapa yang jadi dalangnya, tapi dia tak mahu memberitahu siapa.. (puas tanya, jawapannya adala.. adala...) tak apa, masing - masing tak tahu, tapi pada yang tahu tu, insaflah.. memecah belahkan persaaudaraan kan satu dosa.. sepatutnya di portal ini kita bersaudara, sapa yang muda, pangkat adik, sapa yang dah tua pangkat kakak.. kan seronok macam tu..

usah biarkan perkara lepas timbul semula.. samada kaum adam ataupun hawa.. biarkanlah.. semestinya mereka terlepas didunia tapi tidak sama sekali diakhirat..

akhir kata, selamat menyambut bulan Rejab..
wassalam...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

imah3
WARGA RASMI
Menyertai: 29.07.2004
Ahli No: 4076
Posting: 15
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-08-04 10:14


as..kom aka2 semua..

sy sokong aka yg beri nasihat terkahir tadii...

buang yg keruh ambil yg jernih...

kekadang kita semua buat salah.. tapi akan rasa bersalah sepanjag hayat..

x mudah melupakan kesilapan org tapi mudah melupakan kebaikan org lain..

sy tak sokong mana2 pihak.. tapi .marilah kita wujudkan kembali kasih sayang tercalar ini menuju keikhlasan

pandangan dan kehendak setiap insan adalah berbeza

kak2 semua.. sedih dan sayu bila porton ini merundun laju kebumi.. kita adalah insan.. marilah kita bertakwa kembali..

akak2 semua.. marilah kita IKRAM sahabat kita yg lain supaya hal ini menjadi kenangan yg manis..

lihat apa yg berlaku pd rasullulah SAW dan para sahabat yg mulia... mereka semua dicabar dan menderita.. tetapi tetap memuliakan(IKRAM) yg lain...

akak2 semua.... kasih sayang tidak cukup dgn kata2 sahaja.. kaka2 semau perlu buat ,praktikal apa yg telah diajar terdahulu.. luang kna masa bersama untuk seketika dan bawalah angin muda dan segar kembali bertiup..

jemaah harus diikat dihati..

akak2 semua.. teruskankan hajat dihati ini...

sekian...



Bookmark and Share




  Member Information For imah3Profil   Hantar PM kepada imah3   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-08-04 12:23


betul tu imah..sebenarnya saya pun tak sangka sebabkan ader pencerobohan tu warga hanan pun turut ader pergolakan. tak mau la macam tu kan. erm pasal pencerobohan tu, sy tak la tau sgt. tp terkejut gak bila baca respon untuk kes ni. ape pe pun, buang yang keruh amik yg jernih. saya harap perkara macam ni tak berlaku lagi dalam hanan.com.my. sementelah saya rasa laman ni bagus dan saya harap hanan ni kekal lama.
cuma ye laa kite kena ingat ruang komunikasi kita dalam jaringan net ni amat terbatas, kita tak tau sape yg baik dan sape yg tak baik. mungkin ader yang ingin menyampaikan sesuatu yg baik tp kita salah faham maksud dia dan kita ertikan sesuatu yg tak baik.mcm tu gak sebaliknya. ye laa lagi kan berinteraksi face to face pun kite boleh salah faham, nikan pula tanpa melihat wajah siapa yg berbicara dgn kite.ok aa
saya harap pihak pengurusan hanan akan terus berusaha. anggap lah semua ni ujian ALLAH nak menguji kita.saya rasa ramai ahli yang akan terus menyokong perjuangan hanan.com.my
pada penceroboh tu, hentikan lah perbuatan tu. tak baik... kepada yang rase terainaya oleh penceroboh tu... sabar.
SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA ORANG2 YANG SABAR...


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

Pengurusan
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.04.2003
Ahli No: 4
Posting: 56

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-08-04 14:51


Mengapa masih lagi tak faham-faham? Kenapa masih ada posting-posting yang seolah-olah "pihak yang dianiaya" perlu minta maaf dan berdamai dengan yang "menganiaya". Naik tocanglah yang menceroboh seolah-olah dia dibela dan tidak bersalah sedangkan dia telah membuat kesalahan yang rasanya tak boleh dimaafkan. Bukan masalah ceroboh, tapi masalah kepercayaan yang diberi selama ini memang dirancang untuk digunakan memusnahkan Portal Muslimah sejak setahun lepas.

Kami tidak kejam. Kami sedia memaafkan dengan bersyarat, tetapi setelah hampir seminggu, yang menceroboh tidak ada sebarang usaha untuk meminta maaf atas perbuatannya. Tak mungkin dia akan minta maaf kerana itulah sikapnya. Tak mungkin dia akan mengaku salah atas perbuatannya yang memang bersalah. Adakah kami ini tidak bermaruah -- menghubunginya "kami maafkan kamu" sedangkan dia tidak pernah meminta maaf?

Kami tahu sangat dia telah menghubungi seseorang untuk memutar belit fakta. Meminta simpati, mengharap belas dan pembelaan atas kesalahannya. Sehari lepas dia meminta nombor telefon muslimah yang selama ini muslimah itu langsung tak dipedulikan. Kan dah khabar, sesiapa saja yang baik dengan Presiden Hanan akan cuba dirosakkan hubungan itu.

----
Kita akan dedahkan siapa orangnya setelah mendapat greenlight dari MyCert. Tak lama lagi kita akan tahu siapakah yang selama ini perasan diberi perhatian sebenarnya sibuk mencari perhatian.

Ini bukan ancaman tapi pengajaran bahawa di muka bumi ini: apa-apa yang terjadi pada kita adalah hasil perbuatan kita di masa lalu.

---
Kreadibiliti hanan.com.my tidak pernah tercemar. Itu hanya pandangan UmmiLuqman/UmmiZharif sahaja. Portal Muslimah makin meningkat ranking dan ratingnya sejak seminggu lepas.

Adakah tarbiyah dan ilmu yang disampaikan di dalam Portal ini masih gagal untuk mendidik? Buktinya masih ada yang berfikiran dan berpandangan agak pelik mengenai isu ini. Lucu sekali!

Siapa yang perlu dinasihati di sini? Pihak yang menceroboh atau pihak yang kena ceroboh?

[ Posting ini telah di edit oleh: Pengurusan pada 2004-08-19 16:29 ]


Bookmark and Share




  Member Information For PengurusanProfil   Hantar PM kepada Pengurusan   Quote dan BalasQuote

Pengurusan
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.04.2003
Ahli No: 4
Posting: 56

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-08-04 07:20


Nampaknya ramai yang telah tahu siapa bekas MT yang gila pangkat dan menggelupur itu. Tak payah pihak Pengurusan memberitahu, ramai yang telah tahu.

Si bersalah telah terhukum sendiri, tanpa ada sesiapa pun menghukum.

Akibatnya: dia kini telah dibenci oleh ramai orang.

Selama ini perasan dia diberi perhatian, rupa-rupanya sibuk mencari perhatian atau capap (carik publisiti). Dia dah dapat apa yang dicari -- sekarang dia diberi perhatian -- tapi malangnya perhatian dalam bentuk kebencian.

Malang sungguh nasibnya sekarang! Mari ramai-ramai hulurkan simpati dan nasihati dia!


Bookmark and Share




  Member Information For PengurusanProfil   Hantar PM kepada Pengurusan   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-09-04 20:13



Telah dua minggu berlalu, nampaknya penceroboh budiman tersebut tidak mahu memohon maaf dan mengaku atas kesalahannya. Kami telah memberi peluang seluas2nya kepada beliau untuk memberikan alasan atas tindakan 'mulia' tersebut. Begitu egonya cik penceroboh ini....

Kami bukanlah mengharap sangat diminta maaf dari cik penceroboh ini, tetapi sudahlah begitu ego, kini masih meneruskan usaha menghasut dan memohon simpati melalui2 PM di ukhwah dan juga melalui emel. Hentikanlah perangai dan buruk anda. Manusia hanya ada satu nama walaupun boleh mempunyai pelbagai nick. Jagalah nama dan maruah diri dengan baik. Kebanyakan yang di PM atau emel menyatakan ketidak senangan dengan sikap penceroboh. Fikir2kanlah..

Kami juga telah mengesan pelbagai nick yang didaftarkan dan disimpan selama ini. Sepatutnya seorang bekas MT seharusnya mengetahui bahawa mempunyai lebih dari satu nick adalah merupakan kesalahan serius. Nick2 yang didaftarkan juga telah berusia setahun lebih. Maknanya penceroboh sememangnya mempunyai niat kurang baik dr awal penubuhan portal. Sungguh mendukacitakan kerana seorang sahabat sanggup bertindak begitu hanya kerana ingin berkuasa.


Tindakan selanjutnya akan diambil jika saudari budiman masih meneruskan usaha2 murni tersebut.
wassalam


-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dari Bilik Admin
    »» Portal Muslimah diceroboh oleh bekas MT yg gila kuasa dan menggelupur

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.063402 saat. Lajunya....