Oleh |
Portal Muslimah diceroboh oleh bekas MT yg gila kuasa dan menggelupur |
Pengurusan
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 16.04.2003 Ahli No: 4
Posting: 56
|
Posting pada: 14-08-04 02:27
Hari ini Jumaat, kira-kira pukul 1, tatkala umat muslimin solat Jumaat, seorang hamba Allah yang dikenali telah menceroboh masuk ke dalam ADMIN Portal Muslimah.
Akibatnya: Pihak Pengurusan tak boleh masuk ke dalam ADMIN. Presiden, Pengurusan, Editor, tidak boleh masuk sebab password dan e-mel telah ditukar. Kuasa Super Admin juga ditukar.
Nickname "Pengurusan" "Hanan" dihijack. Nickname yang telah kena "ban" dihidupkan semula.
Perbuatan yang menjijikkan ini dilakukan atas sebab dendam dan cemburu, dilakukan oleh orang yang telah biasa masuk ke dalam Admin Section.
Tetapi banyak rahsia-rahsia "security" yang hanya diketahui oleh Super Admin. Jadi dalam masa kurang dari 5 minit, semuanya telah pulih seperti biasa. Malam tadi dalam pukul 8 barulah disedari kerana Presiden meeting hal Portal pada sebelah petang, tidak mengadap PC.
Cuma perbuatan amatur, menggelabah dan terdesak itu amat dikesali. Kepercayaan yang diberi dimusnahkan oleh diri sendiri. Lebih teruk lagi perbuatan buruk itu dilakukan pada hari mulia, Hari Jumaat. Nampaknya telah lama dirancang menunggu pada hari Jumaat untuk melakukannya.
Pemantauan di dalam server telah merekodkan setiap pergerakan penceroboh yang menggelupur itu dari pukul 12 tgh hingga 2 ptg. Senang cerita, penceroboh amatur tersebut dengan mudah telah dikenalpasti. Tindakan akan menyusul. [ Posting ini telah di edit oleh: Pengurusan pada 2004-08-14 08:21 ]
|
puteri_BULAN
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 26.03.2004 Ahli No: 3471
Posting: 135
Dari: bumi_ALLAH
|
Posting pada: 14-08-04 07:36
AstaghfirullahalA'zim....
ada jugak makhluk macam ni ye....
takpelah...buat benda buruk...akhirnya kecundang juga...
Allah nak bagi balasan sekelip mata jer....
Orang yg ada simpan perasaan hasad~dengki ni Allah tak tunggu mati baru nak bagi balasan...
atas dunia lagi dah rasa sakitnya....
Eh...membebel pulak kita...cam bagi ceramah dalam motivasi pagi jer...he..he.... mohon maaflah ye kot-kot ada yg terasa....
******************************************************
rasa-rasanya, mungkin ada jugak kaum muslimin yg berposting dlm portal hawa ni...cam ne tu ye...
|
darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor
|
Posting pada: 14-08-04 08:52
masyaAllah.. terkejut dgn berita ni.. hampir 5 hari ana tak dpt online kerana menguruskan masalah peribadi.. tiba2 bila nak try login sebagai editor tadi.. tak dpt nak guna pula password biasa tu.. jadinya terpaksa online guna password ahli biasa.. p/s:alahai.. apa kejadahnya dok dengki dgn komuniti muslimah ni.. isk..isk..
wassalam  ----------------- senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..
|
kasih_kekasih
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 27.04.2003 Ahli No: 544
Posting: 28
Dari: penang
|
Posting pada: 14-08-04 09:32
 tak habis~habis sifat denki mendengki ni....kenapa la perlu ada manusia yang begini...semoga dia mendapa balasan yang setimpalnya...wallahu'alam...
 rasa tahu siapa dia
|
alea13
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 14.05.2004 Ahli No: 3733
Posting: 58
Dari: heilbronn
|
Posting pada: 14-08-04 10:43
aper la org nak buat kerja2 tak senonoh ni.. astaghfirullahal 'azhim..
|
nur_islami
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 11.05.2003 Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 14-08-04 10:50
melampau betul makhluk tu ei....  siapala punya keja ni.... ----------------- tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 14-08-04 11:03
Pelik tapi benar, itulah yang akan terjadi kalau tahu siapakah gerangannya yang melakukan kerja2 tak berfaedah tersebut. Hanya kerana kuasa dan pangkat sanggup bertindak melulu dan tidak berfikir panjang. Sangkanya dengan menukar segala password MT di Admin Portal akan menghentikan pergerakan portal. Dan yang melucukan, bukti juga turut ditinggalkan dengan mengaktifkan kembali nick beliau yang telah diban. Jadikan ianya pengajaran buat kita semua. Ada pelbagai jenis manusia di sekeliling kita. Berjaga2lah dengan musuh dalam selimut. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya... -----------------
|
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 14-08-04 11:30
subhanallah.. kenapa bersikap macam tuu.. isy isy isy, tak berfikir panjang nk buat sesuatu.. ni mesti muslimah, sebab yang muslimin dah pergi solat jumaat.. (agaknya laa..)
hai.. apa laa nk jadi.. -----------------
|
uqu
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 25.01.2004 Ahli No: 3162
Posting: 49
Dari: KUCHING,SARAWAK
|
Posting pada: 14-08-04 11:52
manusia jenis aper nih???? makhluk perosak kot??? astagfirullahala'zim ----------------- Assalamualaikum
to love someone is NOTHING,
to be love by someone is SOMETHING,
to be love by someone u love is EXCITING,
to be love by ALLAH is EVERYTHING.
WASSALAM
|
ana_lia
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 03.08.2004 Ahli No: 4093
Posting: 46
Dari: shah alam
|
Posting pada: 14-08-04 12:11
ya Allah nape leh jadi camni...dah dekat seminggu ana tak online.terkejut juga ana bila dgr berita tue.sape la agaknya yg dengki dgn portal muslimah nie?
pastu nak tanya nie sapa yg komuniti ukhwah?nape portal ukhwah tak leh buka?biasanya boleh je.tak kan portal ukhwah pun kena ceroboh kot.....
|
Pengurusan
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 16.04.2003 Ahli No: 4
Posting: 56
|
Posting pada: 14-08-04 12:19
Portal Ukhwah tak kena ceroboh. Ada pembetulan skrip portal tersebut dan sedikit masalah server. InsyaAllah hari ini atau Ahad.. kembali beraksi.
|
pena_sufi
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 19.04.2003 Ahli No: 222
Posting: 119
Dari: bumi waqafan,kluang,johor
|
Posting pada: 14-08-04 13:25
patutlah tak boleh bukak...cuak jugak ana...dah lama tak jenguk dua2 komuniti nie sebab ana bz preparation untuk spm. oklah...all the best...
wallahualam ----------------- mahabbah mawaddah lil ukhwah fillah...
|
Dla
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 21.05.2004 Ahli No: 3766
Posting: 74
Dari: alam Cyber
|
Posting pada: 14-08-04 13:55
ish..ish..ish...patutlah...
mujur pihak MT dapat kesan dan menyelamatkan portal ni kan...Alhamdulillah...
di harap pihak pengurusan kena tingkatkan lagi tahap keselamatan dan pengawasan agar perkara sebegini tidak berulang lagi k.
all thr best...
...
|
nur_indah
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 19.04.2003 Ahli No: 174
Posting: 193
Dari: seremban
|
Posting pada: 14-08-04 15:32
|
nuarii
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 05.04.2004 Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh
|
Posting pada: 14-08-04 18:03
sampai camtu sekali??
dah dapat ye orgnye?? bagus le.. tule kita ni tatau sape yg betoi2 ikhlas n sebaliknya... teruk betul la.
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 14-08-04 18:17
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah maafkan umi ya sebab umi ni tak perasan bab ni sebelum ni. Masalahnya apa ya? Dan bila umi baca tentang ada perubahan baru umi perasan umi dijadikan kaunselor juga. Jazakillahu khairon katsiro atas kepercayaan tapi umi cubalah mana yang mampu ya dan umi harap sekiranya ada masalah lebih baiklah diselesaikan segera agar kita tidak saling bermusuhan kerana kerja syaitan ialah memecahkan silaturrahim. InsyaAllah teringat kisah sayiddina hussain bila tau ada orang memfitnah beliau terus saja ambil bakul dan isi dengan kurma dan terus hadiah pada orang tu. Kita kenalah perhati disebalik tindakan cucu Rasulullah saw ini dan marilah kita sama-sama menyelesaikan masalah yang boleh menjadi duri dalam daging ya. Kita cari titik penyelesaian dan usah cari perselisihan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih ya. Sayang anak^ummi semua. Be the best muslimah ya  .
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - kiriman anakanda Hanan dan tiba semalam. tq.
|
aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 18.04.2003 Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara
|
Posting pada: 15-08-04 12:38
tak sangka dua hari tak online.. macam cerita dah keluar.. nak kata terkejut.. tak de la jugak.. sbb ini bukan kali pertama portal muslimah diserang... tp kali nie spesel skit sbb penceroboh tu gie kat Admin...
jutaan tahniah kpd pihak pengurusan serta kak hanan sendiri krn telah berjaya mengenal pasti penceroboh yg bertanggung jawab.. nasihat fiza kat dia.. blajar la dulu habis2 kalau nak buat jahat pun.. kalau tertangkap bukan org lain yg malu.. diri kita sendiri jugak.. gunakanlah akal yg waras kurniaan allah ekk...
bersama samalah kita membangunkan portal muslimah.. krn ia adalah wadah penyampai dakwah muslimah masa kini... insyaallah.. sesungguhnya allah bersama sama org yg sabar dan melakukan kebaikkan dijalanNya... ----------------- "Di sebalik segala duka Tersimpan hikmah Yang bisa kita petik pelajaran... Di sebalik segala suka Tersimpan hikmah Yang kan mungki
|
puteri_BULAN
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 26.03.2004 Ahli No: 3471
Posting: 135
Dari: bumi_ALLAH
|
Posting pada: 16-08-04 07:36
erm...tak boleh kita tuduh sama ada orang perempuan yg punya angkara camni....manalah tahu kot2 kaum adam yg lakukan...?
zaman sekarang ni...da ramai orang lelaki yg tak gi solat jumaat.....
dunia akhir zaman ni macam-macam benda yg buruk(dilarang dlam ISLAM) menjadi suatu kebiasaan..... aduhai sedihnya....
...ISLAMKU kini didalam Tangisan...
|
ismi_safiza
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 2315
Posting: 170
Dari: kedah
|
Posting pada: 16-08-04 09:27
jika ada kebaikan yg ingin disalurkan pasti ada yg hasad dan dengki..tambahan lagi jika ia jalan ke arah keagamaan.! ----------------- “kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”
|
UmmiLuqman
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 28.05.2004 Ahli No: 3810
Posting: 54
Dari: Parit Buntar
|
Posting pada: 16-08-04 11:48
kakak2, adik2..sudah2 lah tu..betul cakap ummimq, buang yg keruh ambil yg jernih....pihak yg kenal dgn org yg bertanggungjawab tu perlulah ambil tindakan berdamai....pihak yg tak kenal, atau tak tahu apa2, dan tdk nampak kedudukan sebenar, jgnlah menambah2 kutukan masing2...memang la perbuatan yg dilakukan oleh org tersebut salah, tetapi kata2 marah, yg bersifat cercaan..tidak akan menjadikan keadaan lebih baik....tambahan pula, ini bukan sifat muslimah yg lemah lembut, penyabar dan penyayang....
|