Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Ketidakmampuan itu adalah malapetaka, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, pengendalian diri adalah perisai (terhadap dosa) dan sahabat terbaik dalam penyerahan (kepada Allah)
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




  Dari Galeri
Haruman Syurgawi dan zauj pada malam pernikahan.Doakan kebahagiaan kami.Ameen.

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Bahaya FL


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Bahaya FL

Please Mendaftar To Post


Oleh Bahaya FL

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-08-04 15:56


Isu Murtad

Rentetan peristiwa murtad mutakhir ini amat
menggerunkan umat islam yang perihatin. Disana
kedengaran gadis Islam dilarikan untuk memurtadkannya,
dia dilarikan dari rumah ibubapanya sendiri dan ada
juga seorang gadis menendang bapanya kerana telah
menghalangnya dia berkahwin dengan jejaka idamannya
yang bukan Islam dan kedapatan enam pemuda Melayu
diKristiankan disekolah tanahair dan dilantik menjadi
paderi. Ini diantara kes-kes murtad di Malaysia. Cuba
kita bayangkan 3000 umat Islam murtad di ibu kota,
seikiranya setiap orang berkeluarga dan mempunyai
sekurang-kurangnya lima orang anak. Maka tidak
mustahil sepuluh tahun lagi 18,000 melayu Kristian
akan bermastautin di ibu kota. Sekiranya 10,000 orang
melayu murtad di seluruh Malaysia berapakah bilangan
Melayu kafir sepuluh tahun lagi?

Disini penulis ingin mengajak pembaca merenung
sepotong hadith Nabi. Sabdanya:

Mafhumnya : Akan terungkai ikatan Islam satu persatu
,dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan
diakhir dengan keguguran sembahyang.

Setelah 74 tahun hukum perundangan Islam diporak
perandakan oleh tangan-tangan kafir, sekarang kita
dapat lihat bilangan yang tidak sedikit umat islam
yang meninggalkan sembahyang, dan inilah antara faktor
yang melebarkan lagi gejala murtad di Malaysia. Ulamak
Islam ada mengatakan bahawa perbezaan antara muslim
dan kafir dari segi amalanya ialah sembahyang. Jadi
apakah bezanya diantara muslim yang engkar sembahyang
dengan yang kafir? Inilah perkara pertama yang umat
islam perlu fikirkan sebelum kita membicarakan
cara-cara menyekat gejala murtad.

Sekiranya kita mengkaji Fiqh Perundangan Islam, kita
akan dapati disana teradapat cara-cara khusus yang
telah digariskan oleh islam untuk menyekat gejala
syirik dan murtad ini daripada melanda umat islam.
Tetapi sayangnya sistem perundangan Islam diketepikan
sewenang-wenagnya oleh pemerintah sekarang.Sinar nur
ataupun cahaya perundangan Islam dapadamkan terus
daripada terus bersinar di Mahkamah Syariah. Firman
Allah:

Mafhumnya: Mereka ingin memadam cahaya Allah dengan
mulut-mulut mereka tetapi Allah yang memelihara nurNya
walupun dibenci oleh orang-orang kafir.

Kita sebagai seorang mulim sejati, yakin bahawa suatu
hari nanti nur Islam akan bersinar kembali di
Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya muslim
wajib berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi
tercinta. Hanya dengan pengakuan Daulah Islamaiah dan
sistem perundangan Islam sahaja yang dapat
mengembalikan keagongan Melayu di Malaysia.

Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama
perlu membekalkan ilmu agama kepada anak-anak.
Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama
sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala
murtad. Guru-guru agama disekolah mempunyai
tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan
murtad. Tetapi perlu dingatkan gerakan Missionari
sekarang mula memasuki sekolah-sekolah agama. Oleh itu
pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya
berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan
tentang murtad dari segi kacamata islam adalah salah
satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap
disekolah-sekolah.

Apa yang penting perlu diingatkan disini adalah setiap
muslim tanpa mengira warna kulit adalah
bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi
munkar. Firman Allah Taala:

Mafhumnya: Kamu adalah sebaik-baik ummat yang
dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada
kebaikan dan melarang kemungkaran serta beriman dengan
Allah Taala.

Semoga dengan jalan ini gejala murtad dapat disekat
sebelum tertegaknya ad-Daulah al-Islamiah al-U’zmaa.

http://shoutus.tripod.com/dis/minda2.htm




Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.047528 saat. Lajunya....