Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Orang yang banyak berkata, akan banyak silap dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya
--
maksud Hadis

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Dari Galeri
Salam Haruman Syurgawi...senyum2 selalu ya antunna!!

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Dari Bilik Admin
Topik: Forum Mahasiswa Kebangsaan 2004 (NSF '04)


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dari Bilik Admin
    »» Forum Mahasiswa Kebangsaan 2004 (NSF '04)

Please Mendaftar To Post


Oleh Forum Mahasiswa Kebangsaan 2004 (NSF '04)

uBaiDiLLaH
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 78
Posting: 35

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-08-04 21:15


Bersempena dengan Pesta Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang ke-20 (CONVEST 2004), sebuah program yang dinamakan Forum Mahasiswa Kebangsaan 2004 (National Students Forum) akan diadakan. Dianjurkan oleh Sekretariat Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, program ini diatur dalam usaha untuk menyemarakkan lagi kesedaran masyarakat umum berkenaan peranan mahasiswa sebagai jurubicara ummah yang sejagat. Berikut adalah butiran lanjut berkenaan program tersebut

Forum Mahasiswa Kebangsaan 2004 (NSF ’04)
Tarikh: 21 Ogos 2004
Tempat: Auditorium Utama KAED, Kulliyyah Seni Bina dan Seni Reka Landskap, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Bayaran: RM 10 (pelajar UIAM), RM 15 (pelajar dari lain-lain IPT)


Program ini bakal dihadiri oleh para pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi dalam usaha untuk saling berkongsi pandangan dan maklumat. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara komprehensif berkenaan isu-isu semasa serta mewujudkan langkah-langkah yang selayaknya diambil oleh mahasiswa sebagai harapan ummah. Di samping itu, para mahasiswa juga diberi peluang untuk bertemu dengan lebih dekat para ahli akademik dan juga pegawai kerajaan untuk sama-sama berdiskusi dengan harmoni.

Berikut adalah tentatif program:
8.00 pagi: Ketibaan para peserta

8.30 pagi: Pendaftaran

9.00 pagi: Upacacara Perasmian
Ucapan Perasmian “The Effectiveness of National Education Philosophy towards the Development of Future Leader”
Penceramah*:
Yang Berhormat Dato’ Dr Mashitah Ibrahim
(Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri)
10.30 pagi: Kudapan

10.45 pagi: Sidang 1
Forum “The Factors and Solution of Social Illness in Malaysia”
Ahli Panel*:
Dato’ Lee Lam Thye
(Timbalan Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia)
Prof. Dr Abd Aziz Bari
(Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Perantara:
Mohd. Haris Daud
(Mantan Presiden MPP Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

12.15 tengahari: Makan tengahari

1.30 petang: Solat Zohor

2.15 petang: Sidang 2
Pembentangan Kertas Kerja 1 “Students’ Roles and Responsibilities towards National Development”
Penceramah*: Dato Musa Hitam
(Mantan Presiden of SUHAKAM)

Pembentangan Kertas Kerja 2 “Students' Movement, Between Reality and Challenges”
Penceramah*: Prof Madya Dr. Sidek Baba
(Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

4.30 petang: Minum petang dan Solat Asar

5.15 petang: Sidang 3
Forum “Deterioration of Moral Attitude, Religious Values and Education of Today’s Youth”
Ahli Panel*:
Presiden MPP Universiti Malaya
Presiden MPP Universiti Putra Malaysia
Presiden MPP Kolej Universiti Islam Malaysia
Perantara:
Pengarah Forum Mahasiswa Kebangsaan 2004

Komen dan penggulungan oleh Presiden MPP Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

6.30 petang: Penyerahan cenderamata kepada semua wakil IPT

6.45 petang: Bersurai

* Para penceramah dan ahli panel adalah tertakluk pada perubahan

Penyertaan adalah terbuka kepada mahasiswa dari pelbagai peringkat dari mana-mana institusi pengajian tinggi. Kaunter pendaftaran akan dibuka di kawasan kampus UIAM bermula hingga 16 Ogos hingga 18 Ogos. 2004. Anda digalakkan untuk menempah melalui e-mail atau mendail talian yang disediakan untuk tempahan tempat*. Kaunter pendaftaran juga akan dibuka pada hari program dilaksanakan*.

* Nyatakan nama peserta dan juga IPT anda. Bagi tempahan melalui telefon dan e-mail, bayaran perlulah dilangsaikan pada hari program.
* Tempat adalah terhad.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai atau terdapat sebarang pertanyaan, kami setia menanti panggilan anda. Sila telefon:

013-4017008 (Muhammad Hafiz Badarulzaman)
012-9307522 (Mohd. Dhany Mohamad Sarip)
017-6745123 (Muhamad Adib Mohamed Saat)
016-2652870 (Shahidah Mohamed Makki)
019-4270694 (Mardiana Ishak)

Atau hantarkan e-mail ke alamat:
[email protected]

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Forum Mahasiswa Kebangsaan 2004:
http://www.nsf04.cjb.net

“Mahasiswa Sebagai Jurubicara Masyarakat Dalam Pembangunan Ummah”

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Ya Allah...
Aku memohon cinta-Mu...
Dan cinta orang yang mencintai-Mu...
Serta semua amalan yang mendekatkanku kepada cinta-Mu...


Bookmark and Share




  Member Information For uBaiDiLLaHProfil   Hantar PM kepada uBaiDiLLaH   Quote dan BalasQuote

uBaiDiLLaH
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 78
Posting: 35

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-08-04 11:27


Berkenaan dengan penyertaan pelajar, ramai yang agak keliru. Ramai yang menyangka forum ini hanya terbuka untuk Majlis Perwakilan Pelajar sahaja.

Program ini terbuka kepada SEMUA PELAJAR dari MANA-MANA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI dari PELBAGAI PERINGKAT.

Bezanya, MPP akan dijemput sebagai perwakilan kampus, manakala selainnya sebagai peserta luar. Namun, kehadiran anda tetap diraikan.

Para graduan (lepasan universiti/kolej universiti/kolej dll) dan golongan professional turut dialu-alukan untuk hadir.

Allahu Ta'ala a'lam...

-----------------
Ya Allah...
Aku memohon cinta-Mu...
Dan cinta orang yang mencintai-Mu...
Serta semua amalan yang mendekatkanku kepada cinta-Mu...


Bookmark and Share




  Member Information For uBaiDiLLaHProfil   Hantar PM kepada uBaiDiLLaH   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.048251 saat. Lajunya....