Oleh |
SIAPA ADA cita-cita NAK PAKAI PURDAH? |
imah3
WARGA RASMI Menyertai: 29.07.2004 Ahli No: 4076
Posting: 15
Dari: kl
|
Posting pada: 03-08-04 10:33
silalahh cerita pengalaman dan keinginan anda.
|
safi
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 24.06.2004 Ahli No: 3926
Posting: 39
Dari: selangor
|
Posting pada: 03-08-04 12:12
cita2 nak pakai purdah belum lg tapi pakai jubah tu dah tercapai...walaupun sekarang ni kurang istiqamah pakai..coz kadang2 pakai baju kurung...imah ni camne lak...sedang bercita2 nak pakai purdah ke?
|
darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor
|
Posting pada: 03-08-04 17:30
ana pun pernah bercita2 utk memakai purdah ni.. suami juga memberi galakan tapi.. mungkin susah utk ana istiqamah..so, setakat ni ana tangguhkan hasrat utk memakai purdah..just skrg ni istiqamah dgn bertudung labuh dulu.
Pernah terbaca dlm sebuah buku agama.. antara kelebihan wanita yg istiqamah dlm berpurdah ialah.. Ditingkatkan Nur wajahnya 11X ganda berbanding dgn wanita yg tidak berpurdah. Wallahualam..
p/s: pernah terdengar perbualan ibubapa yg tiada fikrah islamiah menggelarkan wanita berpurdah ni sebagai "ninja turtle" bagi menakutkan anak2 mereka...Moga mereka mendapat petunjuk dari Allah.
wassalam  ----------------- senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..
|
hurun_ein
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 22.01.2004 Ahli No: 3138
Posting: 24
Dari: uTm, skudai
|
Posting pada: 05-08-04 21:46
 ...ein ada sahabat pakai purdah...bila dia buka, tengok wajah dia, sejuk je...  suka betul tengok..
pernah gak ada cita2 nak pakai, tp mcm xkuat lagi...selalu pikir mcmana penerimaan family, kawan-kawan...
kalau boleh nak pakai je, tp ein takut x dpt istiqamah, amalan lain pun agak tak terurus lagi...
apapun, ein berdoa moga suatu hari nanti ein dpt pakai...bila baca kelebihan pakai, nak je... ----------------- lakukanlah apa yang diamanahkan dgn hati yang lapang dan redha...
disebalik tiap ujian-Nya pasti terselit 1001 kemanisan...
|
ana_lia
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 03.08.2004 Ahli No: 4093
Posting: 46
Dari: shah alam
|
Posting pada: 06-08-04 11:43
kenape imah tulis pasal purdah?imah teringin ke nak pakai purdah?
purdah itu sebenarnya utk mengelakkan diri drp fitnah.klu rasa diri tue cantik dan tak mau difitnah org lebih elok la pakai.
macam akak nie akak teringin juga tapi belum sampai seru lagi.org kata benda nie tak leh dibawa main2 kalau dah pakai kita kena tahu hukum2 yg perlu kita hindari.akak pula ilmu agama masih cetek lagi jadi belum sesuai atau belum sampai seru lagi...
|
alea13
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 14.05.2004 Ahli No: 3733
Posting: 58
Dari: heilbronn
|
Posting pada: 09-08-04 20:53
baguslah kalo ader hasrat utk berpurdah. aper pon luruskan niat kita, 100% lillahi ta'ala..
|
Ummu-Rumman
WARGA RASMI Menyertai: 10.08.2004 Ahli No: 4133
Posting: 8
Dari: kl
|
Posting pada: 11-08-04 00:03
AsSalamu'alaykum wbt Alhamdulillah..
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi saw, keluarga dan sahabat baginda.
Bagi yg berhasrat utk berniqab, mohon pada Allah supaya dibuka dan dimudahkan jalan utk kita mengikut sunnah isteri2 Nabi saw ini. Jangan jadikan ia sebagai beban dan masalah bg kita sbb pd pendapat saya ini suatu perkara yg baik jika niat baik dan betul.
Ramai yg x nak berpurdah sbb takut tak istiqamah. Istiqamah atau tidak, itu kita perlu berusaha dan berdoa smg dithabatkan hati. Kalau semua org x buat sesuatu sbb x nak ambil risiko, susah la. Takkanla sbb takut utk istiqamah kita langsung x buat/tambah amalan. Sbg cth, kita x nak kunci jam utk qiyam sbb takut kita x bgn. Tak cuba blm tau kan? Lagipun, kalau kita tak istiqamah @ dlm erti kata lain, kita buka wajah semula, adakah kita berdosa? Sedangkan jumhur ulama' telah sepakat aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tgn. Muka bkn aurat, ttp bg saya ia adalah mustahab. Cuma mungkin hanya ckp2 org yg kurang faham mengenai perkara ini. Allahu'alam. Salah silap harap dimaafi. AsSalamu'alaykum wbt
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 11-08-04 22:19
Tahniah kepada yang berazam atau mempunyai niat untuk berpurdah, semoga mendapat ganjaran di sisi Allah dengan terhijab dari maksiat. InsyaAllah, niat yang baik akan mendapat bantuan dan dipermudahkan Allah SWT. -----------------
|
FatimahNisyampuri
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 16.08.2003 Ahli No: 2214
Posting: 71
Dari: Mafraq, Jordan
|
Posting pada: 13-08-04 14:50
emm, cakap pasal purdah
ana pun ada gaks terfikir dan naluri ana ni pun rasa nak pakai...
tapi ana takut ngan cabaran sekarang ni.. ana takut ana pakai lepas tue taktahan ngan dugaan bukak balik
sebelaum tue ana kena istiqomah betulČ dulu..
insyallah
sapeČ nak pakai tue.. boleh... hukumnya sunat... niat oenting.. kalau antunna niat wajib bagi antunna jika suatu hari antunna buka... berdosa tau.. so... niat la antunna pakai tu ssunat....
|
Ummu-Rumman
WARGA RASMI Menyertai: 10.08.2004 Ahli No: 4133
Posting: 8
Dari: kl
|
Posting pada: 14-08-04 09:47
AsSalamu'alaykum wbt Alhamdulillah, selawat dan salam atas Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat baginda.
Sekadar nak berkongsi pengalaman dan dorongan buat mereka yg berniqab.
Saya tak ambil masa yg lama utk berfikir nak berniqab, sbb ia bagai satu panggilan yg x dapat saya tolak. Mmg x mampu nak tolak. Alhamdulillah, mmg Allah izin dan Allah permudahkan jln utk saya berniqab. Buat sahabat2 yg hesitate utk berniqab krn takut cabaran dsb, ketahuilah utk diri saya sendiri, personally, sblm berniqab mmg fikir mcm2 tapi once kita dah berniqab, Alhamdulillah, dah tak rasa semua tu. Kita rasa 'izzah dgn Islam itu sendiri. Menjejaki sunnah isteri2 Nabi saw dan memakmurkan perintah Allah dgn memberatkan aurat. Dan paling penting, jgn anggap ia beban dan jgn smp memberatkan kita. Buatlah sedaya yg termampu.
Islam yg syumul telah menggariskan bagaimana adab2 pergaulan, cara komunikasi, muamalah, dakwah dan byk lagi. Jadi, saya kira niqab bkn penghalang.
Dari Abu Zar dan Abu Abdurrahman Mu'adz b Jabal ra, dari Nabi saw sabdanya:"Bertaqwalah kpd Allah di mana pun engkau berada dan susulilah keburukan dgn kebaikan, tentu kebaikan itu akan menghapuskannya (keburukan itu), dan pergaulilah manusia dgn akhlak yg baik." (HR Tirmizi)
Dari hadith ini, terang nyata cara bergaul dgn manusia adalah dgn akhlak yg baik. Apakah pemakaian mempengaruhi sbb ramai yg kata org berniqab susah nak bergaul dgn org. Saya kira tidak. InsyaAllah, mudah2an mereka yg berniqab ni pun biarlah baik akhlaknya.
InsyaAllah, mudah2an Allah terima amalan ini sbg satu usaha kita utk mencapai maqam taqwa.
"Seorang hamba Allah itu tidaklah termasuk dlm martabat golongan muttaqin sehinggalah ia meninggalkan perkara yg tidak menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) krn sikap berhati2 dari terjerumus ke dlm kesalahan." (HR Tirmizi)
Allahu'alam. Salah silap harap dimaafi dan tolonglah betulkan.
AsSalamu'alaykum wbt
|
kasih_kekasih
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 27.04.2003 Ahli No: 544
Posting: 28
Dari: penang
|
Posting pada: 14-08-04 10:02
insyallah satu hari nanti... ----------------- ku biarkan kalam berbicara..meluahkan hasrat di jiwa..agar terubat segala keresahan di jiwa..bibir tidak perlu berkata...bila hati sudah mula berbicara...&l
|
nurkamar
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 25.04.2003 Ahli No: 479
Posting: 92
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 15-08-04 12:47
bagus la nak pakai. jgn dah kerja buka, sudah. lagi satu, harap harap masalah peribadi kene jaga. kita bawa imej muslimah lain juga. ana minta maaf, bukan tak pernah jumpa yang berniqab tapi tetap berdating berdua. yang berjubah dan bertudung labuh pun banyak juga. terutama yang masih bergelar pelajar ni. memang tak terserlah langsung gaya gaya dah berkahwin tu. ----------------- -cheras-
|
imah3
WARGA RASMI Menyertai: 29.07.2004 Ahli No: 4076
Posting: 15
Dari: kl
|
Posting pada: 21-08-04 12:03
|
xara_fatima
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 4478
Posting: 54
Dari: bangi
|
Posting pada: 21-10-04 13:09
bila lihat orang yang berfurdah ni..pernah terdetik di hati, bila agaknya saya akan jadi begitu. keinginan ada, tapi kekuatan belum ada. sekarang ni, biarpun bertudung labuh, tapi tingkah laku masih tak terkawal.muamalat ,kadang2 terbabas..gaya bahasa dsb.even ada muslimin pernah tegur saya ni sebagai muslimat brutal+rock..
|
nur_firdaus
WARGA RASMI Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 5840
Posting: 16
|
Posting pada: 16-11-05 11:12
suami ana suka ana pakai niqab. Dia minta ana untuk pakai, tapi dia kata kena tengok masa dan keadaan. kadang-kadang untuk niat berdakwah, kita kena tengok juga keadaan. Untuk dakwah pada yang bukan muslim, pada mulanya mungkin tak digalakkan untuk pakai niqab. Ana nak kongsi cerita pasal niqab ni di sabah. Dulu riuh di sabah dengan wanita berniqab dan ilmu hitam. Kononnya and seorang perempuan ni pakai niqab sebab nak lindungi mukanya yang buruk disebabkan salah guna ilmu hitam dan dia diminta untuk cari darah 100 anak dara untuk pulihkan semula keadaannya. Sebab tu di sabah, penduduk takut dengan wnaita yang pakai niqab ni. Cerita ni sedikit sebanyak mempengaruhi amalan berniqab dikalangan muslimah di sabah. dan ia juga mungkin menjadi penghalang bagi sesiapa yang berniat untuk memakai niqab. Entahlah...benarlah kata banyak ulama, kita mungkin tergolong dalam umat akhir zaman dengan keadaan kita sekarang dalam sunnah Nabi yang telah banyak deperlekehkan.. wallahualam...
|
syahadah_muslimah
WARGA RASMI Menyertai: 17.05.2005 Ahli No: 5318
Posting: 16
Dari: kuala kangsar
|
Posting pada: 26-11-05 20:21
insyaALLAHUAKHBAR...
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 04-12-05 10:37
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah memakai niqab itu bukan masalahnya tetapi kefahaman disebalik memakainya. Adakah memakai niqab sekedar ikut-ikutan tanpa ilmu? Sekiranya masih ragu-ragu umi cadangkan anak-anak carilah ilmu agar bila memakainya ada nas dan juga sebab yang jelas dalam syarak. Matlamat seorang wanita ialah bukan setakat pakai niqab tetapi ialah menjadi ibu, isteri dan juga insan yang solehah. Untuk menjadi kesemua itu perlu kepada ilmu disamping menjadi isteri, ibu dan juga insan yang solehah itu. Jadi teruskan pencapaian ke arah menjadi wanita muslimah mithali dengan bertanggungjawab ke atas setiap perlakuan. Contoh terbaik ialah Khadijah ummul mukminin yang menjadi lambang sakinah (ketenangan); Asiah isteri Fir'aun yang juga lambang ketabahan (mana tak tabahnya sebab mampu menghadapi Fir'aun setiap hari); Maryam ibu Nabi Isa as lambang kepada kesucian (lahirkan Nabi Isa as dari Ruhul Qudus) tidak pernah disentuh mana-mana lelaki ajnabi; dan Fatimah binti Rasulullah yang begitu menarik peribadinya kerana mempunyai kesemua unsur ketiga-tiga wanita terawal dalam sebutan tadi - ada sakinah, ada ketabahan, dan ada kesucian disamping peribadinya yang menjadi penawar duka Rasulullah saw dan juga membantu suaminya Sayiddina Ali dalam dakwah. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Menuntut ilmu itu lebih afdhal dari melakukan amalan sunat. (Imam Syafei) Nilai ilmu ada 3: 1. Ilmu dicela - sihir 2. Ilmu yang dipuji - semua ilmu agama kerana dapat menyucikan jiwa dan merapatkan seseorang pada Allah SWT. 3. Ilmu yang sedikit dipuji dan banyak dicela - ilmu falsafah Kesimpulannya carilah ilmu - 1. Ilmu Usuluddin 2. Ilmu syari'at - perundangan Islam dan tasawuuf 3. Ilmu Alat - akademik
|
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 09-12-05 09:08
Sekarang niat utama adalah untuk mengekalkan budaya ini sampai bila - bila.. sekarang bertudung labuh, kalau boleh sampai bila - bila nak bertudung labuh.. sedih, dipejabat yang bertudung labuh kian pupus.. ramai dah beralih arah ke tudung 3 segi, kalau besar ok lah, ni makin kecil saiz tudungnya.. untuk pakai purdah rasanya belum lagi..
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 09-12-05 16:20
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah yang penting bila kita tengok cermin tidak nampak bahawa bila dah bertudung dalam bentuk apapun maka potongan badan tidak nampak kecuali orang nampak saiz besar atau kecil saja tidaklah sampai tahu secara terperinci sepertimana kalau pakai t shirt yang melekat dan juga seluar yang nampak alur depan dan belakang tu. Alahai anakanda su umi memang sedih sekali bila hari ni melihat pakaian wanita Islam semakin tidak menutup aurat walau bertudung. Yang pakai baju kurung / baju melayu pula tidak memakai kain dalam sedangkan kain itu tipis dan telus sekali. Mereka anggap baju melayu yang luar dah agak labuh jadi tak payah berkain dalam. Begitulah sedikit sebanyak senario cara pemakaian wanita yang bertudung terkini. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - tutup aurat bermula dari hati yang memahami bahawa pakaian wanita dapat menutup nafsu lelaki tetapi hari ni kebanyakan pakaian wanita yang menjadi pencetus kepada nafsu lelaki bertambah hebat lagi .... waliyya zubillahi min zalik.
|
qatrunnada
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 08.08.2003 Ahli No: 2160
Posting: 34
Dari: kerian
|
Posting pada: 11-12-05 14:51
dari dulu lagi teringin nak pakai..ni mak pergi mekah pesan kat dia suruh beli purdah..insyaAllah tahun depan lepas exam akan memakainya...doakanlah ye...
|