Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."
-- Imam Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 20
Ahli: 0
Jumlah: 20




  Dari Galeri
majlis al-firaq di kolej bank muamalat, uum

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Fikrah Islam


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Fikrah Islam

Please Mendaftar To Post


Oleh Fikrah Islam

alea13
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 3733
Posting: 58
Dari: heilbronn

germany   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 22:22






Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah yang lengkap yang sempurna, syumul dan merangkumi seluruh kehidupan mu'min.



Inilah Islam, ad-Deen yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah SAW dan dilaksanakan di zaman awal. Allah Taala telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam firmanNya:



"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.." (al-Maaidah: 3)



Oleh kerana Deenul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.



Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Deenul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah, dan kita bukannya pencipta Deen. Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah:



"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah.." (al-An'aam: 116)



Nilai kita adalah nilai Islam, iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Oleh yang demikian kita sedikit pun tidak boleh tidak redha pada syariat Islam.



Tasawwur Islami hendaklah difahami dengan betul. Kita hendaklah bersifat jiddiah (serius) dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukan dengan isme-isme lain.



Untuk itu kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali jahiliyyah, mengenal Islam untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap rupa, bentuk dan taktik jahiliyyah untuk dijauhi. Dengan itu barulah kita dapat membezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam. Sabda Rasulullah SAW:



"Barangsiapa mengenal / mempelajari bahasa sesebuah kaum maka mereka terselamat dari tipu daya mereka.."



Kita juga mesti mengenal realiti agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan loteri kebajikan itu halal. Di dalam memahami Islam dan realitinya kita sememangnya kurang ilmu, oleh itu kita perlu berjama'ah. Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang serupa. Tetapi dengan harakah kita mampu mengatasinya.



Satu lagi sikap yang mesti ada ialah kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan Islam, jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti "demi pembangunan", "demi kemajuan" dan "Malam Amal". Dalam hal ini kita hendaklah mengenengahkan fikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang tegas kepada masyarakat.



Kita juga mesti mempunyai al-wa yu al-Islamiyy (kesedaran Islam). Ianya tidak sama dengan ilmu Islam. Dalam usaha memperolehi "kesedaran Islam" perlu kepada kesabaran, tekun dan gigih dalam usaha. Seorang yang mempunyai kesedaran Islam akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam.



Untuk itu kita perlu kepada didikan atau tarbiyyah. Tarbiyyah yang boleh melahirkan sahsiah atau keperibadian muslim sejati.



Seorang mujahid Islam, al-Ustaz Fathi Yakan menyatakan: "pembentukan sahsiah itu hanyalah dapat dibentuk di dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah." Umpamanya dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima' dan sebagainya.



Seorang muslim hendaklah tidak menghilangkan satu fikrah Islam pun dari pemikirannya. Siapa yang cuba menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng. Ingatlah bahawa fikrah yang kita bawa adalah Deen ditanzilkan oleh Allah SWT. Ad-Deen yang dimaksudkan di sini bukanlah ad-Deen yang diterjemahkan kepada "agama", sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang.



Keaslian Islam hanya boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu al-Quran dan al-Hadith, dan juga dari ulama' dan mujahid Islam yang mu'tabar. Allah SWT telah memberi kata putus dan memberi pilihan sama ada beriman atau tidak, sebagaimana firmanNya:



"Dan katakanlah (wahai Muhammad): 'Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.' Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka yang meliputi mereka laksana khemah.." (al-Kahfi: 29)



Kita hendaklah memikir terus dan jauh sehingga hari Qiamat. Oleh kerana kita tidak tahu di manakah tempat kita samada syurga atau neraka. Melalui ketidaktahuan ini juga hendaklah kita mempunyai sifat takut dan harap. Takut ialah bagi yang mengenalinya dan harap bagi yang melaksanakannya.



Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja. Untuk ini juga kita perlu memiliki kesedaran Islam yang jelas dan bukannya ilmu semata-mata. Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa Islam kepada individu. Dalam konteks masyarakat ialah yang menghayati Islam sepenuhnya.



Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman / tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan ingin melaksanakan Islam dengan patuh. Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi tetapi tetapi haruslah iltizam dengan Islam. Ertinya di mana sahaja kita berada, kita membawa Islam. Ini juga bererti peribadi kita menterjemahkan Islam: Islam menjadi darah daging.



Namun begitu kita tidak dapat menafikan dalam proses tersebut masih terdapat lagi saki baki jahiliyyah. Pernah Abu Dzar memanggil Bilal dengan panggilan Ibnu as-Sauda. Bilal memberitahu Rasulullah SAW dan Nabi SAW kemudiannya berkata kepada Abu Dzar bahawa beliau masih ada saki baki jahiliyyah. Disuruh Bilal membalas dengan memijak pipinya.



Hendaklah Islam itu menjadi pendorong kita dalam melakukan gerak kerja sama ada membuat yang baik dan meninggalkan yang dilarang, jangan sekali didorong oleh kepentingan politik, kumpulan, parti, pangkat, bintang dan sebagainya.



"Proses tarbiyyah imaniyyah adalah begitu dan amat penting bagi membentuk insan mu'min.."



(sumber:Bahan Tarbiyyah Online)


Bookmark and Share




  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.176292 saat. Lajunya....