Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
JANGAN kecilkan cita-citamu, kerana cita-cita yang kecil akan menyebabkan seseorang itu mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan
-- Saidina Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Dari Galeri
salamukhuwah fillah

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: Peliharalah diri anda..


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Peliharalah diri anda..

Please Mendaftar To Post


Oleh Peliharalah diri anda..

alea13
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 3733
Posting: 58
Dari: heilbronn

germany   avatar


posticon Posting pada: 29-07-04 05:47




sahabat2 sekelian.. ndak bercinta ker, berkawan ker biarlah ikut batas2 syariat yg tlh ditetapkan.. jgn senang2 ndak percaya kat org, suka2 ndak biar keluar masuk ke rumah kita hatta org2 yg kita kenali.. jenayah zmn skrg ni dah tak mengira mangsa, dgn sedara mara sendiri pon boleh kena.. jadi nyer berhati-hatilah, jgn sbb hal2 cam ni agama letak kat blkg.. suruhan & larangan Allah SWT pon dah tak dpt ndak bezakan.. tanamkan sifat al-haya' dlm diri.. malu dgn Allah, malu dgn diri sendiri, malu dgn org2 sekeliling.. kalo aper2 berlaku nanti menyesal pon dah tak guna, itu pon kalo sempat la ndak menyesal.. akhirnya diri sendiri yg tanggung malu, keluarga pon malu sama.. jadi beringat2 lah sblm kena.. fikir dulu sblm buat sesuatu.. saya sebenar nyer marah, sedih & muak dah baca kes2 jenayah terhdp wanita yg berlaku kat m'sia hari ni.. tak habis satu, dtg yg lain.. kalo lah keadaan ni berterusan tanpa kesedaran drp pihak kita sendiri, bayangkan nasib generasi anak2 kita pd masa akan dtg.. selamatkah?? aper yg saya ckp ni sbg peringatan utk diri saya sendiri & rakan2 ukhwah sama.. mana yg baik tu dgrlah & fikir2kan lah, mana2 yg terkasar tu maaflah.. allahua'lam..


Elok tanam sikap berjaga-jaga

(Utusan Online, 29 Julai 2004)


Dalam keghairahan mendokumenkan Islam Hadhari, Malaysia dikhabarkan dengan pelbagai jenayah, ragut, dera, rogol, bunuh dan lain-lain. Bukan tiada penguatkuasaan undang-undang, bahkan ada akta yang dilihat sebagai tidak semasa, maka dipinda berulang kali agar seiring dengan jenayah masa kini yang makin berleluasa.

Bidang kuasa anggota polis yang sememangnya luas, diperkemaskan lagi agar tidak terbatas, malah orang awam juga diminta membantu pasukan polis agar jenayah dibanteras.

Saya bukan menuding jari kepada sesiapa, tapi ancaman ini dilihat sebagai sesuatu yang menggoncang kemakmuran Malaysia. Di mana-mana pun, ada kejadian ragut, dera, rogol bahkan bunuh.

Memang wajar kita minta hukuman ke atas penjenayah diberatkan lagi agar mereka gerun untuk melakukan atau mengulangi perbuatan jahat tersebut. Tetapi kita tidak boleh memandang mudah kerana yang melakukan jenayah semuanya adalah manusia.

Ada kala mereka takut kepada dosa, ada masa mereka rasakan pintu taubat luas terbuka, jadi apa salahnya menjadi jahat untuk hari ini sahaja.

Syak wasangka bahawa ramai orang sebenarnya jahat juga tidak murni, tetapi amat kena sekiranya tafsiran kita tepat. Usahlah menjadi terlalu baik kepada sesiapa yang kita rasakan berpotensi untuk melakukan jenayah, sama ada yang ringan atau berat.

Moral bertolak ansur dan prasangka baik sering kali mengundang jenayah yang tidak disangka-sangka.

Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan jenayah bunuh yang berlaku ke atas seorang wanita, bakal sarjana Bioteknologi Genetik. Belum pun hilang di ingatan kejadian bunuh Noritta Shamsuddin, berulang lagi pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa.

Memang yang membunuh itu tiada perikemanusiaan, kurang keimanannya kerana tidak takutkan dosa dan sanggup ke tali gantung asalkan nafsu amarah berjaya dilepaskan.

Saranan Ketua Polis Negara agar orang awam membantu membanteras jenayah tidak harus dilihat sekadar cadangan ringan. Membantu mangsa mungkin mengundang bahaya, tetapi tidak semua.

Membantu diri sendiri agar tidak menjadi mangsa lebih utama kerana ia boleh mengelakkan sebarang kejadian jenayah daripada berlaku.

Kebanyakan kejadian bunuh ke atas wanita berlaku disebabkan cinta tiga segi. Tentunya mangsa menjadi wanita tunggal yang terlibat dalam perebutan ini, jarang benar berlaku lelaki dibunuh kerana perebutan cinta antara dua wanita.

Boleh dikatakan hampir kesemua kejadian bunuh sebegini dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa. Persoalannya, bagaimanakah penjenayah ini boleh masuk ke rumah mangsa tanpa menceroboh sedangkan mereka bukanlah pasangan suami isteri dan dalam masa yang sama tiada orang lain di dalam rumah tersebut?

Batasan sosial dan akhlak murni sebenarnya banyak membantu mengelakkan kejadian ngeri seperti ini. Wanita sama ada yang sudah atau belum berkahwin, tidak wajar membenarkan mana-mana lelaki memasuki premis mereka walaupun mereka saling mengenali. Inilah yang dikatakan batasan sosial yang harus diambil kira untuk keselamatan diri sendiri.

Sifat malu dan sentiasa ingin menjaga diri sudah sinonim dengan wanita, mana mungkin wanita santun membenarkan lelaki yang bukan suami, abang, adik atau anak memasuki rumah mereka sesuka hati.

Kalaupun teman baik, perlukah menziarahi kawan wanita di rumahnya tanpa ditemani sesiapa?

Agama dan undang-undang sudah muak memperkatakan tentang moral. Bukan untuk hari ini sahaja, tetapi selama-lamanya harus dijaga.

Undang-undang juga dikaitkan sebagai mekanisme kawalan sosial, bukan untuk menjadikan rakyat Malaysia jumud dan konservatif tetapi untuk keselamatan nyawa, harta benda dan juga masa depan!

Berbalik kepada jenayah bunuh yang dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa, saya menyeru kepada setiap wanita, siapa pun anda, anda boleh mengawal jenayah ini daripada berlaku.

Kawallah tahap sosial anda sesuai dengan perintah agama, kerana anda boleh lakukannya sendiri sekiranya anda punya moral yang tinggi. Jika tidak, undang-undang hanya berkesan setelah jenayah dilakukan! -NIK SALIDA SUHAILA, Gombak, Selangor.


Bookmark and Share




  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

safi
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 24.06.2004
Ahli No: 3926
Posting: 39
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-07-04 09:08


memang byk kes2 jenayah sekarang ni...tiap hari ada kes2 baru...lebih2 lagi yg melibatkan pembunuhan, rogol, ragut...mungkin ini adalah tanda akhir zaman...kita sebagai wanita kena selalu berhati-hati dan sentiasa berwaspada.


Bookmark and Share




  Member Information For safiProfil   Hantar PM kepada safi   Quote dan BalasQuote

aysha
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 24.04.2003
Ahli No: 456
Posting: 62
Dari: seremban,ng 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-07-04 09:27



peliharalah diri anda...peringatan yg selalu ditujukan buat insan bergelar wanita.kadang2 bukan tak berhati2 tapi dlm berhati2 pun kita terkena...therefore,mohonlah dari yg Esa agar kita sentiasa berada dalam lindunganNya.insya Allah... andai kita put xtra careful dlm ape jua keadaan kita akan selamat. suka saya ingatkan jangan terlalu percaya pada seseorg walaupun kita sgt sayang padanya kerana kita xkan tahu ape yg bakal kita lalui nanti bertukar menjadi mimpi paling ngeri.dalam kes ayu semalam yg dibunuh oleh org yg dikenali...pada amatan saya...arwah pasti tak sangka die akan mati di tgn org yg dikenali...wallahu 'alam....


Bookmark and Share




  Member Information For ayshaProfil   Hantar PM kepada aysha   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.055938 saat. Lajunya....