Oleh |
solat istikharah... |
white_cotton
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 31.05.2003 Ahli No: 1550
Posting: 85
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 26-07-04 00:46
Ana nk tanye sahabiyah semua, cam ner cara melakukan solat istikharah yg sebetulnya.
Ana nk wat solat istikharah ni sbb ana nk mintak petunjuk mengenai jodoh ana. Memang ana masih muda, cuma ana agak risau sbb pintu hati ana ni seolah-olah tertutup utk terima mana2 lelaki semenjak ana menyimpan perasaan terhadap member satu skola ana dulu. Yg peliknya, kami bukannye pnah bertegur sapa masa kat skola, sekadar sms dan panggilan telefon skali skala yg menjadi penghubung antara kami. Ana dh tak jumpa dia hampir tiga tahun, tapi hati ana masih terus "melekat" pada dia. Perasaan ni memang btol2 mendera ana, tapi apakan daya..ana tak mampu menolak perasaan tu. Ana harap, sahabiyah sumer sudilah bantu ana...
Wassalam
----------------- Try To Give You Warning
But Everyone Ignores Me
[Told You Everything Loud & Clear]
But Nobody's Listening
|
alin1605
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 24.07.2003 Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 27-07-04 13:51
assalamualaikum wbt ...
alHamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi kerana saudari ada keinginan utk melakukan solat istiqarah utk mendapat petunjuk ttg jodoh saudari ...
saya dulu pn prnh menunaikan solat ini utk memilih tmn hdp , dan alHamdulillah , Allah itu Maha Mengatahui ... berkat petukjuk dariNya , akhirnya kini saya telah bergelar isteri kpd insan yang hadir dlm mimpi saya setahun dulu ...
apa yg saya lakukan ialah menunaikan solat itu sebelum tidur , selama 3 mlm berturut-turut ... dan terus tidur selepas menunaikannya ... dlm sujud terakhir tu , doalah di dlm hati dgn ikhlas utk memohon petunjuk dan berdoalah lagi selepas solat ... mintalah dgn bersungguh-sungguh dan ikhlas ... Insya Allah Allah akn memakbulkan doa kita ... Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengasihani ...
p/s: jika saudari ada mendapat tunjuk ajar dr org lain , saudari buatlah penilaian sendiri kerana pengetahuan saya dlm bdg agama nie tidaklah sedalam mana =)
wassalam ...
|
alea13
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 14.05.2004 Ahli No: 3733
Posting: 58
Dari: heilbronn
|
Posting pada: 27-07-04 20:59
scr ringkasnya.. solat sunat 2 rakaat spt biasa dgn niat istikharah: "sahaja aku menunaikan solat sunat istikharah kerana Allah Taala"..
kebiasaannya, baca Surah al-Kafirun pd rakaat pertama & Surah al-Ikhlas pd rakaat kedua. pd sujud terakhir tu doalah pd Allah agar diberi pilihan yg tepat & terbaik..
doa slps solat: "Ya Allah! Aku mohon petunjukMu dengan pengetahuanMu dan aku pohon ketentuanMu dengan kekuasaanMu dan aku mohon akan Dikau dari limpah kurniaanMu yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.
Ya Allah! Seandainya urusan ini .... mendatangkan manfaat buat diriku, agamaku, duniaku dan akhiratku maka permudahkannya bagiku dan kemudian berkatkan bagiku padanya. Namun seandainya urusan ini .... mendatangkan mudharat buat diriku, agamaku, duniaku dan akhiratku maka palinglah daripadaku dan kemudian jadikanlah aku redha dengannya.. (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).." sebaik-baiknya dirikan solat istikharah dlm keadaan hati tak cenderung pd mana-mana pilihan.. & lakukan selalu, bkn buat sekali jer dah harap utk dpt jawapan.. juga tak semestinya juga tidur setiap kali lps istikharah.. boleh buat pd bila2 waktu yg dibenarkan solat..
petunjuk tak semestinya dtg drp mimpi.. selalunya lbh kpd gerak hati & mungkin petunjuk drp mereka yg rapat dgn kita, spt nasihat drp ahli keluarga & rakan2.. kalo ader yg tersilap atau terkurang boleh la ahli2 yg lain tolong betulkan atau tambahkan info.. wallahua'lam..
|
nurMISRIAH
WARGA RASMI Menyertai: 27.07.2004 Ahli No: 4071
Posting: 2
Dari: mesir
|
Posting pada: 28-07-04 00:31
solat istikhoroh yang betul adalah mengosongkan diri kita dari menyukai dan membenci org itu dan menyerahkan diri benar2 pada ALLAH.Bergantung benar2 pada Rabbul Jalil.Perlu diingat juga bahawa bukanlah mimpi sahaja yang menjadi petunjuk tetapi gerak rasa yang terbit dari hati.Jadi cubalah utk merasai nikmatnya.
|
white_cotton
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 31.05.2003 Ahli No: 1550
Posting: 85
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 04-08-04 00:08
Terima kasih buat sahabiyah yg sudi memberikan pandangan ttg cara2 solat istikharah. InsyaAllah, ana akan cuba ikuti setiap saranan sahabiyah. Doakan lh ana mudah2an mendpt petunjuk dr Allah. InsyaAllah... ----------------- Try To Give You Warning
But Everyone Ignores Me
[Told You Everything Loud & Clear]
But Nobody's Listening
|
ansar
WARGA RASMI Menyertai: 28.09.2004 Ahli No: 4370
Posting: 4
|
Posting pada: 30-09-04 09:28
bagi ana yang penting masa nak solat tu, bersihkan hati dan betlkan niat..insyAllah dia akan tunjukkan ..tAK SEMESTINYA jawapan dalam bentuk mimpi ,mungkin kecenderungan hati kita masa lepas solat dan sebagainya..
ana pun pernah kena..ada muslimin sorang nak sunting..he..takde perasaan pun...tapi lepas solat ,macam rasa sangat nak terima dia.
tapi pas terima dia...dah tak de perassan tue..he..hebat betul kuasa Allah...kui..dah sampai seru kot...ape pun,sekarang dah terikat dengan dia...terima je la...yang penting,buat solat tubetul2, mcam mana keputusannya terima je ketentuan Allah.......
|
xara_fatima
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 4478
Posting: 54
Dari: bangi
|
Posting pada: 21-10-04 12:59
selalu buat..tapi x pernah konsisten sampai 3 kali...
|
suterakasih85
{ SRIKANDI } Menyertai: 10.12.2004 Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai
|
Posting pada: 09-05-05 12:30
syukran ata semua info yg diberikan...
----------------- Success Through Endeavour ;
|