Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kita sering lupa apabila diuji dengan nikmat daripada diuji dengan bala.

-- Kitab Lama

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Dari Galeri
assalamualaikum, bsama org kuat JK UUM insyaAllah bakal dilaksanakan bulan ogos..ukhwah fillah abadan abada.

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: Hak penjagaan - Utamakan kepentingan anak


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Hak penjagaan - Utamakan kepentingan anak

Please Mendaftar To Post


Oleh Hak penjagaan - Utamakan kepentingan anak

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-07-04 11:29


Soalan
SAYA kini sedang memohon hak penjagaan ke atas anak-anak saya. Mereka berusia berumur lima dan dua tahun, kedua-duanya lelaki. Perceraian saya telah disahkan oleh Mahkamah Syariah. Suami saya telah menyatakan bahawa dia juga akan menuntut hak penjagaan ini. Dia juga menyatakan bahawa dia mempunyai bukti-bukti yang membolehkan dia diberi hak penjagaan. Saya tidak pernah melakukan apa-apa yang tidak baik. Saya tahu bahawa suami akan melambat-lambatkan perbicaraan kerana dia telah melakukan perkara yang sama semasa perbicaraan perceraian. Suami akan tidak hadir, mengatakan bahawa dia keluar negara atau sakit. Masalah saya kini adalah saya baru berhenti kerja dan kini hidup dengan wang simpanan saya. Saya kini sedang mencari pekerjaan. Apa yang boleh saya lakukan kini? - Serina Zainuddin, Kuala Lumpur.

Jawapan
Hak penjagaan anak adalah perkara yang sering menjadi isu apabila berlakunya perceraian. Adalah amat disarankan agar ibu bapa meletakkan kepentingan anak sebagai isu utama dan bukan kepentingan ibu bapa. Kadang kala semasa berlaku perceraian, terdapat banyak perkara yang boleh menimbulkan perselisihan di antara suami isteri dan menjadikan pasangan ini bermusuh-musuhan. Perkara ini akan memberi kesan ke atas psikologi anak-anak.

Oleh itu perlulah diutamakan kepentingan anak-anak. Sebagai orang dewasa kita tidak sepatutnya keliru di antara kehendak kita sebagai ibu bapa dan apa yang terbaik untuk anak-anak.

Bagi hak penjagaan, rujukan boleh dilakukan ke atas Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Ia menyatakan bahawa ibu adalah yang paling berhak berbanding segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa itu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

Adalah jelas di sini bahawa undang-undang meletakkan ibu sebagai orang yang paling layak bagi mendapatkan hak penjagaan.

Juga terdapat hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasai dan Tirmizi yang memberatkan ibu sebagai penerima hak penjagaan.

Walaupun ibu telah di angggap sebagai yang paling berkelayakan, Seksyen 82 Akta tersebut juga telah menggariskan beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Seorang ibu tersebut haruslah:

(a) Seorang Islam.

(b) Sempurna akal

(c) Dia berkelayakan untuk memberikan kanak-kanak tersebut kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak tersebut.

(d) Berkelakuan baik dan

(e) Mempunyai kediaman yang tidak akan membahayakan kanak-kanak tersebut.

Sekiranya ibu melanggar kelayakan tersebut maka bapa boleh memaklumkan kepada Mahkamah apabila mahukan hak penjagaan anak. Puan menyatakan bahawa bekas suami mendakwa mempunyai bukti ketidaksesuaian puan untuk mendapatkan hak penjagaan. Puan juga perlulah mengemukakan bukti-bukti yang menyatakan kelayakan puan seperti puan mampu untuk menjaga anak dengan baik, terdapat sistem keluarga yang boleh membantu menjaga anak tersebut, mampu memberi kasih-sayang dan sekiranya anak tersebut dipisahkan maka ia akan boleh mengucar-ngacirkan kehidupan yang biasa dialami oleh anak tersebut.

Puan kini telah tiada pekerjaan dan memerlukan bantuan dari segi nafkah . Sememangnnya perbicaraan akan mengambil masa dan pada waktu ini nafkah anak masih belum diperintahkan oleh Mahkamah Syariah. Ini bermakna bapa tidak mempunyai apa-apa perintah dari segi undang-undang untuk memberi nafkah kepada anak. Apalagi seperti yang telah puan nyatakan bahawa suami mempunyai `sejarah' untuk enggan bekerjasama dalam proses perbicaraan.

Kami menasihatkan puan agar memohon perintah interim atau perintah sementara ke atas nafkah anak-anak puan.

Puan boleh memohon kepada Mahkamah untuk satu perintah interim di bawah Seksyen 196 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1998. Seksyen ini memberi Mahkamah bidangkuasa untuk memberi perintah interim. Seksyen ini akan dibaca bersama Seksyen 202 Akta.

Seksyen 202 Akta menyatakan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk memberi interim ke atas nafkah seorang anak sekiranya ia berpuas hati bahawa keadaan memerlukan ia berbuat demikian terhadap orang yang bertanggungjawab menurut Hukum Syarak (dalam kes ini adalah bapa).

Permohonan juga haruslah berpuas hati bahawa bapa tersebut adalah berkeupayaan untuk memberi nafkah yang dipohon.

Permohonan untuk mendapatkan perintah interim hendaklah dibuat dalam Borang MS50 dan disokong dengan afidavit yang menyatakan fakta yang menyokong permohonan puan. Untuk tujuan ini puan bolehlah men yatakan jumlah nafkah yang dituntut dan bukti-bukti yang menunjukkan perbelanjaan anak.

Perintah ini adalah berkuat kuasa serta-merta.

Perlu dimaklumkan bahawa walaupun puan tidak mempunyai pekerjaan ini bukanlah menjadi boleh dijadikan alasan bagi suami untuk mendapatkan hak penjagaan. Ini adalah kerana pemberian nafkah terhadap anak adalah terletak di atas bahu bapa. Walaupun ibu boleh dengan reda untuk membantu dalam memberi nafkah tetapi tanggungjawab bapa tidak pupus.

Seorang anak mempunyai hak ke atas nafkahnya. Adalah tidak adil sekiranya dia `dihukum` dengan ketiadaan nafkah hanya kerana masalah yang dihadapi oleh ibu bapa. Adalah lebih baik sekiranya bapa memberi nafkah tanpa perlu diperintah oleh mahkamah.

Sumber: Utusan Online (23/07/04)


Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.050126 saat. Lajunya....