Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-05-2025  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kita sering lupa apabila diuji dengan nikmat daripada diuji dengan bala.

-- Kitab Lama

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 2
Ahli: 0
Jumlah: 2




  Dari Galeri
para peserta sedang menyiapkan tugasan yang diberikan...

  Yang Masuk Ke Sini
notam79: 13 hari yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: perginya insan tersayang buat selamanya...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» perginya insan tersayang buat selamanya...

Please Mendaftar To Post


Oleh perginya insan tersayang buat selamanya...

nurraudhah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 28.06.2004
Ahli No: 3938
Posting: 23
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-07-04 14:14


w.b.t

hampir seminggu lagi menjelangnya 9 Jamadilakhir 1425H, genap 2 tahun pemergian ayahanda tercinta buat selama-lamanya...

ayahanda tercinta meghembuskan nafas yang terakhir pada 9.05 malam 17 Ogos 2002 bersamaan 9 Jamadilakhir 1423H, hampir 2 tahun yang lalu...

namun, kurasakan baru semalam dahi ayahanda kukucup buat kali yang terakhir.. rasanya baru semalam kuiringi jenazah ayahanda ke perkuburan... masa cukup pantas berlalu, tanpa sedar.. rupanya hampir 2 tahun ayahanda meninggalkan diri ini....

dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita pasti kan pulang..

mana-mana sahabat di sini yang ingin berkongsi pengalaman hilangnya insan tersayang, mgkin dapat dikongsi pengalaman dan kekuatan, kerana hanya yang mengalami dapat menyelami keperitannya...

raudhah akan smbung pengalaman raudhah ni di lain masa, insyaAllah..

wassalam



-----------------
Manusia jgn menyangka mereka mudah sahaja dibalas dgn syurga, selagi tidak diduga dengan berbagai musibah & kesusahan... Kesenangan di dunia belum boleh dijadikan bukti tanda Allah menyayangi mereka.. Begitu juga kesusahan di dunia bukan menjadi bukti tanda Allah membenci mereka..

[ Posting ini telah di edit oleh: nurraudhah pada 2004-07-21 14:16 ]


Bookmark and Share




  Member Information For nurraudhahProfil   Hantar PM kepada nurraudhah   Quote dan BalasQuote

nyemah
WARGA RASMI
Menyertai: 21.07.2004
Ahli No: 4038
Posting: 1

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-07-04 14:41




nak kongsi pengalaman sket
mak saya meninggal pertengahan bln 4 thn ni
pertama kali saya kematian org yg saya sayang
mmg pedih, sedih yg amat sgt
seperti kata org putih, the first cut is the deepest
lebih2 lg kematian tu mengejut
kali terakhir saya jumpa arwah mak masa balik weekend
sebelum blk tempt kije, saya cium tgn dan pipi mak cam biasa
sikit pon tak terlintas di hati itu kali terakhir saya jumpa mak
tp tu la, klu ajal dah tiba tadek sape boleh halang
masa tu saya pk saya dah tak boleh gembira smula
tp alhamdulillah, Allah tolong saya lupakan kesedihan sikit demi sikit, lagipun saya masih ada adik beradik dan ayah

dulu saya penah terpk, klu la mak/ayah saya meninggal
rasanya tadek makna dunia ni, tp sebenonye kan bila kita kene uji, kita baru tau kekuatan kita
percaya la, Allah x uji kita dgn ujian yg kita x mampu hadapi

apa-apa pun ingat, pergantungan kita pd Allah


Bookmark and Share




  Member Information For nyemahProfil   Hantar PM kepada nyemah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 2315
Posting: 170
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-07-04 17:41



sapa yg nk kehilangan..tapi hakikat kehilangan itu akan menyebabkan kita lagi mengasihi org tersebut.
pengalamana kehilangan umi dan abah sejak hampir 23 tahun yg lalu secara tak langsung mendekatkan kita kepadaNya yang Maha Esa...
Allah takkan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..
dan harus kita ingat bahawa..
MATI ITU PASTI...
wslm

-----------------
“kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”


Bookmark and Share




  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-07-04 21:35


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah nostalgia kembali menghuni benak umi mengenang perginya Allahyarhamah bonda umi yang dicintai sepenuh hati. Ia berlaku pada bulan september 1991. Sebenarnya umi yang bela bonda umi tapi umi telah bawa bonda ke Kuala Lumpur untuk berjumpa kakak yang bakal ke Russia (lawatan kerjanya). Kemudian bonda tidak mahu ikut pulang ke Johor kerana beliau tidak hendak susahkan umi sekeluarga (masa itu umi baru saja bermadu) dan umi pula akan bertolak ke Mesir bulan November tahun tu. Jadi bonda telah duduk dengan abang yang di Kuala Lumpur juga. Masih lagi umi ingat petang sabtu sedang umi belajar bahasa arab di atas mini market di simpang rengam, satu panggilan telefon dari Kuala Lumpur. Anak saudara umi menjerit dalam telefon memberitau ... ucu, ucu .. nenek dah meninggal. terasa gelap dunia ni. Umi terus bertolak ke KL malam tu juga. Allahyarham telah di bawa ke masjid Taman Sri Gombak untuk diuruskan dan bertuahnya bonda umi ini kerana yang menjadi imam solat jenazah ialah seorang pensyarah dari Maktab Perguruan Islam yang telah singgah untuk solat berjemaah dengan empat buah bas. Bayangkan berapa ramai yang mensolatkannya. umi tiba dah malam dan terus naikkan kereta jenazah untuk di bawa pulang ke Batu Pahat. Umi duduk bersama jenazah sambil mengaji Al Quran dua surah awal - Al Baqarah dan Ali Imran hadiah buat Allahyarhamah. Tiba di rumah kampung di Simpang Lima sebelum subuh. Esoknya ramai lagi yang datang ziarah dan solatkan lagi sebelum di semadikan di masjid Kg Parit Hj Abdul Salam di sebelah kubur Allahyarham abah (meninggal tahun 1982) berdekatan dengan masjid yang dikelilingi air danau yang indah. Oh Ibu ....ku merindui segala-galanya tentangmu yang membesarkan diri ini dari dalam rahim hinggalah dewasa. Jasamu tidak mampu kubalas. Ya Allah ampunilah segala dosa bonda dan ayahanda hambamu dan tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang soleh. Allahuma Ameen.

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - kasihilah ibu kelak kamu akan disayangi anak-anakmu InsyaAllah.


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 21-07-04 21:36




takziah buat ukhtie nurraudhah dan nyemah.. kematian sesuatu yg pasti... moga arwah ditempatkan dalam golongan org org yg soleh dan solehah... Al fatihah...


-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

farhana_balqis
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 3970
Posting: 26
Dari: samten,cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-04 00:52




pertame sekali farah nak ucapkan takziah pade sesiape yang kehilangan orang yang tersayang..farah pon ade kehilangan orang yang farah sayang..ayah farah tinggalkan kami semue buat selamenye pade 28 dis 2003.memang susah nak terime hakikat tu,sebab time tu ayah tengah bergurau-gurau dengan kami sambil die makan,tibe2 tengah bergurau-gurau,ayah tak sedar,ayah duduk kat hukm selame 3 hari,dalam wad icu dan tak sedar diri,tepar jam 3.50 minit pagi..ayah tinggalkan kami..Alhamdulillah kami semue ade di samping ayah di saat- saat terakhir.

al fatihah buat ayah tersayang..

-----------------
Teman sejati bukan yang selalu dekat di mata,dekat bicaranya,
tetapi dia yang setia di hati
dan di ingati
dalam setiap bisikan doanya


Bookmark and Share




  Member Information For farhana_balqisProfil   Hantar PM kepada farhana_balqis   Pergi ke farhana_balqis's Website   Quote dan BalasQuote

nurraudhah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 28.06.2004
Ahli No: 3938
Posting: 23
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-07-04 10:00




Rindu Ayahanda..

Ya Illahi,
tabahkan hati hambamu,
menerima segala ujian-Mu ini,
berat... tamparannya terlalu hebat,
aku hampir tersungkur,
aku lemah... aku tak punya kekuatan,
namun, aku yakin pada kasih dan sayang-Mu,
Kau...
takkan beri ujian pada hambamu yang tak mampu,
kau beri ujian ini, kerana aku mampu menghadapinya,
berilah aku kekuatan itu Ya-Rahman...

Ayahanda...
kenangan-kenangan lalu, terpahat kukuh dihati anakanda,
mana mungkin ayah.. anakanda melupakan segalanya,
kasih sayang ayah, senyum tawa, gelak tangis kita sekeluarga,
menemani hidup anakanda selama ini,
Ayahanda..
terkadang jauh disudut hati anakanda terkilan,
ayah tak sempat melihat kejayaan anakanda,
melihat anakanda menggenggam segulung ijazah,
anakanda tak sempat menghulurkan hadiah atas segala pengorbanan
ayahanda selama ini,
namun anakanda pasrah,
menerima kehendak yang Maha Esa,
Dia lebih menyayangi ayahanda..
pesan ayahanda.. masih terngiang-ngiang di telinga anakanda,
kata-kata semangat dan tiupan harapan ayah,
masih kedengaran.. berulang-ulang, berkali-kali ayah..,
terasa.. ayah terlalu dekat dengan anakanda,
tapi... anakanda tak mampu lagi,
memegang tangan ayahanda, menerima kucupan kasih ayah,
semuanya tak mampu anakanda miliki lagi,
anakanda perlu kuat, terima kenyataan pedih ini,
ayahanda.. telah pergi buat selamanya,
jauh meninggalkan dunia,
di alam yang cukup asing.. jauh di sana,
tapi ayah...
anakanda tau ayahanda tetap hampir,
kita terpisah oleh dua alam yang berbeza.

Rindu..
anakanda terlalu rindu ayahanda,
rindu pada kasih sayang ayahanda,
rindu pada segala kenangan lalu,
bagaimana harus anakanda lupakan,
kasih sayang ayah terlalu dalam,
buat setiap diri kami,
kasih sayang ayahandalah yang mengikat kuat diri kita,
setiap titisan darah yang mengalir dalam diri ini,
penuh dgn kasih ayahbonda.

Ya tuhan..
bantulah aku, berilah aku kekuatan,
aku tak boleh berterusan begini,
perjuangan ku masih jauh,
harapan dan impian ayahanda,
masih belum anakanda penuhi,
kekuatan dari-Mu Ya Allah,
amat aku dambakan...

Ayahanda...
kasih sayang anakanda tak mungkin akan padam,
jalinan dan tautan yang mampu anakanda sambungkan,
hanyalah kiriman doa dan bacaan ayat-ayat suci,
khas buat ayahanda di sana,
tanda kasih daripada anakandamu yang jauh..


nukilan rindu drpd anakandamu
26/08/2002 bersamaan 17 Jamadilakhir 1423H
( 9 hari selepas pemergian ayahanda )...

syukran jazilan ya anissa_tasnim, pastikan dihargai kasih sayang ayahbonda selagi mereka masih ada.. hargai masa2 bersama, kerana bila ia pergi tak mungkin kita rasai lagi saat2 manis bersama...

takziah juga buat nyemah, ismi_safiza, ummi dan farhana_balqis.. moga ujian-Nya ini lebih mendekatkan kita pada-Nya dan menyedari hakikat mati dan kembali pada-Nya..

bertuah sungguh bonda ummi ya, moga rohnya kan terus dicucuri rahmat Illahi dan tenangnya setenang air danau yang indah di pusaranya..

pusara ayahanda raudhah juga tak jauh dr masjid, bila pagi aidilfitri atau aidiladha, biasanya kami ziarah pusara ayahanda sebelum solat hari raya.. membaca ayat2 suci di pusara ayahanda sambil terdengar sayup2 takbir raya, sungguh2 buat hati tambah sayu,.. tiap minggu sudah menjadi kelaziman kami sekeluarga meziarahi pusara ayahanda.. terasa ayahanda dekat dgn kami..
moga rohnya tenang di sana.. insyaAllah..
wassalam

[ Posting ini telah di edit oleh: nurraudhah pada 2004-07-23 10:07 ]


Bookmark and Share




  Member Information For nurraudhahProfil   Hantar PM kepada nurraudhah   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-07-04 17:55


ana titipkan lirik nasyid ni....
al Fatihah...

PERMATA AYAH BONDA
Firdaus

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....




-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

nurraudhah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 28.06.2004
Ahli No: 3938
Posting: 23
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-07-04 09:10




shukran simple_shidah..

kita semua permata ayahbonda, segala pengorbanan mereka membesarkan kita, tak mungkin dapat kita balas.. hanya kasih sayang kita yang dapat mendamaikan hati ayahbonda..

buat yg telah pergi kasih sayang takkan terhenti di sini, titipan doa dan kiriman kasih ayat2 suci, bukti kasih kita buat ayahbonda yg telah pergi, moga rohnya terus diccuri rahmat Illahi, insyaAllah....







-----------------
Manusia jgn menyangka mereka mudah sahaja dibalas dgn syurga, selagi tidak diduga dengan berbagai musibah & kesusahan... Kesenangan di dunia belum boleh dijadikan bukti tanda Allah menyayangi mereka.. Begitu juga kesusahan di dunia bukan menjadi bukti tanda Allah membenci mereka..

[ Posting ini telah di edit oleh: nurraudhah pada 2004-07-27 09:11 ]


Bookmark and Share




  Member Information For nurraudhahProfil   Hantar PM kepada nurraudhah   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 544
Posting: 28
Dari: penang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-08-04 18:31


sedih membaca rintihan hati dari sahabat sekalian...takziah saya ucapkan...tabahkan hatimu melalui kehidupan ini...yang pergi tetap pergi...kita yang hidup ini haruslah teruskan kehidupan kit adi bumi yang fana ini...

MATI ITU PASTI......



-----------------
ku biarkan kalam berbicara..meluahkan hasrat di jiwa..agar terubat segala keresahan di jiwa..bibir tidak perlu berkata...bila hati sudah mula berbicara...&l


Bookmark and Share




  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.059965 saat. Lajunya....