Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Pengetahuan adalah harta yang patut dimuliakan, perilaku baik adalah busana baru, dan fikiran adalah cermin yang jernih
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




  Dari Galeri
Aksi memanah sahabat kita Fatimah Nisyampuri atau Tini...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: sesiapa nak kawin ....bacalah semua


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» sesiapa nak kawin ....bacalah semua

Please Mendaftar To Post


Oleh sesiapa nak kawin ....bacalah semua

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-07-04 09:14




Alhamdulillah, saudara sudah ada wang simpanan walaupun sikit. Insya Allah cuba kumpulkan wang dengan membuat kerja-kerja sambilan seperti meniaga dan sebagainya di samping berjimat cermat.

Jika anda merokok cuba hindarkan dari membeli rokok dan sebagainya yang boleh dianggap tidak penting.

Rezeki kita Allah telah tuliskan di Loh Mahfuz setelah kita dibentuk di dalam perut ibu lagi, begitu juga dengan manusia yang lain. Pengalaman seseorang dengan yang lain adalah berbeza.

Mengikut pengamatan saya sendiri, sewaktu saya hendak mendirikan rumahtangga (saya menganggur hampir setahun setengah setelah grad, saya hanya kerja restoran tanpa ada sebarang simpanan sedikit pun).

Sewaktu kecoh saya nak bertunang dgn wanita impian saya, kakak-kakak saya memberikan khidmat kaunseling agar saya berfikir terlebih dahulu kerana ketika itu saya masih tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Saya minta nasihat kat bapa saya, dia kata Allah memberikan kita REZEKINYA! Sebelum merdeka dulu dia berkahwin dengan ibu saya dia hanya mempunyai harta RM6 di dalam poketnya, dengan bermodalkan wang itu dia menyara ibu saya dan akhirnya kami sekeluarga........ dan alhamdulillah saya masih hidup untuk menceritakan perkara ini.

Motivasi dari bapa saya itu membuatkan saya terus sahaja mahu menghantar rombongan peminangan, kami pun pergi beramai-ramai untuk meminang wanita impian saya.

3 hari selepas itu, saya ke KL untuk bertemu senior sepengajian tapi kami saling kenal mengenali. Akhirnya saya ditawarkan kerja sementara dan 4 bulan selepas itu kami berkahwin, masa nak berkahwin berhutang jugaklah tapi semua dah langsai. 2 bulan lepas kahwin saya diberikan kerja tetap dan dalam jangkamasa yang sama isteri juga dapat bekerja sekali hingga kini.

Kami sepejabat dan serumah....

Sekarang saya berfikir nak kerja lain dan tambah sorang lagi... amacam? eheheh lawak je... anak? anak belum rezeki lagi! insya Allah...

Wassalam

"Mohd Fikri Che Hussain"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

apa barang wrote:
assalamualaikum

saya seorang pemuda berasal dari utara tanahair
saya sekarang bekerja dikawasan industri pulau pinang
pendapatan bulanan saya alhamdulillah kira untuk saya tu lepaslah
pendapatan saya sebulan bersih RM2000/=
tapi selepas ditolak kereta RM474.00
rumah RM425.00
makan RM300.00
mak/ayah RM150.00
bilapi/air/tel RM150.00
minyak motor/kereta RM100.00
---------------
JUMLAH RM1599.00
----------------
masalah yang saya hadapi ialah macamana saya nak kumpul duit untuk perbelanjaan kahwin saya tahun hadapan.
saya memang sudah mempunyai kekasih sekarang ni,kami berasal dari utara tanahair
orangnya masih belajar lagi sekarang ni di UPSI, insyaallah tahun depan habis bulan 03.2005 .saya mesti berkahwin dengannya sebelum dia praktikal sebab takut nanti kalau kahwin lepas tu nanti dihantar kesabah serawak pulak
saya sekarang ni cuma ada RM2000.00 saja dalam simpanan saya ,saya bukannya seorang yang boros tapi saya kena bayar duit rumah(rumah sendiri)kereta dan lain2 lagi,kelengkapan rumah sudah habis hampir RM8000(beli sedikit demi sedikit)
saya harap saudara2 semua dapat membantu saya macamana nak menyelesailkan masalah saya ini

TERIMA KASIH

shihab
penang
[email protected]


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

filsufi
WARGA RASMI
Menyertai: 15.06.2004
Ahli No: 3889
Posting: 9
Dari: Mana-mana la

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 20-07-04 08:55


....

Apa barang citer...sufi pon nak citer gakla...

sufi dah beker ja dgn pendapatan bersih RM1820 / bulan. sufi duk ngan parents...org kata bila duk ngan parents save sikit...sufi nak mendirikan rumahtangga dgn muslimin sufi...kami plan Insyaallah thn depan atau 2006.

Muslimin sufi masih lagi belaja...sufi tunggu dia sampai dia habis study.sufi sbg perempuan juga mengalami kesukaran tuk saving kawin...sufi dah keje...muslimin sufi still belaja...bayang kan la...muslimin sufi buat bisnes sikit2 kat kampus.

hidup solo dgn gaji byk tu pon akhir bulan tinggal RM10 aje...sufi ngan rumet (budak cina) sll pelik macam mana parents kami leh survive menyara 1 famili dgn gaji yg skit...

kdg2 kita xreti nak manage duit sendiri...x bersyukur...sbb tu kita sering rs kekurangan...betul kan...mulai hari ni sufi patut bersyukur dgn apa yg sufi ada...untuk walimah...Insyaallah moga ada pertolongan dariNya...

-----------------
~bulan sabit munculkan diri mengingatkan bumi agar menegur insan yang meremehkan


Bookmark and Share




  Member Information For filsufiProfil   Hantar PM kepada filsufi   Pergi ke filsufi's Website   Quote dan BalasQuote

aysha
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 24.04.2003
Ahli No: 456
Posting: 62
Dari: seremban,ng 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-07-04 09:11



hm...saye tak bercadang nak kawin skarang...maybe after grad or dah dpt kerja.bukan ape...saye pun masih blaja n si dia pun masih blaja.so kami rase kepentingan utk berkahwin tu tiada dlm tempoh terdekat ni.org kate kalu ade jodoh tak kemana kan...kalau ikut rase hati memang nak kawin sekarang tapi mak saye pun tak galakkan kawin sekarang tambahan lagi saye anak sulung kematian ayah.well...saye masih memegang nasihat cikgu saye dlm bab ni,katenye kalau kite plan nak kawin umur 30 thn...rancangan ke arah itu mesti ade dlm tempoh 10 thn seblm tu.so...saye pun dah 22...cadang nak kawin tu at least sebelum 30 tapi bukan dalam 25 tahun ke bawah.insya Allah...saye tak mahu yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran...so nasihat saye bg yg nak kawin muda ni rancanglah dari sekarang...perkahwinan tu satu tanggungjawab dan amanah dari Allah buat kita manusia untuk menyempurnakannya...jgn fikirkan keseronokannya saje... bcoz byk lagi yg bakal menanti di hadapan tanpa kita sedari... so, sediakan payung sebelum hujan...


-----------------
ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah


Bookmark and Share




  Member Information For ayshaProfil   Hantar PM kepada aysha   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-07-04 11:51


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah semoga perancangan anak-anak diredhai Allah SWT. Umi sekedar ingin melihat anak-anak bahagia dan tenang dalam melayari kehidupan yang singkat ini dan biarlah ia penuh bermakna dan tuaiannya di akhirat kelak. Yang penting jadilah anak solehah dulu barulah isteri solehah. Insyaallah barakah hidup. Semoga segala-galanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - "Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu." (al-Baqarah: 185)


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-07-04 01:13


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah anak-anak yakinlah bahawa rezeki itu dari Allah SWT dan tugas kita ialah menjadi insan yang soleh dan solehah dan bekerja ke arah mardhatillah (redha Allah). Macam mana nak mencapai semua itu? Bacalah terus...

Sabda Nabi maksudnya: “Kanak-kanak itu disembelihkan akikahnya pada hari ketujuh daripada kelahirannya dan diberi dengan nama yang baik-baik, dan dihindarkan dia daripada perkara yang memudaratkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pendidikan akhlak, apabila sampai umurnya sembilan tahun hendaklah diasingkan tempat tidurnya. Apabila dia meningkat ke umur 13 tahun hendaklah dipukul bilamana dia meninggalkan solat dan puasa, dan apabila sampai umurnya 16 tahun, eloklah bapanya mengahwinkannya.” – (Hadis riwayat ibnu Hibban; lihat buku karangan Abdullah Nasih ‘Ulwan bertajuk Tarbiyyatul Aulad jilid 1).

- Wanita sendiri harus mempelajari dan memahami hikmah atau kemuliaan di sebalik perkahwinan. Antara kelebihan itu ialah:

Menjauhkan diri daripada zina, maksiat dan fitnah. Sabda Rasulullah, maksudnya: “Apabila datang (melamar) kepadamu orang yang kamu sukai akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia. Kalau tidak engkau perbuat (demikian) akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” – (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Ada banyak kelebihan dan pahala menjadi seorang isteri. Sabda Nabi maksudnya : “Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu sukai.” – (Hadis riwayat Ahmad).

Jadi anak-anak berbincanglah dengan keluarga dan munajat pada Allah SWT insyaAllah percepatlah kawin (dirikan masjid) dan bagi wanita usahlah menganggap menjadi isteri kedua, ketiga atau ke empat sebagai perampas suami orang kerana suami itu adalah pinjaman buat kita dan kita sekedar hidup seketika berusaha ke arah membina baiti jannati sebaik baiknya. Zaman Rasulullah saw dulu kawin ramai (poligami) adalah biasa demi melindungi para janda dan anak yatim serta membantu wanita Islam. Tahap keimanan mereka mampu membuat mereka berlapang dada dalam hal poligami. Tolak tepi rasa cemburu, iri hati dan juga mencari kelemahan kerana semua itu adalah dari syaitan yang kalau boleh jangan ramai umat muhamad saw. fikir fikirkanlah ya wahai anak anak umi.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Our sins are our real enemy
Sincerity is our real undestructible weapon
There is a vacuum inside each of us
it cannot be filled except by other sincere Muslim brothers and sisters



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

raihanahdaniah
WARGA RASMI
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 4092
Posting: 14
Dari: kusza terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-08-04 17:53


asalamualaikum..salam ukhuwah fillah...

rasa nak gak join tajuk ni..sbb ada kaitan ngan hidup..
saya bermasalah skitlah kalau ummimq atau saper2 ada pandangan tolonglah bantu..

kalau ikutkan hati nak gak kahwin tapi semua lelaki yg hadir dalam hidup saya berakhir dgn perpisahan...yg pertama keluarga tak restu sangat2 terutama mak saya, naklumlah saya anak bongsu dari tiga beradik dan masih belajar, ayah dah lama meninggal dan saya tak kenalpun ayah

dalam adik beradik saya yg masih di ipt...jadi harapan keluargalah ni...yg kedua pulak kami beria2 merancang nak kahwin, muslimin ni bersungguh berhenti belajar pondok tahfiz tue semata2 nak kerja cari duit nak meminang saya..memang dia nank org kaya tapi dia jenis berdikari...

so time dia berterus terang dengan ayah dia, ayah dia tak setuju dan menentang keras, dan ayah dia siap warning kalau nak kahwini saya juga dia tak nak mengaku anak lagi..

sedih gak...tapi kami terpaksa berpisah dan redha jerlah, ayah diapun dah carikan calon yg sekufu untuk dia, saya selalu cakap kat dia bersabarlah ini ujian TUHAN semata2 saya harap pada dia supaya menjadi anak yg soleh lebih baik dari mendambakan seorang isteri yg solehah..

betulkah tindakan saya ni? sedangkan kami saling menyayangi dan cinta kami ada perancangan dan matlamat bukan sekadar nak suka2...sekarang saya dah tenang sikit dan redha melepasknnya demi kebahagiaan dia dan keluarga dia..

kini saya runsing dgn kekasih yg pertama hadir kembali menagih kasih...saya terpaksa berterus terng bahaw tiada lagi cinta dihati ni..saya tau walaupun kami menyayangi tapi keluarga kami benar2 seolah bermusuh sejak tau peristiwa kami bercinta dan fitnah yg bukan2 dari org yg dengki pada keluarga saya...

saya banyak berkorban untuk dia suatu waktu dulu, dia seolah2 tak hargai kadang2 tue..malah dia pernah minta putus dgn saya disaat saya amat menyayangi dia... tapi kami sambung semula, sewaktu mencintai dia suatu tempoh yg amat menyeksakan, saya selalu berdoa pada ALLAH kalu benar dia ditakdirkan baik utk saya moga tuhan satukan kami tanpa halangan kalu sebaliknya luputkanlah dia dari hati dan perasaan ini..

bertahun juga tempoh saya ambil untuk mencari ketenangan ini...kini dia kembali lagi dan saya tak boleh menerimanya lagi..saya dah tenang dgn hidup saya skrg...cuma satu jer saya nak juga mendirikan rumahtangga diusia 21 tahun ..bunyinya lucu tapi itulah hakikatnya tapi takder calon...maner nak cari yer??

semoga Tuhan memberikan jalaan yg terbaik buat saya...

wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For raihanahdaniahProfil   Hantar PM kepada raihanahdaniah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.062414 saat. Lajunya....