Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya tak tahu formula sebenar kejayaan, tetapi saya pasti dengan formula sebenar kegagalan iaitu cuba menyukakan hati semua orang

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
Bergambar beramai2 di Majlis Hari Lahir Kelab Oktober yg diadakan di Taman Tasik Perdana, KL pd 19 Okt 2003...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: Hanif Basree bebas


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Hanif Basree bebas

Please Mendaftar To Post


Oleh Hanif Basree bebas

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 14:33


KUALA LUMPUR 1 Julai - Jurutera, Hanif Basree Abdul Rahman dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan membunuh peragawati sambilan, Allahyarham Noritta Samsudin tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Datuk Abdull Hamid Embong memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti yang mencukupi bagi kes prima facie terhadap Hanif Basree.

``Hasil daripada kesimpulan saya berlandaskan fakta kes dan inferens (kesimpulan) munasabah setelah memberi penilaian maksimum kepada kes pendakwaan, mahkamah ini memutuskan bahawa kes prima facie terhadap tertuduh tidak terbukti.

``Oleh itu mahkamah ini memutuskan agar tertuduh tidak dipanggil untuk membela dirinya.

``Hanif Basree awak dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ini,'' katanya.

Sebaik sahaja keputusan itu diumumkan, Hanif Basree yang pada awalnya kelihatan pucat semasa memasuki kandang tertuduh terus tunduk sambil menangis.

Mahkamah yang penuh sesak dengan orang ramai terutama ahli keluarga Hanif Basree juga dilihat menangis kegembiraan dan bertepuk tangan.

Sepanjang keputusan lisan itu disampaikan oleh hakim tersebut kira-kira 40 minit mulai pukul 2.40 petang, Hanif Basree yang memakai baju kemeja lengan panjang warna ungu dan seluar hitam sambil berdiri sesekali menundukkan muka.

Hanif Basree, 36, didakwa membunuh eksekutif pembangunan perniagaan, Noritta, 22, antara pukul 1.30 pagi dan 4 pagi, 5 Disember tahun lalu di No. D-7-1 di Kondominium Puncak Prima Galleria, Jalan 17, Sri Hartamas, di sini.

Jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu dibicara mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dia diwakili oleh barisan peguam V. Sithambaram, Mohd. Haaziq Pillay, N. Rajivan dan Robert Devan manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Augustin, Roszianayati Ahmad dan Nahra Dollah.

Sebanyak 34 orang saksi telah dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan yang berjalan selama 29 hari mulai 6 Mei lalu.

Meskipun mahkamah dijadual bermula pada pukul 2.30 petang, orang ramai sudah mula menunggu di luar pintu mahkamah pada pukul 1 tengah hari.

Isteri tertuduh, Noraidah Mohamed yang sarat mengandung lapan bulan tiba kira-kira pukul 12 tengah hari bersama seorang saudara perempuannya sebelum disertai oleh ahli keluarga Hanif Basree yang lain termasuk ibu bapa dan adik perempuannya.

Mahkamah penuh sesak dengan wartawan dan orang ramai sehingga sebahagiannya terpaksa duduk di anak tangga.

Dalam keputusannya, Hakim Abdull Hamid menyatakan bahawa beliau memerlukan sedikit masa lagi untuk menyiapkan penghakiman tetapi oleh kerana kes itu menarik minat ramai, beliau telah menyediakan intisari penghakimannya.

Dalam membuat keputusan itu, katanya, mahkamah tidak akan memanggil seseorang semata-mata untuk mendengar versinya terhadap cerita yang telah dikemukakan oleh pendakwaan.

``Di sini undang-undang bukan menjadi beban bagi seseorang tertuduh mengemukakan naratifnya terhadap apa yang berlaku,'' katanya sambil menambah beban pembuktian adalah ke atas pendakwaan.

Dalam keputusannya, Hakim Abdull Hamid menyatakan bahawa pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan bahawa tertuduh dilihat bersama Noritta pada 1 pagi, 5 Disember tahun lalu.

Katanya, pendakwa turut bergantung kepada keterangan saintifik melalui analisis asid deosiribonukleik (DNA) yang menunjukkan tertuduh telah melakukan hubungan seks dengan Noritta sebelum kematiannya dan tertuduh adalah orang terakhir bersama Noritta, selain pembunuhan itu bermotifkan perasaan cemburu.

Sungguh pun begitu, hakim itu menolak keterangan dua pengawal keselamatan kondominium itu, Suzaki Supok dan K. Thanabalan dan menyifatkan bahawa dakwaan mereka melihat tertuduh bersama Noritta pada 1 pagi sebelum mayat arwah ditemui adalah meragukan.

Katanya, walaupun saksi-saksi itu boleh memastikan dengan tepat waktu dan pakaian tertuduh dan arwah pada pagi itu tetapi apabila disoal balas oleh peguam, baru terbongkar cerita sebenar.

Cerita sebenar itu, katanya, sebelum ditangkap pada 17 Disember tahun lalu, Suzaki dan Thanabalan tidak pernah menyatakan yang mereka telah melihat Noritta dan Hanif Basree pada pagi itu.

Hanya selepas ditangkap dan disoal bertubi-tubi dan gambar tertuduh ditunjukkan, menurut beliau, baru terlintas di fikiran pengawal keselamatan itu akan peristiwa pagi itu.

``Alangkah anehnya Thanabalan tidak dapat mengenali tertuduh dalam gambar yang ditunjukkan kepadanya meskipun menyatakan banyak kali melihat tertuduh pergi ke rumah Noritta,'' ujarnya.

Berhubung perincian DNA dan bedah siasat terhadap Noritta, hakim itu memutuskan bahawa terdapatnya DNA lelaki yang tidak dikenali pada beberapa barang yang diambil dari bilik Noritta membuktikan bahawa lelaki itu telah berada bersama Noritta sebelum kematiannya.

``Oleh kerana tiada pula bulu tertuduh diperolehi daripada cadar Noritta, ini pula boleh memberi rumusan yang lelaki (tidak dikenali) itu adalah orang terakhir berada di atas tilam Noritta,'' katanya.

Lelaki tidak dikenali itu juga, katanya, telah melakukan hubungan seks melalui faraj dan dubur arwah dalam masa 72 jam sebelum kematian berdasarkan kesan robekan di dubur Noritta mengesahkan hujah pendakwa bahawa lelaki itu dikenali oleh mangsa.

Mahkamah juga, katanya, tidak dapat menerima hujah pendakwaan bahawa tertuduh yang telah melemaskan Noritta dengan tuala muka berdasarkan dia adalah orang terakhir melakukan seks dengan Noritta.

Selain keterangan saksi bahawa tuala itu telah keluar sendiri daripada mulut Noritta, katanya, keterangan saintifik menyatakan bahawa jika tuala ini disumbat ke dalam mulut sehingga menyekat saluran pernafasan, dan setelah rigor mortis (kekejuran pada mayat) berlaku selepas kematian, tidak mungkin tuala ini akan terkeluar dengan senang.

Mengenai motif pembunuhan itu berlandaskan perasaan cemburu yang dikatakan oleh pendakwaan, katanya, motif itu tinggal satu teori yang langsung tidak dibuktikan.

Ini kerana, katanya, tertuduh dan Noritta telah menjalinkan hubungan yang intim malah pada pagi hari kejadian, mereka dilihat berkelakuan seperti pasangan kekasih.

Justeru, katanya, keterangan Lim Sin Kean Childs yang dipanggil sebagai saksi pendakwa menunjukkan bahawa dia hanya seorang kawan yang amat rapat dengan Noritta dan berhubung secara profesional.

``Bagi saya keterangan pendakwa sendiri menunjukkan bahawa persahabatan Kean dan Noritta tidak ada unsur seksual, perhubungan platonik walaupun telah cuba dikaitkan oleh pembelaan bahawa Kean pernah melakukan hubungan seks dengan Noritta,'' ujarnya.

Dengan itu, katanya, beliau tidak nampak timbulnya perasaan cemburu Hanif Basree terhadap Kean apatah lagi tiada keterangan menunjukkan tertuduh sendiri menyedari persahabatan Noritta dan Kean.

``Tanpa motif itu terbukti, persoalan penting kenapa tertuduh perlu membunuh dalam keadaan di mana perhubungan mereka masih mesra, intim malah menjadi satu tanda tanya yang tidak terjawab,'' tegasnya.

Mengenai lelaki misteri, katanya, bukan seorang sahaja lelaki misteri dalam kes itu tetapi dua orang.

Andaian itu, katanya, adalah berdasarkan kepada analisis DNA yang dikesan pada barang-barang di bilik Noritta dan juga lumuran kesan air mani pada faraj gadis itu.

Jelas beliau, bukti menunjukkan lelaki itu mahupun Hanif Basree telah melakukan hubungan seks dengan Noritta tetapi setakat itu sahaja.

``Ia tidak bererti rumusan boleh dibuat sama ada lelaki misteri ini atau tertuduh telah membunuh Noritta.

``Perlakuan seks ini sahaja walaupun telah banyak dihebohkan tidak langsung dalam keadaan yang telah ditunjukkan memudaratkan kedudukan tertuduh dari segi pertuduhan ini,'' katanya.

Lelaki misteri kedua pula, kata Hakim Abdull Hamid, ialah orang berkulit gelap, bangsa India dan badannya berbau busuk seperti yang dilihat berada dalam rumah itu oleh Nor Azora Abdul Hamid.

Menurutnya, jelas daripada keterangan rakan serumah Noritta itu, bahawa lelaki itu bukanlah tertuduh kerana Hanif Basree bukan asing kepada Nor Azora.

``Bagi saya, lelaki misteri kedua ini lebih genting kesannya dalam kes ini dan kehadirannya di tempat kejadian itu perlu ditinjau dengan serius oleh mahkamah ini.

``Kehadiran kedua-dua lelaki misteri di tempat kejadian jenayah ini seperti yang telah dibongkar oleh pendakwaan sendiri bagi saya telah mengaburi kes pendakwaan sendiri,'' katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa kekaburan kes pendakwaan terus menjadi gelap dengan adanya keterangan Nor Azora dan teman serumahnya, Kenneth Michael Yap Teik Huat yang menyatakan mereka menghidu bau busuk setibanya mereka di rumah pada hari kejadian.

Sedangkan, katanya, tertuduh yang dikenali oleh mereka berdua tidak mempunyai bau seperti itu.

Justeru, beliau menolak andaian pendakwa bahawa bau itu adalah datang daripada aktiviti seks dan langkah-langkah yang dilakukan oleh tertuduh sebelum membunuh Noritta.

Ia, katanya, adalah seperti beliau menolak cadangan yang tidak berasas oleh pembela yang kemungkinan pihak pendakwaan tidak melengkapkan siasatan dalam kes ini kerana ingin melindungi orang kenamaan.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa timbul keraguan apabila seorang suspek yang gambarannya tidak sama dengan tertuduh pada awal siasatan (berusia 30-an, tinggi 170 sentimeter dan rambut panjang berikat) tidak dijelaskan oleh pendakwaan mahupun pegawai penyiasat kes itu.

Sumber: Utusan Online

-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-04 16:07


mcm ade something di sebalik kes ni.... rasanye mmg wujud 'org kenamaan' yg menutup mulut polis agar tidak disiasat. wallahua'lam la kan////


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

LaTomatina
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 3666
Posting: 102
Dari: royal town of perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 16:36


a ah...ade jgk dgr citer2 membe...
ada org kenamaan yg terlibat....


Bookmark and Share




  Member Information For LaTomatinaProfil   Hantar PM kepada LaTomatina   Pergi ke LaTomatina's Website   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 3258
Posting: 80
Dari: Malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 16:49


erm... mungkin betul gal apa yang nuarii ckp...
tapi apa yg perlu dititikberatkan kat sini adalah, bebasnya hubungan antara lelaki dan pompuan sampai leh bawak bilik tido... org Islam plak tu...

hanya Allah yg mengetahui apa yg sebenarnya berlaku...


Bookmark and Share




  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

UmmiLuqman
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 28.05.2004
Ahli No: 3810
Posting: 54
Dari: Parit Buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 17:21


napa lidya_haryati tak percaya ke adanya hubungan sebebas itu pd hari ini...di malaysia pula tu..bukan di las vegas....

apa yg nak dibanggakan dgn kes ini???meskipun hanif basree terlepas dr tuduhan, tp, the most important ialah the way of his life n the late noritta..what a shame...

saya selalu terfikir (sampai termimpi2).pd masa sekarang bgmn lah nasib noritta ketika bertemu dgn Rabbul Izzati....kasihan pun ada...walaupun tak kenal dia, tp sbg wanita yg seagama dgnnya, yg tahu balasan utk dosa2 spt itu, terfikir betapa sungguh malang nasib mu...moga2 ada amal mu yg boleh membantu...

Ya Allah, jauhkan lah keluargaku dr melakukan kesilapan yg serupa..


Bookmark and Share




  Member Information For UmmiLuqmanProfil   Hantar PM kepada UmmiLuqman   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-04 18:00


Mimpi ngeri berlalu: Hanif


KUALA LUMPUR: Hanif Basree Abdul Rahman bersyukur kerana dia dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh teman wanitanya, Noritta Samsudin dan menganggap penahanan dan perbicaraan yang dilaluinya selama kira-kira enam bulan bagaikan mimpi ngeri.

Sebelum memberitahu demikian kepada pemberita, Hanif Basree kelihatan menangis teresak-esak sebaik Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, membuat keputusan jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam itu dibebaskan tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan membunuh itu.

Malah, saudara mara dan kenalannya yang memenuhi galeri awam bertepuk tangan sebaik hakim membuat keputusan berkenaan, pada jam 3.29 petang semalam.

Hanif Basree kemudian terus memeluk dan mencium isterinya, Noraidah Mohamed, yang hadir di mahkamah sejak hari pertama perbicaraan kes itu pada 6 Mei lalu, untuk memberikan semangat kepada suaminya walaupun beliau sarat mengandung. Beliau dijangka melahirkan anak ketiga, bulan depan.

Sebaik perbicaraan selesai, Hanif Basree melangkah keluar dari mahkamah sebagai seorang yang bebas dan dia tidak perlu lagi diiringi polis untuk ke lokap sebelum dihantar ke Penjara Sungai Buloh, seperti hari-hari sebelum ini.

Beliau juga tidak menghiraukan orang ramai dan wartawan serta jurugambar yang berkerumun di luar mahkamah, sebaliknya terus memasuki sebuah kereta Proton Perdana V6 sebelum meluru keluar dari pekarangan mahkamah.

Dalam kenyataannya kepada pemberita menerusi teks yang dibaca peguam V Sithambaram, Hanif Basree berkata, beliau bersyukur kerana dibebaskan daripada tuduhan membunuh Noritta dan menganggap keputusan mahkamah itu mengakhiri mimpi ngeri yang dialaminya selama enam bulan.

“Keputusan petang ini memastikan bahawa saya benar-benar tidak bersalah seperti mana yang saya beritahu kepada peguam dan keluarga saya sejak awal lagi.

“Saya berharap selepas ini saya boleh bersama keluarga saya yang begitu setia selama enam bulan, terutama isteri dan ibu bapa saya.

“Tempoh tahanan reman selama enam bulan itu juga lebih menguatkan keyakinan dan kesyukuran saya kepada Allah,” katanya.

Sebelum mahkamah mula bersidang pada jam 2.40 petang, keluarga dan kenalan Hanif Basree serta orang ramai memenuhi galeri awam sehingga ada yang terpaksa duduk di atas tangga.

Mereka bertepuk tangan sambil bersorak sebaik mengetahui mahkamah memutuskan Hanif Basree tidak bersalah atas tuduhan itu.

Sithambaram pula memberitahu pemberita, perbicaraan itu dikendalikan dengan adil walaupun beliau agak kesal dengan tindakan Timbalan Pendakwa Raya Stanley Augustin yang membuat dakwaan tidak berasas dalam hujahnya seperti menuduhnya tidak beretika.

Katanya, beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam yang mencari keadilan untuk anak guamnya.

“Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini (semalam) yang membuktikan Hanif Basree benar-benar tidak bersalah,” katanya.

Bapa Hanif Basree, Abdul Rahman Basir, berkata beliau dan keluarga lega dengan keputusan mahkamah itu.

“Memang dari awal lagi kami yakin Hanif Basree tidak bersalah. Keputusan itu memang satu penghakiman yang baik,” katanya.

Beliau juga memberitahu, beberapa ahli keluarganya dari Australia dan Amerika Syarikat turut hadir untuk mengikuti prosiding semalam serta memberikan sokongan kepada Hanif Basree.

“Hanif Basree kini boleh memulakan semula kehidupannya seperti sebelum ini. Dia akan bercuti sebelum memulakan pekerjaannya kembali,” katanya.

Ibu Hanif Basree, Che Norkiah Che Mahari pula berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar anaknya dibebaskan daripada tuduhan membunuh itu. (Berita Harian)


Harap-harap Hanif lepas ni tak akan mengulangi dosa2 dia tu... Tu tandanya Allah bg peluang utk dia bertaubat..
Tentang Noritta tu, wallahua'lam la.. kesian ngan dia tak sempat bertaubat (kalau betul2 dia mati tak sempat nak bertaubat).. Hanya Allah yg tahu dan berhak menghukum nya. Kita ni sape sangatla nak meninjau alam barzakh sana tu.


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

nurhakim_yas
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.07.2003
Ahli No: 2081
Posting: 43
Dari: Shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 19:05


Tak apa ..sesiapa yg bunuh tu akan terlepas didunia sahaja diakhirat...kaki tangan, semuanya menjadi saksi..itulah pengadilan mahkamah Allah..yang maha adil.


Bookmark and Share




  Member Information For nurhakim_yasProfil   Hantar PM kepada nurhakim_yas   Pergi ke nurhakim_yas's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 3733
Posting: 58
Dari: heilbronn

germany   avatar


posticon Posting pada: 03-07-04 02:05




mudah-mudahan taubat nasuha sdra kita ni, Allah masih sayangkan dia & gives him seconcd chance.. & doa2 gak moga family & org2 yg kita sayang dijauhkan drp bencana cam nih.. na'uzubillah..


Bookmark and Share




  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

fiafarha83
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 28.05.2004
Ahli No: 3814
Posting: 40
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-07-04 15:45



semoga kita tergolong dlm org yg beriman...
Hanya Allah yg tahu kisah yg sebenarnye....


Bookmark and Share




  Member Information For fiafarha83Profil   Hantar PM kepada fiafarha83   Quote dan BalasQuote

BAIKsss
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 3330
Posting: 113
Dari: Perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 04-07-04 01:37


assalamualaikum...semoga apa yg berlaku membuka mata masyarakat Malaysia mengenai kejadian yg tidak diingini ini. dan diharapkan kita semua ambil iktibar . hanya Allah yg benar-benar mengetahui apa yg berlaku..wallahualam


Bookmark and Share




  Member Information For BAIKsssProfil   Hantar PM kepada BAIKsss   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-07-04 20:41


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah apapun keputusan mahkamah maka itu adalah mahkamah dunia. Mahkamah akhirat tetap akan menyusul. cuma di sini umi harap agar anak-anak fikirkan betapa keaiban yang disebar luas di media masa dan letronik dan mereka-mereka yang terlibat sepatutnya mengelak dari diinterview dan bercakap dengan press. malu... ya Allah malunya....mereka tak malu ke??????

Wallahuta'ala a'lam bissawab
wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - malu itu separuh dari iman (mafhum hadis)


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 05-07-04 01:08


TEMPOH tujuh bulan ‘menginap’ di Penjara Sungai Buloh sambil berdepan tuduhan membunuh teman wanitanya, Noritta Samsudin, 22, cukup memberi pengajaran kepada jurutera, Hanif Basree Abdul Rahman, 37, erti kehidupan sosial yang melampau dan kecurangan terhadap isterinya.

Malah, tempoh itu juga menginsafkan Hanif Basree mengenai kebesaran Allah apabila doanya yang berterusan sepanjang masa, akhirnya dimakbulkan. Dia akhirnya dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan yang boleh menyebabkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan.

“Demi Allah! saya tidak bunuh dia (Noritta). Saya tidak mahu menjangka atau meramalkan apa keputusan hakim (sebelum ia diumumkan) tetapi saya yakin pada kebenaran. Saya hanya mampu berserah kepada Allah dan tidak berhenti berdoa kepadanya. Alhamdulillah! keputusan memihak kepada saya,” katanya yang berasakan bagaikan dilahirkan semula selepas pembebasan itu.

Kini, dia amat menghargai kebebasan yang diperolehnya dan mahu mengisi semua masa yang ada itu untuk mengutip kembali sisa-sisa kebahagiaan bersama isteri, anak dan keluarganya yang setia menyokongnya sepanjang dugaan itu, walaupun kecurangannya selama ini amat mengecewakan mereka.

“Saya langsung tidak rasa bangga, sebaliknya merasakan diri ini kecil sekali dengan apa yang telah berlaku. Mungkin ini adalah petunjuk daripada Allah sebagai ujian dan dugaan supaya saya sedar dan insaf.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan isteri yang baik dan memahami keadaan ketika saya melakukan kesilapan, sedia menerima dan memberi peluang. Saya hanya mampu merayu kepadanya agar memberi peluang kedua, juga yang terakhir.

“Pada saya, tidak ada peluang ketiga untuk membuktikan bahawa saya mahu perubahan pada hidup dan diri ini. Kini, saya hanya mahu menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak,” katanya dalam pertemuan di rumah keluarganya, Kondominium Kemuncak, Shah Alam, kelmarin.

Kata-katanya yang penuh keinsafan itu meruntun sebak isterinya, Noraida Mohamed, yang berada di sisi ketika pertemuan itu, kerana wanita itu membuktikan kesetiaan tidak berbelah bagi sebagai seorang isteri sejak suaminya ditahan pada 8 Disember tahun lalu.

Hanif Basree berkata, dia tidak menyangka akan ditangkap dan kemudian menghadapi tuduhan membunuh kerana pemergiannya ke Balai Polis Brickfields kira-kira jam 4 petang pada 8 Disember tahun lalu adalah bertujuan membersih namanya selepas membaca laporan media yang mengaitkannya dengan kes itu.

“Apabila ditahan selepas hadir ke situ, saya berasa sedih dan keliru. Saya sedih kerana terpaksa berpisah dengan isteri dan dua anak saya kerana menyangka akan pulang selepas hadir membuat laporan polis.

“Selepas bekerjasama sepanjang tempoh siasatan ketika dalam reman, lebih mengejutkan saya apabila diberitahu akan dituduh membunuh berdasarkan bukti yang polis ada. Saya tidak mampu berkata apa-apa, sepanjang malam saya tidak dapat tidur kerana sedih memikirkan apa yang berlaku,” katanya.

Katanya, beliau merasakan kehidupan dalam Penjara Sungai Buloh bagaikan yo-yo kerana perasaan turun naik yang tidak menentu mengenangkan pertuduhan yang dialami di samping menghitung hari perbicaraan dan tarikh hukuman.

“Ada masanya, bila rasa gembira nak main macam-macam sebaik pintu sel dibuka setiap hari, ada masanya rasa sedih dan duduk termenung sendirian. Semua tahanan sudah memahami keadaan itu, beberapa teman dalam penjara yang lebih ‘senior’ memberi keyakinan untuk saya melalui situasi itu.

“Sebaik pintu sel dibuka selepas sarapan, kami dibenarkan keluar bersukan bagi mengisi waktu pagi. Daripada hanya tahu main bola tampar sebelum ini, saya belajar main takraw dalam penjara. Kami juga main ping pong dan catur di samping menonton televisyen.

“Sel saya seluas kira-kira 8 X 10 kaki. Di situlah juga tandas, tempat mandi, dapur, tempat tidur, tempat makan dan segala-galanya. Saya tampal gambar keluarga pada dinding sel, walaupun pada mulanya tidak dibenarkan tetapi saya merayu kebenaran berbuat demikian.

“Saya banyak mengisi masa dengan membaca al-Quran dan berdoa setiap hari. Ia membantu menguatkan keyakinan diri saya. Semua rakan yang tidak dikenali dalam penjara turut memberi sokongan dan semangat, keyakinan mereka saya boleh bebas,” katanya.

Hanif berkata, dalam penjara yang didiaminya, ramai tahanan yang berkebolehan memberi nasihat bagaikan ‘peguam’ dan masing-masing mempunyai pandangan dan hujah tersendiri mengenai kes yang berlangsung.

Katanya, sepanjang masa dia sebenarnya berasa takut kerana selama ini tidak pernah berdepan dengan perbicaraan di mahkamah tetapi menaruh keyakinan kepada peguamnya, V Sithamparam, untuk berdepan dengan keterangan saksi, di samping berserah dan berdoa kepada Allah.

“Malah, menjelang keputusan diumumkan, saya tidak mampu meluahkan apa-apa perasaan kerana saya amat gementar menunggu keputusan hakim, ketika itu segala-galanya bukan dalam kawalan kita, bukan seperti ketika permainan sukan. Saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa, sepanjang masa,” katanya

[ Posting ini telah di edit oleh: nuarii pada 2004-07-05 01:11 ]


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 05-07-04 01:10


Quote:
mereka-mereka yang terlibat sepatutnya mengelak dari diinterview dan bercakap dengan press. malu... ya Allah malunya....mereka tak malu ke??????




sbb dah biasa buat perkara yg tak malu .. allah tarik rasa malu yg sepatutnya ada dlm diri mereka. sebenarnya mereka dah buka aib mereka sendiri.........


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

UmmiLuqman
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 28.05.2004
Ahli No: 3810
Posting: 54
Dari: Parit Buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-07-04 12:27


Ulasan saya ni bukanlah nak menyebelahi sesiapa...tapi dalam soal 'tak malukah mereka menghadapi kes in'..saya ingin bg pendapat...kalau nak diikutkan tentu mereka pun tak nak menjawab soalan2 sesiapa pun, apatah lagi nak mendedahkan keaiban sendiri..tapi masalah org sekeliling...kalau tak dijawab, nanti mereka kata 'kenapa nak selindung2 lagi..semuanya dah terbuka..' kalau jawab pulak org lain pulak kata ' tak malu ke dedahkan apa yg x sepatutnya?'...kita tidak berada di tempat mereka, tak tahu apa dlm benak hati mereka..

kita patutnya menghadapi hal ini dgn mengisafi diri sendiri dan berdoa semoga diri dan keluarga kita tidak berhadapan dgn situasi demikian..cuba kita renungkan, meskipun kita rasa kita tidak melakukan perkara2 itu,adakah bermakna kita menjadi perhatian Allah, dan amalan kita diterima semuanya?sebenarnya walaupun dosa hanif basree dikira besar, tapi dia menjadi 'perhatian' Allah...sehingga diberi peluang untuk membetulkan kehidupan..(Insya Allah jika peristiwa ini benar2 memberi hidayat kepadanya)..

lagipun, kita pun mungkin akan mempunyai anak2 gadis..yg kita tak tahu nasib mereka di masa hadapan...jadi, kesimpulannya, jgn lah kita menghukum mereka dgn pertanyaan seperti itu kerana semuanya ketentuan Allah dan tenturnya ada hikmah di sebalik semua ini..mungkin selepas ini kerajaan Malaysia lebih 'keras' untuk menegakkan undang-undang Islam.? Wallahualam bissawab...


Bookmark and Share




  Member Information For UmmiLuqmanProfil   Hantar PM kepada UmmiLuqman   Quote dan BalasQuote

nailah_miz
WARGA RASMI
Menyertai: 15.04.2004
Ahli No: 3594
Posting: 14
Dari: Universiti Utara Malaysia

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-07-04 13:07




Ahh... pelik dengan dunia ari ni... Cam da terbailik pun ada... Ati ni da rasa takut... Betul ke aku duduk kat dunia ni? ke kat planet lain... pelik benar dengan orang2 kat sekeliling ni... dunia dah berubah atau duni ni da bakal nak sampai ke penghujungnye? Aku kesal... macam pekara tu bukan satu kesalahan... malah ada pulak ucapan taniah...? kan pelik tu... aku makin pelik... kat dunia mana aku sekarang... aku bermimpi atau realiti dunia ari ni... aku nak lari... tapi ke mana? hati ni da meronta2... marah sangat... geram sangat2... bencinya sangat2... pelik!!!! pelik sangat... ni ke dia manusia? atau ada makhluk lain yang bertopengkan manusia? arrrgghhh!!!! aku betul2 geram... tapi pada siapa aku patut lepaskan rasa geram... marah.. benci aku ni???

-----------------
Beramal kerana Allah :)


Bookmark and Share




  Member Information For nailah_mizProfil   Hantar PM kepada nailah_miz   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 06-07-04 14:23


Saya kesian dgn parents Noritta sampai bapa dia cakap " itu hakmasyarakat nak mengata" - anak dia dah jadi buah mulut seluruh malaysia. Dia pun kata silap tak tgk kawan2 anak dia dia. Lgpun jauh dr kampung. Tak apalah. Tak tau mcm mana dia di sana. Kita ni pun tak tau camne nanti. Itulah yg dikatakan berhati2 dlm hidup ni.

Hanif pun katanya nak insaf. Semoga dia benar2 insaf. Isteri pun dah bagi peluang utk membetulkan kesilapan. Kita perlu ucap tahniah kerana sekurang2nya Hanif ada peluang utk bertaubat. Sekurang2nya dia beringat setelah leka selama ni. Kadang2 org yg bangun dari kejatuhan tu lebih bagus dr yg tak pernah jatuh...

Cuma member serumah Noritta tu harap2 nya bertaubat gak la. Takkan still nak dok serumah dgn pakwe yg bukan sebangsa dan seagama tu lagi??


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.064849 saat. Lajunya....