Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-07-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sedekah adalah ubat mujarab, dan amal perbuatan manusia dalam kehidupan ini akan berada di hadapan matanya di waktu ajaln
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 14
Ahli: 0
Jumlah: 14




  Dari Galeri
assalamualaikum waramatullah...salam ukhwah dan salam sayang buat semua muslimah di komuniti ini.

  Yang Masuk Ke Sini
cida1019: 74 hari yang lalu


Forward Dari E-mel
Topik: Molekul Zam-Zam


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Forward Dari E-mel
    »» Molekul Zam-Zam

Please Mendaftar To Post


Oleh Molekul Zam-Zam

ismi_safiza
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 2315
Posting: 170
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-06-04 11:18




Penemuan ini sungguh menakjubkan dan patut dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah: Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya : Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan.

Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi" Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam." Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air.

Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca.
Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya". Wassalam.

Sumber: Email attachment

molikiul_air_zam_zam.jpg



-----------------
“kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”


Bookmark and Share




  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.047961 saat. Lajunya....