Oleh |
AKAUN BERSAMA...dengan bakal suami..boleh x? |
filsufi
WARGA RASMI Menyertai: 15.06.2004 Ahli No: 3889
Posting: 9
Dari: Mana-mana la
|
Posting pada: 18-06-04 16:36
Assalamualikum...
saya hanya nak kan pendapat ttg permasalahan ni.Boleh tak kita buka akaun bersama dgn muslimin kita...? supaya nnt senang tuk majlis tung n kawin..?
nak kawin skang susah, mak ayah kenakan hantaran tinggi, yang muslimin kita pulak, baru je grad..fresh employee lagi. berapa sgt la yg dia boleh save...
Jadi nk tanya org yg dah berpengalaman expecially...relevan or not? ----------------- ~bulan sabit munculkan diri mengingatkan bumi agar menegur insan yang meremehkan
|
nurkamar
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 25.04.2003 Ahli No: 479
Posting: 92
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 19-06-04 00:37
saya sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman saya sewaktu praktikal dulu mulanya.. lihat aspek positif & negatif... buka akaun bersama. tujuan kita baik, untuk permudahkan urusan. tapi kene buat perjanjian bersama(sebaiknya bertulis) untuk mengelakkan sebarang maslah kemudian. contohnya, kalau putus tunang.. berapa banyak masuk setiap bulan (fixkan), siapa yang berhak keluarkan, siapa pegang buku @ kad.. dll.
banyak kes berlaku, ada yang selepas putus, dah tak boleh dapat kembali duit yg dah terkumpul. ada juga kes, duit hilang (salahs eorang salah guna) dll. seingat saya, nasihat seorang pakar kaunselor, akaun biarlah berasingan...dah kahwin pun kene sebaiknya asing, inikan sbl apa apa. memang tujuan asal baik, tapi sekadar beringat sebelum kena. tahniah kerana sanggup berkongsi susah senang bersama sebelum berkahwin. mmg sekarang ni kadar mahar ada yang tak termampu untuk kebanyakan kita...lelebih yg tak kerja tetap lagi. ----------------- -cheras-
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 19-06-04 12:34
Pada pandangan ana, tak perlulah buat akaun bersama. Kalau buka akaun sendiri pun masih boleh menyimpan. Selagi belum akad nikah, kita tak ada kepastian bahawa tunangan itu akan menjadi suami kita. Macam2 boleh terjadi. Lebih2 lagi zaman sekarang di mana orang bertunang dalam tempoh yang lama tanpa bersedia untuk berkahwin dan lebih ibarat tunang cop. wassalam
-----------------
|
darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor
|
Posting pada: 29-06-04 17:54
ana pun setuju dengan cadangan Hanan tu.. lebih baik di waktu tunang kita simpan sendiri2.. hasil akhirnya tetap sama je.. asalkan masing2 berdisplin utk menyimpan. Kalau dah kawin tu.. itu terpulang pada budi bicara pasangan tersebut. macam ana sendiri.. memang tiada buka akaun bersama cuma masing2 memastikan ada membuat simpanan setiap bulan lebih2 lagi bila skrg ni merancang utk membesarkan keluarga.. oppss.. heheh wassalam  ----------------- senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..
|
sharifah
WARGA RASMI Menyertai: 29.06.2004 Ahli No: 3944
Posting: 9
Dari: pahang
|
Posting pada: 30-06-04 16:44
saya pun rasa cam tu gak...takyah lagi bukak akaun bersama sbbnya bukan apa...takut terjadi benda2 yang tak terduga...lagi satu kalau ada emergency terpaksa guna signature dua org skali...mmg nak senangkan urusan tapi akhirnya menjadi rumit...
Bagi saya sebaiknya biarlah berasingan.itu lagi senang dan selamat...macam saya,duit nak kawin tak simpan satu akaun.sebaliknya akaun peribadi...itu lebih baik dan selamat..lagipun kita still boleh simpan duit.brapa kita nak simpan terpulang pada kita,kan?
|
UmmiLuqman
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 28.05.2004 Ahli No: 3810
Posting: 54
Dari: Parit Buntar
|
Posting pada: 02-07-04 17:31
pd saya pulak..ehem....saya think positive..ya mmg betul ada bbrp kes bila putus tunang, dgn duit2nya pun kena kebas...
sbnrnya apa jua yg terjd selalunya berpunca dr pemikiran kita yg bila dilafazkan bbrp kali menjd doa...sbb tu bila kita asyik fikir negatif (walaupun utk keselamatan)...kita akan tersebut..'eh nanti jd mcm ni, susah.."..cuba kita fikirkan sebaliknya...'bila simpan sama2,Insya Allah lebih meyakinkan utk menyimpan sbb kita 'tak terlalu' bebas guna duit kita..' ataupun fikir dan sebut 'InsyaAllah selamat,sbb calon suami pun kita & keluarga kita dah kenal amat, InsyaAllah takkan jd mcm tu"...
so...terpulanglah pd cara pemikiran adik, tak salah kalau kita dare to be different kan?lagipun ni soal berkongsi akaun sahaja bukan kongsi rumah ke bilik ke sblm nikah (ops..yg tu WAJIB think negative...)
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 27-12-08 15:47
saya kembali menjawab balik topik yang dah lama ditinggalkan ni.... **hari tu jawab waktu tengah single mingle... lani jawab selepas beberapa tahun bergelar isteri saya masih berpegang pada kenyataan yang sama... sebaiknya jangan buka akaun 'bersama' ni.... dengan kes kawan kawan yang dah pincang rumah tangga, suami penipu(dah kawin baru tahu), isteri gila duit(dah kawin baru tau isteri nak dia sebab harta) dll...... jika ye nak juga duit khas yang terasing untuk masa depan(perkahwinan), bukalah satu akaun simpanan tetap. kira situ masuk duit simpanan sahaja. TAPI masih atas nama kita sendiri. **saya masih tak faham Kenapa orang takut dengan hantaran tinggi. sedang yang letak itu kan mak ayah sendiri. selama ni tak ada ke yang pernah bincang awal awal dengan maka ayah berapa hantaran & dll yang wajib letak(walaupun diri tu masih katanya tiada mak/pakwe pujaan hati)?jika dah bincang awal, patut kes2 pening dengan hantaran ni tak wujud sebab KITA SENDIRI dah awal awal bersiap sedia segala perkara(bukan guna mak ayah punya duit,bukan habis duit time bercinta, time merisik, time tunang dan sebagainya)
|