Oleh |
cara terbaik nak kenal hati budi... |
sabrinaz
WARGA RASMI Menyertai: 13.05.2004 Ahli No: 3728
Posting: 2
Dari: Johor
|
Posting pada: 28-05-04 13:38
dipendekkan cerita,sy dalam proses nak kenal hati budi seseorg yg boleh dikategorikan 'special'.sy nak minta pendapat kengkawan kat sini apa cara tebaik utk sy tahu hati budi dia.maksudnya cara yg dibenarkn dalam Islam..cthnya..sms ker, telefon ker..kalau tak tahu langsung nanti kalau dah kawin susah jugak...lelaki baik sekarang ni susah nak carik..
|
nuarii
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 05.04.2004 Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh
|
Posting pada: 28-05-04 16:38
cuba kenal antara teman/kawan dia yg rapat ngan dia.. dr situ mesti tau sape dia sebenarnya.
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 28-05-04 23:09
Betul kata kak nuarii.. cubalah risik2 dr orang yang rapat dengannya.. Makan masa nak mengenali seseorang. Manusia boleh beraksi 1001 wajah depan kita..
Namun yang penting, banyakkan berdoa.. Moga dia lelaki yang baik dan sesuai untuk anti..
wassalam -----------------
|
acuzie
WARGA RASMI Menyertai: 20.05.2004 Ahli No: 3763
Posting: 15
Dari: Sungai Besar
|
Posting pada: 30-05-04 16:04
Lelaki ni mmg sukar untuk diramal.
Macam langsung tak amik kisah tapi sbnrnya dialah manusia yg paling caring.Itu hanya satu contoh,banyak lagi yg kita tak tau.
Soooooo....... jangan terlalu risau kerana tak begitu mengenalinya sblm kawin,yg penting banyakkan doa pada Allah semoga dia yg terbaik untuk kita.
'Sesungguhnya lelaki yg baik untuk perempuan yg baik'
|
wardati80
WARGA RASMI Menyertai: 02.03.2004 Ahli No: 3351
Posting: 8
Dari: Kerteh
|
Posting pada: 09-06-04 18:14
mmg benar..bukan senang nak kenal hati budi lelaki...ramai sejarang ni llk yang hipokrit. nampak baik, alim, dll tapi mereka adalah di sebaliknya. kalu btol2 dah suka dan dia cakap suka kat kita terus je minta mereka jumpa ibubapa kita. buat apa hubungan terlarang,..membebankan hati dan perasaan, jer..
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 10-06-04 07:00
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah jadikanlah Al Quran dan Sunnah sebagai panduan dalam hidup ini ya anak-anak. Semoga segala taaruf bukan dalam keadaan berdua kerana yang ketiga adalah syaitan. syaitan musuh nombor satu orang Islam. Jadi sekiranya ingin taaruf kenalilah keluarganya yang perempuan atau ada orang tengah yang dipercayai yang boleh memberikan fakta yang betul. Tak semua orang perfect jadi kita kenalah seimbang dalam membuat penilaian kerana kita pun tak perfect jugakan. Kalau perlu taaruf jumpa dengan ada family atau orang ketiga bersama menemani. Lagipun biarlah susah sikit nak jumpa jadi bila sudah menikah barulah ada ummmppphhhh  . maaf ya anakanda kalau umi terover sikit di sini  .
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps"...dan apa sahaja yang dibawa oleh Rasul, hendaklah kamu semua ambil dan apa sahaja yang dilarang oleh Rasul, hendaklah kamu semua tinggalkan ..(mafhum QS Al-Hasyr:7)
|
Hajar
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 06.05.2003 Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura
|
Posting pada: 14-06-04 22:11
|
nurkamar
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 25.04.2003 Ahli No: 479
Posting: 92
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 29-06-04 23:15
macam mana pula.. kalau mmg dia ni orang semua kata baik..... tak ada yang cacat cela pun.. tapi dengan orang yang dia 'ikat' dia tunjuk belang sebenar. ie: yang tak sesuai sebagai muslimin.
nak di adu pada keluarga, atau kawan, pun semua takkan percaya dia seperti 'itu'.
apa perlu buat? minta pandangan... demi menjaga kehormatan si muslimat. ----------------- -cheras-
|