Oleh |
bertindik?!! |
nadia-raihana
WARGA RASMI Menyertai: 13.05.2004 Ahli No: 3727
Posting: 7
Dari: subang jaya
|
Posting pada: 27-05-04 16:31
Adik sebenarnya musykillah akak2..Adik nak tanya..sekarangkan ramai yang dah bertindik lebih dari satu kat telinga,kat hidung lah,kat mana2 pun ada..Apa hukumnya tue akak? Boleh ke tindik lebih dar satu macam orang biasa buat?
Adik harap adalah siapa2 yang bagi jawapan kat adik yang musykil nih.
wasalam..
|
LaTomatina
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 27.04.2004 Ahli No: 3666
Posting: 102
Dari: royal town of perak
|
Posting pada: 27-05-04 16:39
hmmm....x tau sgt la plak psl bertindik nih...tp yg saya tau..bertindik ni tiru firaun..ade terbaca dulu..zaman firaun org bertindik...so watpe la nak tiru bende yg firaun buat....
dok tindik sana..tindik sini...mcm menzalimi diri sendiri lak..
just my opinion ya ukhti2 sekalian....
yg salah tlg lah betul kan yer..
|
nawwal
{ SRIKANDI } Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 7
Posting: 121
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 27-05-04 18:54
 warahmatullahi wabarakatuh..
Adik nadia-raihana, Akak cuba jawab ye..
but before that, this answer I got from my mum (akak refer mak punye  )..
sepanjang yang akak tahu la..bertindik ni memang takde dalam Islam.Tapi tak mengatakan jugak bahawa bertindik ni HARAM.Mak akak cakap..bertindik ni actually sekadar perhiasan bagi wanita/perempuan/kaum hawa..iyelah, orang pompuan kan suka berhias, cantik-cantik.. Bab bertindik lebih dari satu nih..(as we saw)..ada yang bertindik kat hidung la(cam heroin Hindustan jer), kat lidah la..kat pusat la..actually ini semua ada berkait dengan perubatan.Akak pernah tengok sebuah rancangan kat TV pasal bertindik ni. Ada seorang doktor tu cakap(lupa dah apa nama dia..sorry), bertindik pada tempat yang tak sepatutnya memang membahayakan diri sendiri. bertindik ni biarlah pada tempat yang tidak bertulang (such as kat cuping telinga) sebab lama-kelamaan tempat yang bertindik tu akan mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan(betul tak ayat nih?  ) Dan lagi satu, tak ke menyusahkan kalau bertindik kat lidah tu?Tak ke susah nak makan?kalau dibuatnya tertelan skali ngan bende yang ditindik tu...camane?  MEMBAHAYAKAN KESIHATAN jer.. Herm..itulah sepanjang-panjang penerangan yang akak boleh berikan..bab-bab perubatan tu, akak taktau sangat sebab akak bukan budak MEDIC Kalau ada salah ke silap ke dalam penerangan tu, sila-silalah tegur atau tambah apa yang patut.. Sekian..
Wassalam ----------------- Andai bertemu..sapalah aku Andai tersilap..bimbinglah aku Andai berduka..khabarkan padaku Andai berpisah..kenangilah aku Andai Khaliq menjemput..ziarahilah jasadku.. [ Posting ini telah di edit oleh: nawwal pada 2004-05-27 18:57 ]
|
nuarii
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 05.04.2004 Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh
|
Posting pada: 27-05-04 21:02
saya pun sependapat ngan nawwal.. benda tu tak salah walaupun takde dlm hukum kata haram. tapi itu selagi tak memudaratkan diri. kalau takat kat telinga nak menghias diri tu tak salah rasanya. kalau lebih dr satu kat telinga tu wallahua'lam. tak berani nak kata. walaupun rasanya tak salah jugak. cuma, tergantung pada tujuan org tu.. sbbnya benda tindik lebih dari satu ni sekadar ikut trend, macam tu jugak kalau tindik kat pusat, lidah dan sebagainya tu.. semua nak tunjuk trend kononnya ikuti peredaran zaman. nantila saya cuba tanya pada yg patut mengeluarkan fatwa ni.
|
white_cotton
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 31.05.2003 Ahli No: 1550
Posting: 85
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 28-05-04 09:15
Ana pun pnah gak kemukakan soalan ni pada ustazah ana. Jawapan die lebih kurang dgn jawapan ukhtie semua..."bertindik tak salah selagi tak memudaratkan diri sendiri".
Tapi sepanjang yang ana tahu, bertindik selain dari di telinga, sebenarnya memudaratkan kesihatan terutama bertindik di lidah. Ada teman ana di kolej ni yang tindik lidah. Lepas bertindik jer, susah nak faham aper yang die ckp sbb bunyi huruf yang die sebut dah tak berapa jelas. Dan dari kajian yang pnah dijalankan (ana dpt dari cikgu family studies ana), di kanada, bertindik lidah merupakan salah satu penyebab kematian di sana. Masa cikgu ana ajar kindergarden kat kanada, ader seorg bdk perempuan yang tibe2 jer pegang tangan die pas2 pandang die dgn pandangan yang sgt blur. Cikgu ana tanye, "what's wrong with u lil gurl? Why don't u join the others?". Bdk ni jawab arr, "my mum just died. She died just like that". Lepas tu bdk perempuan ni terus tinggalkn cikgu ana dlm keadaan kekonfiusan. Cikgu ana ni find out arr btol ke mak bdk perempuan ni mati & ape sbb kalo btol die mati...then die dpt tau dari jiran bdk perempuan ni yg mak bdk ni mati seminggu sblmnye sbb jangkitan dlm darah sebaik jer bertindik lidah. Jangkitan ni berlaku sbb logam yang terendam dlm air liur mungkin berkarat dan akhirnya karat + bakteria dlm mulut membiak di tempat luka tindik dan masuk ke dalam aliran darah. Selain dari tu, bertindik di lidah juga menyebabkan kita hilang deria rasa ? kurang peka pada rasa makanan sbb sebahagian drpd tunas rasa pd lidah mati.
Dan ana pnah terbaca pada satu artikel(maaflah ana tak igt artikel yg maner) separuh daripada trend bertindik skrg ni merupakan budaya ikutan beberapa suku kaum sekitar dunia dan kadang2 ia boleh mencerminkan maksud2 tertentu. Seingat ana, islam tidak membenarkan umatnya mengikut-ikut budaya masyarakat lain terutama yg terbukti memudaratkan dan tidak mendtgkan sebrg faedah.
Satu lagi hujah dari ustazah ana, walaupun islam tak kata bertindik tu salah, tapi kalau dah bertindik lebih dari satu kat telinga, bukanke kiter sebenarnye tgh lakukan pembaziran sbb bila nak beli subang, terpakse plak nak beli smpi 3-4 pasang. Hehehe... Yang ni sebenarnye sekadar hujah sampingan dari ustazah ana. Yang pastinya, ustazah ana tegaskan, walaupun tak salah nak bertindik kat telinga, tapi kalau tindik tu memudaratkan diri kita (even though cuma sepasang tp sampai telinga bernanah dan bengkak), hukumnya tetap haram kerana ia seperti menyakiti diri sendiri. Wallahualam.
Masa ni ana memang beriya tanya sbb ana bercadang nak tindik telinga (lebih dari sepasang). Ana memang minat body art tapi bukan lah tujuan nak menunjuk kat orang. Sekadar utk diri sendiri. Dan selagi mana ia tidak bertentangan dengan hukum dlm islam, ana rasa tak slah nak lakukan yang penting tahu batas2 nya. Ana ader tiga pasang lubang tindik kat telinga tapi ana dah stop tindik telinga since tindikan ana yang kali ketiga tu kena jangkitan kuman. Ana terus bukak subang yg ana pakai, biarkan luka tu baik dan lubang tu pun terkambus balik. Tapi mase bengkak telinga tu memang menderita lah. Nak tido pun payah. Sbb tu ana serik. Ermm, itu pendapat ana lah. Kalau ader pndpt yg lain2, sila2 kan lh. Dan kalau rasa apa yang ana tulis ni slah, dan perlu diperbetulkan, ana mintak maaf dan harap ader yang sudi perbetulkan. Try To Give You Warning But Everyone Ignores Me [Told You Everything Loud & Clear] But Nobody's Listening [ Posting ini telah di edit oleh: white_cotton pada 2004-05-28 09:19 ]
|
fi_amaanillah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 29.04.2003 Ahli No: 627
Posting: 114
Dari: JB
|
Posting pada: 30-05-04 16:07
teringat zaman kecik2 dulu...ngegeh sgt nak b'tindik telinga...  tp dunia skrg ni...kt mane2 bhg badan pun ditindik nye...cukupla kt telinga aje..lg pun tpt2 lain spt hidung,kening,lidah dsb nye mmg x baik utk kesihatan..UTAMAKAN KESIHATaN ANDA...heheh.. pesanan penaja ----------------- " berfikir berdasarkan wahyu,berakhlak dgn Al-Quran,bertindak berpandukan Sunnah"
|
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 04-06-04 08:38
betul kata nawwal dan lain - lain.. lagi pun bertindik kat hidung dan mana - mana selain dari telinga ni kan ikut pada budaya hindu.. -----------------
|
sayasarah
-WARGA SETIA- Menyertai: 19.04.2003 Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi
|
Posting pada: 05-06-04 15:39
mmm cemana ek....
kan kita tak bleh niru ape yg org bukan Islam buat [yg tek elok la]? tp org bukan Islam tu akan cube jugek samapi kite buat...
dr segi kesihatan mmg la tak beik, tindik rata2...ape l;aa yg dapt selain glamer kekononnye ikut zaman la tuh...entah ke tertindik kawasan laluan darah utama ke..mana kite tau... ----------------- Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]
|
pinkRose
WARGA RASMI Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 4121
Posting: 2
Dari: Kedah
|
Posting pada: 13-08-04 14:19
 ....
saya sekadar ingin berkongsi pengetahuan tentang bertindik nie yang kebetulan saya dapat dari ustaz yang mengadakan ceramah agama di tempat praktikal saya sekarang. di antara kata2 ustaz tu, di antara orang pertama yang memulakan amaln bertindik ni adalah isteri nabi ibrahim/ismail (maaf, saya x berapa ingat yang mana satu). pada mulanya beliau menyapu tepung ke muka anak perempuannya atas tujuan untuk menghodohkan lagi muka anaknya. maklumlah pada zaman jahiliyah, anak2 perempuan akan di tanam hidup2 tapi, beliau melihat anaknya makin cantik. sebab tu zaman sekarang kita pakai bedak kat muka. setelah cara pertama tak berjaya, beliau menebuk lubang di telinga anak perempuannya dan memasukkan satu besi bulat di telinga tersebut. dan anaknya makin cantik, bukan seperti kehendaknya yang nak tengok anaknya makin hodoh. begitulah sedikit daripada ceramah ustaz tersebut.
wallahualam.... ----------------- ^(._.)^
|