Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya dengar, saya terlupa; saya lihat, saya ingat; saya melakukan, barulah saya faham

-- Confucius

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




  Dari Galeri
nuarii-

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: Islam Sains & Teknologi: Hanya empat jenama kosmetik ada tanda halal


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Islam Sains & Teknologi: Hanya empat jenama kosmetik ada tanda halal

Please Mendaftar To Post


Oleh Islam Sains & Teknologi: Hanya empat jenama kosmetik ada tanda halal

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-04-04 12:37



copy dr www.emedia.com.my - berita harian..27 april 2004

PENGGUNAAN bahan kosmetik masa kini adalah satu kemestian bagi wanita. Namun, pada zaman sains dan teknologi masa kini, timbul konflik dalam penggunaannya terutama jika dilihat dari sudut kimia dan agama.

Jika kita merujuk kepada Direktori Halal Malaysia 2003/04 Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), cetakan pertama 2003 pada muka surat 298 hingga 301, hanya empat jenama yang mempunyai tanda halal.

Jenama itu ialah Annese Cosmetic Manufacturing Sdn Bhd, Yakin Invest Corporation Sdn Bhd, Zisha Seri Guna Sdn Bhd dan Clara International Sdn Bhd.

Bagaimana dengan status jenama lain yang berada di pasaran hari ini?

Dua perkara yang perlu diambil kira mengenai penggunaan bahan kosmetik ialah bahan yang digunakan dan niat penggunaannya.

Dilihat dari sudut kimia, definisi bahan kosmetik ialah penyediaan yang digunakan di luar badan untuk tujuan kecantikan atau pembersihan supaya rupa bentuk menjadi lebih menawan.

Dianggarkan ada 5,000 hingga 10,000 bahan kimia yang boleh digunakan dalam penyediaan kosmetik.

Sebagai contoh, bahan kimia hidroqunion amat berkesan untuk menghilangkan tompok hitam pada muka.

Pada kepekatan rendah, kesan sampingan adalah amat sedikit, manakala kesan terbakar boleh berlaku pada kepekatan tinggi. Sekiranya bahan itu dimakan secara tidak sengaja pada kepekatan 5 hingga 15 gram, ia boleh menyebabkan anemia hemolitik (kerosakan sel darah merah).

Secara amnya bahan kosmetik dapat diformulasikan dengan mengadun tujuh bahan asas berdasarkan tindakan atau fungsi bahan itu iaitu pengawet, pengimbang pH, pengawal kelembapan, pembantu pemprosesan, pewarna, perasa dan pewangi.

Lelemak pula boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu sumber haiwan atau tumbuhan. Bagi sesetengah bahan kosmetik, ia membabitkan penggunaan lard ointment base (lelemak khinzir).

Pengawet digunakan bertujuan untuk menjaga bahan kosmetik daripada serangan kulat atau kuman.

Bahan kimia yang biasa digunakan untuk tujuan ini adalah seperti paraben, sebatian ammonium ku-artenan, alkohol dan lain-lain terbitan alkohol seperti isopropanol.

Pengimbang pH pula digunakan untuk mengawal pH agar serasi dengan kulit supaya tidak terlalu bersifat asid atau berbes, contohnya seperti asid sitrik (bersifat asid), amoniun karbonat (bersifat alkali) atau campuran garam seperti ammonium bikarbonat dengan asid tartarik.

Pengawal kelembapan digunakan untuk mencegah kehilangan air apabila bahan kosmetik itu terdedah kepada udara dan mudah disapu ke bahagian muka.

Contoh bahan yang biasa digunakan ialah gliserin, propilen glikol dan lain-lain lagi.

Pembantu pemprosesan digunakan untuk memudahkan adunan bahan-bahan kimia ketika proses penyedian bahan kosmetik berkenaan.

Kebiasaannya bahan-bahan terdiri daripada campuran minyak dan air. Bagi memudahkan campuran itu bercampur, agen pengemulsi (emulsion agent) seperti natrium lauril sulfat digunakan.

be aware...


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-05-04 15:33




tanx..tp klu neutrogena?kempius2

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

nurhaida
WARGA RASMI
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 3625
Posting: 13
Dari: Sg.petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-05-04 11:59


.

abih tu... mcmana kita nak tahu yg mana terbaik utk kita gunakan. logo halal yg ada skrg pun kadang2 cam x berkesan jer...


Bookmark and Share




  Member Information For nurhaidaProfil   Hantar PM kepada nurhaida   Pergi ke nurhaida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.502051 saat. Lajunya....