Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan tumbuh pada hati yang kotor, sepertimana biji benih tidak akan tumbuh di tanah yang gersang..
--
Jijah

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Dari Galeri
ASSALAMUALAIKUM..
SALAM UKHWAH FILLAH DARI SAYA NUR_ARRISY

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Forward Dari E-mel
Topik: Ku SeRaHKaN SuAmIku...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Forward Dari E-mel
    »» Ku SeRaHKaN SuAmIku...

Please Mendaftar To Post


Oleh Ku SeRaHKaN SuAmIku...

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-04-04 18:49


Ku SeRaHKaN SuAmIku...


Ramai yang menghantar ke personal e-mail saya bertanyakan bagaimana kisah yang pertama kali saya menyerahkan suami saya kepada perempuan lain seperti tertulis di dalam posting saya AKU DISERANG.

Sebelum saya menceritakan kisah silam saya, ingin saya beritahu bukan tujuan saya untuk mendabik dada atau menunjuk-nunjuk. Pada saya menunjuk-nunjuk sesama manusia tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan tapi jika kita menunjukkan kebaikkan kita pada pencipta kita InsyaAllah akan mendapat habuan di sana nanti.........renungkanlah.

Kisah bermula ketika saya mempunyai anak sorang. Saya mempunyai seorang sahabat yang agak rapat juga dan saya namakan beliau sebagai Ida. Kami sama-sama bersekolah rendah dan menengah rendah tapi saya menyambung persekolahan di Victoria Institution dan Ida memilih untuk berkerja sambil belajar di waktu malam. Setelah saya berumahtangga kami terputus hubungan. Melalui rakan-rakan sekolah saya mendapat no. telephone Ida dan kami meneruskan kembali tali silaturrahim yang terputus.

Kami mengatur perjumpaan selepas waktu pejabat dengan izin suami. Ida memberitahu beliau telah bertunang dengan seorang engineer yang saya namakan mamat nie sebagai Taufik malangnya mereka tinggal serumah tapi bukan berdua. Selain mereka berdua ada dua orang engineer lagi iaitu saya namakan Hans (bukan islam - ibu India dan ayah Cina dan tuan punya rumah) dan juga Zul. Ketiga-tiga lelaki tersebut bekerja di tempat yang sama. Di rumah tersebut menpunyai 4 bilik jadi mereka menghuni seorang sebilik. Ida juga akan memasak dan mengemas untuk mereka berempat dengan rela hati dan juga di sebelah malam samada Taufik akan menyelinap di bilik Ida ataupun sebaliknya. Jika ada keluarga dikalangan mereka yang bertandang Ida akan menyembunyikan diri di bilik. Menyembunyikan dari pandangan manusia tapi bagaimana dengan pandangan Allah..........Astaghfirullahhhhh.........semuga
kita semua diberi petunjuk. Saya cuba menasihati Ida:-

Maaf ye.......peristiwa ini dah lama berlaku jadi dialognya banyak saya ubahsuai tapi jalan cerita tetap tak lari.

Saya : Apalah kau nie Ida........sewalah rumah ngan kawan-kawan perempuan......kau tak takut ke azab Allah.......nanti bila tunang kau dah puas ngan kau dia tinggalkan kau........siapa rugi........yang kau dapat dosa bertimbun-timbun......

Ida : Kolot kau nie Su dari sekolah sampai sekarang tak habis-habis macam katak bawah tempurung nama jer orang KL.

Saya : Kau ingat orang KL semuanya macam kau? Kau nak kata aku kolot.....suka hati kau tapi aku lebih suka jadi kolot dari buat zina.

Ida : Oi kawan.......(dia nie memang brutal sikit kalau cakap tak berlapik ikut sedap mulut jer) kau nak suruh aku jadi macam kau........lepas kawin jadi kilang buat anak pergi kerja balik kerja..........sorrylah.....aku kalau aku kawin nanti......aku nak enjoy dulu...... tak nak mengandung...........

Selepas peristiwa tersebut Ida jadi rapat semula dengan saya. Pada suatu petang Ida menghubungi saya untuk bertemu:-

Ida : Su, aku bengang betul sekarang nie.........bulan lepas Taufik demam panas, aku hantar ke klinik tapi klinik reject suruh pergi ke hospital (hospital Universiti). Kau tahu....... doktor yang merawat dia tu......kawan satu U dengan dia.....sampai hari nie diorang kamceng habis..... bergayut kat talipon macam aku nie tak wujud jer........dah lah tu......selalu keluar dating bila aku nak ikut dia tengkingnya aku.

Saya : Kan aku dah bagitau.......bila dia dah puas ratah kau dia akan campak kau ke tepi..... taubatlah Ida sebelum kau terlambat.

Ida : Entahlah Su....aku sayang sangat kat dia......bila aku ajak dia nikah....dia suruh aku sabar. Nak kata tak ada duit, gaji dia ribu-ribu.....

Saya : Kalau kau tak buat keputusan sekarang, kau akan menyesal nanti.........sampai bila kau nak melakukan maksiat....

Selang tak berapa lama, Ida beritahu saya tunangnya Taufik telah ditangkap khalwat dengan doktor - teman wanitanya dan mereka juga telah dipaksa nikah oleh ayah doktor tersebut. Selepas ditangkap khalwat, Taufik telah berpindah rumah dan tinggallah Ida bersama kedua-dua lelaki teman serumahnya. Ida menjadi semakin liar. Suatu hari Ida telah datang ke office saya dan memberi 0le-ole dari Indonesia:

Saya : Cantiknya kain nie Ida........mana kau beli?

Ida : (dengan muka selamba) kat Indon......aku baru balik dari Indon ikut boss aku melawat kilang kat sana.

Saya : Berapa hari kau kat sana? Aku talipon office kau diorang kata kau cuti. Selalunya kalau kau cuti kau beritahu aku......susah hati aku tahu tak?.........aku risau kalau terjadi yang tak baik kat kau......

Ida : Dah terjadi pun......

Saya : (terkejut dan blurrrrrr) Terjadi apa Ida? Kau.....kau.....kauuuuuu

Ida : Yang kau gagap-gagap nie apsal? Entahlah Su....selalunya kalau aku ikut boss aku ke mana-mana kami akan tinggal bilik berasingan tapi kali nie........aku diam je bila dia book satu bilik je.....kau faham jer lah kalau dah tinggal sebilik......aku tak terdaya nak kawal diri aku............Aku jahat kan Su.........kau untung ada suami, ada anak..... aku......... hidup terumbang ambing....aku benci dengan ketentuan hidup aku.....

Saya : Kau tak jahat tapi kau tewas pada bisikan syaitan......sebabnya kau tewas........kau tak dekatkan diri kau pada Allah........kau tak bimbing diri kau kearah kebaikkan.....kau biarkan syaitan menghasut kau........PAHALA JIHAD ORANG PERGI BERPERANG MENEGAKKAN ISLAM HANYA SEMASA DIA BERPERANG TAPI JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU AKAN MENDAPAT PAHALA SELAGI KITA TAK TUNDUK PADA NAFSU.

Ida : Eh!!!!....kau faham tak aku kata aku tak terdaya..............kalau dapat suami macam kau.....aku akan berubah Su.....kau ingat aku suka jadi macam nie........aku juga ada impian untuk ada suami mungkin ada anak juga.......tapi bila.......bila Su......

Saya telah menghubungi rakan serumah Ida iaitu Hans agar Hans dapat menjadi telinga dan mata saya agar dapat memerhatikan gerak-geri Ida. Dalam perbualan kami, Ida seolah-olah seperti putus asa. Pada suatu hari Hans telah datang ke rumah saya:-

Hans : Bang (suami saya) Su ada?

Suami : Ada....nape Hans? cemas jer......ada berita tak baik ke?

Hans : Pasal Ida......dia kadang-kadang balik kadang-kadang tak. Kalau balik pun subuh baru sampai rumah. Merokok jangan cerita lagilah..........

Suami : Astaghfirullah........apa nak jadi perempuan sorang tu.........

Hans : Dia selalu pergi ke pub.......saya pernah ekori dia..........

Suami : Kenapa awak ekori dia Hans?

Hans : Su suruh saya buat macam tu....supaya Su tahu pergerakkan Ida........

Suami : Kita kena cari jalan untuk bawa balik dia ke pangkal jalan.

Hans : Su, Ida selalu balik dalam keadaan mabuk......

Saya : Awak biar betul Hans.....tak kan dia minum lak sekarang nie.....

Suami : Itu bukan perkara mustahil kalau dah ke tempat maksiat......

Saya : Bang......jom kita pergi cari dia....Su rasa dah jadi tanggungjawab kita sebab dia pernah kata dia nak berubah tapi dia tak terdaya lawan hawa nafsu dia.......tolonglah bang......(masa tu dah hampir tengah malam)

Kami berempat termasuk baby saya telah pergi ke pub tempat yang disebut oleh Hans. Suami menunggu dalam kereta kerana menjaga baby kami. Suami telah meminta Hans menemankan saya masuk ke dalam pub tersebut. Bayangkanlah dengan pakaian kelambu saya melangkah masuk ke pub yang dah 100% pengunjung perempuannya memakai pakaian yang kurang kain. Mata banyak tertumpu pada saya. Pening kepala saya masa tu......dah lah suasana malap lampu warna warni berpusing-pusing.

Sebusuk-busuk bau dalam pub tu. Dalam keadaan macam tu saya dah tak kenal Ida lagi. Bijik mata terkedip-kedip, saya lak yang mabuk warna. Dengan bantuan Hans, saya dapat mengecam Ida. Entah dari mana kekuatan yang saya
dapat:-

Saya : Ida!!!!!panggggggggggg ( Ida saya tempeleng. Perbuatan yang tak pernah saya lakukan dan sehingga hari ini saya menyesal menempeleng Ida. Kesabaran saya hilang apabila melihat pakaiannya yang menjolok mata dan sedang bercumbu dengan lelaki lebih-lebih lagi tangan lelaki tersebut sedang menyeluk skirt pendek Ida. Saya merentap tangan Ida dan mengheretnya keluar. Hans pula sedang bertengkar dengan lelaki yang mencumbui Ida tadi).

Ida : Ehhhh.....Su kau gila ker.........heret aku macam nie..... (rupanya Ida dah mabuk sakan)

Saya menolak Ida ke dalam kereta dan kami semua pulang ke rumah saya. Di dalam perjalanan Ida telah termuntah di dalam kereta. Bayangkanlah orang sedang mabuk arak muntah.......... terkena pulak pada pakaian saya. Dek kerana tak tahan dengan bau muntahnya.....saya lak yang muntah. Dalam perjalanan pulang Hans yang memandu kerana suami saya meriba baby kami. Hans telah memandu ke petrol station untuk kami membersihkan muntah. Ketika itu hampir dinihari. Apabila sampai ke rumah saya menarik Ida ke dalam bilik air. Yang kelakarnya datang lak idea untuk memandikan Ida dengan air di dalam peti ais..... Ida menjerit-jerit kesejukkan. Hans pulang ke rumah dan Ida tidur di rumah saya. Keesokkan harinya saya mengambil cuti kecemasan untuk menemani Ida kerana saya khuatir Ida akan melakukan perkara yang tidak baik.

Saya : Macamana kau rasa sekarang????

Ida : Aku malu dengan kau....Su, dengan suami kau.....dengan Hans.......

Saya : Buat apa nak malu ngan kami semua......sepatutnya kau malu pada tuhan kau.....

Ida : Aku rasa terlalu kecewa. Kadang-kadang aku terfikir untuk...........untuk........

Saya : Untuk apa?.......nak bunuh diri? Kau ingat mati dalam keadaan kau sekarang.....kau selamat...........kau terus dicampak dalam api neraka tau tak? Apa yang perlu kau buat sekarang ialah bertaubat.......Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang.......taubatlah Ida.....

Ida : Arghhhhhhhh........kau ingat dengan taubat Taufik akan datang balik pada aku....... sudahlah Su.........aku rasa macam nak masuk kristian jer........sebab........... (sekali lagi penampar saya hinggap ke muka Ida. Kami sama-sama menangis.)

Selepas dari kejadian itu Ida jarang datang ke rumah saya. Saya, suami dan Hans berbincang untuk mencari jalan menyelamatkan Ida......

Saya : Bang!....Su rasa dengan perkahwinan saja yang dapat menyelamat Ida kerana dia pernah memberitahu Su dia akan kembali kepangkal jalan jika mendapat suami yang boleh membimbingnya.

Suami : Lelaki mana yang nakkan perempuan macam tu.......setakat untuk suka-suka bolehlah....

Hans : Betul tu Su.....Ida telah jauh terpesong..........saya yang freethinker nie pun tak buat perkara yang bodoh tu.....

Saya : Entahlah.......Su rasa kita boleh menolong dia......apakata abang ambil dia jadi isteri kedua abang.....Su rela....bukan sebab dia kawan Su ataupun dia seorang perempuan tapi untuk menyelamatkan akidah seorang umat Muhammad kerana dia nak masuk kristian....... tolonglah bang......

Suami : Astaghfirullah al'azim...........dah kes berat nie.......sampai nak tukar ugama..... tapi abang takut abang gagal membimbing dia.......besar tanggungjawab seorang suami dalam membimbing isteri nie..............

Hans : You're crazy Su.........nak tolong kawan sampai nak serahkan suami. Saya tak pernah dengar seorang isteri sanggup menyerahkan suami pada orang lain. You're really crazy. This is not a jokes Su..........

Saya : Dalam islam tak ada istilah tamak/haloba. Kami penganut agama islam diajar untuk berbuat baik sesama manusia tanpa mengira ugama inikan pulak saudara kami seislam. Dalam islam kami yang seugama adalah saudara. Pada awak yang tiada agama tapi bila saudara-mara awak dalam kesusahan adakah awak akan berdiam diri?......... begitu juga pada kami.....kami WAJIB menegakkan ugama kami dan menjaga kebajikan saudara islam kami dengan berbagai-bagai cara. Hans........saya rasa lebih baik awak membaca buku kaitan islam jika awak nak tahu mengapa saya sanggup menyerahkan suami saya pada Ida. Saya bukan menyuruh awak belajar tentang islam.....awak jangan salah faham........(saya khuatir Hans akan merasa saya memaksa beliau memeluk islam).

Hans : Suami kan hak isteri? Saya tahu dalam islam suami boleh kawin sampai empat......tapi awak sebagai seorang isteri tak ada ker rasa cemburu?

Saya : Semua manusia ada perasaan cemburu lebih-lebih lagi seorang isteri seperti saya tapi menyelamat akidah saudara islam saya lebih penting dari rasa cemburu.

Saya amat tertekan kerana majoriti keluarga di sebelah saya dan juga suami menentang cadangan kami pada masa yang sama Ida semakin liar. Saya mendesak suami agar mempercepatkan proses pernikahan beliau dan saya pula akan memujuk Ida. Suami saya dalam keadaan serba salah dan kami mengambil keputusan untuk berjumpa guru kami.

Ustaz : Kamu sanggup pikul tanggungjawab ini M (suami saya)? Ini amanah Allah dan ini adalah ujian Allah. Jika kamu tidak sanggup lebih baik tak usah diteruskan tapi INGAT menyelamat akidah seorang hambaAllah dan menegakkan agamaNya menjadi kewajipan setiap umat islam. Jika kamu terima amanah ini sempurnakanlah dengan keikhlasan dan tawadduk kepadaNya.

Suami : Saya faham ustaz tapi saya perlu sokongan daripada Su.........

Ustaz : Masaalah sekarang nie terletak di bahu kamu bukan pada Su.....samada Su rela ataupun tidak kamu WAJIB menyempurnakan amanah ini.......tanya diri kamu sendiri.......... selain daripada Su kamu ada masalah lain ke?

Suami : Sebenarnya ustaz keadaan ekonomi saya belum stabil untuk beristeri lebih dari satu......(ketika itu suami baru lepas grad dan baru bekerja, kami bernikah ketika suami di tahun akhir pengajiannya....maklumlah kedua-duanya baru bekerja dan ekonomi kami tak sekukuh sekarang)

Ustaz : MasyaAllah.....kamu tak yakin pada Allah M? baiklah....jika kewangan yang menjadi masalah.....saya ada rumah sewa, saya akan berikan kepada kamu tanpa perlu membayar sewa.....apalagi........

Saya : Ustaz, pada Su kewangan tiada masalah......Su sanggup jika perempuan tu duduk serumah dengan Su kerana lagi senang untuk Su dan abang membimbingnya ke jalan Allah.......

Ustaz : Dengar tu M........sebenarnya kamu kena yakin Allah sentiasa bersama kita....

Di pendekkan cerita kerana dah panjang sangat nie.........pada suatu hari kira-kira jam 10pm suami pulang bersama Hans dengan wajah kedua-duanya amat ceria....

Hans : Assalammualaikum Su.............(sambil tersenyum memandang saya)

Saya : (terkejut beruk makcik) masuklah.........nape tersenyum-senyum dua-dua orang nie? Hans? awak kena loteri ke?

Hans : Loteri tu haram Su.......mana boleh orang islam berjudi.........

Saya : Ohhhh.....dah baca buku tentang islam ........dah kaji ye.........banyak lagi yang perlu awak kaji.....islam itu indah Hans.....

Hans : Saya bukan Hans nama saya Mohammad Firdaus bin Abdullah.....Puan Solehah....... jangan panggil saya Hans lagi....

Saya : (saya terkedu seketika sambil memandang suami dan suami tersenyum dan mengangguk kepala) Alhamdulillah.....syukran.

Suami : Bukan itu saja Su......Firdaus telah memberitahu Abang dia ingin menjadikan Ida isterinya.

Saya : (saya terkedu untuk kali kedua dan airmata mengalir tanpa saya sedar. Ketika itu saya merasa amat kerdil di sisiNya. Saya amat yakin Allah sentiasa bersama saya dan Dia Maha mengetahui keikhlasan hati saya dan suami). Jika awak hendak memperistikan Ida atas dasar simpati/kasihan...lebih awak lupakan saja kerana saya tak mahu dia kecewa kali kedua..

Firdaus : Saya memeluk agama islam kerana pintu hati saya terbuka apabila melihatkan keluhuran hati awak terhadap agama awak dan juga kehidupan keislaman keluarga awak bukan kerana Ida. Saya ingin mempristeri Ida kerana saya rasa Ida seorang wanita yang baik jika dipimpin ke jalan Allah......dia bukan wanita yang tak bermoral....jika awak dan suami awak boleh menerima Ida menjadi sebahagian dari keluarga awak......mengapa saya tak boleh menjadikan Ida sebahagian dari kehidupan saya?. Saya ikhlas Su.......tolong jangan pertikaikan keikhlasan saya.............

Tidak lama selepas itu Ida selamat diijabkabulkan bersama Firdaus.......Ibu Ida amat gembira pada hari tersebut.....Alhamdulillah sehingga ke hari pernikahan Ida ibu dan keluarganya tidak mengetahui sejarah hitam hidup anaknya.

Di sinilah kesilapan ibubapa yang mempercayai kata anak-anak 'KAMI DAH BESAR DAH BEKERJA DAN TAHU BURUK DAN BAIK". Kita sebagai ibubapa walaupun anak-anak telah bekerja keperihatinan terhadap tingkahlaku kehidupan seharian mereka perlu kita ambil perhatian. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri semasa anak-anak masih kecil saya mampu memantau mereka dari gejala buruk tapi bagaimana apabila mereka mempunyai kehidupan sendiri kelak setelah belajar di pusat pengajian tinggi.......setelah bekerja......mampukah saya melindungi mereka.......... menjaga mereka.........Arghhhhhhhhhhhhh risau hati nie......walaupun anak masih kecil......masih remaja.........YA ALLAH LINDUNGILAH ANAK-ANAKKU JADIKANLAH MEREKA HAMBAMU YANG SOLEH DAN SOLEHAH...YA ALLAH.....MAKBULKANLAH DOA HAMBAMU INI......AMIN.......


Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-04-04 22:22



Kisah benar ye ni, banyak yang tersirat dalam kisah ni.
Bertuah Ida kerana mempunyai sahabat seperti Su.
Alhamdulillah Ida dikurniakan kehidupan yang baik dan dpt memulakan hidup baru selepas itu.


-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 3118
Posting: 74
Dari: bumi allah

senegal   avatar


posticon Posting pada: 27-04-04 12:22




best citer nih.. bertuahnyer dapat sahabat yang sering mengingatkan kita kepadaNya..

-----------------
ya ALLAH, hamba-Mu ini memohon pandangan rahmat dari-Mu


Bookmark and Share




  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-04-04 15:52




besarnya pengorbanan seorg sahabat...
terharu betul...
alangkah bertuahnya mempunyai sahabat spt Su...



Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

roselynda
WARGA RASMI
Menyertai: 24.03.2004
Ahli No: 3458
Posting: 9
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-04-04 22:14



...kalau perkara baik yang kita nak buat dan kita benar-benar berserah diri pada Allah........insyaallah Allah akan bantu kita, Allah akan permudahkan urusan kita.

" Sesungguhnya Allah paling suka orang yang lembut hatinya terhadap saudaranya, orang yang paling benar dalam keyakinannya dan orang yang cekal dalam agamanya " - Saidina Ali -


Bookmark and Share




  Member Information For roselyndaProfil   Hantar PM kepada roselynda   Quote dan BalasQuote

masita
WARGA RASMI
Menyertai: 22.03.2004
Ahli No: 3455
Posting: 6
Dari: klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-04-04 04:05


incaf sungguh2..


Bookmark and Share




  Member Information For masitaProfil   Hantar PM kepada masita   Pergi ke masita's Website   Quote dan BalasQuote

Nabilah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 37
Posting: 241
Dari: PeYrOcK....;)

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-05-04 13:09


Semoga dpt dijadikan iktibar..

-----------------
"Apabila nafsu berkuasa,gelaplah hati,
Apabila hati gelita,sempitlah dada,Apabila dada sempit,buruklah lakunya,Apabila buruk laku,ia dibenci semua makhluk"

Bookmark and Share




  Member Information For NabilahProfil   Hantar PM kepada Nabilah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.05927 saat. Lajunya....