Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Walaubagaimana alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Dari Galeri
salam ukhuwah dari saya...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Bakat Menulis
Topik: Rezeki Haji Seman


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» Rezeki Haji Seman

Please Mendaftar To Post


Oleh Rezeki Haji Seman

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 18:07


Haji Seman terkejut mendengar orang beri salam kapadanya dari
belakang. " warahmatullahi wabaraktuh," dia menjawab
sambil menoleh kebelakang. Sarjan Khamis rupanya.

"Dari jauh saya nampak Pak Man kat warung mamak Kooty tadi," kata
Sarjan Khamis.

"Ah ah. Ni beli lauk. Mak haji ko tu kurang sihat. Tak masak ari
ni," jawab Haji Seman sambil menunjukkan bungkusan ditangannya.

"Sakit apa mak haji tu?" Sarjan Khamis bertanya.

"Ah, sikit jer. Sengal-sengal kat badan dia. Biasa le. Dah tua-tua
ni," Haji Seman menjelaskan. Namun pandangannya tidak tertumpu pada
teman percakapannya itu kerana dari jauh dia melihat sepasang hamba
Allah sedang tergesa-gesa.

"Eh?naper lak dengan siAbu laki-bini tu. Tergesa-gesa jer," dia
bertanya.

"Ya tak ya..eh, Pak Man," kata Sarjan Khamis.

Kedua suami-isteri itu, Abu dan Azizah, semakin hampir. Haji Seman
segera menyapa mereka. ". Apasal ni, Abu. Kelang
kabut, jer."

"Anak saya kemalangan, Pak Man," Abu menyahut dengan tergesa-gesa
sehingga lupa menjawab salam Haji Seman.

"Mana satu?" Sarjan Khamis bertanya. Abu dan Azizah mempunyai empat
orang anak yang sudah bersekolah semuanya.

"Junaidi, Sarjan," jawab Abu. "Tadi ada orang dari sekolah dia
datang kerumah. Katanya Junaidi dibawa ke spital. Dia jatuh
tergelincir. Kepalanya berdarah katanya."

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun," sambut Haji Seman. "Ha?pergi le
nko cepat. Nko ada duit tak?" Haji Seman bertanya lagi. Dompetnya
sudah ditangan.

"Tak?.takpe le, Pak Man," kata Abu. Gugup. Segan dia dengan Haji
Seman. Sudah banyak kali Haji Seman memberi tanpa diminta.

"Udah le. Nko ambil ni buat apa-apa urusan yang patut. Nah!' paksa
Haji Seman. Wang seratus ringgit dimasukkan kedalam saku baju Abu.

"Terima kasih, Pak Man," Abu dan isterinya hampir serentak
mengucapkan kalimah itu.

"Sesama. Ha?pergi cepat," gesa Haji Seman. "Cepat bagi tau kalau ada
apa-apa."

Abu dan Azizah segera beredar.

Haji Seman menggeleng kepala tanda simpati. "Alhamdulillah. Aku
telah menunaikan amanah mu, ya Allah," dia berkata.

Sarjan Khamis mendengar ucapan Haji Seman itu. Dia hairan. "Kenapa,
Pak Man," dia bertanya. "Amanah apa?"

Haji Seman ketawa kecil. "Awak tau, Sarjan," katanya. "Biasanya
kalau saya nak kewarung mamak Kooty ni, saya cuma bawak duit yang
cukup jer. Kalau lebih pun sikit jer. Tapi ari ni macam tergerak lak
hati saya nak bawak beg duit saya ni."

"Memang le. Rezeki siAbu tu ada pada saya," sambung Haji Seman.

"Camne lak, Pak Man," Sarjan Khamis masih bingung.

"Ya le. Kekadang tu rezeki yang kita dapat tu sebenarnya untuk orang
lain. Walaupun pada zahirnya kita yang berusaha untuk
mendapatkannya. Tapi pada hakikatnya Allah telah menyalurkan rezeki
orang lain pada kita. Diamanahkan oleh Allah pada kita. Dan kita
wajib melaksanakan amanah itu. Disamping merasa syukur kerana Allah
telah meletakkan kepercayaanNya kapada kita."

"Kalau begitu percuma jer le apa yang kita usahakan tu," kata Sarjan
Khamis.

"Ish?mana lak percuma," Haji Seman membantah. "Awak dah dapat hak
awak. Yang lebihnya tu. Ha..awak perlu berhati-hati. Sebab mungkin
orang lain yang punya. Tak kira le sedara ke. Anak-anak ke. Sebab
jalan yang Allah tunjukkan kapda mereka tu menuju kapada kita.
Seolah-olah Allah berkata kapada mereka: "Pergilah engkau kapada
sifulan itu. Rezeki engkau ada padanya."

"Tapi macam mana kita nak tau yang rezeki tu milik orang lain?"
tanya Sarjan Khamis lagi.

"Bila sampai masanya awak akan tahu sendiri," jelas Haji
Seman. "Hati awak tidak akan bertanya lagi. Tidak ada soal ikhlas
atau tidak. Tidak ada soal apa-apa lagi. Rezeki itu akan terus
keluar kapada yang empunya bagai air dari pembuluh."

Sekian. Wassalam.


Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-06-04 07:29


assalamu'alaikum..

Quote:
"Ya le. Kekadang tu rezeki yang kita dapat tu sebenarnya untuk orang
lain. Walaupun pada zahirnya kita yang berusaha untuk
mendapatkannya. Tapi pada hakikatnya Allah telah menyalurkan rezeki
orang lain pada kita. Diamanahkan oleh Allah pada kita. Dan kita
wajib melaksanakan amanah itu. Disamping merasa syukur kerana Allah
telah meletakkan kepercayaanNya kapada kita."




semoga kita terdiri di kalanagan org2 yg bersyukur..
ameen..

wassalam

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-06-04 13:14



Ana pernah baca kisah ni..
Memang susah nak cari insan budiman macam haji Seman ni..
Moga kita sama2 dapat pupuk diri kita..
Sanggup berkorban walaupun tak dilihat insan lain..
Sama2 syukuri juga dengan segala nikmat yg tuhan berikan..

wassalam

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 3733
Posting: 58
Dari: heilbronn

germany   avatar


posticon Posting pada: 16-08-04 18:48




bertuah nyer umat Islam kalo ader ramai insan mcm Hj. Seman ni..


Bookmark and Share




  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.14888 saat. Lajunya....