Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Dari Galeri
Ahlan Wasahlan WaMarhaban Bikum...
Salam harmonis dari ana.

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Muslimah Pelajar
Topik: HanYa TuHan Yang TaHu


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, simpLe_sHida
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Pelajar
    »» HanYa TuHan Yang TaHu

Please Mendaftar To Post


Oleh HanYa TuHan Yang TaHu

nurani
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.03.2004
Ahli No: 3487
Posting: 90
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-04-04 17:00




Emm apa kata kiter sama-sama kongsi serba sedikit pengalaman yang tak dapat dilupakan dalam diari hidup kita sepanjang beberapa tahun ni… kat sini ana nak kongsi satu cerita yang memang tak dapat saya lupakan…

Berlaku pada bulan Mei 2003, sesi praktikel selama sebulan di Hospital Sakit Mental (Pusat Pelayanan Jiwa)… emm apa yang tak dapat dilupakan adalah pertama kali menjejakkan kaki ke tempat tu dan sampailah hari terakhir bertugas disitu, Hanya Tuhan Yang Tahu, bermacam perasaan dan fikiran yang bermain di kepala ni. Bayangkan lah org yg sehat mental pi duduk sama-sama dengan orang yg sakit.. he..he.. kebetulan ana ditugaskan pada bahagian Bimbingan dan Penyuluhan Rohani, bahagian medic..under student medic. Mula-mula tu memanglah rasa tak sanggup dan rasanya setiap hari tu macam lambat jer nak habis, masa berlalu begitu lambat, tak sabar nak selesai dari semua tu, tapi bila dah lama kat situ, macam2 hal juga yg dapat di ambil iktibar, walau dalam tempoh sebulan tu ana kurang sehat, ana tetap hadirkan diri untuk sesi tu, lama-lama jadi sayang jugak kat pesakit2 tu, rasa sedih dan takjub pun ada, pesakit2 itu amat perlukan perhatian dan kasih sayang, bukan cemuhan dan kata nista, alhamdulillah semuanya dapat ana lalui dengan penuh kesabaran.
Dan kesimpulannya, memang bukan satu hal yg mudah untuk menyemai sabar dan ikhlas, selama bertugas disitu ana telah banyak pelajari ttg sabar dan bagaimana nak menyemai rasa ikhlas yang sebenar2nya, Subhanallah, nikmat Allah itu amat luas pada Ummatnya, Sabar adalah separuh dari iman, dan bukan mudah untuk mendapatkan separuh dari iman tu, begitu jugak dengan ikhlas, kadang2 hal begini sering dianggap remeh, padahal untuk mendapatkan sedikit rasa ikhlas yang benar2 amatlah payah, ana bersyukur atas segala nikmat dan peluang yang dianugerahkan berupa pengalaman yang amat berharga.

Ha,, kepada teman-teman yang nak berkongsi citer dan pengalaman bolehlah teruskan.. sama-sama kita ambil iktibar.. insyaAllah.


Bookmark and Share




  Member Information For nuraniProfil   Hantar PM kepada nurani   Pergi ke nurani's Website   Quote dan BalasQuote

BAIKsss
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 3330
Posting: 113
Dari: Perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 24-04-04 03:17


..erm..betul tu nurani..saya tak penah le lagi kene pegi tempat orang sakit mental ni..tapi,saya penah la pegi buat attachment kat tempat2 lain cam sekolah kanak2 khas and yang paling lame penah pegi kat tempat skolah khas kelang.kat situ tempat kanak2 cacat mental ngan autistic children.frankly speaking,masa sebelum sy pegi tempat2 kanak2 istimewa ni,saya prejudis pada derang. rasa takut ada,cuak ada sbb ye la kan,sepanjang hidup tak penah encounter ngan makhluk istimewa ciptaan Allag camtu.first day mmg cuak sangat,lelama alhamdulillah.dah biasa. sy attachment kat situ 2 tahun mase kat kolej.
kene sesuaikan diri ngan derang n tau serbga sedikit perangai derang.kebanyakan kanak2 istimewa ni nakkan belaian dan perhatian.ade jugak yg ganas2 tu tapi tak banyak aa..yg ganas tu mmg kene keras skek,takleh nak layan sangat.kalo layan nanti naik kepala.
kesian tau tengok derang sumer,ade sorang budak tu,abang adik kakak sumer kene sakit yg sama.melayu pulak tu,mmg dugaan Allah sangat hebat pada keluarga tu,moga Allah tabahkan hati mereka semua.
kebanyakan special children ni takleh cakap so susah derang nak luahkan perasaan derang,ape yg derang nak.guna bahasa isyarat jela.pendek kata,macam2 perangai ada.ada yg dengan dunia masing2..yg attachment 2nd kat perlis ni,saya gi skolah kanak2 bisu dan pekak.alhamdulillah,dapat juga manfaat belajar bahasa isyarat kat sana.boleh la skit2 takat nak komunikasi ngan derang. budak2 tu sumer berani2,lagi bersemangat daripada kanak2 normal yg saya peratikan.ada pakat terapi kat sekolah tu untuk latih kanak2 tu bercakap.ada yg dah bersuara tapi makan masa jugak la.sebab derang malas belatih nak cakap,derang dah biasa guna bahasa isyarat,malas nak guna mulut nak cakap.ehehe susah jugak ek camni..
in a nutshell,kalo kite ada rasa takut pada makhlu tuhan yg spesel ni,jgn la rasa takut.dia makhluk Allah yg perlukan perhatian,sokongan dan kasih sayang golongan yang sempurna fizikal dan mental macam kita,insyaallah...ade ke sesape lagik yg ada pengalaman menarik nak share? ehehe kalo sy je nak tulih tak cukup page karang,ye tak nurani? ehehe


Bookmark and Share




  Member Information For BAIKsssProfil   Hantar PM kepada BAIKsss   Quote dan BalasQuote

nurani
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.03.2004
Ahli No: 3487
Posting: 90
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-04-04 15:24




Betul tu..alhamdulillah kita masih dapat berkongsi untuk manfaat bersama..moga disebalik apa yg dilalui memberi kita satu pengalaman dan ilmu yg berharga untuk kita lebih dekat pada Ilahi dalam melangkah menelusuri kehidupan kita ni..kadang2 pengalaman pahit manis boleh mengajar kita bagaimana untuk mengatur langkah dgn lebih baik..semuanya bergantung pada setaip individu untuk menafsirkan bagaimana kehidupan yg dia inginkan.. ha.. pada sahabat2 yg lain boleh lah kalau nak kongsi apa2 citer kat sini yer.. ok..


Bookmark and Share




  Member Information For nuraniProfil   Hantar PM kepada nurani   Pergi ke nurani's Website   Quote dan BalasQuote

BAIKsss
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 3330
Posting: 113
Dari: Perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 24-04-04 20:23


erm..tul2..tapikan cik nurani, saya rasa tak ramai antara kita yg berpeluang nak encounter bende2 macam ni tau.sbb selalunya kita pegi ke hospital ke atau pusat2 rawatan khas camni sebab urusan pelajaran atau kerja.bukan semua kerja cam ade attachment ngan hospital atau berkenaan dengan kesihatan ni.tapi,tak semestinya sbb keje atau study jek.maybe volunteer work ke ape ke kan..all i can say,those were valuable experiences that i would not forget,insyaallah.semoga Allah tabahkan hati saya dan kawan2 skalian yg akan menceburi bidang2 yg deal ngan manusia camni,insyaallah.

[ Posting ini telah di edit oleh: BAIKsss pada 2004-04-24 20:24 ]


Bookmark and Share




  Member Information For BAIKsssProfil   Hantar PM kepada BAIKsss   Quote dan BalasQuote

nurani
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.03.2004
Ahli No: 3487
Posting: 90
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-04-04 02:04




Memang tak ramai yg berada dalam lapangan ni..pengalaman kita pasti berbeza..dunia yg kita pernah lalui ni..mmg banyak cabaran dan tak semua yg hadapinya..
tapi setiap org pasti ada pengalaman yg mengajar sesuatu.. dari situlah kita sama2 berkongsi manfaatnya..


Bookmark and Share




  Member Information For nuraniProfil   Hantar PM kepada nurani   Pergi ke nurani's Website   Quote dan BalasQuote

bidayahtul
WARGA RASMI
Menyertai: 21.04.2004
Ahli No: 3634
Posting: 12
Dari: Marang

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-05-04 09:49


sayepun penah gak g kat wad pesakit mental..kesian kt dorg..bile tanye kenapa duk kt cni,dorg ckp,mak dorg anta!!die suke main airlahh dan macm2 lgla..yang plg sedih, ade gak dorg ckap, husband dorg curanggg!!!dapat anak lain.. mengalir air mate dengar rintihan dorag.... syukurlah dengan ape yang ade pd kite ni yek!!!


Bookmark and Share




  Member Information For bidayahtulProfil   Hantar PM kepada bidayahtul   Pergi ke bidayahtul's Website   Quote dan BalasQuote

annisak
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.05.2003
Ahli No: 1059
Posting: 96

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-06-04 14:45


Quote:
Dan kesimpulannya, memang bukan satu hal yg mudah untuk menyemai sabar dan ikhlas, selama bertugas disitu ana telah banyak pelajari ttg sabar dan bagaimana nak menyemai rasa ikhlas yang sebenar2nya, Subhanallah, nikmat Allah itu amat luas pada Ummatnya, Sabar adalah separuh dari iman, dan bukan mudah untuk mendapatkan separuh dari iman tu, begitu jugak dengan ikhlas, kadang2 hal begini sering dianggap remeh, padahal untuk mendapatkan sedikit rasa ikhlas yang benar2 amatlah payah, ana bersyukur atas segala nikmat dan peluang yang dianugerahkan berupa pengalaman yang amat berharga.



betul tue...pengalaman mmg byk mengajar kiterkan..orang yg bijak adalah org yg belajar dari pgalaman diri dan org yg lebih bijak ialah org yg belajar dari pgalamn org lain..Mmg sukarkan kita nak membentuk sifat mahmudah dalam diri kita..Bila dah terbentuk barulah terasa manisnya dan disitulah terletaknya jihad kita utk menjaganyaa..pgalaman nti itu benar2 menyentuh diri ana..sungguh beruntung org2 yg bila dianugerahi ujian oleh Allah maka ia bersyukur malah ditambah keimanan..moga nti akan terus dipelihara dgn hidayah oleh Allah..


Bookmark and Share




  Member Information For annisakProfil   Hantar PM kepada annisak   Pergi ke annisak's Website   Quote dan BalasQuote

DiAnAh
WARGA RASMI
Menyertai: 11.06.2004
Ahli No: 3879
Posting: 19
Dari: JoHoR BaHrU

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 02:28


Quote:

kebanyakan special children ni takleh cakap so susah derang nak luahkan perasaan derang,ape yg derang nak.guna bahasa isyarat jela.pendek kata,macam2 perangai ada.ada yg dengan dunia masing2..yg attachment 2nd kat perlis ni,saya gi skolah kanak2 bisu dan pekak.alhamdulillah,dapat juga manfaat belajar bahasa isyarat kat sana.boleh la skit2 takat nak komunikasi ngan derang. budak2 tu sumer berani2,lagi bersemangat daripada kanak2 normal yg saya peratikan.ada pakat terapi kat sekolah tu untuk latih kanak2 tu bercakap.ada yg dah bersuara tapi makan masa jugak la.sebab derang malas belatih nak cakap,derang dah biasa guna bahasa isyarat,malas nak guna mulut nak cakap.



..bagi bunga

trimas kerana amik berat tentang special children,ana pun special children(hilang deria dengar mujur ader suara mcm insan normal jugak).ana akui mereka payah nk meluahkan perasahan mereka pader saper2 bergantung pader mereka untuk meluahkanyer atau sebaliknyer...kadangkala sikap mereka sukar nak fahami itulah mereka lebih selesa dalam keadaan begini.....masing2 ader peranan sendiri..

biarlah ana citer sikit pengalaman tabir idup daripada mereka,sekadar meluahkan aper belum pernah dengar tentang masalah special children,mari same2lah mengambil iktibar tentang manusia akhir zaman nier..nilai-nilai kasih-sayang makin berkurangan.......

kisah idupnyer hanya tuhan yang tahu.ana terkilan mane perginyer perasahan kasih sayang seorang ibu beragama islam tetiba melahirkan anak special children sehingga takut menyentuhnyer,membelai,menyusu dan sepatutnyer aper yang perlu di buat oleh seorang ibu itu..manakala ayahnyer pulak murah hati memberi penjagaan sepenuhnyer lalu berkahwin dengan perempuan lain yang sanggup menjaganyer.namun takdir Allah S.w.t mengatasi segalanyer ayahnyer telah ke rahmatullah ketika dier berumur 3 thn,tinggallah dier bersama2 mak tiri dier di perak.saudara-mare/sepupu jarang amik tahu hal itu sekadar jadi pemerhati jer,nauzubillah....
sejak lahir dier tak penah melihat wajah mak kandungnyer&adik beradik dier yang menetap di melaka,apakah dosa dier tergamak mak kandung dier dan adik beradik dier sisihkan dier hanya kerana dier special children,bayangkan perasahan dier selama 23 tahun itu (usia dier sekarang)yang ketandusan kasih sayang,kadangkala dier berperang dengan penyakit jatung mak tiri dier......kalo ana berada tempat dier ana tak setabah dier..dari raut wajah dier itu memang murah dengan senyuman/ceria/bahagia tapi sebalik senyuman itu tersembunyi satu dugaan yang dier tak mampu hadapinyer...............kesudahannyer hanya tuhan yang tahu.

wassalam..


Bookmark and Share




  Member Information For DiAnAhProfil   Hantar PM kepada DiAnAh   Pergi ke DiAnAh's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.055581 saat. Lajunya....