Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-03-2023  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Zuhud yang terbaik ialah zuhud yang disembunyikan
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 4
Ahli: 0
Jumlah: 4




  Dari Galeri
gambar ni amik kat depan umah makcik nye kawan.

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 86 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: ANALISIS PILIHANRAYA DI TERENGGANU: BOGELA UMNO TERSERLAH


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» ANALISIS PILIHANRAYA DI TERENGGANU: BOGELA UMNO TERSERLAH

Please Mendaftar To Post


Oleh ANALISIS PILIHANRAYA DI TERENGGANU: BOGELA UMNO TERSERLAH

Minahsufi
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.03.2004
Ahli No: 3460
Posting: 29
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-03-04 00:07


ANALISIS PILIHANRAYA DI TERENGGANU: BOGELA UMNO TERSERLAH


Pilihanraya 2004 disifatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat sebagai korup, tidak adil dan terkotor. SPR secara terang menjadi alat memenangkan parti pemerintah. Hampir setiap malam pengerusi SPR bercakap di tv semacam berkempen untuk pemerintah dan mengugut parti oposisi. Di selangor berlaku kontroversi dimana pengundi berada di kawasan yang berlainan terpaksa mengundi di kawasan yang lain daripada pendaftaran mereka. Contoh yang pada tahun 1999 mengundi di kajang terpaksa mengundi di KL pada tahun 2004. SPR telah mengambil tindakan melanjut masa mengundi sedangkan mood pengundi telah berkurang ekoran keletihan. Di perak dan kedah, kawasan majoriti melayu sanggup memilih calon cina......begitulah kuasa rakyat. Begitu juga persempadanan semula bertujuan memenangkan parti pemerintah
Kemenangan umno di Terengganu dengan cara paling kotor, korup dan politik wang. Kemenangan umno bermula dua hari sebelum mengundi. Dua malam sebelum mengundi, pengikut UMNO memulakan perarakan bermotor sehingga menampakkan negeri ini mereka punya. kekalahan PAS di Terengganu disebabkan beberapa faktor; faktor paling agung adalah pengundi hantu....umno melakukan secara terancang dan bijaksana. Pengundi hantu diangkut dengan bas dan van kecil... pas tidak dapat berbuat apa-apa jika mereka menahan pengundi hantu....kerana mereka didaftarkan di kawasan itu tetapi mereka berasal daripada luar kawasan termasuk dari luar terengganu. Mereka dibayar untuk berdaftar di kawasan ini....ini teknik terancang parti UMNO mengalih pengundi seperti mana mereka mengalih DUN majoriti mereka ke dalam parlimen yang mereka lemah. Contoh Pekan dan Baling.... semua ini dilakukan dengan saluran perundangan......negara diktaktor melalui lunas perundangan. Ayah seorang sahabat saya menceritakan mereka mengikuti sebuah trak yang membeli banyak makanan dari sebuah pasar. Trak ini membekalkan makanan kepada pengundi hantu...orang PAS telah berkumpul di depan IKBN dan balai Bomba wakaf tapai....tetapi polis telah menghalang mereka.
Umno cukup terancang dan bijaksana....proses penghantaran pulang pengundi hantu bersama2 dengan kepulangan dan pemergian peserta khidmat negara...diantara bas khidmat negara terdapat bas orang diduduki oleh orang dewasa....SPR telah berlaku tidak adil dengan memperkenalkan nombor siri dan sistem saluran.....mungkin memudahkan SPR tetapi tujuan untuk memenangkan umno....ajk spr adalah orang umno.....setiap kertas pengundi ditulis nombor siri dan nombor siri pengundi ditulis pada sebahagian kertas pengundian yang dimiliki oleh spr. Jadi spr mengetahui parti pilihan seseorang dan sekaligus membuat kiraan berapa jumlah undi yang diperlu oleh umno untuk menang....pengundi hantu telah menyudahi tugasnya sebelum jam 10 pagi.....selepas itu berduyun-duyun pengundi lain datang.......jumlah pengundi hantu boleh dikesan jika kita nisbah dengan kadar kelahiran di sesetengah kawasan.....satu kehairanan jika jumlah pengundi melebihi jumlah kelahiran bagi sesuatu tahun mengikut saluran pengundian.
Di pengkalan berangan ditemui kertas undi yang sudah ditanda umno, jika ditanda pas....ia akan menjadi undi rosak. Umno telah merasuah wang kepada rakyat terengganu sejak 4 tahun yang lain. Pengundi muda dibayar RM 200 dan ada keluarga mendapat RM600....kebanyakan terengganu telah diugut dengan wang sehingga berjaya mengadaikan maruah sesetengah daripada mereka. Memang nilai orang melayu suka berbudi, cepat simpati dan cepat termakan budi tetapi jangan sampai tergadai maruah....ambil duit kerana kemiskinan tetapi pangkahlah demi maruah kita.... Sesiapa yang memasang bendera atau menampal gambar pak lah di depan rumah akan dibayar dengan jumlah tertentu.....umno mengajar rakyat dengan kebendaan....dan politik wang.......rakyat dibelanja makan dengan mewah...satay...laksa.....kenduri lauk daging lembu....sebelum dan semasa penamaan calon......berapa kos dan dari mana duit mereka dapat??.....hampir pilihanraya umno menggunakan jentera kerajaan....bukan setakat media massa tetapi majlis pembahagian rumah murah...rasmi sekolah......oleh perdana menteri......sedangkan jawatan beliau adalah pemangku pm.....rakyat ingat umno yang berikan rumah murah padahal itu duit kerajaan....satu perancangan untuk memperbodohkan rakyat terutamanya bangsa Melayu yang tersedia bodoh.
Puteri umno telah melaungkan kemenangan jam 10 pagi di sesetengah tempat.....tidak dinafikan umno bekerja keras untuk menang sejak 4 tahun lalu.....dengan duit.....dengan ugutan.....dan jentera kerajaan.....puteri umno antara golongan pelaksana paling berjasa terutamanya kempen rumah ke rumah........ini hasil kerja kuat mereka......Islam hadhari adalah Islam klon dan kosmetik sahaja......isteri seorang perdana menteri dipeluk dan dicium oleh orang lain pada malam pengiraan undi........datuk dan ayah....pak lah tak ajar beliau tentang haram dan halal ke??? Atau tak cukup ilmu semasa belajar pengajian Islam di UM pada masa silam. Rakyat boleh lihat.....perkara hala dan haram diadunkan bersama sehingga haru biru umat Islam.
Pas sebuah legasi baru yang mendapat kuasa ada kelemahannya......mereka tidak biasa memegang kuasa........ada yang bercakap takabur.....lagak berkuasa.....mereka tidak terbiasa dengan kuasa dan baru belajar. walau bagaimanapun mereka redha dengan kekalahan tetapi biarlah dengan adil.....kebenaran dan keadilan akan terbukti......kita akan lihat kerajaan BN menyelesaikan masalah hudud....masalah royalti.....kekalahan ini adalah satu rahmat......dan satu proses muhasabah..jangan percaya khabar angin yang disebar...ejen SB sedia melakukan provokasi..pilihanraya ini cukup teruk bagi golongan yang berfikir dan mencintai keadilan serta kebenaran.....nampak bogela umno yang jijik dan memualkan..

p/s: artikel di atas bukan emosional tetapi ingin menonjolkan kejijikan parti pemerintah yang rakus untuk menang.....

mamat.com
[email protected]
27.3.04






Bookmark and Share




  Member Information For MinahsufiProfil   Hantar PM kepada Minahsufi   Quote dan BalasQuote

BAIKsss
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 3330
Posting: 113
Dari: Perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 28-03-04 00:43


Quote:

Umno telah merasuah wang kepada rakyat terengganu sejak 4 tahun yang lain. Pengundi muda dibayar RM 200 dan ada keluarga mendapat RM600....kebanyakan terengganu telah diugut dengan wang sehingga berjaya mengadaikan maruah sesetengah daripada mereka. Memang nilai orang melayu suka berbudi, cepat simpati dan cepat termakan budi tetapi jangan sampai tergadai maruah....ambil duit kerana kemiskinan tetapi pangkahlah demi maruah kita....



ref:utusan malaysia online,28 Mac 2004,ruangan FORUM-RAKYAT TGANU MENUNGGU JANJI DIKOTA by Mhd Sidki Hasan

Quote:

Rakyat dahagakan pembaharuan termasuk pendidikan dan ekonomi. Mereka dahagakan peluang pekerjaan dan ingin turut serta menyumbang ke arah peningkatan taraf kehidupan dan keselesaan.

Selama empat tahun, mereka terpaksa mengetepikan maruah dan harga diri dengan terpaksa menerima bantuan wang ihsan RM300. Jika ada pilihan dan peluang bekerja, tidak tergamak mereka menerima wang percuma berkenaan kerana mereka sihat tubuh badan.

Namun memikirkan jika tidak menerima wang berkenaan anak tidak mampu ke sekolah dan sambutan Aidilfitri anak-anak akan muram, mereka tiada pilihan lain kecuali menerima dengan perasaan terhina. Nilai rakyat Terengganu bukanlah serendah RM300 setahun.

Hakikat ini gagal difahami oleh Pas. Sebaliknya mereka menghina rakyat Terengganu kerana kononnya sanggup menggadai maruah semata-mata kerana RM300 tersebut. Penghinaan tersebut sering dilontarkan dari mimbar-mimbar masjid termasuk khutbah sembahyang hari raya. Bayangkan betapa tersayat perasaan mereka.




p/s - mana satu betul ni.....??!! saya cukup tak paham dengan penganalisis2 politik yang kekadang entahkan betul entahkan idak nih.cukup memeningkan kepala orang.dengar kawan tu citer lain,dengar kawan ni citer lain. nasib baik ada 2 telinga,buleh dengar dua2 bahagian,buruk dan baik.terpulanglah kepada individu untuk menilai..wallahualambissawab


[ Posting ini telah di edit oleh: BAIKsss pada 2004-03-28 00:45 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: BAIKsss pada 2004-03-28 00:52 ]


Bookmark and Share




  Member Information For BAIKsssProfil   Hantar PM kepada BAIKsss   Quote dan BalasQuote

swounty
WARGA RASMI
Menyertai: 05.03.2004
Ahli No: 3372
Posting: 3

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-03-04 08:40



(1) Celakalah orang-orang yang curang,
(2) Mereka yang apabila menerima timbangan manusia mohon dipenuhkan
(3) Apabila mereka menimbang mereka kurangkan.
Al-Muthafifin

Siapa menipu dalam pilihanraya kemudian kalah,
padan muka.

Siapa menipu dan menang
dia maka dia mendapat hasil yang haram untuk lima tahun lagi.
kecuali dia lepaskan kemenangannya
kecuali dia taubat tidak buat lagi
kecuali dia jadi gila
kecuali dia mati
kecuali negara dijajah semula
kecuali hari kiamat tiba
sehinggalah piliharaya berikutnya.

Siapa yang benar tetapi kalah,
teruskan dalam kebanaran dan bersabar.
Dunia bukan tempat mendapat ganjaran sepenuhnya.
Entah-entah pahala penipu akan ditarik untuk bayar penipuannya.
Dia buat pelbagai kebaikan tetapi pahalanya orang lain yang dapat.

Siapa yang benar dan menang.
Jangan lupa Tuhan.
Jangan jadi tuhan.
Jaga amanah, jaga janji.
Tangungjawab bukanlah kenikmatan.

Tidak kata sesiapa,
umum sahaja,
jika ada yang terasa.

Wan Hasbullah

_ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _
taken from islah-net


Bookmark and Share




  Member Information For swountyProfil   Hantar PM kepada swounty   Quote dan BalasQuote

Minahsufi
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.03.2004
Ahli No: 3460
Posting: 29
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-03-04 01:16


saudari harus fikirlah......antara wartawan upahan dengan orang bersama terlibat dengan politik terengganu....saya rasa mamat.com sebagai rakyat terengganu hadam dengan persoalan ini....ceritanya berdasarkan pengalamannya....
jangan fanatik tetapi minta hidayah Ilahi

minahsufi


Bookmark and Share




  Member Information For MinahsufiProfil   Hantar PM kepada Minahsufi   Quote dan BalasQuote

eja_sutera84
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 11.03.2004
Ahli No: 3407
Posting: 44
Dari: kota tinggi

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-03-04 22:39


ooo macam tue ke....

-----------------
Dengan Cinta Kenal Pencipta
Dengan Cinta Kenal Rasulnya
Kerana Cinta Kenal Saudara
Bahagia Keluarga
Oh ...Indahnya Cinta


Bookmark and Share




  Member Information For eja_sutera84Profil   Hantar PM kepada eja_sutera84   Pergi ke eja_sutera84's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.381906 saat. Lajunya....