Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal.

-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Dari Galeri
Ukhuwwah Fillah mahabbah warahhamah mardhatillah

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Muslimah Kerjaya
Topik: Tatacara menghadiri temuduga


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Kerjaya
    »» Tatacara menghadiri temuduga

Please Mendaftar To Post


Oleh Tatacara menghadiri temuduga

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-03-04 10:12




1. Apakah temuduga
Proses awal sebelum seseorang diterima berkhidmat atau diserap ke dalam sesuatu jawatan.

2. Pendahuluan
Temuduga adalah 1 masa yg sangat penting di dalam usaha untuk mencari sesuatu pekerjaan. Wajah anda, keperibadian anda, gaya anda dan pertuturan anda di samping kelayakan, kebolehan dan latihan anda akan menjadi faktor-faktor penting di masa anda menghadiri sesuatu temuduga.

Aspek temuduga
Terdapat 2 aspek mustahak mengenai temuduga:

1. Persediaan
2. Tingkahlaku semasa temuduga

p/s: kedua-dua aspek ini akan dibincangkan secara lanjut nanti.
wassalam


-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

fatimah2209
WARGA RASMI
Menyertai: 27.03.2004
Ahli No: 3481
Posting: 3
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-03-04 14:11


assalamualaikum...

cepatlah lin, apa aspek2xnya, akak nak p temuduga 31/3 nie...akak pernah gak p temuduga beberapa kali tapi tu sekadar prasyarat shj, mmg confirm akak diterima...kali ini kecut gak walaupun dpt sokongan penuh bos lin n bos akak...

wassalam

-----------------
Hanya Redha Allah jua yang kuharapkan


Bookmark and Share




  Member Information For fatimah2209Profil   Hantar PM kepada fatimah2209   Quote dan BalasQuote

nur_islami
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-03-04 14:58




safa doakan semoga kak zah berjaya dlm temuduga tu nanti..

temuduga apa tu kak zah?

bagus gak ei..kak lin posting pasal temuduga ni..leh la safa copy paste ni.mana tau pas ni safa kena temuduga....



-----------------
tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr


Bookmark and Share




  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-03-04 15:05




sabarlah akak.. pagi tadi busy sikit tu yg tak dapat nak sambung sampai habis. ok.. ana sambung lagi yea..

* * * * * *
Persediaan

1. Selidik seberapa banyak yg dapat tentang pekerjaan yg anda pohon itu. Sumber2 yg boleh membantu anda ialah:
* guru2 kerjaya di sekolah
* Kaunselor kerjaya
* Pegawai Bimbingan Kerjaya di Perkhidmatan Pekerjaan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.
* Mereka yg bekerja di dalam pekerjaan yg dipohon.
* Bahan2 penerangan kerjaya yg boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.
* Ibubapa, saudara mara dan rakan.

2. Selidik samada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan2 lain sebagaimana yg dikehendaki bagi pekerjaan yg anda pohon itu. Jgn semata2 bergantung kepada nasib.

3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yg berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yg berkaitan ataupun diberi 1 ujian utk menilai pengalaman, kemahiran, sikap serta kecekapan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara2 berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI2 DATANG LAMBAT.

5. Anda pakailah pakaian yg sesuai, kemas dan bersih. Jangan memakai pakaian yg terlampau berwarna-warni atau menjolok mata, berselipar, menggunakan minyak wangi dan alat solek yg berlebihan.

6. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi lelaki. Bagi perempuan, hendaklah kelihatan kemas. Kasut anda hendaklah bersih.

7. Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikanlah pemohonan anda itu mengandungi segala butir2 yg tertentu seperti yg dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan2 dgn iklan dan kandungan suran pemohonan anda itu.

8. Bawalah bersama2 anda sijil2 asal sekolah dan universiti, dokumen2 asal dan surat akuan asal utk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen2 ini mengikut susunan yg dikehendaki dan janganlah digulung. Adalah dicadangkan dokumen yg terbaru diletakkan di hadapan.

9. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah denganhati yang tenang serta penuh yakin.

10. Sediakan nama dan lain2 butir mengenai 2 orang yang benar2 mengenali anda tetapi bukan saudara-mara anda, yg akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

p/s: ada lagi 1 bahagian... jap lagi sambung..nak berehat sebentar bersama kit kat heheh..
wassalam

-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

fatimah2209
WARGA RASMI
Menyertai: 27.03.2004
Ahli No: 3481
Posting: 3
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-03-04 15:40


assalamualaikum...

thanks safa...p temuduga tuk dptkan biasiswa sambung blaja...harap2x berjaya...

walaupun bukan nak minta keja tapi mmg leh apply juga petua yang lin bagi nie...thanks lin, info ni memang bagus, boleh simpan tuk kegunaan masa depan...

safa...nanti pm kat akak nama2x Ajk kita tu tak sempat salin lah aritu, ukhwah tengah ade masalah server skrg nie...tlg yer..thanks...

-----------------
Hanya Redha Allah jua yang kuharapkan


Bookmark and Share




  Member Information For fatimah2209Profil   Hantar PM kepada fatimah2209   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-03-04 17:48




ok.. ana akan sambung bahagian akhir mengenai "tatacara menghadiri temuduga". moga ianya membawa manfaat kepada semua ahli komuniti muslimah ni.

* * * * *
Tingkahlaku semasa temuduga

1. Semasa hendask masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "selamat pagi" atau "selamat petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.

2. Janganlah hulurkan tangan anda utk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat grakan dahulu yg ianya hendak berbuat demikian. Jelaskan kepada penemuduga prinsip anda jika anda tidak mahu berjabat tangan dengannya.

3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dgn sempurna serta tegakkan badan.

4. Jangan anda cuba hendak mengalihkan kerusi yg disediakan itu.

5. Jangan anda letakkan barang2 atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.

6. Jangan goyang2kan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat2 dan lain2 kertas di atas meja penemuduga itu.

7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

8. Janganlah anda menjawab soalan2 dgn tergopoh-gapah. sebaliknya jawablah dgn tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yg anda beri itu hendaklah tepat. Anda tidak harus bercakap panjang lebar dan menggunakan bahasa kasar.

9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli2 panel yg menemuduga itu lebih drpd seorang maka arahkan jawapan2 anda kepada Ketua Panel. Beliau biasanya individu yg duduk di tengah.

10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yg tertentu dari masa ke semasa tetapi jgnlah selalu menggunakannya.

11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedasng bercakap dang jgn sekali-kali berbalah dgnnya.

12. Jangan merokok atau mengunyah apa2 di dalam mulut.

13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata2 yg tidak benar semasa dlm temuduga. Jika anda berbohong, anda akan terjerat akhirnya.

14. Jika anda tidak tahu jawapan yg disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus-terang yg anda tidak tahu jawapannya.

15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dari apa yg sepatutnya.

16, Jangan berbincang apa2 masalah peribadi anda semasa temuduga.

17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dgn ringkas dan tepat berkenaan dgn pekerjaan.

18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.

19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yg benar, tetapi janganlah membesar2kan perkara itu.

20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas2 yg bersabit dgn pekerjaan itu, masa yg dijangka kena bekerja dan gajinya yg dibayar pada permulaan.

21. Bersedialah utk memberitahu kadar gaji yg anda inign. W/bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.

22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yg sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh dtg lagi ke pejabatnya utk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yg sesuai baginya.

23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

24. Anda boleh meminta kebenaranutk menanyakan beberapa soalan. Temuduga merupakan komunikasi 2 hala.

25. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu. Nyatakan harapan andaagar diberi peluang utk bekerja di organisasi tersebut.

p/s: moga kak zah/fatimah berjaya dlm interview tu nanti..
wassalam

-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
{ SRIKANDI }
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 875
Posting: 253
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 23-07-04 11:11



Terima kasih banyak-banyak untuk tips-tips temuduga tu memang penting sangat.

Macam mana ye nak atasi masalah gemuruh masa interview? Saya dah banyak kali jugak pergi interview, tapi mesti malam sebelum interview tu dah resah gelisah, nervous jangan cerita laa....hehe....susah betul nak kontrol perasaan ni...memang selalu nak pergi interview je, mesti nervous breakdown..... Nanti cakap pun tersekat-sekat....panik abis...sabar je laa...


Bookmark and Share




  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-08-04 17:09


Quote:

On 2004-07-23 11:11, hajidah_aiman wrote:
Macam mana ye nak atasi masalah gemuruh masa interview?


Tip mengurangkan gemuruh ketika temuduga
***************************************
GEMBIRA dan panik menyerang anda sekaligus, ketika surat panggilan temuduga sampai ke tangan anda.

Seterusnya, anda berfikir, baju apa yang patut dipakai, apa yang perlu dijawab ketika sesi temuduga, bolehkah anda melakukan kerja tersebut, atau bolehkah anda meyakinkan bakal majikan supaya menerima anda?

Jangan bimbang. Ana berikan beberapa tips untuk mengatasi kebimbangan anda.

Temuduga adalah asas pemilihan pekerja. Anda menghantar borang permohonan, dipanggil untuk sesi temuduga dan sekarang terpulang kepada anda untuk memberikan keyakinan kepada bakal majikan anda.

Jika anda berjaya melepasi temuduga tersebut, bermakna anda akan berjaya melepasi temuduga kedua dan seterusnya sehingga anda diterima bekerja.

Berjaya beroleh panggilan temuduga bererti anda berada di pertengahan jalan dalam usaha mendapatkan kerjaya idaman.

Para penemuduga sebenarnya mengharapkan kejayaan anda kerana mereka benar-benar berharap anda akan mengisi kekosongan di syarikat mereka.

Temuduga bukan suatu penyiasatan seperti polis menyoal pesalah. Berkelakuan seperti orang dewasa, bukan mangsa.

Penemuduga sendiri bukanlah orang yang sempurna. Jika anda melakukan kesilapan, lupakan hal itu dan teruskan langkah.

Untuk berjaya dalam sesi temuduga, anda harus memahami emosi dan keadaan semulajadi. Bagaimana anda mengatasinya sama penting dengan apa yang anda katakan.

Persediaan Mental
***************
*Persediaan adalah kunci kejayaan.

*Pastikan anda tahu apa yang akan ditawarkan kepada majikan.

*Pastikan anda tahu apa yang dikehendaki bakal majikan.

*Dapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut.

*Kenalpasti soalan yang bakal ditanya dalam sesi temuduga.

*Siapkan diri sendiri, berfikiran positif, bersemangat, semulajadi dan jujur.

Umumnya dalam sesi temuduga, pemohon akan ditanya soalan yang hampir serupa dan ia akan dinilai berdasarkan kriteria pekerjaan yang dipohon.

Jadi berusahalah untuk memenuhi kriteria yang dikehendaki dan bersedia menjangkakan soalan yang bakal dikemukakan.

Jika anda berhadapan dengan panel penemuduga yang terdiri daripada dua atau lebih penemuduga, jangan panik.

Bersikap tenang dan ini akan memudahkan panel penemuduga berkomunikasi dengan anda.

p/s:pernah ditanya soalan tak relevan semasa temuduga dulu..
wassalam

-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.321384 saat. Lajunya....