Pembaziran duit melalui SMS Untuk perhatian dan renungan semua pengguna telefon mudah alih
Semua tahu perkembangan dan pembangunan pesat sistem telefon mudah alih terutama semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Kalau dulu penggunaan alat komunikasi canggih ini hanya terbatas kepada golongan tertentu dan hanya terbatas kepada membuat panggilan dan menerima panggilan sahaja.
Tapi kini kecanggihannya telah melebihi jangkaan banyak daripada kita. Daripada golongan berjawatan tinggi hingga kepada pelajar2 sekolah,
kebanyakanya memiliki dan melanggan perkhidmatan komunikasi mudah alih ini. Tidak hairan lah kalau syarikat2 pengendali sperti MAXIS, CELCOM, DIGI, TM TOUCH dan lain2 meletakan sasaran 1 atau 2 juta pelanggan baru setiap tahun.
Apa yang cuba saya sampaikan sebenarnya adalah apa yang dipanggil
"Value added" service sperti Sistem pesanan ringkas (SMS), Sistem pesanan Multimedia (MMS) dan bermacam2 lagi. Memang tidak dinafikan perkhidmatan nilai tambah seperti ini memang banyak kebaikannya, tapi sedarkah kita sebagai pengguna sekalian disebalik faedah yang terbit hasil dari wujudnya perkhidmatan seperti ini tidak kurang juga dari kita yang terus menerus membazir dalam membelanjakan wang kita.
Sebagai contoh paling nyata;
Kebelakangan ini kita secara tidak sedar terlalu banyak disogok dengan iklan2 dimedia2 tempatan yang menggalakan kita supaya menyertai
pelbagai jenis permainan yang melibatkan SMS spt, Download ring tone, logo dan yang paling terbaru ialah kuiz SMS. Persoalannya adakah benda2 ini semua memberikan nilai tambah kepada kita sebagai pengguna.
Statistik dibawah mungkin dapat mengajar kita bahawa kita ini terlalu
suka membazir tanpa berfikir panjang:
Salah satu Kuiz SMS yang dilancarkan oleh satu daripada syarikat pengendali telefon mudahalih baru2 ini telah menunjukkan keputusan seperti dibawah yang diumumkan sendiri oleh syarikat terbabit melalui suratkhabar tempatan:
Hadiah utama yg ditawarkan :
Proton Satria GTI bernilai RM 68,000.00
Hadiah Kedua :
Proton Wira 1.3 GL bernilai RM 43,000.00
Hadiah2 Saguhati :
Keseluruhannya bernilai RM 10,000.00
Caj SMS :
15 sen utk setiap SMS yg dihantar
50 sen utk setiap Jawapan yang diterima
Sambutan dari public :
Sebanyak 10 juta SMS diterima dari pelanggan ( Kita semua la tu)
Secara tak langsung bermakna 10 juta juga jawapan yg dihantar balik kepada pelanggan.
Pendapatan kasar syarikat pengendali :
15 sen X 10 juta SMS = RM 1.5 juta (utk SMS yg dihantar)
50 sen X 10 juta SMS = RM 5 juta (utk setiap jawapan yg diterima)
Pungutan keseluruhan :
RM 6.5 Juta ( Dalam masa seminggu kerana kuiz ini dibuka hanya seminggu)
Pendapatan bersih syarikat pengendali :
RM 6.5 juta - RM 121, 000.00 (Nilai hadiah)
=
RM 6.379 juta seminggu.....WOW!!!!!
Ini baru utk satu KUIZ.. dalam pengamatan saya dlm sehari entah berapa jenis KUIZ SMS yang berada dipasaran sekarang, ini belum termasuk lagi UNDIAN SMS yang sering terpapar kat kaca TV serta penghantar SMS terbanyak..
Tidak hairanlah kalau T. Ananda Krishnan berada dalam kelompok tiga teratas rakyat Malaysia terkaya setiap tahun. KITA semualah yang menyumbang kepadanya.
Jadi renungkanlah. Semoga kita semuanya tidak terus menjadi masyarakt yg suka membazir.
p/s: membazir itu kawan syaitan..
wassalam

-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..