Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-01-2023  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,B ANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 6
Ahli: 0
Jumlah: 6




  Dari Galeri
Assalammualaikum buat kekanda2 n adinda2 sekalian ...Salam Aidilfitri buat semua semoga berbahagia hendaknya(^o^)/v

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 30 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: Pimpinlah rumahtangga ke arah syurga


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Pimpinlah rumahtangga ke arah syurga

Please Mendaftar To Post


Oleh Pimpinlah rumahtangga ke arah syurga

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 11-03-04 12:53


Pimpinlah rumahtangga ke arah syurga

Fahamilah,

Kehidupan adalah pelayaran menuju ke destinasi yang abadi.Jika dahulu
kamu
belayar sendirian,kini kamu berdua dalam pelayaran untuk mengharungi
badai
gelombang yang merbahaya dan ganas ini.Ramai yang tersungkur lantaran
terpukau dengan cahaya sang suria dan keindahan wajah bulan serta
kerdipan
sang bintang.Mereka leka,sedang yang menunggu mereka adalah kehidupan
yang
amat panjang dan tidak diketahui untung nasib mereka.Janganlah kamu
hidup
seperti mereka, menjadikan hawa nafsu sebagai raja lalu hati menjadi
gelap
sehingga tertutup ia dari pancaran Nur Allah yang terang dan nyata.Apakah

pentingnya hidup ini bagimu jika kehidupan dipenuhi dengan impian yang
palsu,amalan-amalan yang batil,hidup dengan ketawa keriangan,dan airmata

dititis kerana dunia.

Fahamilah,

Tiada keindahan hidup ini jika amanah Allah tidak didahulukan.Amanah
Allah
adalah Agamanya.Hidup bukannya untuk mengutamakan nafsu perut dan
kepuasan
yang membutakan,tetapi hidup adalah ujian kesetiaan diri dengan Tuhan,
hidup
adalah untuk mendahulukan ajaran-Nya bukan ajaran nafsumu dan syaitan.

Sahabatku yang dikasihi,

Kini engkau melangkah ke dunia baru,dunia kepimpinan,dunia yang diujikan

kepadamu seorang yang bernama wanita.Dia mempunyai sifat dan citarasa
yang
berlainan denganmu,halus perasaannya dengan satu harapan dan impian.
Bimbinglah tangannya ke syurga JANNAH.Temukan ia dengan Tuhannya,temukan
ia
dengan Nabinya,temukan ia dengan hamba-hamba yang bertaQwa.Peliharalah
ia
baik-baik kerana ia adalah hadiah dari Tuhanmu,jangan terlalu keras dan
jangan terlalu lembut. Bertegaslah kamu dalam urusan akhirat dan
berlemah
lembutlah kamu dalam urusan dunianya. Isterimu adalah bakal menjadi ibu
kepada anak-anakmu,sempurna engkau mendidiknya,nescaya sempurnalah
anak-anakmu,sumbang engkau mendidiknya,sumbanglah anak-anakmu.

Tidak ada yang menemukan perkahwinan kamu ini melainkan dakwah yang
menemukannya. Persiapkanlah dirimu dan isterimu dengan ilmu dan amal
agar
setiap langkah perjalanan tersusun indah dan perkasa.Orang lelaki
beriman
adalah impian setiap wanita yang baik,ia adalah lambang kekuatan dan
kegigihan,ia adalah lambang pelindung dan penghibur.Bentuklah ia
mengikut
acuan yang kamu inginkan dengan kasih sayang dan ingatlah,menyalahkan
kesalahan isteri apabila kamu bersalah adalah melambangkan kelemahan
peribadimu.Jadikanlah dirimu tiang yang kukuh untuk isterimu berpaut
ketika
ujian dan masalah menimpa rumahtanggamu.Jangan engkau tonjolkan
kesusahanmu
kerana isterimu tidak mampu bergembira jika engkau bersedih.Isterimu
adalah
teman yang terbaik dan yang paling dipercayai.

Wahai Kaum Hawa yang dikasihi,

Kini engkau melangkah ke alam dewasa.Dewasakanlah pemikiran dan jiwamu.
Suami adalah hadiah dari Tuhanmu,syurga adalah dibawah keredhaannya.
Bermujahadahlah terhadap nafsumu untuk melayaninya dengan baik dengan
senjata kasih sayang.Di akhir zaman ini amat sedikit wanita yang solehah

sehingga Nabi bersabda umatnya yang paling ramai ke neraka adalah di
kalangan wanita. Nekadlah dirimu,tundukkan khayalanmu,keredhaan Tuhan
yang
dicari dengan berwasilah keredhaan suamimu.Janganlah kamu layannya
seperti
kawanmu atau saudaramu atau keluargamu,ia adalah lebih dari mereka.Hidupmu

kini bukannya untuk menyukakan hati keluarga dan saudaramu tetapi adalah
untuk suamimu,ia amat berat tetapi itulah jalan ke syurga.

Hati yang mantap imannya akan merasai manis dengan ujian dan merasa
sengsara
dengan nafsu. Wanita yang solehah adalah wanita yang suaminya merasai
puas
hati terhadap layanannya.Janganlah kamu angkuh dengan layananmu kerana
belum
tentu suami menyukainya.Hidupmu kini memasuki pelajaran yang baru iaitu
pelajaran mengenali suami,apa yang ia suka dan apa yang ia benci,mengenali

wataknya dan mengenali kehidupannya.Ia adalah bakal ayah kepada
anak-anakmu.Kamu mestilah juga bertindak menjadi penasihat ketika dia
lupa,tegurlah dia baik-baik dan jangan sesekali merendahkannya atau
membandingkannya dengan lelaki yang lain.Kerana Asiah terus berlemah
lembut
dengan kekejaman Firaun,maka ia menjadi wanita tauladan.

Jadikanlah keluarga kalian sebagai keluarga dakwah dimana bila manusia
melihat rumahtangga kalian,mereka bagaikan melihat cahaya Islam yang
memancar indah.

Semoga berbahagia ke akhir hayat.



-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-03-04 22:42


Wslmwr
Aslmwr
Alhamdulillah syukran jazilan lagi fiza ...teruskan baca yang dibawah ni sebagai penyambung kepada artikel di atas insyaAllah.....

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada
syafaat
yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan
Nabi,bukan malaikat dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah
pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu
meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara
pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara
dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai
termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah
dan datanglah dua malaikat;Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan
orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai
iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi
orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan
walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku
tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke
syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala
dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang
kuat.""Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar
dan Nakir
ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan
selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan
sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari
syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.
Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan
mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut
syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan
sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah.
Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau
mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani
kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu
di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat
terulung dan janji Allah itu adalah benar.

wallahua'lam



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 20-03-04 23:18




Terima kasih kak fiza serta Ummi, kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami semua.. Semoga ia dapat dijadikan iktibar dan pedoman bagi kita semu, insya-Allah..


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-04-04 18:56




Alhamdulilah..artikel yg baik dan boleh dijadikan panduan masa hadapan


Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.050005 saat. Lajunya....