Oleh |
:: PETANDA LELAKI ITU MENCINTAI KITA :: |
snowangel
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 18.12.2003 Ahli No: 2944
Posting: 115
Dari: Kwang Tung
|
Posting pada: 04-03-04 17:01
Cara lelaki mengucapkan cinta Tidak semua lelaki berani mengungkapkan cintanya secara langsung melalui kata-kata, ‘aku cinta pada mu’ atau ‘I love you’. Bagi lelaki cinta tidak hanya diungkapkan dengan kata-kata tetapi juga melalui tindakannya pada anda. Berikut beberapa cara sederhana lelaki mengungkapkan cintanya. 1. Cara yang paling sederhana : ‘aku cinta pada mu’ atau ‘I love you’ Mengungkapkan kalimat tersebut merupakan langkah besar bagi beberapa lelaki kerana kalimat tersebut mengandungi erti mendalam tentang perasaannya. Mengucapkan kalimat ‘I love you’ seperti memberikan hidupnya kepada kekasih. Tindakan tersebut begitu menakutkan kerana khuatir akan dihampakan. Lelaki umumnya takut akan penolakan. Bagai lelaki lainnya, mengatakan ‘I love you’ bererti menawarkan suatu komitmen. Cinta diwujudkan dalam tindakan, jadi perkataan ‘I love you’ merupakan suatu janji yang harus diikuti dengan tindakan. Secara sederhana dengan mengatakan kalimat tersebut mereka bersetuju untuk berada di sana, memberikan padanya dan mendampinginya. Jika mereka tidak melakukannya, mereka akan merasa tidak berguna. Ada juga lelaki yang beranggapan mengatakan ‘I love you’ bererti “aku tidak akan meninggalkan mu” atau “aku boleh dipercayai.” Keadaan ini akan membuat lelaki takut. Mereka merasakan kalimat-kalimat mereka merupakan suatu janji. Dan jika janji tidak ditepati, mereka akan menderita. Mereka hanya ingin kekasihnya merasa lebih yakin dan percaya terhadap mereka. 2. Menawarkan suatu bantuan sebagai tanda cinta Banyak jenis hadiah yang diberikan lelaki pada wanita. Seperti coklat, bunga dan nota-nota cinta. Tetapi ada beberapa hadiah yang mungkin tidak diberi perhatian oleh wanita seperti waktu yang diberikan oleh lelaki untuk menemani kekasihnya. Bagi lelaki ini merupakan hadiah. Waktu yang diberikan dengan bertemu kekasih daripada berkumpul dengan keluarga atau teman-teman merupakan salah satu ekspresi cinta mereka. Ada juga lelaki memilih hadiah dalam bentuk lain. Mendampingi anda di saat-saat sukar, atau bersama anda mengunjungi keluarga, melakukan pekerjaan ringan untuk anda, mengajak anda menghadiri pertemuan penting, meletakkan anda dalam fikirannya yang pertama atau dalam merancang percutian. Pokoknya dia mencintai anda. Jika ciri-ciri di atas mirip dengan pengalaman anda, tidak diragukan lagi kalau si dia memang sukakan anda. Cuma dia agak susah mengutarakan perasaannya. Tindakan-tindakan tersebut merupakan tanda cintanya dan dia ingin anda mengetahuinya. 3. Dengan ungkapan-ungkapan fizikal cinta Ekspresi cinta juga dimulai dengan bergandingan tangan sewaktu anda jalan berdua dengannya. Sentuhan fizikal mematahkan penghalang dan mendekatkan perasaan yang tidak dapat diperoleh dengan mudah dengan cara lainnya. 4. Berjumpa keluarganya Cara lain mengutarakan ‘aku cinta pada mu’ adalah dengan mengajak anda bertemu keluarganya dan teman karibnya. Ini merupakan tanda bahawa dia mempunyai perasaan yang dalam dengan anda. Tidak hanya mengutarakan bahawa dia bangga dengan anda tetapi dia ingin menghubungkan anda dengan orang-orang yang sangat bererti dalam hidupnya. Dia ingin anda prihatin dengan mereka, dan mereka akan prihatin dengan anda. Ini merupakan petanda bahawa keintiman dan cinta meningkat hanya untuknya, dan anda menjadi sangat bererti dalam hidupnya. Beberapa wanita bersungut, belum bertemu dengan keluarga calon suaminya. Jika pasangan anda memperlakukan anda seperti itu bermaksud bahawa cintanya pada anda mulai berkurangan. Sekiranya anda membuat beberapa catatan kecil mengenai hubungan cinta anda, tindakan ini sebenarnya sangat membantu. Ini disebabkan banyak sekali tindakan dan ekspresi yang terpamer tanpa anda sedar bahawa tindakan tersebut merupakan ekspresi cinta disebabkan sudah terbiasa akan tindakannya tersebut. Gunakan setiap waktu terluang untuk membuat catatan apa sahaja yang telah anda peroleh hari itu dan juga apa yang telah dan akan anda berikan. Buat secara bertulis dan spesifik.
|
Hajar
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 06.05.2003 Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura
|
Posting pada: 04-03-04 18:47
|
eja_sutera84
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 11.03.2004 Ahli No: 3407
Posting: 44
Dari: kota tinggi
|
Posting pada: 13-04-04 18:35
kalau bagus biar dia terus datang rumah.......jumpa family.... ----------------- Dengan Cinta Kenal Pencipta
Dengan Cinta Kenal Rasulnya
Kerana Cinta Kenal Saudara
Bahagia Keluarga
Oh ...Indahnya Cinta
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 13-04-04 19:06
Susah nak pastikan lelaki ni benar2 ikhlas dengan kita. Malas nak percaya dengan orang lelaki ni.. -----------------
|
nawwal
{ SRIKANDI } Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 7
Posting: 121
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 15-04-04 16:30
Quote:
| On 2004-04-13 19:06, Hanan wrote: Susah nak pastikan lelaki ni benar2 ikhlas dengan kita. Malas nak percaya dengan orang lelaki ni..
----------------- Andai bertemu..sapalah aku Andai tersilap..bimbinglah aku Andai berduka..khabarkan padaku Andai berpisah..kenangilah aku Andai Khaliq menjemput..ziarahilah jasadku..
|
| Betul tu akak...nawwal sokong 100%...adik ngan ayah je la yang boleh dipercayai pun..yang lain-lain tu...susahla sikit...walaupun memang ada yang boleh dipercayai tetapi hanya minoriti di dunia ni... wallahu a'lam bissawwab... Sekian.... Wassalam.. ----------------- Andai bertemu..sapalah aku Andai tersilap..bimbinglah aku Andai berduka..khabarkan padaku Andai berpisah..kenangilah aku Andai Khaliq menjemput..ziarahilah jasadku..
|
sakinah
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1624
Posting: 42
Dari: shah alam
|
Posting pada: 15-04-04 19:38
sentuhan fizikal? tak boleh terima ni... bukan cara islam kalau yg belum berkahwin. kalau dah kahwin tu lainla....
|
wardati80
WARGA RASMI Menyertai: 02.03.2004 Ahli No: 3351
Posting: 8
Dari: Kerteh
|
Posting pada: 08-05-04 18:48
|
kemai
WARGA RASMI Menyertai: 16.11.2003 Ahli No: 2839
Posting: 7
Dari: Selangor
|
Posting pada: 09-05-04 22:35
lelaki kalau dia suka kat perempuan ,bila dia face to face dgn perempuan tu dia jadi tak byk ckp ..selalunye camtula even the reality dia bukannye pendiam sgt .tibe2 jadi penyegan ...hehhe tu je yg pandangan dr saya maybe byk lagi petanda dr kenkawan pula ...
|
bidayahtul
WARGA RASMI Menyertai: 21.04.2004 Ahli No: 3634
Posting: 12
Dari: Marang
|
Posting pada: 16-05-04 09:45
|
alea13
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 14.05.2004 Ahli No: 3733
Posting: 58
Dari: heilbronn
|
Posting pada: 16-05-04 21:59
hehe, betul kata kawan bidayahtul tuh.. sokong 100% saya rasa apa yg dinyatakan dlm artikel tu tak leh nak pakai sepenuhnya.. esp. part sentuhan fizikal & merancang percutian tuh, lain la kalo mmg dah jadi pasangan suami isteri yg sah.. lelaki kalau benar2 sayangkan seorang wanita tuh, dia akan bersunguh2 jaga kehormatan dan maruah wanita tersebut.. so kalo rasa2 dapat spesis 'makhluk perosak' tuh, cepat2 la tinggalkan.. wallahu a'lam.. [ Posting ini telah di edit oleh: alea13 pada 2004-05-16 22:00 ]
|
cODa
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 3720
Posting: 26
Dari: Selangor
|
Posting pada: 17-05-04 11:27
Alhamdulillah...kirenye 'dia' betul˛ suke & cintakan saye... Terima Kasih ya Allah kerana menganugerahkan 'dia' buatku... Moga ikatan ini akan smp kepenghujungnya berserta rahmat&redha drMU... Jauhilah kami dr kemaksiatan & kemurkaan Mu ya Allah... Ameen! p/s: ayah ibu merestui, menyarung cincin dijari...
|
acuzie
WARGA RASMI Menyertai: 20.05.2004 Ahli No: 3763
Posting: 15
Dari: Sungai Besar
|
Posting pada: 20-05-04 15:57
Salam, Bg pendapat azie kan,tak semestinya sebut I love u baru tandanya cinta. InsyaAllah kalau lelaki tu betul2 ikhlas dia suka kat kita,dia akan lakukan sesuatu atas rasa tanggungjawab bukan semata2 nafsu
|
nuarii
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 05.04.2004 Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh
|
Posting pada: 21-05-04 00:17
Quote:
| Bg pendapat azie kan,tak semestinya sebut I love u baru tandanya cinta. InsyaAllah kalau lelaki tu betul2 ikhlas dia suka kat kita,dia akan lakukan sesuatu atas rasa tanggungjawab bukan semata2 nafsu |
| betul tu.. kdg2 lelaki terlalu mudahnak ucap perkataan tu. tetapi melupakan pun mudah. tapi kalau dia betul2 susah nak ucap dalam ertikata kelu... maybe dia mmg betul2 sukakan kita. Itu pendapat saya la kan...
|
nur_malam
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 26.06.2003 Ahli No: 1816
Posting: 71
Dari: Kulim
|
Posting pada: 30-05-04 00:23
Saya pun setuju ngan wardati80. Lelaki ni susah untuk diramal... ----------------------------
|
AiFi
WARGA RASMI Menyertai: 16.03.2004 Ahli No: 3427
Posting: 15
Dari: Melaka
|
Posting pada: 30-05-04 10:12
mmg betul lelaki sukar diramal..ada tu dah jumpa mak ayah kita dan kita pun dah jumpa mak ayah dia tp...dia cakap hanya kawan je..hmm..camne tu? ish..bukan ana la.. ntahla..wallahualam
|
fi_amaanillah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 29.04.2003 Ahli No: 627
Posting: 114
Dari: JB
|
Posting pada: 30-05-04 16:02
bila lelaki tu menyatakan hasrat nk jadikan kita zaujah nya... dan dan b'sedia nk jumpa ibu ayah pihak p'puan pulak yg seram sejuk..x b'sedia lg mungkin.. ----------------- " berfikir berdasarkan wahyu,berakhlak dgn Al-Quran,bertindak berpandukan Sunnah"
|
sabar17
WARGA RASMI Menyertai: 10.07.2003 Ahli No: 1957
Posting: 2
|
Posting pada: 31-05-04 16:54
a'kum.. mmg di era cyber ni ssh nak percaya lelaki.. kdg2 kita rasa dah ok sume..rupa2nya die jenis yg kawan ngn ramai pompuan...layan sama sume...pastu die akan pilih mana yg die rasa 'the best' walau apapun, yg penting..jaga diri kita baik2.. yakinlah janji Allah..perempuan yang baik untuk lelaki yg baik moga kita sentiasa berada di jalanNya..amin
|
UmmiLuqman
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 28.05.2004 Ahli No: 3810
Posting: 54
Dari: Parit Buntar
|
Posting pada: 31-05-04 23:57
perasaan menjadi indah bila diri ini dicintai...bagaimana mengetahui tandanya?tepuk dada tanya hati...dan berfikir panjang.... biarpun ramai lelaki yg tidak boleh dipercayai di dunia ini, tetapi jgn lah matikan perasaan utk menyayangi kaum ini, kerana wanita yg telah berteman lebih mulia dr yg belum berteman... pandanglah mereka dgn fikrian positif dan berdoa moga ditemukan jodoh yg baik utk kita,,
|
Srikandi
WARGA RASMI Menyertai: 25.03.2004 Ahli No: 3462
Posting: 11
|
Posting pada: 02-06-04 13:59
Assalamulaikum... apa yang disenaraikan itu betoi semuanya...tp apa yang ana perasan, kalau seseorang tu suka kat kite.. dia alert dengan semua perlakuan kite... kekadang tu kite lak yang segan dengan si dia...
|
MuSaFiR_SaYYaFF
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 31.05.2003 Ahli No: 1547
Posting: 125
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 03-06-04 21:04
Men are Men Everywhere ----------------- FRieNDSHiP iS aLL aBouT
CaRiNG, TRuSTiNG aND LoViNG
No DiaMoNDS oR PeaRLS
CouLD eVeR RePLaCe
WHaT FRieNDSHiP MeaNS To uS
|