Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Dari Galeri
salam ukhwah dari saya_aihara

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: Valentine's Day


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Valentine's Day

Please Mendaftar To Post


Oleh Valentine's Day

ismi_safiza
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 2315
Posting: 170
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-02-04 12:40


"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" [ maksud Hadis ]

NABI Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan.

Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan St.Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari.

Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri.

Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan.

Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya. Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain daripada kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.

Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak, ada media yang mengucapkan Selamat Hari Valentine, menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai lagenda pada tajuk salah satu rencananya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.

Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah?

Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa lebih-lebih lagi pada bulan Syawal yang mulia ini. Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu.

Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredhai seperti mengadakan kenduri doa selamat atau sebagainya. Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana Baginda adalah manusia yang paling mencintai umatnya.



-----------------
“kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”


Bookmark and Share




  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

namirah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 25.12.2003
Ahli No: 2967
Posting: 156
Dari: Kota Singa... Roar!! ;P

singapore   avatar


posticon Posting pada: 03-02-04 15:53


kisahnye........baru ana tau..selame ni ana hanye tau ader lah valentine's day ni..tapi tak der ingat tarikh nye sume cume tau ade je valentine's day ni...herankan...umat skrg
nyway, thx kak 4 e info..

-----------------
Sesungguhnya manusia itu diciptakan lemah. Maka bergantunglah kepada Allah kerana Dia sebaik-baik tempat bergantung.


Bookmark and Share




  Member Information For namirahProfil   Hantar PM kepada namirah   Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-02-04 13:51


oo..cam tu yek..tq!

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

fikrah1399
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.04.2003
Ahli No: 495
Posting: 46
Dari: Allah SWT

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-02-04 09:59




Syukran ukhti filLah...

Kasihan ummat Islam sekarang kan...? Apabenda
yang barat bawa semua nak ikut...di mana
jatidiri kita as muslim kan...? Nama paderi lagie
tu...barat memang pandai menggunakan satu2
peristiwa untuk diingati sedangkan hari tu adalah
hari kemenangan diorang ke atas ummat Islam.

Sekarang nie bulan zulhijjah dikkk
Sepatutnya kita perlu banyak2 berkorban kan...?

Sekadar itu...

Wassalam.



-----------------
mencari hidayah...ku kan terus mencari...redhaMU kuharapkan selalu...

[ Posting ini telah di edit oleh: fikrah1399 pada 2004-02-13 17:31 ]


Bookmark and Share




  Member Information For fikrah1399Profil   Hantar PM kepada fikrah1399   Pergi ke fikrah1399's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 2315
Posting: 170
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-02-04 11:53




sedihnya ramai yg berkorban kerana kasih yg tanpa halal...
terkorban yg disengaja2kan...

-----------------
“kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”


Bookmark and Share




  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 3258
Posting: 80
Dari: Malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-02-04 20:38




lebih baik kite mengingati birthday nabi muhammad... lagi berfaedah drpd mengingati hari kekasih...


Bookmark and Share




  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 31.05.2003
Ahli No: 1547
Posting: 125
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-03-04 22:33


.

Actually benda ni dah tersebar agak luas dan agak ramai juga pemuda2 kita ( pengamal2 Hari Valentine ) terus menerus menyambut hari laknat macam ni.

Mungkin boleh dijadikan suatu kupasan topik yang menarik sekiranya kita cuba mencari faktor2 yang menyebabkan hati2 pengamal2 penyambut2 Valentines Day ni buta.

Terus menerus membiarkan maruah agama sendiri tercemar. Salah satu propaganda Yahudi dalam menghancurkan orang2 kita dan agama Islam : Menjadikan media massa sebagai satu aset yang terpenting dalam memancing dan menjerat jiwa remaja kita.

Apa yang menarik di dalam menyambut Hari Valentine?

Menariknya kerana seluruh media2 menggemparkan dunia dengan meletakkan dan mengiklan perbagai2 perkara2 indah di dalam penyambutan hari Valentine..

Cadbury buat pertandingan itu lah.. ini lah..
Lagu2 di Television utarakan lagu2 yang brkaitan cinta pasangan teruna dara lah..
Kedai2 di KLCC balut dan bungkus hadiah2 romantis tampal sana sini lah..
Dan bermacam2 lagi perkara dilakukan dalam memperindahkan dan memperhangatkan lagi Hari valentines Day ini.

Impaknya, remaja2 akan melihat Valentines Day merupakan hari yang sangat istimewa, hari yang indah dan sangat rugi bagi mereka sekiranya ini di lepaskan.. Kerana apa?? kerana Media Massa terlebih dahulu memainkan peranan mereka dalam memancing hati anak2 muda kita sebelum sempat kita menjelaskan keadaan bahawa valentines Day is what what what?

Konklusinya di sini, pengaruh yang disebarkan telah berjaya menjerat dan mengikat mentaliti kita semua bahawa Valentines Day adalah hari untuk mengeratkan kasih sayang dan melafazkan cinta (tanpa kita ketahui lipatan sejarah hari ini yang sebenarnya ). Sekirangya dinilai kembali.. Melafaz cinta dari aspek yang bagaimana tu??

Erm.. Gagal... Golongan Intelektual dan Inteligensia kita sendiri gagal dalam menyangkal pendapat bahawa Hari Valentines day adalah hari yang istimewa bagi pasangan kekasih. Sebaliknya, sokongan diberikan oleh mereka..
One thing ; its simple actually, when others blame us.. if we tell them the true story beside Valentines day. Yang Haq akan disangka batil..

Salah silap kata atau statement, harap diperbetulkan dengan cara yang berhemah yea> wassalamun alaikum.

-----------------
FRieNDSHiP iS aLL aBouT
CaRiNG, TRuSTiNG aND LoViNG
No DiaMoNDS oR PeaRLS
CouLD eVeR RePLaCe
WHaT FRieNDSHiP MeaNS To uS


Bookmark and Share




  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

AiFi
WARGA RASMI
Menyertai: 16.03.2004
Ahli No: 3427
Posting: 15
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 21-03-04 01:06


hmm..terima kasih penghantar artikel..ana memang dah lame cari artikel pasal valentine sebab ada sorang kawan ana - non muslim nakkan sejarah hari ni..

semoga Allah pelihara kita dari perkara2 yg merosakkan kita..


Bookmark and Share




  Member Information For AiFiProfil   Hantar PM kepada AiFi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.056724 saat. Lajunya....