Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Majlis Tertinggi Liputan Media Beritahu Teman Hubungi Kami Laman Peribadi  
Suka!
New Page 1

Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

Menu Utama

Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 11
Ahli: 0
Jumlah: 11




Dari Galeri
Salam perkenalan buat semua....

Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 477 hari yang lalu


[ Ucapkanlah SELAWAT dan SALAM kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Hanan.com.my ini ]


Ahli dan Tetamu berkunjung semalam, sehingga saat ini, dan sekarang 11 Ahli dan Tetamu sedang online



Keluargaku
Topik: yang mana satu nak dipilih ...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» yang mana satu nak dipilih ...

Please Mendaftar To Post


Oleh yang mana satu nak dipilih ...

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-01-04 09:12


Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang
Bercanggah.. tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd
Sidek,"Sebagai
seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin
menggantungkan
nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga,hendaklah membuat
pemilihan
teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan
Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka
hendaklah
ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat
memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka
hendaklah
berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang dimaksudkan,
berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut
suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara
ini
wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh
mendatangkan
kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita
daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila
seorang
wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah
bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah
kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke
arah
kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
** begitu juga isteri yang baik... seringkali la mengajak suami kearah
kebaikan dan sering mengingatkan...kerna ada ketika suami2 ini terlalai
..

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit
juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja
begini,
tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri
tiada
kemampuan.
** Ramai yang berkata kerja ini sepatutnya diatas bahu isteri... dan
tidak
patut sama sekali dibuat oleh suami.. but then...sekiranya isteri2 ini
senantiasa mengingatkan diri bahawa segala kerja2 dibuat utk
mendapatkan
keredhaan allah.. maka buatlah seikhlasnya..dan jangan sekali2
mengungkit
setiap apa yang telah dilakukan olehnya ....

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah
bersangka
buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan
menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak
mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa
menyangka buruk.
** begitu juga isteri.. jangan menaruh sebarang syak wasangka yang
buruk
terhadap suami... kerana syaitan itu amat mengemari dan senantiasa
menghampirkan diri kepada mereka yang berada didalam keadaan syak
wasangka
utk menjayakan niat jahatnya..

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki
begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan
serta
tidak
mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia
yang
hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan
dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji
RasuluLlah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami
bertanggungjawab
sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah.
Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan
agama
lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau
penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Oleh itu buatlah pilihan dengan tepat dan seadil-adilnya kerana ianya
akan
menjamin masa hadapan yang bahagia..... WALlahua'lam.


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

snowangel
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 18.12.2003
Ahli No: 2944
Posting: 115
Dari: Kwang Tung

china   avatar


posticon Posting pada: 13-01-04 11:26





Saya banyak perhatikan artikel dari Ummimq banyak menyejukkan hati dan memberi perangsang untuk berhijrah dalam menjadi keredhaan Allah...Terima kasih kerana memberi satu ruang paradigma yang tersendiri. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas dan sentiasa memberkatimu..Amin..


Bookmark and Share




  Member Information For snowangelProfil   Hantar PM kepada snowangel   Pergi ke snowangel's Website   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 13-01-04 23:41




Terima kasih Ummi tersayang.. Nasihatmu akan selalu terpahat dalam jiwaku, amiiin..


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

KakYong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-01-04 16:27


Terima kasih ummi....

Semoga Allah memberkatimu...

-----------------

~Jika ingin miliki segala-galanya, milikilah Tuhan..Tuhan adalah segala-galanya..Segalanya tanpa Tuhan, tiada erti apa-apa~

Bookmark and Share




  Member Information For KakYongProfil   Hantar PM kepada KakYong   Pergi ke KakYong's Website   Send ICQ Meesage To KakYong   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.055423 saat. Lajunya....