Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-03-2023  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Orang yang miskin bukanlah mereka yang tidak mempunyai wang, tetapi mereka yang tidak ada impian.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 8
Ahli: 0
Jumlah: 8




  Dari Galeri
ni gambar ana kat rumah :)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 85 hari yang lalu


Bakat Menulis
Topik: Sambung Crita Edisi Ketiga Lak...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» Sambung Crita Edisi Ketiga Lak...

Please Mendaftar To Post


Oleh Sambung Crita Edisi Ketiga Lak...

syah_solehah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 08.11.2003
Ahli No: 2794
Posting: 108
Dari: Usains Malaysia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-04 07:49



Haa... ana amat berminat la dengan penulis2 kat komuniti muslimah nii... apa kata kita teruskan ngan edisi seterusnya?? Tak sabar ni nak tau krestiviti semua...
Crita 'donut' ngan 'cipah' amatlah menyentuh minat..

So, let start....

**************************************

Suasana di balai menunggu KLIA agak sibuk hari ini...masing-masing dengan tugas masing2.... Tiba-tiba... kedengaran pengumuman ...."ketibaan... pesawat MH 302 dari United Kingdom...."

Dalam deruan penumpang... kelihatan seorang gadis berbaju biru berjalan dengan bagasinya.... Reen melambai ke arahnya... ................................................


**************************************
erm... ok laaa... kalau panjang2, nanti jadik crita syah_solehah lak... hehe... saya tunggu ek...
Selamat Berkarya....


Bookmark and Share




  Member Information For syah_solehahProfil   Hantar PM kepada syah_solehah   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-01-04 09:50




ohh, wajahmu saling tak tumpah dengan arwah kakakmu, Nina.. alangkah bahagianya, kalau kak Nina dapat menyaksikan pertemuan ini, setelah lima tahun Reen menyambungkan pelajarannya di United Kingdom.. dan Reen semakin ayu, terlalu ayu pada mataku.. setelah tubuhnya kini dibaluti jubah dan jilbab yang suatu ketika dulu amat dibencinya.. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Illahi, kerana telah membukakan hati adikku..




-----------------


[ Posting ini telah di edit oleh: istisafa pada 2004-01-05 09:51 ]


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-01-04 09:55


Reen segera kedalam dakapanku.. tangisan dari Reen mula kedengaran, tanpaku sedari, air mataku turut menyambut kepulangan adik kesayanganku ini.. terasa akan betapa kurusnya adikku kini..berbanding denganku yang semakin sihat!

"Adik... kenapa nangis ni... dah, jangan pula buat kisah citrawara disini, cuba tengok, ramai yang tengok Reen, tak malu ke.."pujukku sambil berseloroh... Reen tergelak kecil..




-----------------


[ Posting ini telah di edit oleh: istisafa pada 2004-01-05 09:55 ]


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-04 10:04




sebelum tu nak tanya... nak buat cerita macam mana... takut tersilap karang... hehe erm nak buat yg tunggu tu abg ker kakak... reen ke uk naper yer... ?

-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

syah_solehah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 08.11.2003
Ahli No: 2794
Posting: 108
Dari: Usains Malaysia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-04 03:58


kan ini namanya sambung crita... heh, suka hati la nak wat camana... tapi, kalau leh, jangan la sadis sangat.. heh.. anda boleh buat macam mana anda ingin kan... ini adalah crita anda...


Bookmark and Share




  Member Information For syah_solehahProfil   Hantar PM kepada syah_solehah   Quote dan BalasQuote

syah_solehah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 08.11.2003
Ahli No: 2794
Posting: 108
Dari: Usains Malaysia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-04 04:06


Reen dengan mengontrol keayuannya yang tak berapa ayu itu pun terus mengelap air jernih di pipinya. Tiba-tiba telefon nokia 3315 buruk yang disayanginya itu berbunyi... kedengaran ringtone 'Impian kasih' dari kumpulan In-Team.. yang sudah berkurun dia gunakan, tanpa tergerak untuk menukarnya...

"kejap ya kak, ada panggilan" reen tergopoh - gapah mendapatkan telefon kesayangannya itu... di dalam poket jubah birunya.. "Hello, assalamualaikum..." .........................................


*** hah, siapa yang menelefonnya?? anda tentukan..


Bookmark and Share




  Member Information For syah_solehahProfil   Hantar PM kepada syah_solehah   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-01-04 12:50




nak try jer....

############################

"kejap ya kak, ada panggilan" reen tergopoh - gapah mendapatkan telefon kesayangannya itu... di dalam poket jubah birunya.. "Hello, assalamualaikum..." Reen memulakan bicara...

"Welcome Home..." ujar si pemanggil... Dalam hati Reen berdetik... Siapa ni... ? Nombornya juga tak kukenali... Lantas Reen berkata... Terima Kasih... Tapi maafkan saya... siapa di sana ? Reen hanya mendengar desah nafas yg resah gelisah... Sejurus itu talian di putuskan...

Reen menuju kembali ke tempat kak Hanan menunggu (jgn marah yer miss president)... siapa Reen... ? naper Reen mcm cemas jer... tanya kak hanan prihatin...

entah la akak... tiba-tiba je talian di putuskan....

#################################

sambung yer...

-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
{ SRIKANDI }
Menyertai: 23.09.2003
Ahli No: 2502
Posting: 90
Dari: Ardul Amin

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-01-04 14:18


......
"pelik juga.siapa yang telefon Reen tadi?ha..special admirer tak..??" usik kak hanan lagi.
"Reen mana ada kenal sape2 kak....,"mukanya berkerut keluh kesah.
"dah,dah.jom balik."

mereka kemudian pulang ke rumah.kepulangan mereka disambut gembira oleh ahli keluarga.......
Reen terpaku seketika......."mana ibu?Reen tak nampak pun..."matanya liar mencari kelibat ibunya.

masing-masing diam seketika.."Reen...,sebenarnya ibu ..ibu dah meninggal bila kau pergi dulu.."sayu kata kak hanan.
"tidak..!!reen tak percaya!!"air matanya mengalir laju.
"Reen,kau mesti tabah.ini semua ketentuan Ilahi."pujuk pak musa pula.Reen menangis tak henti-henti.

..."siapa benarkan budak ni balik ke sini,ha?!!"tiba-tiba suara abang syahrul mengejutkan suasana.
Reen terkejut.Dia tahu apa maksud kata-katanya itu.
"sudahlah,bang.perkara tu dah berlalu.Reen dah berubah,bang."pujuk kak hanan.

"siapa dapat hidupkan ibu kembali?! kalau kau tak buat perangai dulu,ibu masih hidup,tau tak?!"syahrul makin mendekati Reen.

"Reen tak salah,bang.sudahlah tu.berilah dia peluang untuk mengubah hidupnya.Reen,jangan layan abang kau ni.jom naik atas." kak hanan segera membawa Reen beredar dari situ.

Syahrul memerhati dengan pandangan tajam.Nampaknya luka lama telah berdarah kembali.....

silalah sambung....
**************************************************
betul ke cara ana sambung ni?atau tak sesuai?
**************************************************


Bookmark and Share




  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-01-04 14:36




try sambung lagi....

#############################

Syahrul memerhati dengan pandangan tajam.Nampaknya luka lama telah berdarah kembali.....

Reen... jgn ambil hati ye ngan abg syah tadi... Akak... boleh tak biarkan Reen sendirian... hmm... reen... ajal kan di tgn tuhan, sapa pon tak boleh halang... Akak... please... okla.. ok.. cuma akak tak nak reen salahkan diri sendiri ekk...

Reen termenung sendirian... kenangan silam menerjah di fikiran, bagai merobek hatinya... kisah yg cuba dilupakannya...

ibu, kenapa ibu tinggalkan reen... reen berdosa pada ibu... bu reen ank kongsi kejayaan reen ngan ibu... reen dah sedar bu... reen merintih sendirian...

di beleknya album lama cuba tuk mengubat rindunya pada seorang ibu yg tercinta... ibu... maafkan reen, reen berdosa bu... nyata perasaannya berkocak hebat... mutiara jernih bagai tidak segan mengalir dipipi... umpama empangan yg pecah... laju menuruni pipinya

reen terlena sambil memegang gambar dia bersamanya ibunya satu ketika dulu... yg mencerminkn kebahagian mereka dulu...

###################

ok tak ? atau lain sikit ?

-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 20.04.2003
Ahli No: 272
Posting: 30
Dari: pahang,kelantan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 23:28


Nak cuba leh? hee

====================

reen terlena sambil memegang gambar dia bersamanya ibunya satu ketika dulu... yg mencerminkn kebahagian mereka dulu...

"Ibu, ibu... nak beli baju ni.. cantik laaa.. boleh la buk".. rengek Reen.. Status sbgi anak bongsu mmg sinonim dgn kemanjaannya...
"Baju ni? hurm.. ibu rasa baik beli baju lain.. sebgi seorg remaja Islam..." belum pon sempat Pn. Sofia meneruskan kataČnya Reen mencelah "ala ibu ni.. ketinggalan zamanlaa.. baju ni la trand zaman sekarang.. ah, kalau sayang duit tu ckp je la"... 'Astaghfirullah..' pn Sofia beristighfar di dlm hatinya.. agak terguris dgn kataČ anak bongsunya yg berumur 15 thn itu..

"Bu.. Reen dah buat keputusan nak ikut Zahrul pegi UK.. Reen tak rela berpisah dgn dia..." kata Reen yg br saja mendpt keputusan SPMnya kpd ibunya..
"buat apa nak pegi jauhČ.. kat M'sia ni kan bnyk U yg setaraf antarabangsa.. lagipon awk dgn Zahrul tu bknnya muhrim.. tak manis pergi berdua je.." terasa berat hati pn Sofia utk melepaskan anak nya itu ke luar negara...

====================
oPs.. pnjg la plak.. hee samBung samBUng..

-----------------
UkHuwWaH FIllAh nEvEr eNds~


Bookmark and Share




  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-01-04 11:39


Akhirnya Reen pergi jua melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama-sama dengan Zahrul. Sekalipun ditegah.. hati Reen tetap keras. Bagi Pn. Sofia pula, hatinya sedih melepaskan Reen pergi. Air mata menjadi peneman setia sejak pemergian Reen ke United Kingdom.

Ternyata anak yg dibesarkan dengan penuh kasih sayang, di tatang bagai minyak penuh itu.. sanggup membiarkan hati ibunya terluka. Kerana janji seorang lelaki, Reen melupakan kasih ibunya.
.................................
Sejak kehilangan Reen, kesihatan Pn.Sofia semakin merosot. Selera makannya juga hilang. Penyakit yg telah lama bersarang dlm tubuhnya mula bermaharajalela. Selain menghidap barah, Pn.Sofia juga menghidap sakit lemah jantung.

Hanan dan Syahrul resah melihat keadaan Pn.Sofia. Lebih2 lagi Syahrul.. dia seolah-olah berdendam dengan adiknya, Reen, atas penderitaan ibu mereka. Dia takkan maafkan adiknya itu jika ada sesuatu yg terjadi kepada ibu mereka.. nekad hati Syahrul.
..............................
p/s: oklah.. cukup setakat ni dulu... kita lihat idea sahabat2 yg lain pula yea

-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-06-04 02:20




adoii.. dah lama tak bersambung cerita nie... rasa tak best plak kalau tergantung mcm nie... tak der idea nak letak nina kat mana... kak alin.. ana letak nina sklai ngan hanan ngan shahrul tue ekk.. tapi nak try gak la... hehe... tak sesuai tukar ekk...

#################################

Nina, Hanan dan Syahrul resah melihat keadaan Pn.Sofia. Lebih2 lagi Syahrul.. dia seolah-olah berdendam dengan adiknya, Reen, atas penderitaan ibu mereka. Dia takkan maafkan adiknya itu jika ada sesuatu yg terjadi kepada ibu mereka.. nekad hati Syahrul.

Tok... tok.. tok... ibu... maafkan kalau nina menganggu ibu... Nina melihat ibunya terbaring lemah di atas katil... makanan tengah hari yg dihantarkannya tadi masih belum terusik... Sayu hatinya melihat keadaan ibu tersayang begitu... Nape dik.. Apa salah ibu hingga kau buat ibu begini... Rintih nina di dalam hati... Masukla nina... Ibu tak buat ape pun...

Ibu nape ibu tak makan sikit... Nina suapkan ekk... dah pukul dua nie.. ataupon nina tukar nasi yg panas... ye bu.. pujuk nina.. tak payah la sayang, ibu tak lapar pun... nanti ibu lapar ibu makan.. balas pn. sofia pula...

tapi bu.. bolehla bu.. bila lagi nina nak suapkan ibu pulak kan.. kata nina sambil tersenyum... cuba memujuk hati ibunya... ye la sayang... nina memanjat rasa syukur... ibu akhirnya mahu makan jua... biarlah walau sesuap dua... asalkan ibu menjamah... sudah puas hati nina...

nina... teringat ibu masa nina dgn adik2 kecil lagi... ibu suapkan korang makan... suapkan nina... suapkan hanan... suapkan syahril.. suapkan reen... reen mana nina.. ibu rindukan reen... entah mcm mana dia kat sana, dah makan belum? tinggal kat mana?

Puan Sofia menolak suapan anak sulungnya... apa yg difikirkannya kini reen... anak bongsunya... tak salah rasanya cara dia mendidik.. seperti kakak2 dan abgnya jua.. tapi anak itu terlalu degil... selalu membuat hati bimbang... reen, ibu rindukan reen.. reen tak rindukan ibu? mata pn sofia berair... semakin lama semakin laju... dia rindukan anaknya itu... Nina sebak melihat keadaan ibu tercinta... Ibu.. jgn la mcm nie.. Ibu kena jaga kesihatan.. Reen tak paper bu.. esok2 ada la berita dr dia... Nina mengesat air mata ibunya... dia sendiri tidak tahu utk berkata apa... Dah la bue... Nina memeluk ibunya sambil teresak...

############################

dah la tue, hehe... kang jadi cerita ana pulak.. ok tak? kalau tak tukar ekk...

-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

fieyza
WARGA RASMI
Menyertai: 25.07.2004
Ahli No: 4058
Posting: 1
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-12-04 21:55


Bu..benarkanlah Reen pg..pujuk Reen. ''Reen, ibu risau, apatah lg jauh..Reen sorang je anak prmpuan ibu''. Bu..kalau Reen nikah dgn Zahrul? Berdegup pantas jantung Puan Sofea mndgr kata anaknya. Tdk disangka sama skali Reen berani ke tahap begitu. Sangkanya larangannya dpt membatalkan hasrat anaknya, namun, sebaliknya..
Tidak tahukah Reen betapa aku mahukan dia berada di sisiku, tambahan pula semenjak kematian suaminya Roslan,dia dihimpit pilu. Hanya Reen tmpt dia mengadu.

;;aduh tak larat nak smbg citer sedih ni, kakak2, adik2 sambung ye!


Bookmark and Share




  Member Information For fieyzaProfil   Hantar PM kepada fieyza   Pergi ke fieyza's Website   Quote dan BalasQuote

awina_balqis
WARGA RASMI
Menyertai: 17.10.2007
Ahli No: 7961
Posting: 18
Dari: Seri Iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-10-07 16:17


apa kesudahan cerita ni ye...


Bookmark and Share




  Member Information For awina_balqisProfil   Hantar PM kepada awina_balqis   Quote dan BalasQuote

awina_balqis
WARGA RASMI
Menyertai: 17.10.2007
Ahli No: 7961
Posting: 18
Dari: Seri Iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-10-07 16:21


aku tahu...reen telah terjebak dengan dunia cinta remajanya...dulu, reen merupakan anak yang cukup mendengar kata2ku..semenjak kecil, reen aku asuh dengan sebaik mungkin..tapi...
setelah menginjak usia remaja, reen semakin berubah sikap..tingkah lakunya dah tak seperti dulu..
reen..anak ibu....

alamak..apa lagi ye...tiba-tiba ketandusan idea..hehehe...
anda sambungla pulak..mesti menarik cerita ini...


Bookmark and Share




  Member Information For awina_balqisProfil   Hantar PM kepada awina_balqis   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.064147 saat. Lajunya....