Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Orang yang banyak berkata, akan banyak silap dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya
--
maksud Hadis

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
assalamualaikum...
ni gambo kite kat depan umah sewa.salam ukhuwah fillah..kalau ade kwn lame kite yg masih ingat kat kite, anto2 le msg...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: Akibat Menduakan Suami


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Akibat Menduakan Suami

Please Mendaftar To Post


Oleh Akibat Menduakan Suami

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 25-12-03 13:18


Darah Memancut Dari Rahim.
DALAM sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jika seorang isteri
menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga kesucian
dirinya (dari perbuatan tidak senonoh) dan taat kepada suaminya, ia akan
masuk syurga melalui pintu mana saja yang dikehendakinya." Memang janji
Allah, setiap yang berbuat dosa, balasannya diterima diakhirat kelak. Namun
ada ketikanya terdapat juga dosa-dosa besar seperti berlaku curang terhadap
suami, balasan seksanya sudah Allah tunjukkan di dunia lagi agar ianya
menjadi iktibar kepada orang lain.
Perkara ini diakui oleh seorang bidan kampung di selatan tanahair. Bidan
tersebut telah menceritakan pengalamannya menyambut kelahiran anak yang
dikatakan hasil hubungan sulit si isteri itu dengan bekas kekasihnya di luar
pengetahuan suaminya.
Bidan yang tidak mahu namanya disebut telah berpengalaman berpuluh tahun
mengakui tragedi yang berlaku terhadap wanita berkenaan ketika melahirkan
anaknya memang agak aneh dan luar biasa.
"Makcik telah mengalami berbagai peristiwa ketika menyambut kelahiran, Ada
wanita yang mudah melahirkan anak. Ada pula yang mengalami masalah susah
beranak kerana bayinya berkedudukan songsang atau sebagainya.
Tetapi Alhamdulillah, sejauh pengalaman makcik, mereka yang sukar melahirkan
setelah diberi air jampi dan melakukan beberapa petua tertentu, wanita
berkenaan akan mudah melahirkan anaknya," kata bidan tersebut.
Wanita yang disebut sebagai Salmah oleh bidan berusia 30-an itu memang tidak
dapat dilupakannya.
"Dia mengalami kesakitan yang luar biasa seolah-olah ada sesuatu yang
menghalang kelahiran bayinya. Hampir sejam dia bergolek-golek dan
meronta-ronta menahan kesakitannya sambil meraung-raung dan merintih-rintih
menyebut nama suaminya.
Berbagai usaha dilakukan oleh bidan untuk membantu Salmah seperti memberi
air jampi berendamkan daun sirih. Kesan-kesan untuk melahirkan sudah ada,
air ketuban telah lama meleleh, namun bayinya tetap tersendat walaupun entah
berapa kali Salmah mencuba menerannya.
Apa yang menyayat hati, setiap kali Salmah berusaha meneran bayinya seluruh
anggota tubuhnya menggigil, dan matanya terbelalak bagaikan menyaksikan
sesuatu pemandangan yang mengerikan.
Kira-kira 10 minit selepas meminum air jampi bidan, berlakulah peristiwa
aneh, ngeri dan luar biasa itu. Dari saluran rahimnya meleleh tumpahan darah
yang dalam beberapa saat kemudian darah itu memancut menyembur mengenai
bidan itu yang sedang memeriksanya dan percikan darah itu memercik ke
dinding klinik bersalin yang tidak luas itu.
"Kejadian itu memang luar biasa. Pengalaman makciklah, wanita yang mengalami
tumpah darah macam mana pun tidaklah sampai darahnya memancut sebegitu rupa.
Selepas kejadian itu, makcik berfirasat ada sesuatu yang tidak kena pada
wanita ini.
"Makcik mengesyaki mungkin ada dosa-dosa tertentu pernah dilakukan oleh si
isteri ini terhadap suaminya. Menurut hemat makcik, selagi wanita ini tidak
mengakui dosanya dan mendapatkan keampunan suaminya, selagi itulah dia tidak
dapat melahirkan anaknya," kenang semula bidan itu menceritakan kepada
penulis.
Seketika kemudian, bidan pun memanggil suami Salmah yang disebutnya sebagai
Ustaz Azhar itu termasuk ke bilik bersalin menemui isterinya. Azhar
kelihatan terharu menyaksikan penderitaan yang ditanggung oleh Salmah dan
bercadang membawa Salmah untuk ke Hospital bersalin di bandar yang jauhnya
kira-kira 20 km dari kampung itu.
Tetapi itu adalah masa amat kritikal hagi Salmah. Jelas pada pengamatan
Azhar dan mereka yang berada di situ, Salmah kini sedang berjuang antara
hidup dan mati.
Bidan pun membisikkan sesuatu ke telinga Salmah. Dan Salmah dalam keadaan
tidak berupaya itu merangkul kedua tangan Azhar dan dengan suara yang
terputus-putus mengakui perbuatan terkutuknya selama ini berzina beberapa
kali dengan bekas kekasihnya. Hasil perzinaan itulah kehadiran bayi yang
dikandungnya sekarang.
Mendengar pengakuan isterinya, terasa gelap dunia ini dirasai oleh Azhar.
Jika tidak kerana ada rasa simpatinya terhadap wanita yang pernah berkongsi
hidup dengannya lebih 10 tahun itu yang kini sedang terbaring penuh azab,
mahu sahaja Azhar lari meninggalkan tempat itu.
Namun Tuhan mahu menunjukkan kebesaranNya melembutkan hati seorang suami.
Sementara Salmah yang sedang azab itu kini pasrah dengan takdir Tuhan
menghukumnya dan memohon keampunan daripada suaminya.
Memang benarlah sebagaimana yang difirasatkan oleh bidan, selepas Azhar
memaaf dan mengampunkan segala dosa-dosa Salmah, Salmah pun melahirkan
anaknya dengan mudah dan segera disambut oleh bidan.
Beberapa minit selepas melahirkan anaknya itu, Salmah pun menghembuskan
nafas terakhirnya sementara Azhar tetap berada disampingnya dan sempat
mengajarnya mengucapkan kalimah tauhid, "Laa Illaaha illallah" dan dengan
mudah diikuti oleh gerak bibir Salmah ketika menghadapi nazaknya.
Menurut cerita bidan itu kepada penulis, kejadian itu berlaku kira-kira lima
belas tahun lalu. Anak lelaki yang dilahirkan oleh Salmah itu kini sudah
berada di tingkatan tiga dan dipelihara oleh Azhar sebagai anaknya sendiri.
Azhar selepas peristiwa tersebut beberapa tahun kemudian telah berkahwin
lain dan dikurniakan dua orang anak.
Menurut Bidan, apa yang mendorong Salmah berlaku curang terhadap suaminya
kerana menuduh suaminya mandul. Sementara bekas kekasihnya (difahamkan kini
masih lagi hidup) mengambil kesempatan dari keadaan rumahtangga Salmah yang
tidak bahagia itu kerana tidak dikurniakan anak.
"Makcik mendoakan semoga Tuhan mengampunkan dosa Salmah dan azabnya
menghadapi kematian itu sebagai kifarat kepada dosanya itu. Harap kisah ini
ada iktibar dan manfaatnya kepada semua," ujar bidan tersebut mengakhiri
perbualannya dengan penulis.




-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

syah_solehah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 08.11.2003
Ahli No: 2794
Posting: 108
Dari: Usains Malaysia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-12-03 02:55


8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI
dari Dr Fadillah Kamsah

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah.....


Bookmark and Share




  Member Information For syah_solehahProfil   Hantar PM kepada syah_solehah   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-01-04 23:02



Bahayanya.. sama2 kita berusaha menjadi isteri yang solehah dan terhindar dari maksiat sebegitu.
Kesetiaan seorang wanita seharusnya pada suaminya. Mungkin kadang2 dah terbiasa dengan kehidupan bebas sebelum kahwin di mana boleh mempunyai lebih dari satu teman.
Belajarlah menjadi wanita yang setia dari saat pertunangan lagi kerana mungkin ia akan memberi kesan pada perkahwinan kita kelak...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-01-04 01:37


Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah seronok baca artikel kiriman anak-anak ini yang memberi peringatan kepada kaum wanita khususnya...semoga anak-anak bukan sekedar membaca tapi cuba jadikan tauladan kalau yang baik dan jadikan sempadan kalau yang sebaliknya. sayang semua anak-anak.
walaikumussalam wr wb
ummimq


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-04 12:56




terima kasih atas nasihat dan panduan yg diberikan...





-----------------


[ Posting ini telah di edit oleh: istisafa pada 2004-01-27 12:58 ]


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.247283 saat. Lajunya....