Oleh |
Istighfar Sebagai Amalan |
KakYong
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 30.04.2003 Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak
|
Posting pada: 28-10-03 11:31
Suatu hari Hassan al-Basri dikunjungi seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang kerana dilanda kemarau. Hassan menjawab, "Mohonlah ampun kepada Allah." Selepas itu, datang lagi seorang rakan yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan. Sekali lagi Hassan menjawab, "Mohonlah ampun kepada Allah." Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan reaksi Hassan ialah, "Beristighfarlah kepada Allah." Kemudian datang lagi orang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar. Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar. Hassan berkata, "Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi berdasarkan firman Allah dalam surah Nuh:10-12 yang bermaksud:
"Maka aku katakan kepada mereka, Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai."
|
#insyaAllah ini juga termasuk dlm petua untuk memdapat pertolongan dari Allah [ Posting ini telah di edit oleh: KakYong pada 2003-10-28 11:34 ]
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 28-10-03 12:03
Terima kasih kakyong.. sama2 kita jadikan istigfar ini sebagai amalan.. sesungguhnya kita sebagai manusia sememamngnya tidak terlepas dr membuat dosa... -----------------
|
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 28-10-03 14:15
Benar kata ukhti hanan, apabila kita dah tahu fadhilatnya kalau tak buat satu kerugian besar.. dan sememangnya kita adalah manusia, yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.. -----------------
|
Hajar
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 06.05.2003 Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura
|
Posting pada: 28-10-03 23:50
Terima kasih KakYong atas peringatan ini... ----------------- "All Allah's Testing Has A Purpose.. Someday U Will See The Light.. All He Asks Is That U Trust in HIM.. Walk By
|
nur_hati
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 27.04.2003 Ahli No: 565
Posting: 80
Dari: n9
|
Posting pada: 31-10-03 08:51
Time kasih pasal info tue... setiap amalan yang baik tu pasti dpt ganjarannyer... tul tak???? ----------------- MuHaSaBaH DiRi.... Insyallah dapat Kenali Diri Dengan Lebih Dekat... Salam Perjuangan!!!!
|
Hajar
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 06.05.2003 Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura
|
Posting pada: 10-11-03 00:29
Betul tu.. Sesungguhnya, Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang serta maha pengampun terhadap setiap hamba2Nya itu... ----------------- "All Allah's Testing Has A Purpose.. Someday U Will See The Light.. All He Asks Is That U Trust in HIM.. Walk By
|
seharumkasturi
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 21.04.2003 Ahli No: 301
Posting: 149
Dari: Selangor
|
Posting pada: 10-11-03 11:56
Assalamualaikum warahmatullah... Syukran jazilan kak Yong... Terlalu banyak kelebihan istighfar ini...tambahan lagi kepada kita insan yang selalu alpa dan leka dengan rahmat dan pemberian dari Allah yang maha pengasih lagi penyayang...adakalanya kita lupa Allah...tetapi bila tersedar dari kelalaian kita...istighfar semula...Insya Allah..Allah maha pengampun lagi maha penyayang... ----------------- "kalau nak bercinta...bercintalah dengan Allah, kalau nak memuji...pujilah Allah..Kalau nak memuji makhluk...pujilah pencipta makhluk..."
Cinta Allah...Cinta abadi....
Salam Ta'aruf untuk semua...
|
KakYong
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 30.04.2003 Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak
|
Posting pada: 13-11-03 17:27
Sama-samalah kita ingat-mengingati... Kakyong pun terlau banyak kelemahan dan selalu lalai untuk mengingatiNya.. -----------------
|
sayasarah
-WARGA SETIA- Menyertai: 19.04.2003 Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi
|
Posting pada: 19-02-04 11:25
tq ----------------- Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]
|