Oleh |
Tips kurangkan kesakitan semasa datang HAID! |
jijah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 18.04.2003 Ahli No: 93
Posting: 136
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 23-04-03 16:55
pertama sekali jijah harap..hanya muslimah sahaja melayari topik forum ni..
yang muslimin cukuplah setakat ini....
walaupun jijah tak tahu..
ingat Allah itu Maha Mengetahui... jijah nak kongsi dengan sahabat-sahabat sekalian sedikit tips nak kurangkan kesakitan semasa datang haid...
oleh kerana jijah dari keturunan darah campur (3 jenis), jadi amalan ni wajib bagi setiap anak dara!
pada kali pertama anda kedatangan haid...amalkan meminum/makan telur mentah sekurang-kurangnya 3 biji pada setiap subuh dan selepas asar..
amalan ini perlu dilakukan di sepanjang minggu pertama anda kedatangan haid....
selain itu anda juga kena minum sesudu minyak bijan, setiap kali..selepas menghabiskan minum telur tadi..seiringan...!
dan segala yang anda makan kenalah digoreng atau dimasak menggunaka minyak bijan!
jijah juga dah alami amalan ini, sehingga jijah menangis setiap kali mak pecahkan telur mentah ke mulut jijah..
jijah sediakan gula-gula SUGUS di sebelah..habis aje minum telur mentah tu..jijah cepat-cepat makan sugus! sebab jijah tak tahan dengan bau telur dan cairannya yang....jijah tak tahu nak kata apa...
walaupun jijah tahu..petua ni mungkin agak terlewat untuk diamalkan pada diri anda..tetapi ia masih boleh dicuba pada ahli-ahli keluarga yang lain...!
percayalah...anda tidak akan rasa yang anda dalam keadaan haid...kerana tiada kekejangan otot..tiada pemulasan perut..dan..percayalah..ianya sungguh berkesan!
JANgAN LuPa TrY OK!
|
darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor
|
Posting pada: 04-08-03 13:12
assalamualaikum.. thanx jijah atas info yg cukup bermanfaat. ana tak pernah amalkan tapi alhamdulillah..setakat ni mmg takde masalah bila kedatangan haid... rasa cam biasa jer..apa2pun.. itu nikmat dari tuhan kan. wassalam  ----------------- senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..
|
naj_jieha
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 23.12.2005 Ahli No: 6124
Posting: 88
Dari: di hadapan komputer
|
Posting pada: 11-08-06 21:12
ooo... terima kasih. tapi saya tak rasa saya boleh buat sebab saya ni penggeli... hehehe....
|
LaTomatina
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 27.04.2004 Ahli No: 3666
Posting: 102
Dari: royal town of perak
|
Posting pada: 11-08-06 21:32
kalau dgrkan kesannya memang rasa nak buat..sebab saya kalau datang period memang macam nak pengsan saja rasa..mesti 4-5 jam guling2 atas katil.. tapi dah terlambat ni masih boleh berkesan ke buat?
|
white_cotton
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 31.05.2003 Ahli No: 1550
Posting: 85
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 14-08-06 14:31
a'ah lah jijah.. kalau sekarang ni baru nak amalkan, boleh ke berkesan petua jijah tu? bukannya apa, saya pun berdarah campur, tapi tak pernah amalkn sebab tak ada orang yang pernah bagitahu & amalkan dalam family saya. dah lama sangat rasanya saya m'derita setiap kali period, dengan kejang ototnye, sembelit, sakit pinggang, demam, emosi tak stabil, hilang/bertambah selera makan (tak menentu) & etc sampai terpaksa ponteng kelas sebab tak larat nak berjalan. kemuncak kesakitan selama ni bila saya mula pitam/pengsan sejak 2 bulan yang lepas setiap kali period. huhu.. pada muslimah yang lain2, kalau ada lagi petua untuk mengurangkan sakit ketika haid ni, kongsilah kat sini ye. manalah tau kalau2 ada petua yang serasi untuk saya & muslimah2 lain yang ada masalah yang sama...
|
fatinah_huda
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 16.02.2004 Ahli No: 3281
Posting: 30
Dari: Jepun
|
Posting pada: 16-08-06 01:18
Apa yang saya pernah baca ialah antara sebab2 segugut ialah cara pemakanan yang salah (tidak seimbang), kekurangan magnesium (penting untuk menyerap mineral lain), kurang exercise, stress dan banyak lagi. Saya pernah try amalkan dietry magnesium (terdpt dalam buah2an seperti buah tamar, kismis dan garam tapi jangan banyak sangat) dan alhamdulillah ada kesannya. Masalah segugut berkurang. Oh ye, jangan lupa makan makanan yang ada banyak iron sebab time ini kita akan kehilangan banyak iron. Satu lagi, lakukan exercise untuk betulkan kedudukan rahim. Satu lagi minum air banyak. Tak tau Kenapa tapi kalau saya segugut saya selalu minum susu atau air kacang soya. kalau susu tak berkesan saya akan alih ke soya dan insyaAllah kurang segugut dan kalau soya tak berkesan, saya alih ke susu. Wallahualam.
|
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 18-08-06 10:22
 jijah, hmm dengar cerita jijah pun rasa dah nak .. tak boleh bayangkan. Tapi ubat memang seksa, mana ada ubat sedap dan manis.. kalau dah amalkan selalu mungkin dah biasa gamaknya. Kalau akak ni mungkin telan 3 biji, sekejapan 3 biji telur tu pun akan keluar juga beberapa saat lepas tuu..  Bak kata orang tua : yang pahit itu ubat yang manis itu racun..
|
acik
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 29.05.2003 Ahli No: 1532
Posting: 91
Dari: BUMI TUHAN YANG AGUNG
|
Posting pada: 29-09-06 02:43
ASSALAMUALAIKUM JIJAH...HMMM macam TAKUT pula NAK TRY PETUA itu...ACTUALLY terima kasih TOK INFO itu...
|
AZURA_ANAKMAMI
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 01.05.2003 Ahli No: 842
Posting: 186
Dari: kuala kurau,Perak
|
Posting pada: 07-10-06 21:43
eheh....zura pun takut kalau kena paksa macam itu... apa-apa pun insyaAllah boleh lakukan untuk anak2 eheh
|
adikbalqis
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 12.05.2003 Ahli No: 1187
Posting: 134
Dari: skudai, johor
|
Posting pada: 22-11-06 12:52
boleh cuba ni untuk masalah senggugut. 100% akar kayu. keluaran bumiputera from kedah. SENGGUGUT - RM10je - 1 botol ubat 'Senggugut' (50 biji) - amat mujarab untuk wanita yang menghadapi masalah senggugut atau haid tak menentu setiap bulan sehingga mengganggu tugas dan kerja harian.
|
nni
WARGA RASMI Menyertai: 07.04.2007 Ahli No: 7494
Posting: 16
Dari: tepi tingkap saja
|
Posting pada: 14-04-07 18:57
dulu kalau saya period, saya baring tegak saja atas katil.. bagi regang kulit perut.. bagi leper kan perut... tapi sekarang dah tak sakit lagi.. kalau sakit pun tak sangat dah macam dulu.. saya pun hairan.. start tak sakit sangat ni dalam 3 tahun dah agaknya.. tak slh saya sebab saya ambil pil antibiotik untuk kulit muka yang bermasalah yang diberi oleh doktor pakar kulit.. rasa ada kaitan la agaknya dengan pil tu. ye la.. lagi pun time period nak datang kan muka mula minyak lebih lepas itu timbul la jerawat2.. tu la kaitan nya agaknya.. hehhe...
|