Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-09-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya tidak mengukur kejayaan seseorang berdasarkan berapa tinggi yang dia boleh panjat, tetapi berdasarkan berapa tinggi dia boleh melantun semula selepas jatuh

-- Tokoh Pemimpin

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
bercita-cita nak jadi pensyarah...

  Yang Masuk Ke Sini
cida1019: 129 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Penyebar fitnah malu pada hari kiamat


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Penyebar fitnah malu pada hari kiamat

Please Mendaftar To Post


Oleh Penyebar fitnah malu pada hari kiamat

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 30-09-03 14:26


KATA pepatah Melayu, `kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan
merana'. Ia memberi peringatan bahawa mengucapkan perkataan yang
tidak baik boleh mendatangkan bencana kepada diri sendiri.


Lidah adalah anugerah Allah kepada manusia untuk berkomunikasi tetapi
ia sering digunakan untuk mengeluarkan perkataan yang mendatangkan
keburukan seperti menyebar fitnah, dusta dan bermaksud buruk.

Allah berfirman yang bermaksud: "Bukankah Kami mengadakan untuk
manusia itu dua mata? Lidah dan dua bibir. Dan Kami tunjukkan
kepadanya dua jalan (benar dan salah)". – (Surah al-Balad, ayat 8-10).

Justeru, kita mestilah berhati-hati dalam mengeluarkan percakapan.
Jika dikhuatiri mengeluarkan perkataan tidak baik, lebih baik kita
berdiam diri. Ini bagi mengelakkan diri daripada menanggung dosa.

Jika kita sudah mengeluarkan kata-kata yang tidak disenangi orang
lain, tentu sukar untuk kita menariknya balik. Lebih buruk lagi jika
orang lain silap mendengarnya.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada
Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik mahupun
dia diam". – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Kesalahan yang membabitkan lidah ialah menyebarkan fitnah dan mengadu
domba.

Fitnah mendatangkan kesan bahaya dalam masyarakat kerana ia boleh
menyebabkan perpecahan dan huru hara.

Allah mengingatkan manusia mengenai buruknya fitnah. Firman-Nya dalam
surah al-Baqarah ayat 191 bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar
bahayanya daripada pembunuhan".

Ramai orang tidak sedar mereka melakukan fitnah kerana amalan itu
sudah sebati dalam masyarakat. Fitnah juga berlaku disebabkan
pertandingan mendapatkan kuasa, pangkat dan kekayaan.

Fitnah disebarkan untuk memburuk-burukkan individu atau kumpulan
kerana perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan
layak dibandingkan orang lain. Ia juga menyebabkan nilai agama musnah
daripada menjadi pegangan hidup dalam masyarakat. Apabila nilai agama
yang menjadi tunjang kesempurnaan hidup hilang, maka banyak dosa
dilakukan.

Perkara itu diingatkan dengan tegas oleh Rasulullah dalam sabda
Baginda yang bermaksud: "Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam
dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, sifat kedekut dan jenayah
berleluasa". – (Hadis riwayat Muslim).

Fitnah adalah sebahagian daripada perbuatan mengadu-domba. Apabila
disebarkan, ia mudah menyebabkan permusuhan dua pihak. Permusuhan
menjadi semakin tegang dan tidak terkawal apabila banyak fitnah
ditabur.

Ia juga tidak mempunyai asas kebenaran. Islam mengarahkan manusia
supaya memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap
dalam berita berunsur fitnah. Justeru, wajib bagi orang Muslim
menghalusi setiap berita yang diterima sebelum mempercayainya.
Kesahihan berita dapat dilakukan dengan melihat kepada fakta dan
sumber berita.

Jika perlu, gunakan masa lebih lama sebelum membuat keputusan. Lebih
lama berfikir adalah lebih baik supaya tidak menanggung kesan buruk.
Allah memberi hidayah kepada manusia untuk berfikir dengan hati
terbuka dan mengharapkan petunjuk-Nya.

Sekiranya berita yang diterima belum diketahui kebenarannya, jangan
kita membicara atau menyebarkannya. Rasulullah bersabda: "Seseorang
hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan
akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat". –
(Hadis riwayat Muslim).

Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penting bagi memastikan kita
tidak terpedaya dengan berita palsu berunsur fitnah. Allah berfirman
dalam surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: "Wahai orang yang
beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidiki dulu (untuk menentukan) kebenarannya, supaya
kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini,
kerana kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu
menyesali perkara yang kamu lakukan".

Dalam era teknologi maklumat, penyebaran fitnah mudah dilakukan
melalui alat komunikasi tanpa perlu berdepan dengan orang lain, malah
identiti penyebar juga dirahsiakan.

Dosa fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, ia
tidak diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah memberi
keampunan. Tentu sukar untuk mengakui kesalahan sendiri dan memohon
keampunan daripada orang lain.

Dosa fitnah juga menghalang kita masuk syurga. Rasulullah
bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah". –
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Penyebar fitnah akan diberi malu oleh Allah apabila dibangkitkan pada
akhirat kelak. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang
menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak
sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada
hari kiamat". – (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar).

Iman Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan
membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan
cara membuka rahsia yang tidak mahu diketahui orang lain adalah
perbuatan adu-domba dan fitnah.

Mencari dan membocorkan rahsia orang dilarang Allah seperti di dalam
firman-Nya bermaksud: "Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang lain". – (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Sesiapa yang menyebarkan berita berbentuk cacian dan kejian,
kecelakaan besar bakal diterima sebagai balasan. Allah
berfirman: "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji." –
(Surah al-Humazah, ayat pertama).

Hanya orang yang berpekerti buruk melahirkan perkataan buruk. Orang
cerdik tidak sekali-kali mengeluarkan perkataan buruk yang secara
langsung melambangkan keburukan diri sendiri.

-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 01-10-03 13:59


Assalamualaikum MUnirah_823
Terima kasih atas pandangan dan ingatan yang diberikan.
" Hilangkanlah sifat pandai menyalahkan tetapi pandai membetulkan.."

* Ingatan untuk diri sendiri yang lemah*


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

mizan_84
WARGA RASMI
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2560
Posting: 1
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-10-03 18:17


Apakah yg dimaksudkan dgn 10 kunci persahabatan?Tidakkah anda menghargai pendapat antara satu sama lain?Belajarlah dari kesilapan diri sendiri.Ketahuilah apa kelemahan anda?Tapi saya masih lagi ragu2 dgn hujah itu,adakah ianya utk menutup kelemahan yg ada pada diri anda sendiri.

*Peringatan utk kaum yg lemah.

*Peringatan utk yg jahil.


Bookmark and Share




  Member Information For mizan_84Profil   Hantar PM kepada mizan_84   Pergi ke mizan_84's Website   Quote dan BalasQuote

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 01-10-03 22:51


Assalamualaikum Mizan_84..
Sekadar penjelasan dari saya..Tidak saya nyatakan saya tidak menerima pandangan yg diberikan oleh Munirah_823, dan saya juga sentiasa mahu belajar dari kesilapan..kerana kesilapan yg pernah kita lakukan merupakan guru agar tidak berulang untuk kali keduanya. Ingin juga saya nyatakan kata-kata " Hilangkanlah sifat pandai menyalahkan tetapi pandai membetulkan" adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan tidak pernah bermaksud untuk ditujukan kepada sesiapa ..


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

uBaiDiLLaH
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 78
Posting: 35

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-10-03 23:45


Quote:

On 2003-10-01 18:17, mizan_84 wrote:
Tapi saya masih lagi ragu2 dgn hujah itu,adakah ianya utk menutup kelemahan yg ada pada diri anda sendiri.



Jangan terlalu mudah menuduh, dan jangan mempertikaikan kelemahan orang lain. Cermin diri sendiri. Ini adalah sifat mazmumah yang lahir dari insan yang tidak mahu berfikir secara telus, tentang apa yang dilaksanakan oleh seseorang...

Inilah akibat sentiasa memandang negatif pada orang lain, seolah-olah kita sentiasa betul...

Allahu a'lam...

-----------------
Ya Allah...
Aku memohon cinta-Mu...
Dan cinta orang yang mencintai-Mu...
Serta semua amalan yang mendekatkanku kepada cinta-Mu...


Bookmark and Share




  Member Information For uBaiDiLLaHProfil   Hantar PM kepada uBaiDiLLaH   Quote dan BalasQuote

rahimah_usop
WARGA RASMI
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 2579
Posting: 3
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 02-10-03 19:27


*Hijrah Daripada Sifat Menabur Fitnah.

Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a.katanya:

Aku telah mendengar Rasulullah bersabda:Tidak masuk Syurga org yg suka menabur fitnah.


*Peringatan utk sesiapa yg terasa.

*Rasakan betapa indahnya hidup ini pabila diri dihina akibat perbuatan sendiri.

*Biasanya sesiapa yg menabur fitnah ini tidak akan insaf sampai bila2 pun dan tiada kemaafan utk kali yg kedua.

*Pemfitnah tidak perlu dimaafkan.


Bookmark and Share




  Member Information For rahimah_usopProfil   Hantar PM kepada rahimah_usop   Pergi ke rahimah_usop's Website   Quote dan BalasQuote

Pengurusan
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.04.2003
Ahli No: 4
Posting: 56

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-10-03 20:56


Ketiga-tiga nickname tersebut adalah dari orang yang sama.

Nickname: Munirah_823
User IP: 219.92.219.24

Nickname: mizan_84
User IP: 219.92.219.24

Nickname: rahimah_usop
User IP: 219.92.216.4



[ Posting ini telah di edit oleh: Pengurusan pada 2003-10-03 01:02 ]


Bookmark and Share




  Member Information For PengurusanProfil   Hantar PM kepada Pengurusan   Quote dan BalasQuote

uBaiDiLLaH
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 78
Posting: 35

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-10-03 23:44


Sudahkan terang lagi bersuluh...
Sama-sama kita muhasabah diri...

Allahu a'lam...

-----------------
Ya Allah...
Aku memohon cinta-Mu...
Dan cinta orang yang mencintai-Mu...
Serta semua amalan yang mendekatkanku kepada cinta-Mu...


Bookmark and Share




  Member Information For uBaiDiLLaHProfil   Hantar PM kepada uBaiDiLLaH   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.05936 saat. Lajunya....