Oleh |
Jika Tidak Kerana Cita2ku Luas... |
hub_addin
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1
|
Posting pada: 17-04-03 19:12
Assalamualaikum sahabat semua.. ana nak mulakan satu citer ni, harap kawan2 boleh menyambung menjadi satu cerita yang boleh dijadikan teladan bersama.... Al-kisah......... ****************************************** "Diriku rasa terhibur tatkala aku mengejar cita-citaku. Jika tidak kerana cita-citaku luas, pasti dunia ini terasa sempit." ****************************************** Dia berjalan dengan langkah yang longlai. Slip keputusan peperiksaan semester pertama ditatapnya dengan wajah mencuka. Harapannya untuk mendapat keputusan cemerlang 3.5 pointer ke atas tidak tercapai.... Terbayang di ruang ingatannya, akan wajah ibunya yang penuh dengan harapan menggunung sebelum dia melangkah keluar dari rumahnya pagi tadi. "Ummi, Lis pergi dulu ye. Ummi doakan Lis dapatkan keputusan yang baik. Assalamualaikum, ummi.." "ooo Tuhan, aku telah berusaha ya Allah...namun aku tak mampu mengatasi segala kehendakMu... mungkin ada hikmahnya untuk ku di sebalik kegagalan yang Kau berikan.." bisik Lis di dalam hatinya. Walaupun hatinya terasa sayu merenung slip di tangannya, namun Mukhlisatul Hasanah tetap redha dengan segala ketetapan Allah buat dirinya. Gadis itu berusaha memujuk hatinya. Di dalam hati tidak lain hanyalah hendak menggembirakan hati ummi dan abahnya yang telah banyak berkorban wang ringgit, masa bahkan tenaga mereka demi membesar dan menyekolahkan adik-beradiknya yang seramai 10 orang. Walaupun mempunyai 2 orang abang di atasnya, namun sebagai anak perempuan sulung dalam keluarga dia tetap mahu memberikan contoh terbaik buat adik-adiknya. ****************************************** Besar harapan ummi dan abahnya untuk melihat anak gadis mereka yang berumur 20 tahun itu menjadi seorang doktor. Lis gagal untuk menyempurnakan hasrat kedua mereka apabila keputusan SPMnya tidak cemerlang. Walaupun 5A bagi pelajar sains dikira bagus, namun tidak layak untuk Lis mengambil bidang perubatan apatah lagi impiannya adalah untuk belajar perubatan di Timur Tengah. Alhamdulillah..rezeki Allah buat dirinya. Lis diterima masuk ke sebuah Pusat Matrikulasi. Di sana.... p/s; sahabat boleh menambah cerita ini untuk lebih menarik.... -----------------
|
Nabila_Humairah
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 54
Posting: 22
Dari: key be
|
Posting pada: 18-04-03 00:48
a'kum...saya sambung cikit jerk ek... ------------------------------------------- Di sana dia telah berjumpa dengan.... -------------------------------------------- tak der idea la...sorry...kekeringan idea...
|
nur_tinta
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 18-04-03 11:38
Assalamalaikum..... ----------------------- disana dia bertemu dgn pelbagai manusia yang mempunyai pelbagai ragam..tiap satu mempunyai keunikkan nya tersendiri... ketika Lis menjejak kakinya kesan..dia sudah memasang satu cita-cita.."cita-cita dan azamku perlu dirialisasikan dan ditunaikan...Dengan namaMU Ya Allah, aku melangkah menuju medan ilmu yang terbentang luas..",bisik Lis di dalam hatinya..... ------------------------------------- opss..dah takde idea...mm sapa2 nak sambung lagi..silakan..maaf ler kalau tak ssedap.! ----------------- --Sekadar bicara, sekadar pandangan-- nur_tinta
|
maricella
{ SRIKANDI } Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 48
Posting: 390
Dari: gemas, negeri 9
|
Posting pada: 18-04-03 15:15
mane ambik cite tuh? huhu..
|
qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee
|
Posting pada: 18-04-03 18:51
jap.. biar qaulah pk dulu.. ----------------- memimpin, dipimpin, terpimpin
|
hub_addin
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1
|
Posting pada: 18-04-03 23:01
buat maricella, citer ada citer lagi di sebaliknya....kalau nak dikisahkan mungkin tak cukup seluruh komuniti ni...cewah.. kata2 permulaan di atas tu ana ambik dari kata2 abang yang tengah ambik perubatan kat indonesia... kalau qaulah dah abis pk, sambung la ye... tima kasih sumer -----------------
|
nur_tinta
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 22-04-03 09:11
assalamualaikum ---------------------------- Kini perjuangannya sebagai seorang siswi bermula.. dari hari pertama, berhadapan dgn senior dan seminggu kemudian berhadapan dgn karenah2 lecturer pasti memenatkan.., namun bagi Lis semua itu hanya dugaan dunia.. apa yang dia tahu hatinya kini sudah mula terpaut dengan ilmu dan cita-cita yang di cari... hampir 2 bulan masa berlalu.....masa seolaha-olah melarikan diri dari realiti kehidupan yang sebenarnya, namun bagi Lis segalanya pasti... sedang asyik dia meneliti assignment yang diberi oleh lecturernya, tiba-tiba..... -------------------------------- mm sapa2 nak sambung, silakan... ----------------- --Sekadar bicara, sekadar pandangan-- nur_tinta
|
hub_addin
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1
|
Posting pada: 22-04-03 12:15
****************************************** sedang di asyik meneliti assignment yang diberi oleh lecturer, tiba-tiba dia dikejutkan dengan hempasan buku di atas mejanya. Dia mendongakkan kepalanya. Kelihatan muka Rahmah , teman sebiliknya merah menyala-nyala dengan kemarahan. Bola matanya membsar memandang ke arah Lis. Lis yang masih lagi terkejut terus tergamam dengan tingkah sahabatnya itu. "Apahalnya pulak si Rahmah ni..." bisik Lis dalam hatinya. Terganggu konsentrasi untuk membaca apatah lagi assignment tersebut harus dihantar dalam minggu ini. "Hei, Lis..sampai hati kau buat aku macam ni. tak sangka.. selama ni aku anggap kau kawan tapi kau buat aku di belakang, ye...aku tau la aku tak sebaik kau tapi sekurang-kurangnya aku tak buat buruk tentang orang lain !" jerit Rahmah dengan kemarahan yang menbuak-buak. Lis tergamam....Astagfirullah al-'azim.. ****************************************** to be continue.....silakan... -----------------
|
qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee
|
Posting pada: 29-04-03 00:04
Lis tergamam....Astagfirullah al-'azim.. hanya kalam itu yang mampu terucap. "Rahmah, kenapa marah-marah ni ? Apa salah Lis ?" Lis membuahkan bicara lembut walaupun diherdik sebegitu rupa. "Ah ! Kau ingat kau tu siapa.. Usah berpura-pura lagi ! Kau ingat dengan rupa baik kau tu, aku akan percaya ! Dulu, mungkin ya ! Tapi sekarang... tak mungkin ! Tak mungkin Lis ! Kau menodai kepercayaan aku kepada kau selama ini ! Aku harap perjalanan persahabatan kita, terputus di sini saja ! Saat ini, jam ini, hari ini... kita bukan lagi kawan !" baris-baris lancar diucap temannya,Rahmah. Lis terkebil-kebil. Rasa sedih menusuk sukmanya. "Apa salah aku ?" persoalan itu bermain-main di mindanya. Fikirannya tak tenang. Assignment di depan matanya tidak dapat ditumpu lagi. Keesokan hari... ( atau yg sesuailah ) heheh.. sambung yerr.. ----------------- memimpin, dipimpin, terpimpin
|
inah_Qamariah
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 29.04.2003 Ahli No: 710
Posting: 24
Dari: singapura
|
Posting pada: 02-05-03 00:30
Lis masih kebingungan dgn tindakan Rahmah.Dia mencari-cari kesilapannya sepanjang persahabatan mereka.Tetapi,hanya tanda soal yg mampu dilihat diruang fikirannya. Apa salah aku?',bisik Lis di dalam hatinya.Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang memanggil namanya.Dia menoleh kebelakang,dan dilihatnya Fizah sedang berlari-lari anak menuju kearahnya. "Kenapa dgn kau nie, Fizah?",tanya Lis.Fizah yg masih tercungap-cungap itu,masih belum dapat berkata apa-apa. "Rahmah ada datang jumpa kau ke?",tanya Fizah dgn tercungap2.Lis hanya mengangguk lemah."Dia kata apa kat kau?",tanya Fizah lagi. "entahlah,aku pun tak faham,tiba2 je..dia mengamuk maut kat aku.Then,dia kata.saat ni.jam ni,hari ni...kita bukan lagi kawan!.Fuh..terkejut jugak aku!tapi..dia tgh marah tu..tak pelah.Tapi..apa salah aku,kan?",tnay nya kpd Fizah dgn muka yg berkerut seribu. "Kau nak tahu apasal?",Lis mengangguk dgn cepat."sbbnya,Lan putuskan hubungan mrk!". "Tapi,Fizah..apa kena-mengenanya aku dgn diorang berdua tu?",tanya Fizah kehairanan. "Sbbnya lagi...Lan dah jatuh hati kat kau!". "What??!!.Kau jgn bergurau,fizah.Aku tak suka pasal benda jatuh hati,jatuh hati nie!!". "Ya Allah,apa faedahnya aku nak bohong kau!So..kau nak buat apa sekarang nie.Nak cekik-cekik ke..si Lan tu..sbb jatuh hati kat kau?". Lis bagai tidak percaya dgn sebab yg dinyatakan oleh Fizah itu.'lan,jatuh hati kat aku?Buang tebiat ke..mamat tu?!',soalnya di dalam hati. .......................................... hehhehe...sesiapa yg ingin sambung silakan... ----------------- www.umairah-sh.blogspot.com
|
qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee
|
Posting pada: 02-05-03 15:17
Cinta seorang jejaka ?? Ah ! Tak mungkin ! Tak mungkin ! Aku masih buta dalam soal percintaan ini. Cita-citaku masih luas.. aku tak mahu menanggung risiko cinta. Kerana cinta, sudah ramai kwanku yang terjerat ! Masing-masing dengan haluan masing-masing. Saat kebingungan ini, mengenangkannya pada ummi. "Ummi ! Apa harus Lis buat ?" pertanyaan yang tak mungkin dapat dijawab terpacul keluar dari bibir manis gadis 20-an ini. ************************************** Tanpa berfikir panjang dia menuju ke perpustakaan untuk mencari insan yang menyebabkan dia dan teman akrabnya bergaduh. "Lan, apa kau buat ni ? Kenapa kau putuskan perhubungan kau dengan Rahmah ? Apa salah dia ?" Aku tanya tanpa henti. Geram mengasak nuraniku. Ada juga berbaur perasaan kecewa. " Tapi Lis.. aku.. " bicaranya tersekat. Kornea matanya merenung tepat ke arahku. Saat itu membuatkan aku tambah geram. Rasa diriku dicabar ! " Lan, umur aku baru setahun jagung untuk menghadapi soal percintaan. Tolonglah.. lepaskan aku dari jerat ini ! Aku datang ke sini, bukan untuk bercinta, tapi untuk belajar ! Belajar, Lan ! Belajar ! Akulah harapan kedua-ibubapaku. Tanpaku, siapa lagi yang dapat mereka harapkan ?" Bibirku terus lancang berbicara. Segala peraaanku aku lepaskan jauh-jauh. Suasana sunyi. Masing-masing diam seribu bahasa. Tanpa disedari, Rahmah..... ---teruskan--- wassalam ----------------- memimpin, dipimpin, terpimpin
|
inah_Qamariah
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 29.04.2003 Ahli No: 710
Posting: 24
Dari: singapura
|
Posting pada: 04-05-03 13:21
Tanpa disedari Rahmah datang meluru kearah mereka. "oooo...benarlah bagai yg dikata,rupanya2 dua2 tak bertepuk sebelah tangan.",kata Rahmah dgn nada sinis sekali.Lis terkedu dgn kata2 Rahmah.Dia bagai kehilangan butir bicara,apabila Rahmah berkata begitu. "Rahmah,tolong jgn ganggu kami.Kami sdg ada hal peribadi nie!",kata Lan dgn nada yg begitu rendah sekali.Dia bimbang orang lain akan dapat mendengar perbualan mereka. "Lis..'hal perbadi' apa tu?",tanya Rahmah dgn penuh sindiran."tak sangka,budak kuat study ,macam kau nie pun..ada hati nak jatuh cinta.Tapi..yg paling kesian sekali tu,macam dah tak ada lelaki lain kat kolej nie kan?!'Pakwe' aku pun jadilah...". "Rahmah,could you please mind your words.Jangan buat aku hilang sabar.kalau kau terus-terusan menuduh aku,tiada gunanya.aku tak ada apa2 dgn Lan.percayalah!" "Percaya?Percaya kat kau?!.Sorry lah..aku,takkan percaya kat kau sampai bila2.Talam dua muka!",tuduh Rahmah terus pergi dari situ. Lis benar2 rasa tertekan dgn apa yg terjadi katas dirinya.Dia seolah menemui jalan buntu,bagi menyelesaikan masalahnya dgn Rahmah.Adakah masih ada jalan lagi,utk dia membela diri dan menjalinkan kembali ukhwah fillah nya dgn Rahmah?!. Ah...Rahmah,masakan hanya kerana seorang lelaki..kita bertengkar sebegini rupa?!Lis mengalirkan airmatanya.Ya Allah..ku mohon pertunjuk Mu,Bnatulah hamba Mu yg memerlukan bantuan Mu..... **************** sambung..... ----------------- www.umairah-sh.blogspot.com
|
nur_tinta
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 05-05-03 12:17
tatkala itu hanya Allah swt sahaja yang tahu apa yang terdetik di sudut hati ini... "YA Allah aku ke sini untuk meneruskan perjuangan ku..bukan untuk ini. mengapa ini yang terjadi YA Allah..??" tanpa disedari air mata lis mengalir..mengalir sepi bersama hatinya yang terluka..... Lan kaget, tak diketahui apa yang perlu dilakukan.. dihatinya terdetik,"alangkah bodohnya aku.Kenapa aku tak nampak ini akan terjadi...tapi kenapa?... argg!!!", Lan menjerit di dalam hati.... Dengan wajahnya yang sayu, Lis memalingkan mukanya mengahdap Lan...."Lan lihatlah apa yang terjadi sekarang.....kenapa..kenapa.......???" tanpa menunggu jawapan dari LAn.. lis terus keluar dari perpustakaan.Lis ingin lari.., kari dari segala-galanya... tapi mampukah dirinya....dan sampai bila? ----------------- --Sekadar bicara, sekadar pandangan-- nur_tinta
|
hajidah_aiman
{ SRIKANDI } Menyertai: 02.05.2003 Ahli No: 875
Posting: 253
Dari: Perlis Indera Kayangan
|
Posting pada: 05-05-03 12:19
Setelah seminggu berlalu dengan penuh kepayahan akibat sengketa mereka...akhirnya Lis membuat keputusan untuk berterus-terang kepada Rahmah.Namun apakah mampu dia untuk menghadapi api kemarahan yang membara di dada sahabatnya itu....terselit rasa kesal di hatinya...hanya kerana salah sangka, persahabatan mereka yang telah lama terjalin menjadi porak-peranda.Dia cuba untuk mencari kekuatan untuk bertemu dengan Rahmah, baginya tak perlulah persengketaan ini berpanjangan memandangkan impian dan matlamatnya adalah cita-cita bukan cinta....sambung yer..... ----------------- [b][i]Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah[/b][/i]
|
syaiz
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 02.05.2003 Ahli No: 873
Posting: 51
Dari: malaysia
|
Posting pada: 05-05-03 12:34
"Rahmah,aku minta maaf" bicaraku kepadanya ketika kami berjumpa diperpustakaan.Itupun secara tidak sengaja.Dia cuba mengelak tapi aku gagahkan juga diriku menghalangnya.Masalah kami mesti disetelkan secepat mungkin.Aku tidak mahu ianya menjadi kudis dalam hatiku yang akan bernanah setiap masa. "Minta maaf ? Tentang apa? Aku tak faham.Kau tak nampak aku tengah buat apa,aku tak ada masa nak selesai masalah kaui itu !" jawabnya angkuh dengan selamba lantas tersenyum sinis padaku.Senyuman itu seakan membunuh segala perlakuannya yang baik semenjak kami menjadi sahabat buat sekian lama.Tidak kusangka persahabatan ini akan menjadi 'angin' dlm perantauan mengejar ilmu dan segulung ijazah. "fui....penat woo...mlm karang aku smbung balik.."
|
seharumkasturi
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 21.04.2003 Ahli No: 301
Posting: 149
Dari: Selangor
|
Posting pada: 05-05-03 15:02
sorry ana tak pandai sambung citer...tp harap2 happy ending lah ye....... ----------------- "kalau nak bercinta...bercintalah dengan Allah, kalau nak memuji...pujilah Allah..Kalau nak memuji makhluk...pujilah pencipta makhluk..."
Cinta Allah...Cinta abadi....
Salam Ta'aruf untuk semua...
|
qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee
|
Posting pada: 06-05-03 17:10
Tidak kusangka persahabatan ini akan menjadi 'angin' dlm perantauan mengejar ilmu dan segulung ijazah. Tidak kusangka sahabat yang benar-benar aku anggap sebagai sahabat sejati sanggup melempar kepercayaannya kepadaku. Sekali lagi, air mataku menitis:membasahi bumi perpustakaan di institut pengajian yang kemungkinan akan meninggalkan seribu nostalgia dalam kehidupanku. "Hei, Lis ! Jangan kau buat muka kasihan di sini ! Aku tak mungkin lupa atas apa yg kau buat pada aku ! Aku tak mungkin lupa air mata yang kau curah semata-mata ingin mendapatkan kepercayaan aku kembali ! Tak mungkin, Lis ! Tak mungkin !" Nada suaranya semakin lama, semakin berbisa hingga menusuk jiwaku yang telah bernanah. "Rahmah, aku temanmu. Aku tak pernah meramapas apa-apa daripada kau melainkan kasih-sayang kau selama ini. Kasih-sayang kau selama inilah yang aku rampas ! Bukan teman lelakimu, Lan. Dalam hatiku, hanya ada matlamat kejayaan untuk ummi, walid, keluarga termasuk juga kau, Rahmah ! Kau ! Namun, aku tak sangka kerana seorang lelaki, kau sanggup mengoyak persuratan persahabatan kita selama ini. Biarpun begitu, aku tak rela perkara ini berterusan. Aku amat sayangkan persahabatan yang kita bina ni, Rahmah. Tolonglah.. seandainya aku yang melukakakan hati kau, maafkanlah aku" Begitu panjang bicaraku berbicara. Rahmah hanya membisu. Mataku tertumpu pada Lan yang baru sahaja melangkah masuk ke perpusakaan. Dia seraya menuju ke arah kami lalu... --------teruskan------ kalau nak perubahan sikit-sikit, silakanlah ya.. wassalam ^_^ ----------------- memimpin, dipimpin, terpimpin"http://www.hanan.com.my/images/signqaulah.gif"> BicaRa BerTeMu BiBiR, Mata BerteMu Kuasa, TubuH BerteMu aZaB, TelinGa BerteMu TangisaN ---------------<<<>>>------------- [ Posting ini telah di edit oleh: qaulah_atrah pada 2003-05-06 17:14 ]
|
nur_tinta
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 07-05-03 14:25
"hmmm tu buah hati kau dah sampai.... ", kata ramlah pada LIs...."ramlah, percayalah pada aku bukan kasih sayang dia yang aku rindui.., bukan senyumannya yang aku rindui.. namun kasih sayang ,senyuman dan gelak ketawamu yang aku rindui......percayalah ramlah, percayalah", Lis berterus mengatakan kebenarnya,...... Lan yang tidak sanggup melihat apa yang berlaku mula bersuara, "Rahmah, maafkan lah lis.Lis tidak bersalah dalam hal ini, tapi aku..aku yang bersalah.Aku telah dicabar oleh Roy utk meninggalkan kau dan cuba memikat LIs.....dalam masa itu aku mula tertarik hati...tapi tidak sehingga ingin memutuskan hubungan dgn kau..", percayalah rahmah.... rahmah masih diam membisu.., hatinya mula keliru. dia taidak tahu apa yang perlu di lakukan..hati kecilnya mengakui bahawa dia juga rindu pada Lis..rindu akan kemesraan lalu..rindu akan kasih sayang yang ada satu masa dulu, rindu akan senyuman Lis yang manis itu...namun kehadiran warkah keramat itu membuatkan dia marah.., mengamok dll.. "tidak aku tak percaya itu semua",tiba-tiba rahmah berkata.rahmah segera mengeluarkan sesuatau dari failnya....."nah! nie surat siapa, siapa yang menulis warkah ini padaku lan..siapa?",rahmah terus bersuara...... Lan terus kaku melihat warkah itu...warkah biru yang sudah keromot...... sambungkan ----------------- --Sekadar bicara, sekadar pandangan-- nur_tinta"http://www.hanan.com.my/images/signnurtinta.gif"> [ Posting ini telah di edit oleh: nur_tinta pada 2003-05-07 14:26 ]
|
hajidah_aiman
{ SRIKANDI } Menyertai: 02.05.2003 Ahli No: 875
Posting: 253
Dari: Perlis Indera Kayangan
|
Posting pada: 08-05-03 15:35
Lis perlahan-lahan mengambil warkah itu daripada tangan Rahmah....dibacanya satu persatu tulisan yang telah mengganggu gugat persahabatan mereka itu....... ------ Lis, Sebenarnya sudah lama ingin aku mengisi ruang kosong di hatimu....Sudikah kau menerima diriku ini sebagai penghias taman indah hatimu itu? Yang mengharap, Lan ------- Terdiam kaku Lis membaca warkah itu..tidak disangkanya lan sanggup bertindak sejauh itu memandangkan dia hanya sekadar bersahabat sahaja dgn Lan..tambahan lagi Rahmah ialah pilihan hati Lan seperti yg telah Lis ketahui....pasti ada ssuatu di sebalik warkah ini yang mampu menjelaskan sesuatu...Lis cuma berdoa Lan ada alasan yg baik utk menjernihkan hubungannya dgn Rahmah.... Hanya cinta Allah yg kuharapkan dalam diriku......perjalananku masih panjang....masih byk liku-liku dan cabaran perlu aku hadapi..... ----sambung------- Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah [ Posting ini telah di edit oleh: hajidah_aiman pada 2003-05-08 15:41 ]
|
hub_addin
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1
|
Posting pada: 10-05-03 10:57
Lis duduk termangu di atas tikar sejadahnya. Puas hatinya dapat mengadu dan meluahkan segalanya di hadapan Allah yang maha mengetahui segalanya. Lis terasa dirinya bagaikan orang bodoh kerana terperangkap dalam masalah hati dan perasaan yang telah menimbulkan sengketa berpanjangan walaupun hakikat sebenar bukanlah bermula dari dirinya. Kekecewaan yang bersarang di hatinya kerana tuduhan Rahmah dan tindakan Lan yang tidak bijak dalam menyahut cabaran Roy menyebabkan hati Lis betul2 remuk. Apatah lagi keputusan peperiksaan percubaan, untuk final semester 2 di matrik ini merosot disebabkan masalah ini. Final exam tinggal lebih kurang 3 bulan sahaja lagi. Lis malu...malu pada Allah...malu pada kawan2 yang tahu masalah remeh dia, Rahmah dan Lan... malu pada ummi dan walid kerana keputusannya yang merosot. "Malunya aku kalau ummi dan walid tahu anaknya ini terlibat dalam sengketa cinta manusia," bisik Lis dalam sedu. "Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati sahabatku agar ia dapat menilai semula persahabatan kami. Ya Allah, betapa hanya Engkau yang tahu segala isi hatiku. Aku mohon keampunanMu seandainya ada dosa2 padaMu yang menyebabkan ujianMu terhadapku. tapi aku redha ya Allah, seandainya dengan ujianMu ini menghapuskan dosa2 silamku. Luruskan hatiku dalam agamaMu dan berikanlah kekuatan kepadaku dalam meneruskan perjuangan ini. Ya Allah, Kau tunjukkanlah kebenaranMu. hanya padaMU aku mengadu dan berserah," suara Lis semakin tenggelam dalam sedunya...air mata membasahi pipinya. "tok! tok!...Lis tersentak. Pintu biliknya diketuk orang. Segera dia mengesat air matanya lantas melipat sejadah dan telekung sembahyangnya. "sekejap ye..." sahut Lis tergesa menuju ke pintu. tombol pintu dipulasnya. "Lis....." Rahmah bersuara dengan nada lemah dan sayu... ********* next ********** -----------------
|