Oleh |
Muslimah, Isteri, Ibu, Karier dan Student |
nusaiba
WARGA RASMI Menyertai: 22.09.2003 Ahli No: 2494
Posting: 2
|
Posting pada: 22-09-03 22:03
Nusaiba adalah wanita yang berstatus seperti di atas....
Ermmm....perit memang perit, tapi bila segalanya berlalu...berbaloi.
Apa yang Nusaiba boleh katakan, apa yang kita lakukan didunia ini terpulang pada diri sendiri...bagaimana kita mencoraknya adalah mengikut imaginasi impian kita.
Nusaiba kena tarik nafas pepanjang nak story tentang pengalaman ni. Sahabat yang lain bagaimana? Siapa nak mula dulu sehh...  angkat tangan!
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 23-09-03 14:00
Alhamdullillah... makin ramai wanita serba boleh dalam komuniti ini.. .. saya bukanlah wanita berkarier... isteri atau ibu.. hanya seorang student... hehhe
tapi ibu saya juga pernah bergelar ibu, student, isteri dan berkarier... ketika mengambil ijazah, ibu saya melahirkan saya dan abang.. ketika mengambil master pula., dua adik saya pula dilahirkan..
saya percaya kak nusaiba ni pastinya seorang yang tabah dan kuat semangat.. semoga berjaya menempuah segalanya..
wassalam
P/s : bila title saya nak bertambah ni.. hehe -----------------
|
Maryam
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 18.04.2003 Ahli No: 56
Posting: 52
Dari: MCIIUM
|
Posting pada: 23-09-03 14:34
Iya lah...saya juga seperti kak hanan, sorang pelajar. Tapi ibu saya pernah melalui pengalaman seperti kak nusaiba. paling saya tak dapat lupa waktu ummii (ibu saya) menyiapkan thesis masternya. setiap minggu pergi ke UIA Gombak untuk berjumpa dengan advisor. (waktu belajar, setiap minggu balik rumah jenguk saya dan adik-adik serta menyediakan keperluan kami selama seminggu). dalam tempoh tu juga, dia melahirkan adik saya yang kelapan. saya tak banyak menolong ummii kecuali jaga adik-adik sahaja. lebih berat, ummii juga diamanahkan untuk memantau 3 buah tadika. tapi ummii mampu melakukan semuanya...
saya harap kak nusaiba mampu melaksanakan segala tugas yang dipikul...  Allah sahaja yang dapat menilai pengorbanan kak nusaiba... ----------------- [email protected]@~
|
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 16-10-03 14:40
Assalamualaikum...saya saetuju dengan pendapat Maryam.. semuanya bergantung pada diri sendiri.. ini kerana sue juga pernah jadi student, isteri dan anak, masa tu mak sue selalu juga sakit - sakit, jadi hospital tu dah jadi rumah nombor 2.. tapi akhirnya berjaya juga, walaupun ada kalanya buat assignment kat tepi katil mak dan bersengkang mata membaca nota lepas selesai mengemas dan memasak...
syukur alhamdulillah.. kalau dapat peluang, insya allah sue akan sambung pula ke tahap ijazah, tak dapat tahun ni tahun depan..
-----------------
|
wafie
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 03.12.2003 Ahli No: 2893
Posting: 41
Dari: kedah
|
Posting pada: 13-12-03 10:28
wafie pulak..apa statusnya wafie actually sekadar seorg student & anak.... wafie fikir ada baiknya kak nusaiba ceritakan serba sedikit pengalaman akak kat sini..better akan yg mula dulu..sebab nak kongsi pun tak de apa2 yg menarik lagi setakat ni...
if boleh...akan ceritakan sedikit penglaman akak..dan agak2nya apa persediaan yg wajar kpd insan yg bakal,sedang dan dah pun lepas status ini...
boleh tak??  mudah-mudahan ianya sebagai pedoman kpd kita semua yg mahu jadi muslimah yg benar2 menyumbang kpd ISLAM!!
|
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 15-12-03 09:33
sekarang ni sue telah pun menjadi student semula, setelah permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi berjaya. segala - galanya berubah, seawal 5 pagi dah kena bergegas bangun, kalau suami kerja shift pagi, mungkin lebih awal dari itu, keluar pejabat dalam 6.30 pagi, jarak rumah ke tempat kerja dalam 20 km agak memenatkan juga, seminggu 3 kali ada kelas, dari pejabat ke UITM pun adalah dalam 15 km.. kalau balik dari shah alam ke rumah dalam 30 km.. ada kalanya lipat baju pun kena tunggu hari sabtu atau ahad. balik rumah masak nasi dan lauk.. kalau suami kerja pagi, adakalanya dia tolong masakkan nasi, basuh baju (baru seminggu beli mesin basuh, kalau tidak terbongkok - bongkok membasuh baju. Mungkin kalau ada anak nanti, sue akan kurangkan subjek, ambik 2 subjek aje..  syian dia nanti...
p/s : sekarang ni tengah pikir pulak kena beli pc kat rumah, asyik buat kerja assignment kat opis aje.. kelam kabut nak kejarkan due date assignment dengan kerja di pejabat.. kereta pulak buat halnya, terlanggar lubang tengah jalan, terus tercabut rim tayar.. hai, mujurlah cik abang tak bising, dia kata, sabar ajelah.... dugaan... -----------------
|
syah_solehah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 08.11.2003 Ahli No: 2794
Posting: 108
Dari: Usains Malaysia
|
Posting pada: 05-01-04 05:29
Masya_Allah.. besarnya tanggungjawab.. terkedu syah membaca.. syah tal layak la nak beri sebarang komen..
|
sufi109
WARGA RASMI Menyertai: 21.02.2006 Ahli No: 6332
Posting: 10
Dari: kuala terengganu
|
Posting pada: 28-02-06 16:52
saya pun ada niat nak sambung belajar tahun ni....tahun depan kalau ada rezki insya-Allah akan mendirikan rumah tangga...harap nusaibah dan sahabat2 dapat kongsi pengalaman dan tips untuk berjaya dalam semua status diatas...boleh ye...
|
adikbalqis
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 12.05.2003 Ahli No: 1187
Posting: 134
Dari: skudai, johor
|
Posting pada: 16-11-06 11:15
tabik spring kat nusaiba ana dapat title yang kurang sikit dari nusaiba. muslimah, isteri, pekerja part-time and student title ibu or ummi saja tak dapat lagi
|
myway
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth
|
Posting pada: 18-11-06 08:13
status ana pulak hanya muslimah, anak & karier..  [ Telah diedit oleh: myway pada 18-11-06 08:21 ]
|
simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....
|
Posting pada: 19-11-06 02:27
alhamdulillah.. setiap insan yang dijadikan olehNYa.. diciptakan olehNYa ada keistimewaan.. lahir ke dunia.. menjadi sebagai puteri kepada abi wa ummi.. diberi nama..lalu meletakkan nickname simple-shida bergelar seorang muslimah...dulu..kini..selamanya.. isteri  coming soon... ibu...  selepas bergelar isteri...ehehhe.. insyallah.. karier..alhamdulillah.. kini sudah berkerjaya.. tapi masih lagi bertatih.. student.. sek tadika.. sek agama rakyat.. sek ren..sek men.. uum... rindu kenangan sek.. rindu kenangan zaman kampus.. rindu semua sahabati.. kenangan terindah....  -----------------  ::prAy hArd+wOrk sMarT:: barakaLlahu..
|
embunsetitis
WARGA RASMI Menyertai: 12.03.2004 Ahli No: 3415
Posting: 6
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 24-11-06 15:50
ana laks status muslimah, anak, isteri, berkarier & bakal bergelar student lagi kalau diizinkan Allah.. title ibu belum lagi.. ana tamatkan master, kerja & baru berkahwin, kini berkerja sebagai engineer kat kilang manufacturing dan insya-Allah tengah berniat & siapkan proposal untuk permohonan buat PhD.. hmm...orang perempuan ini memang banyak tugas.. macam cerita ana laks, ana lah engineer, tukang masak, tukang sapu, tukang cuci tandas hehehe bermacam-macam tukang lagi lah.. kalau dah ada anak nanti kita lah tukang asuh, penghibur, pakar motivasi, jadi 'bank negara" untuk anak kita nanti dari diaer masih kecik tapak tangan, sampai dia pergi sekolah.. sampai lah dia besor panjang.. untuk suami pun kita multi-tasking jugak.. penyeri rumah tangga, peneman suami dll.. rutin seharian..bangun pagi, sembahyang, siap kan breakfast, bersiap, pergi kerja.. kol 6.30 ptg baru balek..sampai dalam kol 7 malam...masak..mandi, smbahyang maghrib & isyak, makan, cuci pinggan mangkuk. & rehat.. ini tertekan jugak dengan environment kerja dan dalam usaha perah otak siapkan proposal.. tapi tak apa..mudah-mudahan Allah permudahkan...sayang rasa tak rebut peluang apply PhD kerana nampak macam laluan nya ada terbuka di depan mata.. hehehe..memacam kan.. kadang-kadang rutinsama setiap hari buatkan kita rasa nak jugak happy-happy jalan-jalan sesekali. jadi bule sambung balik rutin kita dengan penuh semangat semula. ini yang dulu ana ada amalkan masa zaman anak dara dulu & tengah tension sesak-sesak otak buat master disamping sentiasa dekatkan diri, berdoa & solat hajat. tapi dalam status isteri ini sekarang kita ada suami. (hehehe nak kongsi rasa apa yang ana rasa lah pulak tentang insan bernama lelaki/ suami ini..). ana ini pemalu sikit, ana selalu harapkan dia ajak ana dating lepas kami kahwin..tapi berbulan tunggu tak ada pun.. hanya rutin kerja seharian bekerja, memasak, tugasan rumah & balek ke kampung & ikut ke tempat ibu mertua nak pergi dengan suami ana. susah nya suami/lelaki ini nak paham perasaan isteri yang sesak dengan rutin ini, alangkah manis nya jika sesekali dia lah dahulu mulakan sesuatu yang manis dengan ajak isteri keluar jalan-jalan.. lega sikit rasa & lebih ceria meneruskan rutin biasa selepas ini. hmm..ana ada jugak tebalkan sikit muka, ajak husband ana pergi dating, hmm last-last tak jadik sebab ada kawan dia nak datang rumah kami.. 2 hari pastue ana dah semangat-semangat nak pergi jenjalan lepas ambil contoh proposal kat rumah sahabat ana tapi dlaam perjalanan itu, dia kata ana penat , tak payah pergi lah.. huaaaaa keciwa ana.... hmmm merajuk rasa, diri dah lah tengah rasa sesak dengan rutin seharian, malu tebalkan muka mulakan dulu ajak suami keluar, pastue kena turn down pulaks itu... sedihh.... hmm..ini dah keluar dari tajuk ini sebab cuaca ana tengah mendung ini.. hihihi ini lah luahan rasa muslimah, anak, isteri, berkarier & bakal bergelar student insya Allah... "kuatkan semangat, teruskan tekad, mohon Allah berikan berkat"
|
simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....
|
Posting pada: 24-11-06 22:15
!!! QUOTE !!! ana tamatkan master, kerja & baru berkahwin, kini berkerja sebagai engineer kat kilang manufacturing dan insya-Allah tengah berniat & siapkan proposal untuk permohonan buat PhD..
hmm...orang perempuan ini memang banyak tugas.. macam cerita ana laks, ana lah engineer, tukang masak, tukang sapu, tukang cuci tandas hehehe bermacam-macam tukang lagi lah..
aiwah.. bestt nya..dah dapat smbung master.. dah bertukar status..moga kak dapat future phd.. caiyokk kak.. semangat belajar kak tu..masih kuat..wah... !!! QUOTE !!! "kuatkan semangat, teruskan tekad, mohon Allah berikan berkat"
insyallah.. moga ALLAH permudahkan urusan kita.. amin.. ya rabbal alamin...  -----------------  ::prAy hArd+wOrk sMarT:: barakaLlahu..
|
nur_ashikin
WARGA RASMI Menyertai: 01.12.2006 Ahli No: 7087
Posting: 3
Dari: shah alam
|
Posting pada: 01-12-06 12:14
ana ni...student master dan bekerja.mm..nak kawin..supervisor tak kasi lagi.tak apalah..mungkin ada hikmahnya.mungkin dia tak nak projek ana tersangkut2.lagipun..ana baru 22.mm..ana cuma mampu berdoa, moga my future husband tu memang jodoh ana.yela..lau dah jodoh tak kemana. moga ana terus teguh dengan syariat walau apa pun dugaan.. ~saya insan kerdil~
|
kasih_kekasih
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 27.04.2003 Ahli No: 544
Posting: 28
Dari: penang
|
Posting pada: 01-12-06 17:47
Alhamdulillah... Seronok baca kisah sahabat2 semua.. Ini lah dugaan bergelar seorang wanita. Saya juga macam kalian semua cuma beza sikit saja.. Bergelar Muslimah, Karier dan Student dan insyaAllah tak lama lagi akan naik pangkat sikit.. hehhe.. insyaAllah bakal bergelar isteri. Kalau sekarang ni banyak yang mak uruskan.. Bangun pagi lepas subuh tolong mak siapkan sarapan, buat kerja rumah sblom pergi kerja. Balik kerja ptg hidangan ptg dah pun mak siapkan.. Balik makan saja.. Tapi semua ni akan berubah bila dah bergelar isteri nanti.. Lagi berat tanggungjwab yang terpaksa dipikul.. Muslimah, Isteri, Karier dan StudentinsyaAllah mudah-mudahan mampu buat yang terbaik untuk diri,keluarga,kerjaya,masa depan dan alam baru yang bakal tiba...  ----------------- ku biarkan kalam berbicara..meluahkan hasrat di jiwa..agar terubat segala keresahan di jiwa..bibir tidak perlu berkata...bila hati sudah mula berbicara...&l
|
embunsetitis
WARGA RASMI Menyertai: 12.03.2004 Ahli No: 3415
Posting: 6
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 06-12-06 11:34
assalamualaikum, terima kasih simple shida bagi semangat kat akak. bila baca-baca kembali ceriter sahabat2 dan ibu2 sahabat semua memang sesuai dijadikan iktibar.. insaf dan terasa kuat keinginan nak berjaya dalam apa jua status anak, isteri, pelajar, karier. terima kasih semua yang berkongsi ceriter. bersemangat rasa dan ana tak nak 'mendung2' lagi atas cabaran2 kecil kerana banyak lagi amanah & halatuju besar nak dipikul. alhamdulillah syukur pada Allah memberikan kehidpan yang baik kepada kita sebagai anak/isteri/pelajar/karier. jomlah kita pegang amanah & semai halatuju impian kita + teruskan doa sebagai senjata. mudah-mudahan berjaya ye
|