Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan tumbuh pada hati yang kotor, sepertimana biji benih tidak akan tumbuh di tanah yang gersang..
--
Jijah

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Dari Galeri
Assalamualaikum.. salam ta'aruf:)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: Menopos pada wanita


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Menopos pada wanita

Please Mendaftar To Post


Oleh Menopos pada wanita

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-03 13:08


MENOPOS

APA ITU MENOPOS?

Menopos adalah proses semulajadi dalam kesihatan reproduktif wanita. Menopos sering berlaku apabila seseorang wanita menjangkau usia 48 hingga 52 tahun.  Persediaan awal menghadapi menopos dapat membantu wanita dan keluarga mengenalpasti tanda-tanda pra-menopos. Ini dapat melambatkan atau menghindari masalah-masalah yang berkaitan dengan menopos.

TANDA2 AWAL

* 'hot flushes' - rasa panas pada bahagian muka tanpa sebab
* berpeluh malam
* keletihan dan kelesuan
* cepat marah dan kerisauan
* insomnia atau kesukaran tidur
* jangkitan dan kekeringan di bahagian faraj
* gejala saluran kencing

PERSIAPAN DIRI

Kehidupan yang ceria boleh diteruskan selepas menopos. Sediakan diri anda dengan :

* Memahami dan menerima menopos sebagai proses semulajadi.
* Mengetahui bila, bagaimana dan daripada siapa untuk mendapatkan khidmat rawatan dan kaunseling.
* Mempunyai sikap positif terhadap menopos. Inilah masanya untuk meneroka minat baru, aktiviti baru, mencari rakan baru dan bahagia menerima kehadiran anak cucu.

RAWATAN

Risiko penyakit osteoporosis dan penyakit jantung koronari yang meningkat selepas menopos boleh dikurangkan dengan:

* Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang
* Amalan bersenam
* Mengambil terapi gantian hormon sekiranya perlu
wassalam


-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-09-03 18:17


assalammualaikum...

rasanya akak kan... gadis berkemungkinan tak menopos ?

-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-03 13:07


Quote:

On 2003-09-11 18:17, aniisa_tasnim wrote:
gadis berkemungkinan tak menopos ?


Memang kebanyakan wanita mengalami menopos iaitu berhenti ber-fungsinya ovari ketika mencapai usia 40-an atau 50-an. Namun untuk sesetengah orang, menopos boleh datang lebih lewat atau sebaliknya dialami terlalu awal.

Menopos pramatang didefinisikan sebagai menopos sebelum usia 40 tahun. Untuk beberapa kes, ia boleh berlaku pada wanita umur 23 atau 24 tahun. Menopos pramatang boleh terjadi kerana beberapa sebab. Yang paling jelas adalah akibat pembuangan ovari akibat kanser atau sista.

Di sini ana akan nyatakan penyebab berlakunya Menopos Pramatang...:

1. Histerectomy
Dalam beberapa kes, wanita yang menjalani *hysterectomy walaupun tanpa membuang ovari, dapat mengalami menopos. Belum ada penjelasan jelas mengenai hal ini tapi kemungkinan ada kaitannya dengan gangguan peredaran darah ke ovari.

2. Jangkitan Virus
Virus,khususnya Human papilloma virus[HPV] yg menyebabkan condyloma,

3. Auto-immune
Penyakit-penyakit auto-immune(penghasilan antibodi yg bertindak ke atas sel sendiri) yang bersifat mengganggu sistem kekebalan tubuh seperti penyakit condyloma atau gangguan pada kalenjar adrenalin.

4.Genetik
Gangguan kromosom atau kaitan genetik (apabila wanita mengalami menopos pramatang, biasanya ibu atau neneknya juga mengalami hal sama).

*hysterectomy = satu pembedahan yg dilakukan utk membuang uterus (termasuk juga tiub fallopian, ovari and servik/pangkal rahim)


-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-03 13:17


untuk kes menopos pramatang.. gejala2nya sama juga seperti menopos yg biasa.. iaitu seperti rasa kepanasan, kulit dan vagina mengering, susah nak tidur, susah utk mengingat, berpeluh pada malam hari, hilangnya ghairah seksual dan lekas marah.

Dari segi psikologi menopos pramatang ini sangatlah kompleks ini kerana Menopos dianggap sebagai titik dalam kehidupan yang menjadikan seseorang itu dianggap tua.
wassalam


-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-09-03 13:49


terima kasih akak... atas info yg tepat lagi padat... syukran...

-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.056203 saat. Lajunya....