Oleh |
perlukah kite bercouple di ipt? |
mawardah85
WARGA RASMI Menyertai: 27.08.2003 Ahli No: 2307
Posting: 11
Dari: MCIIUM
|
Posting pada: 29-08-03 22:40
assalamualaikum....
buat semua sahabat2 muslimah yg dirahmati Allah,ana ada 1 soalan buat antunna2 semua.ana nak tanye perlukah kite bercouple time kite kat ipt?camne nak dptkan ciri2 kekasih yang soleh?
wallahualam... ----------------- Seindah hiasan adalah wanita SOLEHAH!
|
shafizah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 1277
Posting: 134
Dari: cheras
|
Posting pada: 02-09-03 17:21
assalamualaikum.
bagi fizah, bergantung kepada individu itu sendiri.ader yang kata sebagai perangsang dalam belajar.tapi bagi fizah lebih baik tumpukan pelajaran terlebih dahulu.
|
ismi_safiza
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 2315
Posting: 170
Dari: kedah
|
Posting pada: 08-09-03 22:34
assalamualaikum...
bab bercouple nie kalo dah jodoh kat mana pun boleh jumpa...kadangkala sedih tgk junior yg baru masuk nie tak kira laa siswa ataupun siswi..sama saja...ada yg berniat nak bercouple hanya untuk suka2 macam dah jadi kemestian masuk u kena cari pasanagn kalo tak bukan budak u laa namanya...
sedih sgt...
tapi, kalo dah jodoh itu ketentuan nak wat cam ner..yg ptg pandai jg diri semoga batasan syariat itu menjadi landasan...
wallahulam... ----------------- “kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”
|
nur_kemuliaan
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 09.09.2003 Ahli No: 2391
Posting: 68
Dari: johor
|
Posting pada: 11-09-03 23:34
assalamualaikum,
bagi ana ,kiter ke ipt utk tuntut ilmukan.......jgn hancurkan harapan diorng..........kan ALLAH dah ttpkan................"jgn dekati zina",..........nak apa lagi..........yg HARAM ttp HARAM........ ----------------- hamba ALLAH
kuli DAKWAH
|
nur_kesabaran
WARGA RASMI Menyertai: 09.09.2003 Ahli No: 2390
Posting: 4
Dari: labuan
|
Posting pada: 12-09-03 10:13
akum.....ana rase topik ini paling hangat skg....lebih2 lagi ana yang kat UMS LABUAN ni...bagi ana kalo nak couple bergantung kpd diri sendiri...kalo dah jodoh tak kemana...tapi ana rase fikirknalah mase depan dulu..jiwa kite yang remaja skg pun masih lemah...couple mase skg banyak berlandaskan nafsu...so...fikir2kanlah.....lgpun...bukankah ia mendekati zina?????????
|
budakinsaf
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 28.04.2003 Ahli No: 595
Posting: 122
|
Posting pada: 15-09-03 09:38
Assalamualaikum..
perlukah? jawapan saya tak perlu.apa kepentingan bercouple? saya rasa baik kita tumpukan perhatian pada study je.couple-couple ni ade ke dlm Islam? ----------------- CiNTa YaNG ABaDi...CiNTa PaDa ALLaH
|
mardhiah12
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 28.04.2003 Ahli No: 568
Posting: 197
|
Posting pada: 15-09-03 12:25
assalamu`alaikum
tak perlu  , masuk u, bukannya tanda matang, tetapi baru nak terbuka pemikiran. umur 18,19 tahun dah nak couple..
baik teruskan perjuangan akademik
|
Maryam
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 18.04.2003 Ahli No: 56
Posting: 52
Dari: MCIIUM
|
Posting pada: 15-09-03 14:15
tak perlu bercouple...tak payah lah cari kekasih sebaliknya impikan lah seorang suami yang soleh. mcm mana nak realisasikan? didiklah dirimu menjadi wanita solehah.... ----------------- [email protected]@~
|
muliana
WARGA RASMI Menyertai: 26.09.2003 Ahli No: 2527
Posting: 17
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 28-09-03 12:09
Assalamualaikum..
biaselah jiwa remaja..
lau nk bercouple depends pd individual tu sdiri..kemana die bawa buah hati dia..my frenz yg bercouple kata sbg bekalan semangat..tapi bg ana, tak yah la nk bercouple..sll nye m'lalaikan..wat dosa kering lg..kalo da camtu kan bukan bercouple..tapi berkapal..
percaya lah pd jodoh..kalo ade jodoh pusing lah seluruh dunia pon..tetap jumpa org tu jugak kan..kite dihantar ke ipt pun diberi tanggungjwp utk bawa balik ilmu..bukan dosa..
err dgr la lagu c u d ipt.. fikirkan liriknye. Maaf kalo ade kekhilafan di sini..sekadar pendapat.. [ Posting ini telah di edit oleh: muliana pada 2003-09-28 12:16 ]
|
ida01
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 11
Posting: 330
Dari:
|
Posting pada: 12-10-03 11:46
hmm tak yah kot.ilmu penting -----------------
|
raudhatulmardhiah
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 12.05.2003 Ahli No: 1193
Posting: 26
Dari: Kluang
|
Posting pada: 12-10-03 12:54
Assalamualaikum wbt..tpulamg la kpd diri masing2. kalo pandai jg diri, maruah , syariat & kredibiliti ape salahnye.. couple..opss.. bkasih-sayang cara Islam.. tp seelok-eloknye berkawan je la dulu.. tak terganggu sgt pelajaran.. ----------------- http://cikgumardiah.blogspot.com/
|
fi_amaanillah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 29.04.2003 Ahli No: 627
Posting: 114
Dari: JB
|
Posting pada: 15-10-03 11:58
assalamualaikum...
hmm..b'couple ek?? skrg ni..bukan takat kt ipt je org couple..bdk2 sekolah pun dh pandai couple...
pd ana..ana sendiri pun x brapa suka dgn istilah couple ni...x sedapla di dgr...tp andainya diniatkn utk dijadikan 'teman sejati'..maksud ana psgn hidup tu..dibolehkan..bak kata dr mashitah..ana ade t'baca dlm al-islam x lama dulu..tp kl couple sbb tgk org2 lain b'couple ni..mmgla x elok..dan lbh2 lg yg lari dr syariat islam...b'doalah mudah2an dijauhkn diri kita dr t'jebak dgn couple2 ni... ----------------- " berfikir berdasarkan wahyu,berakhlak dgn Al-Quran,bertindak berpandukan Sunnah"
|
UsTaZaH_CuTe
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 07.06.2003 Ahli No: 1646
Posting: 110
Dari: sg petani
|
Posting pada: 27-10-03 00:58
hmm....bercinta??? couple??? alahai...tak larat dah ana nak dengar istilah ni...banyak sangat forum dah dibincangkan berkaitan dgn tajuk ni...
camnilah....kita jgn nak tetapkan satu istilah dlm satu2 perhubungan tu...ana rasa, cara terbaik, kita berkawan jer dulu dgn semua org...dlm masa yg sama, kita buatlah pilihan...tp jgn nak tetapkan istilah couple tu....then, jgn lah dok sibuk2 nak pi dating....minggu lepas ana terbaca paper pasal seorg budak perempuan umo 13 ditangkap berdua2an dgn budak lelaki umo 15...astaghfirullah...apa nak jadi dgn budak2 zaman skrg ni???
berkawan lebih baik...apa pulak kata org2 nanti??? bercinta dgn org lain...tapi kahwin dgn org lain.... kan ker tak sedap di dengar...
so...senang cakap...
tepuk dada...tanya iman... wallahuallam... ----------------- "NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..
|
nurkamar
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 25.04.2003 Ahli No: 479
Posting: 92
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 27-10-03 15:54
Assalamua'laikum wrt bergantung pada diri masing masing.. kalau rasa nak couple.. couple..rasa nak tunggu sampai kerja.. tunggu... nak terus kahwin pun lagi bagus.. nak tunggu sampai tak nak kahwin pun, bergantung. apa pun, bagi diri saya yang dah bergraduat ni.. pada pandangan saya, baiknya mantapkan ekonomi dulu. tengah belajar, belajar bebetul. dah kerja nanti.. lagi banyak pilihan sebenarnya, malahan pilihan yang lebih baik. sebabnya yang dah 'dijumpa' waktu tu, dah insya allah boleh terus dibawa bincang, berunding untuk terus nikah, tanpa 'kehulu ke hilir' tanpa arah tuju.
cuma.. jika ditakdirkan Allah untuk bercouple tengah belajar ni... jaga Akhlak baik baik... dan yakinlah, terjaga atau nak jaga camne pun, anda akan tetap tenggelam dengan 'perasaan' yang timbul dalam diri sendiri. ----------------- -cheras-
|
nur_malam
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 26.06.2003 Ahli No: 1816
Posting: 71
Dari: Kulim
|
Posting pada: 27-10-03 23:35
Assalamualaikum...
Betul... saya setuju ngan fi_amaanillah. Sekarang, bukan setakat ipt.. sekolah rendah pun dah pandai nak bercouple. Cuma, pandai-pandai la jaga diri dan maruah sendiri kalau rasa benda tu perlu. Jangan sampai dah malukan mak ayah nanti baru nak menyesal. Belajar pun sama. Jangan diabaikan sebab tujuan utama mak ayah hantar pegi sekolah atau ipt tu untuk belajar. Bukannya bercinta. Terpulang la pada setiap individu untuk menilainya.
----------------------------------------------------
|
Adiaz
WARGA RASMI Menyertai: 03.09.2003 Ahli No: 2337
Posting: 1
|
Posting pada: 29-10-03 07:06
 SAY NO TO COUPLING!!!!! Betulkan niat ada apabila masuk ke IPT... matlamat mesti jelas... jaga diri hiasi peribadi.... [ Posting ini telah di edit oleh: Adiaz pada 2003-10-29 07:07 ]
|
Noorul_Adha
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 24.04.2003 Ahli No: 441
Posting: 32
Dari: Kajang,Selangor
|
Posting pada: 31-10-03 00:23
Assalamualaikum sahabiah yg dikasihi Allah sekalian,
Pada ana... sama seperti kebanyakan pendapat yg diberikn oleh sahabiah2 lain sblm ni. Toksah la 'couple'2.. buat dosa je! Mmg kita sedia maklum ia dah jd perkara lazim kat dunia yg dah nak qiamat ni..(jaga2!) dan kita sbg org Islam, patutnya jauhi prkr HARAM tersebut. Cukuplah dgn dosa2 lain yg kita tanggung selama hidup di dunia ni.. jgnlah saja2 pula cari dosa.. janganlah saja2 nak menambah dosa! Ana minta maaf kalau bahasa yg ana gunakan di cni agak kasar & mungkin menyebabkn sesiapa yg tersinggung..tapi, apa yg ana sampaikan adalah benar. Selalunya, org susah nak terima kebenaran. Kenape ek? Cthnya, org komen sesuatu ttg kelemahan @ keburukn diri kita.. didapati kebanyaknnya susah nak terima. Kalau dah nyata salah tu..lainlah! Hmmm....cuba kita fikir2kan.. Belajarlah menerima kritikan orang. Jgn jadikan kritikan seseorg sbg penghalang untuk terus hidup @ utk mencapai kejayaan, sebaliknya jadikanlah ia sbg satu cabaran utk kita terus maju, dgn membuktikn hasil yg boleh dibanggakn.
(ops!sori..terkeluar tajuk!apapun, sekadar nasihat..) ----------------- Kata Saidatina Aisyah,"Wanita solehah adalah wanita yang tidak memandang lelaki bukan mahram dan yang tidak dipandang oleh lelaki bukan mahram."
|
nur_hati
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 27.04.2003 Ahli No: 565
Posting: 80
Dari: n9
|
Posting pada: 31-10-03 08:38
aslkm.......
jenuh dgn isu nie... segala2nyer depend pd diri sendiri... tepuk dada tanye iman... itu yg penting.. jgn kite tepuk dada tanye selera... lain pulak jadinyer nanti..... ----------------- MuHaSaBaH DiRi.... Insyallah dapat Kenali Diri Dengan Lebih Dekat... Salam Perjuangan!!!!
|
sumaiyyah
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 20.04.2003 Ahli No: 241
Posting: 36
Dari:
|
Posting pada: 01-11-03 12:58
Quote:
| On 2003-09-15 14:15, Maryam wrote:
tak perlu bercouple...tak payah lah cari kekasih sebaliknya impikan lah seorang suami yang soleh. mcm mana nak realisasikan? didiklah dirimu menjadi wanita solehah....
-----------------
|
| asalamualaikum..
betul kata Maryam.
Bergantung haraplah pada-NYA. DIA Maha Pencipta..DIA tau apa isi hati kita, impian kita dan DIA juga yg menentukannya.
sebolehnya, elakkan dari hati jadi 'terikat kpd manusia' tapi sebaliknya ikatlah hati dgn Allah, maka itu lebih hampir dgn org2 yg beriman kpd-NYA. BUkankah kita menginginkan suami yg soleh? wslm.
----------------- "Maka Allah lah Pelindung yg terbaik dan Dia jugalah yg paling Penyayang di ntara yg Penyayang" (Yusuf : 64) [ Posting ini telah di edit oleh: sumaiyyah pada 2003-11-01 12:59 ]
|
Serikandi
WARGA RASMI Menyertai: 24.09.2003 Ahli No: 2509
Posting: 1
Dari: Bukit Damansara
|
Posting pada: 03-11-03 12:09
Remaja dan cinta, dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa "ajaib" itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri,makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s. berasa kesunyian dan inginkan teman .Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintai. Rasa Cinta Tak Salah Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak-disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta. Cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai. Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak pelanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari dari Cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya, Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya? Pohon Cinta Terlarang Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itupun banyak yang berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah Yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta? Peraturan cinta bagi tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa ituakan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dgn itu, cinta antara elaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah. Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar utk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini seburu namanya - Cinta Monyet! Putus Cinta Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yg melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak senarusnya mengeluh , "Cinta apa namaya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa bercinta yg begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah. Jaga Iman, Hiasi Amal..
|