Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-05-2022  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Orang yang banyak berkata, akan banyak silap dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya
--
maksud Hadis

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 4
Ahli: 0
Jumlah: 4




  Dari Galeri
bergambar kenangan sambil menunggu bas...

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 5 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: Gejala Sosial Dikalangan Suami Isteri


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Gejala Sosial Dikalangan Suami Isteri

Please Mendaftar To Post


Oleh Gejala Sosial Dikalangan Suami Isteri

centella_asiatica
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 657
Posting: 44
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-08-03 22:37


Assalamualaikum wbt.

Bile bace tulisan kak mardhiah pasal isteri nusyzs, suami dayus dlm topic Undang-undang Keluarga Islam – Soal Jawab ,kisah tentang rumahtangga Aziz dan Aminah, terdetik kat hati saya nak bukak topic nie, GEJALA SOSIAL DIKALANGAN SUAMI ISTERI .

Dlm masyarakat kite kat Malaysia nie, yg selalu dibincangkan ialah gejala social dikalangan remaja, tetapi jarang bincang pasal kelakuan dan akhlak orang yg lebih tua drpd remaja,30an, 40an, 50an, 60an, sedangkan nampak cam kelakuan mereka orang yg lebih tua nie...lebih teruk dan keji drpd kelakuan remaja-remaja. Perhaps, diorang tak mau bincang sebab takut akan terkene kat batang hidung diorang sendiri kot.

Kalau remaja hisap rokok, orang dewasa pun hisap rokok, bahkan hisap curut lagi...kalau remaja minum arak, orang dewasa minum arak....bahkan buat party hidangan arak...kalau remaja berzina sebelum kahwin, orang dewasa siap bela perempuan simpanan,zina dgn isteri orang....lagi teruk drpd remaja…kalau remaja mengandung sebelum kahwin....perempuan dewasa pulak mengandungkan anak bukan benih drpd suaminya....kalau remaja mencuri, orang dewasa pulak merompak, jenayah kolar biru,curruptions, power abuse.

Memandangkan kebanyakkan ahli forum komuniti nie kebanyakkannye remaja.....dan ade yg dah pun menamatkan zaman bujang/ remaja.....saya rase sesuailah topic nie dibincangkan....mudah-mudahan ia menjadi panduan utk kehidupan mendatang bersama suami tercinta.

Okeylah,.....sebelum ape-ape, soalan yg pertama yg saya nak tanye kepada kita orang perempuan nie....yg bakal mendirikan rumahtangga...yg bakal menjadi isteri.......yg bakal menjadi ibu.....seterusnya bakal menjadi mak mertua.....dan insyaAllah bakal menjadi nenek.....adakah kita wajar dan berkeperluan serta dikehendaki....utk berkawan dgn lelaki-lelaki lain selepas kita berumahtangga??.....maksudnye.....kita masih ade kawan lelaki lain selain suami yg sudah menjadi teman/kawan hidup kite.

Bersambung....


Bookmark and Share




  Member Information For centella_asiaticaProfil   Hantar PM kepada centella_asiatica   Pergi ke centella_asiatica's Website   Quote dan BalasQuote

centella_asiatica
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 657
Posting: 44
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-08-03 22:53


Senior-senior saya mase kat sek. menengah dulu yg sudahpun melangkah ke alam pekerjaan,....diorang banyak menceritakan kpd saya suasana sebenar di tempat kerja...especially suasana kerja kat office...ade antara senior tue kerja kat government office....ade yg keje kat private company, private office....biaselah siapa yg graduate dlm bidang business, accounting, public management....mmg kerja kat dlm officelah...so...bermacam-macam ragam dan suasana dpt dilihat dlm office.

Yg pernah diceritakan kpd saya....pergaulan perempuan dan lelaki kat pejabat-pejabat mmg betui-betui social...tak kira si dia tue isteri orang ker, suami orang ker...tepuk-tepuk & cuit-cuit bahu mmg dah menjadi perkara biase....jeling-jeling mata pun sama je, dah menjadi perkara biase...gurau senda dan gelak ketawa mase meeting dan waktu rehat pejabat dgn rakan sekerja laki pompuan dah menjadi habit seharian (ntahlah...nie senior yg bagitau)...lepas tue, ade lelaki yg dah mule berani hantar hadiah hari jadi kat kawan perempuan kat office, sedangkan perempuan tue isteri orang...si lelaki tue ade yg dah berkahwin, ade juga yg masih bujang...hadiah tue pulak bukan hadiah biase, tapi dihadiahkan bunga, coklat,...kekadang tue handset baru pun ade lelaki yg bagi utk hadiah hari jadi...si perempuan pulak, lepas terima hadiah tue, selalunye makin rapat dan mesra dgn si lelaki yg beri hadiah tue...ini baru antara rakan sekerja.

Senior saya bagitau...bukanlah semua yg keje kat office2 nie macam tue...ade je yg istiqamah dan bertaqwa...cume bilangan diorang nie boleh dikire dgn jari...yg kaki mengaji dan dengar kuliah kat masjid-masjid....mmg tak terlibat dgn gejala social kat pejabat nie.

Berlaku jugak kat pejabat...bos-bos ambik kesempatan kpd pekerja-pekerja kat bawah dia...selalunye si bos nie akan kejar perempuan-perempuan yg segak dan cantik....diberikannye gelang dan rantai leher utk hari jadi (bos yg kaya raya, koperat)...kalau yg tak kaya....diberikannya handset baru....jam tangan baru....atau paling lekeh bos-bos nie akan bagi bunga (popular betuilah bunga).

Lepas tue...ade jugak yg keje kat office nie...usually private office....diorang berchating ....kekadang waktu kerje....kekadang waktu rehat....cari rakan dan teman cyber...selalunye kate senior saya....kalau chating lelama tue....selalunye mesti chating dgn lelaki....padahal yg berchatting tue isteri orang.

Kalau keje kat company2 koperat, company yg besar2....kekadang tue berkawan pulak dgn client2 drpd syarikat2 lain....usahawan-usahahwan....ntah macam mane boleh berkenalan senior saya pun tak tahu.....tup-tup terserempak kat restoren....pegi lunch sesama dgn alasan dgn discuss pasal bussiness mase makan....kekadang tue ikut serta bos pegi lunch dan dinner dgn client....sedangkan pompuan tue isteri orang....dan kekadang tue si lelaki tue dah pun berkahwin.

Dan kate senior saya....kes berlaku kat pejabat dia.....bile dah berkawan rapat nie....almost all the cases....akan berlaku perkara jahat dan keji....kes kat pejabat senior saya tue....kes kene tangkap khalwat lelaki pompuan rakan sekerja mase tengah pegi outstations same2 ......kene tangkap dekat hotel kat Johor Baharu.....diorang sewa satu bilik je mase pegi outstation.....tue yg mengejutkan senior saya tue.....office diorang kat KL....yg perempuan tue dah berkahwin, punya suami, anak sorang....yg lelaki tue pun dah berkahwin, ade isteri, 3 orang anak.

Kes kat pejabat senior saya nie.....hampir same je cam cerite Aziz dan Aminah yg ditulis kak mardhiah tue.....saya percaya mesti banyak lagi kes-kes macam nie kat pejabat kadi dan mahkamah syariah....bukan sahaja melibatkan rakan sekerja, rakan cyber, client syarikat lain.....tapi juga ade yg melibatkan kes jiran sebelah rumah.

Kalau nak lagi cerite pasal curang-mencurang nie.....tengok dlm akhbar harian metro, ruangan kes syariah....hari ape saya pun dah tak ingat, malas dah nak beli, serabutkan kepala je....kalau nak lagi cerite, masuk forum jakim ( dah tutup dah, tak tahu kenapa)....2 orang lelaki ngadu dan luahkan kesedihan diorang kat dlm forum tue, ceritakan masalah rumahtangga, dua-duanye isteri curang....2 orang nie mintak pendapat ahli forum cara nak selesaikan masalah, terutamanya masalah anak-anak....samada anak bongsu diorang tue anak diorang ker @ anak drpd benih lelaki lain....dan kebanyakkan ahli forum tue mencadangkan jln terakhir.....supaya dibuat ujian DNA utk kepastian.

So,....bile bace cerite senior saya nie....pikirlah pulak tentang soalan saya kat atas tue.

Wallahua’lam

[ Posting ini telah di edit oleh: centella_asiatica pada 2003-08-26 07:14 ]


Bookmark and Share




  Member Information For centella_asiaticaProfil   Hantar PM kepada centella_asiatica   Pergi ke centella_asiatica's Website   Quote dan BalasQuote

centella_asiatica
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 657
Posting: 44
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 30-08-03 08:05


Uikk...dekat nak hampir seminggu...masih takde sahabiah yg reply balik isu nie ...ingatkan bile masuk komuniti nie....bolehlah tengok at least 5 reply.

Adakah ini menunjukkan kebanyakkan sahabiah semua "bercadang" @ dah "plan" utk mempunyai seorg kawan lelaki lain selain suami pabila telah berumahtangga nanti?? ...nauzubillahhiminzalik

Kalau cam nie...terpakselah saya highlightkan isu nie kat komuniti ukhuwah pulak....ikut plan mmg tak mahu bincangkan isu nie kat komuniti ukhwah sane tue...sebab kat sana ramai sangat lelaki...dan lelaki nie most of them....gatal dan miang...so...surely mesti adelah antara diorang yg sokong supaya isteri ade kawan lelaki lain selain suami lepas kawin nanti ...especially lelaki yg kureng bertaqwa dan tak berpendidikan agama (my opinion only, not the truth).

Wallahua'lam


Bookmark and Share




  Member Information For centella_asiaticaProfil   Hantar PM kepada centella_asiatica   Pergi ke centella_asiatica's Website   Quote dan BalasQuote

mardhiah12
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 568
Posting: 197

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-08-03 08:48


assalamu`alaikum

akak baru baca topik nih la cik centella , tak boleh nak kata apa, itu semua kan bergantung kepada keimanan dan ketakwaan seseorang.

akak turut rasa terpanggil untuk memberi pendapat di sini kerana akak merupakan seorang isteri yang turut bekerja.

bagi diri sendiri, personally, kalau diberi peluang, akak lebih suka menguruskan rumahtangga, dan mempunyai pekerjaan yang ada flexible hours, supaya rumahtangga lebih terurus. namun begitu, buat masa ini, akak sudah pun bekerja yang bergantung pada office hours. Alhamdulillah..yang menarik di sini, division akak, hampir kesemuanya perempuan, hanya 2 org lelaki (our supervisor dan seorang non executive). yang lebih menarik & tertarik, betapa kuatnya ikatan ukhuwah dan betapa banyaknya kelas agama di sini.

akak bersyukur kerana akak datang dari environment yang kurang baik, tetapi ditempatkan di suatu persekitaran yang bagi akak, amat membantu pembangunan sahsiah diri. tambahan lagi, akak bekerja dan inilah pendapatan tetap yg boleh digunakan untuk membantu suami. mungkin gaji akak tidaklah sebanyak mana, tapi akak bersyukur dengan rezeki yang ada ini..

btw, i'm working with a privatised company that used to belong to government.


Bookmark and Share




  Member Information For mardhiah12Profil   Hantar PM kepada mardhiah12   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.049331 saat. Lajunya....